Tuesday, January 27, 2009

Hati yang Terluka 16

Setelah bercuti untuk tiga hari, Tengku Zamran Hakim dan Emily kembali bekerja. Puan Zahrifah juga sudah pulang ke vilanya. Emily sendiri dapat melihat kepuasan yang terpancar pada wajah bondanya.

Rasanya setakat ini, lakonan mereka berjalan lancar. Apabila ahli keluarga mereka bertanyakan bulan madu, pasti mereka akan menjawab, ‘Sekarang syarikat tengah menyiapkan projek penting, jadi Zam agak sibuk. Jangan risaulah. Suatu hari nanti, kami akan pergi juga. Cuma lambat atau cepat’.

* * * * *

Tengku Zamran Hakim sedang duduk resah di penjuru katil. Pakaian kerja sudah tersarung kemas di tubuh lampainya. Hanya tinggal tali leher yang masih belum diikat.

‘Macam mana nak buat ni? Takkan nak suruh mummy ikatkan. Apa pula kata mummy. Silap hari bulan mummy dapat menghidu lakonan mereka.’ Tengku Zamran Hakim bermonolog.

Selama ini, Raja Muzairahlah yang mengikatkan tali lehernya. Dia memang tidak tahu untuk memakainya sendiri. Dijeling sekilas Emily yang sedang membetulkan tudung di cermin. Sehingga hari ini, dia belum pernah melihat rambut Emily. Rambut gadis itu, sentiasa ditutup dengan tudung kepala. Masuk tandas bertudung, keluar tandas juga bertudung. Bagaimanakah agaknya rupa gadis itu tanpa tudung? Fikirannya menerawang jauh. Kemudian cepat-cepat dia kembali memikirkan masalahnya. Tali leher! Akhirnya, setelah memikirkan baik buruk tindakannya, dia menghampiri Emily.

“Awak…” Tengku Zamran Hakim memanggil Emily perlahan.

Emily mengalihkan perhatiannya pada Tengku Zamran Hakim. “Ada apa?” tanya Emily hairan.

Tengku Zamran Hakim mengunjukkan tali lehernya pada Emily.

“Awak boleh tolong tak?” Mahu tak mahu, dia terpaksa menebalkan mukanya.

Emily terpinga-pinga. Berkerut-kerut dahi Emily menahan tawa. Takkanlah lelaki ini tidak tahu memakai tali leher? Pasti selama ni, mummy yang tolong ikatkan. bibirnya menyimpul senyum.

Emily mengambil tali leher yang disuakan Tengku Zamran Hakim kepadanya. Dahinya kembali berkerut. Kali ini, dia sudah tidak dapat menahan tawanya lagi. Tawanya meletus. Mana tidaknya, ada ke patut tali leher bewarna kuning bercorak merah mahu dipadankan dengan baju hitam belang putih?

Tengku Zamran Hakim ketap bibir melihat Emily yang sedang ketawa. Disabarkan hatinya bila memikirkan dia amat memerlukan pertolongan gadis itu pada saat ini.

“Awak ada tali leher lain tak?” Emily bertanya setelah tawanya reda. Tetapi senyuman lucu masih terpamer di bibirnya.

“Kenapa pulak?” tanya Tengku Zamran Hakim pelik.

“Tak sesuailah warna tali leher ni dengan kemeja yang awak pakai tu.”

Tengku Zamran Hakim berjalan ke almari dan mengeluarkan tali leher kepunyaannya.

Emily memilih tali leher yang telah dikeluarkan Tengku Zamran Hakim.

Tengku Zamran Hakim hanya memandang perlakuan Emily.

Akhirnya, tali leher yang bewarna putih menjadi pilihan Emily. Memang sesuai jika dipadankan dengan kemeja Tengku Zamran Hakim yang berwarna hitam dan mempunyai garisan halus menegak berwarna putih.

Emily mendekatkan dirinya dengan Tengku Zamran Hakim. Berdebar-debar hatinya apabila terhidu wangian yang dipakai lelaki itu. Jiwanya terasa tenang. Perlahan-lahan diikatnya tali leher yang dipilihnya tadi ke kolar kemeja lelaki di hadapannya.

Jantung Tengku Zamran Hakim turut berdegup kencang bila berdekatan begitu. Dia mencuri peluang tersebut untuk melihat wajah Emily. Dengan kening cantik yang terukir semula jadi, bulu mata yang lebat dan lentik, hidung yang agak mancung, serta bibir nipis yang merah tanpa gincu memang sesuailah wanita itu menjadi peragawati. Baru dia perasan yang Emily tidak memakai apa-apa alat solek melainkan bedak asas. Jarang model tidak bersolek tebal, fikirnya.

