“Awak kenapa ni Zai? Dari tadi saya tengok awak gelisah, tak
tentu arah. Tu makanan dalam pinggan tu awak kuis je.” Tegur Tengku Zaidi.
Mendengar kata-kata Tengku Zaidi itu semua memandang ke arah
Raja Muzairah.
Tersentak seketika Raja Muzairah dengan teguran tersebut. Tidak tahu jawapan yang bagaimana harus diberikan.
“A’ah la mummy…Ina pun perasan.” Sampuk Rozina pula.
“Mummy tak sihat ke?” Prihatin Tengku Aizat bertanya.
“Tak adalah. Mummy sihat.” Beritahu Raja Muzairah. Dia serba
salah mahu memberitahu perasaan sebenarnya. Hatinya benar-benar tidak enak.
Seperti terjadi sesuatu pada anak bongsunya. Sejak tadi sudah berapa kali wajah
Tengku Zamran Hakim terlayar di depan mata.
“Habis tu, kenapa?” Tanya Tengku Zaidi lagi.
Raja Muzairah mengeluh. “Zai…Zai rasa tak sedap hati la
bang. Semua benda yang Zai buat serba tak kena hari ni.”
“Tak sedap hati macam mana?”
“Entah la. Saya asyik teringatkan Zam. Setiap kali
terfikirkan dia hati saya tak menentu. Saya telefon dia dari tadi tak
dapat-dapat.”
“Perasan awak je kot Zai. Kita tak ada terima berita apa-apa
pun kan? Jangan la fikirkan sangat.” Pujuk Tengku Zaidi walaupun hatinya turut
terasa tidak enak mendengar kata-kata Raja Muzairah.
“Tengku. Itu ada yang mahu ketemu sama Tengku.” tiba-tiba Sumiarti
datang ke ruangan mereka menjamu selera seperti kelam kabut.
“Siapa pulak yang datang malam-malam macam ni?” terus sahaja
dia bangkit dari kerusi makan dan menuju ke pintu utama.
Tengku Zaidi hairan melihat beberapa orang polis di luar
pintu rumahnya. Ada perompak kah?
“Ini rumah keluarga Tengku Zamran Hakim?”
“Ya. Dia anak saya. Tapi dia dah tak duduk sini. Ada yang
tak kena ke?”
“Kami ada bawak berita mengenai anak Tengku, Tengku Zamran
Hakim. Harap Tengku bertenang dan banyak bersabar mendengar berita ini.”
“Kenapa? Kenapa dengan anak saya?” tiba-tiba Raja Muzairah
mencelah antara mereka. Dia benar-benar tidak betah jika hanya menunggu di
ruang makan.
“Anak Tengku sekarang berada di hospital. Dia cedera parah.
Kami dimaklumkan dia ditembak dan ditikam. Keadaannya sangat parah.”
“Ya Allah…anak aku!” Raja Muzairah yang menjadi pendengar sedari tadi sudah terjerit.
Tengku Zaidi cepat-cepat memaut Raja Muzairah yang seperti
mahu rebah.
“Bawak mengucap Zai. Sabar…”
“Anak kita bang. Anak kita…Zam!!”
“Terima kasih maklumkan. Kami akan ke sana.” Tengku Zaidi masih cuba bertenang. Dalam hati tdak putus-putus dia beristighfar.
“Kenapa ni daddy? Kenapa mummy jadi macam ni?” Mereka yang
mendengar kekecohan dari ruang makan segera bergegas ke ruang utama.
“Kita ke hospital sekarang. Adik kamu, kritikal.” Perlahan
sahaja suara Tengku Zaidi. Hatinya sebak.
“Ya Allah…” hanya itu yang mampu keluar dari mulut
masing-masing.
*****
Juita menolak perlahan pintu bilik hospital yang menempatkan
Emily. Kelihatan di situ Puan Zharifah dan Tengku Tajuddin yang masih setia
menemani Emily sejak malam tadi.
“Emy macam mana?” Tanya Puan Zharifah bimbang akan keadaan
menantu bongsunya itu.
“Alhamdulillah… Emy, kandungan selamat.” Jawab Puan Zharifah
perlahan.
“Alhamdulillah…Emy ada cerita apa-apa tak pasal kejadian
semalam?”
“Emy tak sedar-sedar lagi sejak masuk ke sini. Tapi ikut
kata doktor Emy mungkin alami trauma. Ini Emy tak tahu lagi pasal Zam.” Sambung
Puan Zharifah mengeluh lemah.
“Nanti kita beritahu dia perlahan-lahan.” Ujar Tengku
Tajuddin. Dia amat kasihan dengan nasib anak gadisnya yang tidak begitu baik.
Namun siapalah dia mahu mempersoalkan takdir Allah.
“Abang!!” Emily meraung secara tiba-tiba. Mereka yang ada
menemani Emily di ruangan pesakit tersentak.
“Emy…Emy dah sedar?” Puan Zharifah menggoncang perlahan bahu
Emily yang seperti separuh sedar.
“Emily mencelikkan matanya beberapa kali.” Bonda? Apa mereka
buat di sini?
“Bonda? Macam mana bonda boleh ada dekat rumah Emy ni? Ayah
dengan Juita pun ada?” Dia nampak terpinga-pinga. Satu-satu wajah dipandang.
Kemudian apabila wajah yang dicarinta tidak kelihatan dahinya berkerut.
Haih…mana pulak dia ni.
Mereka masing-masing terdiam mendengar soalan Emily. Tidak
sedarkah Emily sekarang mereka semua berada di hospital?
“Bonda…Emy mimpi buruk tadi. Abang…abang dia kena tembak
masa selamatkan Emy. Rasa macam real sangat bonda.” Emily tiba-tiba bercerita akan ‘mimpinya’
tadi.
Puan Zharifah, Tengku Tajuddin, dan Juita berpandangan
sesama sendiri. Adakah…
“Abang mana bonda? Tak balik kerja lagi? Dia dah janji nak
temankan Emy buat check up hari ni.” Air mata Emily berlinangan tiba-tiba.
“Emy okay tak ni? Ada sakit mana-mana tak?” Puan Zharifah dah
mula bimbang dengan perangai Emily yang kelihatan aneh.
“Emy okaylah. Emy geram dengan abang je ni. Dia balik kejap
lagi siap dia. Hari tu dia dah janji takkan tinggalkan Emy. Nak temankan Emy
masa bersalin. Dia dah janji…” Emily menyapu air mata.
“Jangan menangis macam ni. Tak elok untuk anak dalam perut
tu.” Ujar Puan Zharifah sebak sambil mengelus lembut rambut Emily.
“Tak apa bonda. Abang kata Emy nak nangis setiap saat pun
dia tak kisah. Dia kan ada nak pujuk Emy.” Emily senyum pahit.
“Emy…jangan macam ni. Sabarlah sayang. Bonda ada. Ayah ada.
Kami akan sentiasa ada jaga Emy, anak Emy.” Lembut sahaja suara Tengku Tajuddin
bagai memujuk anak gadisnya itu.
“Apa ayah cakap ni? Tapi jahat kan abang tu. Sampai dalam
mimpi Emy pun dia nak masuk jugak. Siap kena tembak sebab selamatkan Emy.
Sampai hati dia buat Emily macam nak putus nyawa tadi walaupun cuma mimpi.”
“Ya Allah Emy…Jangan buat kami macam ni sayang. Terima
hakikat. Emy sedarkan semua tu bukan mimpi.” Puan Zharifah mengelus lembut
tangan Emily.
Emily terasa bagai ada batu yang menghempap kepalanya
mendengar kata-kata dari bondanya.
“Bonda…bonda merepek apa ni? Apa yang bukan mimpi?” Emily
terasa otaknya tiba-tiba kosong. Badannya menggigil.