“Dah siap.” Suara itu sekali gus menyedarkan Tengku Zamran Hakim dari terus menilik wajah Emily.

Mereka berdua memandang cermin yang terbias wajah mereka berdua. Baru Emily perasan, pakaiannya dan lelaki itu sedondon. Hitam dan putih!

* * * * *

Tengku Zamran Hakim dan Emily beriringan turun ke ruang makan.

“Wah…pengantin baru dah turun.” Kata Tengku Syahmi yang sudah mengambil tempat di meja makan.

“Emm…pakai baju warna yang sama pulak tu. Kalau ada ‘award’ pasangan paling secocok dan sepadan dalam rumah ni, mesti dah dapat kat mereka berdua.” Kata Rozina pula yang duduk di sebelah suaminya, Tengku Rizal.

Tengku Zaidi dan Raja Muzairah tersenyum bahagia melihat anak bongsunya dan Emily yang nampak serasi berdua begitu.

“Eh, dah pakai ‘tie’ Zam? Mesti kamu suruh Emy ikatkan. Sebab itulah bonda suruh kamu cari isteri. Senang! Boleh jaga makan pakai kamu.” Ujar Raja Muzairah.

Semua yang berada di meja makan tersenyum mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Raja Muzairah. Emily turut tersenyum.

Tengku Zamran Hakim tidak menghiraukan kata-kata mummynya. Kemudian dia dan Emily mencari tempat duduk. Hanya tinggal dua buah kerusi sahaja lagi yang kosong. Mereka berdua duduk bersebelahan oleh kerana kerusi yang disediakan untuk mereka memang bersebelah.

Penghuni Vila Astana senyap menikmati sarapan pagi itu.

Selesai bersarapan, Tengku Rizal dan Tengku Aizat meminta diri untuk ke tempat kerja.

“Kami berdua pun nak berangkat.” Ujar Tengku Zamran Hakim apabila melihat isyarat mata Emily. Dia bangun dari duduknya. Emily turut berdiri.

Tengku Zaidi pula masih meneruskan sarapannya. Kini, dia tidak perlu ke pejabat lagi. Baru beberapa bulan lepas dia bersara dari syarikatnya. Dia mahu segala urusan syarikat diuruskan oleh anak bongsunya.

Tengku Zamran Hakim menyalami mummynya diikuti dengan Emily.

Baru beberapa langkah, tiba-tiba Raja Muzairah memanggil.

Mereka berdua berhenti dan memandang Raja Muzairah.

“Kamu berdua pergi asing-asing ke pergi sekali?” tanya Raja Muzairah.

“Asing-asing. Kenapa mummy?” Tengku Zamran Hakim bertanya.

Raja Muzairah bangun dari duduknya dan menghampiri mereka berdua.

“Emy tak mahu salam suami Emy dulu?” Raja Muzairah memandang Emily.

Emily terkedu mendengar pertanyaan ibu mertuanya. Yang paling mengusik hatinya, adalah ketika perkataan ‘suami Emy’ meluncur keluar dari mulut wanita yang lebih kurang sebaya dengan bondanya itu.

Perlahan-lahan dengan seikhlas hati, Emily menghulurkan tangannya pada Tengku Zamran Hakim.

Tengku Zamran Hakim tersentak. Tetapi kemudiannya, dia menyambut huluran tangan Emily.

Emily menunduk mengucup tangan lelaki yang bergelar suaminya itu. Perasaan halus seperti menyelinap masuk ke dalam jiwa mereka berdua.

Suasana pada ketika itu begitu syahdu.

Penghuni Vila Astana yang masih tinggal di meja makan turut tidak melepaskan peluang melihat 'drama' tersebut.

Tangan mereka terlerai selepas itu. “Kami pergi dulu.”

“Eh, nanti dulu.” Raja Muzairah masih menghalang. ‘Akak akan pastikan kehidupan mereka berdua seperti pasangan suami isteri yang lain, Zha.’ Bisik Raja Muzairah sendiri. Ada rancangan yang tersimpan kemas dalam fikirannya.

Sekali lagi Emily dan Tengku Zamran Hakim tidak jadi melangkah. Mereka berdua memandang Raja Muzairah hairan.