“Zam…memang betul-betul kena tembak masa nak selamatkan Emy.
Sabar ye sayang. Emy kena kuat.”
“Emy tak percaya!” sangkal Emily sambil menggeleng
berkali-kali.
“Emy. Kau tahu kejadian tu memang betul-betul berlaku. Cuma
kau yang tak nak terima hakikat. Kembali pada kenyataan.” Tegas Juita. Emily
perlu disedarkan. Semua yang terjadi ini realiti yang cuba Emily tidakkan bukan
mimpi.
“Tipu!! Semua ni tipu!” Emily membentak sambil menutup
telinganya.
“Ayah ada, sayang. Kalaulah ayah boleh ambil semua kesakitan
dan kesedihan anak ayah ni ayah sanggup. Lepaskan semua, nak. Emy masih ada
ayah, ada bonda.” Tengku Tajuddin memeluk kemas anak gadisnya yang sedang menangis
hiba. Terasa gigilan halus dari tubuh anaknya itu.
Ya Allah…berilah ketabahan pada puteriku ini. Kuatkanlah
jiwanya ya Allah…Berikan dia kesabaran yang tinggi untuk terima ujian darimu Ya
Allah...Doanya sayu dalam hati.
“Emy ingat nyawa Emy dah tak panjang masa perempuan tu pegang
pistol betul-betul ke arah Emy…Tapi…” Emily kembali tersesak-esak.
Mereka mendengar dengan teliti. Mungkin Emily sudah mahu
menceritakan kejadian semalam kepada mereka.
“Abang tiba-tiba datang. Sekelip mata abang jatuh atas riba
Emy. Banyak sangat darah. Luka sana sini. Dia nampak penat sangat, ayah. Nak
cakap pun tersekat-sekat. Kesian dia. Kesian abang.” Makin laju air matanya
menuruni lekuk pipi.
“Ayah, abang dekat mana sekarang?” Tanya Emily sangat
perlahan. Masih ada esakan yang kedengaran darinya. Dia bagaikan tersedar dari
lena yang panjang. Benar. Apa yang sedang terjadi ini bukan mimpi. Tetapi
realiti yang sangat menyakitkan.
“ICU. Zam…sangat kritikal, Emy.” Jawab Tengku Tajuddin berhati-hati. Takut jika hati anak itu masih belum cukup kuat.
*****
Fuhyooo lama gila cite nie tgatung...
ReplyDeleteJgn lah zam mati... Huhu xmo lah hero mati..xbest..
Thx kak..igat dh lupa ngn cite nie..
salam akak..
ReplyDeleteterima kasih untuk entry ni..
setelah sekian lama akak menyepi tp sy xjemu tnggu karya akak ni..
lau akak nk private lg, akak invite sy ye..
thanks again..
syuhada91_azmi@yahoo.com
-Syu-
oh my...igt cite i dh xde update lgsg...tq dear..mmg tggu cite ni selama ni..hopefully happy ending ye...
ReplyDeleteLamanya tunggu update cerita ni.. Always tertungu2 bila nak ada new entry. Hope dah tak panjangla and cik writter if tetiba nak private blog invite erh.. And if nak bukukan cerita ni pun bgth ye.. Keep up..
ReplyDeleteTQ min..Akhirnya dah ada smbgan..
ReplyDeleteharap2 happy ending...
Salam kak...lmanya cite nie..sy tggu n3 cite ni sejak sy kat u...skang dh 3thn keje.,dpt bc blik..harap2 hero xmati..
ReplyDeletewahhh. lama giler! haha
ReplyDeletetp yeah! thanks cik writer!
moga dpt baca e-novel ni smpai final episode. huhuhu
rindu kt emily n tengku zamran hakim..
kalo akak nk private, invite sy plizzzz? huhu
cassiopeiahana@gmail.com
kalau nk bukukn, do inform me! hoho
betul2..sampai kena ulang baca nak ingat jalan citer dia...anyway..dah mula nak aktif balik ye...thx
ReplyDeleteBest nye... X sabar tggu next entry...