“Selagi Zam tak kucup pipi Emy dan Emy membalasnya, kamu berdua tidak boleh melangkah.” Kata Raja Muzairah tegas dan seolah mengugut.

“Hah??!!”

Tengku Zaidi menggeleng melihat isterinya yang menggertak anak dan menantu bongsunya.

Menantunya yang lain juga melihat situasi tersebut dengan penuh rasa aneh. Mereka bertiga memandang sesama sendiri. Tidak pernah pula mereka disuruh berbuat begitu dahulu. Peraturan barukah? Masing-masing tertanya sendiri.

Tengku Zamran Hakim garu kepala yang tidak gatal, Emily pula terkebil-kebil. Macam-macam reaksi dapat dilihat. Semuanya gara-gara gertakan Raja Muzairah.

Raja Muzairah memandang mereka berdua. Masing-masing degil! “Kamu berdua tak mahu buat apa yang mummy suruh? Fine! Dua-dua tak boleh pergi kerja. Diri di sini sampai kamu buat apa yang mummy suruh.” Raja Muzairah bagai mengugut.

Tengku Zamran Hakim dan Emily berpandangan dan mengangkat bahu.

Tengku Zaidi dan tiga orang lagi menantunya masih menunggu. Menunggu? Pastilah sedang menunggu babak romantik dari Tengku Zamran Hakim dan Emily. Bukan selalu dapat dilihat secara 'live'.

Tengku Zamran Hakim menjeling jam tangannya. Sekarang sudah hampir ke 9.30 pagi. Pukul 10.00 nanti Mesyuarat dengan kakitangan syarikat akan bemula. Jika ditahan begini, bagaimana dengan mesyuarat tersebut?

"Mummy...Zam ada mesyuarat Pukul 10.00 nanti." ujar Tengku Zamran Hakim.

"Mummy tak halang Zam pergi pejabat. Zam yang halang diri Zam pergi pejabat. Buat yang mummy suruh dulu." tegas Raja Muzairah.

Tengku Zamran Hakim mengeluh. Tiada pilihan lain lagi! Mummy tidak akan berganjak dengan keputusannya.

Perlahan-lahan dia mendekati Emily.

Emily mengerutkan dahi bila dilihatnya Tengku Zamran Hakim makin mendekat. Dan...

“Cup!” Sebuah ciuman melekat di pipi Emily.

'Selesai'. Detik hati Tengku Zamran Hakim.

Pipi Emily sudah merona merah. Malu sungguh! Dia menunduk. Matanya menjeling sedikit Raja Muzairah. Raja Muziarah sedang memandangnya tepat. 'Gulp'.

Emily gelisah. Hari ini akan jadi sejarahlah nampaknya. Wajah kacak Tengku Zamran Hakim yang berada dekat dengannya direnung.

Emily mengeluh. Seperti Tengku Zamran Hakim, dia juga tiada pilihan lain. Ditarik nafasnya dalam. 'Susah juga kalau berlakon ni. Rasanya, apa yang Mummy suruh tiada dalam skrip'. Sempat dia berfikir. Kemudian mendekat sedikit dan melekapkan bibir mungilnya ke pipi Tengku Zamran Hakim.

Perasaan halus itu muncul lagi.

“Macam tu lah!” ujar Raja Muzairah selapas itu. Puas hati.

Tengku Zaidi menggeleng-geleng. Macam-macam idea nakal isterinya itu.

Rozina, Farhana, dan Farzana tersenyum sendiri. ‘Mereka berdua memang sesuai!’

“Kami pergi dulu.” Emily dan Tengku Zamran Hakim sudah mula melangkah ke pintu.

Raja Muzairah membiarkan. “Bukan untuk hari ni je tau. Tapi setiap hari sebelum ke tempat kerja, kamu berdua kena buat macam ni depan mummy.” Sempat Raja Muzairah berpesan.

Langkah Tengku Zamran Hakim dan Emily terhenti. Sudah!

Tengku Zaidi dan tiga orang menantunya melepaskan tawa sambil berdetik, 'nasiblah....'

5 comments:

  1. ade jgak mak jnis gitu yek,tp bagus gak..hehe

    ReplyDelete
  2. ni msti mak zam da taw cite dorg..kn boda da plik...

    ReplyDelete
  3. hahahah...kelako jer...
    tp best gak kalu ader mk mer2a cam tu...heheheh

    ReplyDelete
  4. yelar..sy rasa pun gitu gak
    mesti mummy & bonda dh tahu
    "secret" dorg ni...hehehe..

    ReplyDelete