ReplyDeleteAkk jgn la privatekn blog ne.....
Klau nk privatekn gtau nnt nk sruh akk invite saya
Tq for the entry
Salam Min,
ReplyDeleteTahniah Min kerna dpt terus menulis cita ni.
Nampaknya ramai yg menanti apa kesudahannya.
OMG....dah lama tggu smbgn citer ni...penantian itu satu penyeksaan...akhirnya...tqvm Min...
ReplyDeleteWah2 hepi sgt bila blog nie active blk. ari 2 tggu tiba2 penulis ckp nak privatekan blog nie, rasa frust sgtttttt. saya dah lama menanti ending cerita nie, hampir 3 thn menanti. harap ending nya bestt. Tq so much coz MIn cont blk n3 nya.........
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteakhirnya penantian berakhir..
ReplyDeletex nak lah hero mati..
tlg invite sy law akak nk private kan blog ni
daisyneira12@gmail.com
harp2 dpt bce sambungan citer ni lagi..
Rozina??
ReplyDeleteNama watak macam tu dengar tak baik.
My first time here though.
Kak kalu nk privatekan blog ni tlg invite sy ye
ReplyDeleteadlinemyliana@gmail.com
wah!!!lame sgt tunggu citer nie update.
ReplyDeletesuke sgt..bestttt!!!
akak..tlg invite sy ek kalau n private..
eye_shah90@yahoo.com
akhirnya..sambung jgk cerita nie..
ReplyDeletenak lagi..nak lagi..
jgnla zam mati.
sambung lagi yer...
kalo nak privatekan invite saya yer..
izzah_chubbygirl@yahoo.com
akhirnyaaaaaaaaaaaa,ada gk smbngn,jgnlh zam mati,lnvite sy sm smona2474@gmail.com
ReplyDeletesyoknyeeeee dah ade sambungan...lama ni tunggu..kalau nak private, invite me please
ReplyDeletepu3_zaqya@yahoo.com
Saya pun nak gak... ctiey_shah84@yahoo.com... Jangan lupa invite saya juga yer.... Tq
ReplyDeletewah,lama betul menyepi, igt cite ni xkan dpt bc lg...
ReplyDeletesukanya dh ada blik...
terima kasih & tahniah...:)
Dah lama tunggu cite ini skrg baru muncul...klu nk private,jgn lupa invite saya yer nurhumairahamany@gmail.com
ReplyDeleteOh My Allah!!! So long waiting the new entry of this stories. Really miss Zam & Emy. Thank you writer for this entry. Please do continue this great stories. We really miss your come back. Please do invite me thru this email hazwani367@yahoo.com if you private your blog. TQ - IvoryGinger
ReplyDeleteolooo kite dah lupo jln crite nia...terpaksa undurrrr ke belakang .... tp apa2pon tqvm ...akhir smbg jugak ... harap hero tak mati...huhuhuhuhu
ReplyDeleteklu nk private ke jge lupa saya ye... rosstah4990@yahoo.com....
ReplyDeletewaa...lm btol tgu cite ni...sy pon sm kalo nk private, jgn lupe invite sy skali nuryus_84@yahoo.com...tQ
ReplyDeleteinvite saya jugak.. pjah_khichy@yahoo.com.. heheh
ReplyDeleteSalam Min
ReplyDeleteWelcome back.... windu gile ngn cite ni... tertunggu2 gak sama ada cite ni da
dinovelkan ke blum... harap2 taun ni la ye...insyaallah
min kalo privatekn pls invite niza ye (mizznza84@gmail.com)
Sambung lah lagi.
ReplyDeleteingat tak smbung dah. please smbung cpt2 kak. invite sy juga :) ashareenainnan43@rocketmail.com
ReplyDelete