Wednesday, November 24, 2010

Hati yang Terluka 43

Salam...tak tahu la apa yg min merepek utk bab yang ni...huhu

*****

Mastura memandang tajam wajah yang berada di hadapannya itu. Tidak dapat digambarkan rasa puasnya apabila musuh utama sudah berada di dalam genggaman.

"Kita nak buat apa dengan perempuan ni bos?" seorang anak buahnya bertanya. Matanya tidak lepas dari memandang wajah cantik yang sedang terikat itu.

"Kalau ikut hati aku, dah lama aku terkam." ujarnya lagi.

"Korang jangan cari pasal. Dah! Pergi buat kerja yang aku suruh tadi. Aku nak tahu apa sebenarnya hubungan perempuan ni dengan Zam.”

“Kau agak?” soal yang seorang lagi.

"Aku tak pasti. Mungkin kekasih dan mungkin jugak tunang."

"Tapi bukan Zam dulu dengan Maria ke?" Dia pernah diberitahu oleh Mastura tentang itu suatu ketika dahulu.

Mastura mencebik mendengar pertanyaan anak buahnya. "Dah putus. Perempuan tak tahu malu tu yang tergila-gilakan Zam."

"Bukan kau pun tergila-gilakan dia jugak?" sinis yang seorang lagi.

Mastura menjeling tajam mendengar kata-kata tersebut. "Baik kau diam, Li!"

"Kenapa? Marah? Mas...Mas...Kenapa kau nak marah? Betul apa aku cakap."

"Kau...!" jari telunjuk Mastura tepat ke arah anak buahnya yang dirasakan cukup celupar itu.

"Wei...dah la tu. Tak payah nak gaduh. ni, sekarang aku nak tanya kau Mas. Kau rancang semua ni dengan teliti ke? Aku tak nak polis masuk campur?"

"Takkan Zam tak tahu risiko dia macam mana kalau dia buat laporan? Mastura menyilang tangan ke dada.

"Mas! Kau tak takut ke kerjaya kau jatuh kalau orang dapat tahu apa yang kau buat ni?"

"Aku peduli apa! Butik aku tu pun tunggu masa nak lingkup. Ni, perempuan tak guna ni. Habis butik dia sapu pelanggan. Setidak-tidaknya, bila aku buat macam ni, hati aku puas. Dan yang paling penting, Zam pasti jadi milik aku." Ujar Mastura bongkak sambil tersenyum panjang.

"Suka hati kau lah. Janji, aku dapat bahagian aku.” Lelaki itu berlalu dari situ.

Beberapa minit kemudian seorang lagi lelaki masuk ke bilik tersebut.

"Sampai pun kau akhirnya. Kenapa lambat?" Mastura tersenyum menyambut kedatangan rakan subahatnya.

Lelaki itu tidak mempedulikan pertanyaan Mastura sebaliknya matanya jatuh ke arah Emily yang belum sedarkan diri. "Dia belum sedar?"

Mastura menggeleng. "Belum."

"You bagi apa sampai dia tak sedar lagi? Dan... tengok ni. Kenapa ikat dia sampai macam tu sekali?" soal lelaki itu kasar, seakan mahu meradang melihat gadis kesayangannya yang terikat.

"Relaks okey. Sikit je tu. Kejap lagi sedarlah." Mastura berbolak-balik.

"You ada buat apa-apa lagi tak selain pengsan dan ikat dia?" Lelaki itu merenung tajam pada Mastura dan seorang lagi anak buahnya.

"Mana ada kitorang buat apa-apa. Selagi Zam tak sampai sini kita tak boleh buat apa-apa dekat dia, kan? Bukan dah bincang ke sebelum ni?" Mastura menjawab malas. Menyampah pula dia apabila lelaki itu beria-ia melindungi Emily. Huh!

"Dah, jom blah." Mereka berlalu meninggalkan Emily yang masih belum sedarkan diri itu.

* * * * *

Emily membuka perlahan matanya. Kepalanya terasa berat. Matanya dikitar pada sekelilingnya.

"You dah sedar Lia?" Tersentak Emily bila ditegur begitu. Wajah di hadapannya direnung tajam.

"Kenapa tengok I macam tu. Oh...you rindukan I ya?” Syazmir mendekati Emily. Dia cuba memagut bibir Emily sebelum Emily memalingkan wajahnya.

Syazmir hanya ketawa meihat penolakan Emily.

"It’s okay, Lia. I tak marah. Mungkin you kena ambil masa untuk terima I semula."
Syazmir memancing Emily untuk bersuara namun Emily hanya diam di situ.

"Hmmm...macam mana kalau kita kahwin? Bila kita dah kahwin nanti I nak buat lebih dari tu pun tak apa walaupun memang kita pernah buat kan?" ketawanya bersambung-sambung.

"Gila!” dengus Emily.

Syazmir mengusap kepala Emily. "Kenapa marah-marah ni? Bukan dulu you ke nak I bertanggungjawab pada you? Sekarang bila I dah bersedia, kenapa you mengelak?"

Emily cuba mengelak dari tangan Syazmir yang galak mengusap kepalanya. "Aku bukan Lia yang kau cari."

Syazmir senyum sinis. "You ingat I percaya apa yang you cakap? I kenal Lia I."

Emily hanya mampu mengeluh. Dia sedar, walau beribu kali dia menafikan, Syazmir tetap tidak akan mempercayainya. Dia malas mahu bersuara lagi. Dia terasa letih. Seharian rasanya dia tidak mengisi perut.

Tiba-tiba seorang lelaki masuk ke bilik tersebut dan menghampiri Syazmir. Dia nampak jelas lelaki tersebut membisikkan sesuatu kepada Syazmir. Syazmir kelihatan mengangguk sambil bibirnya tersenyum meleret. Tidak lama kemudian lelaki tersebut berlalu pergi.

"Good news." Syazmir masih tersenyum ketika kembali memandangnya.

Emily menunggu kata selanjutnya dari Syazmir. Apa berita baiknya? Hatinya berdebar-debar.

"You know what, Lia? Kalau kita nak hidup bahagia, kekasih you tu perlu dihapuskan dulu. Memang dah sampai masa dia." Bisik Syazmir sendiri. Kemudian dia melangkah pergi.

Emily menelan liur. Abang!

Tidak lama kemudian, Mastura pula yang melangkah masuk ke bilik tersebut.

"Oh, jadi you dah sedar, Tengku?"

Melihatkan Mastura, Emily bertambah terkejut. "Awak..."

"Betul. Mastura. Orang yang jumpa kau tempoh hari di hospital."

"Macam mana bila terikat macam ni? Aku dah cakap, kau akan menyesal dengan kata-kata kau. Kau tahu kenapa aku buat macam ni?"

Emily tidak menjawab.

Mastura melepas nafas kasar ketika mengenang kembali cintanya yang tidak pernah bersambut.

"Sebab cinta! Aku dah lama cintakan Zam. Dari zaman sekolah lagi. Kau tahu tak apa yang berlaku? Dia bertunang dengan Maria. Tapi aku tak salahkan Zam sebab aku tahu bukan dia yang nakkan dengan Maria tu. Perempuan tak guna tu yang tergila-gilakan Zam! Kau tahu, aku tak pernah putus asa mengejar cinta Zam. Aku tanam azam untuk rebut cinta dia. Aku lanjutkan pelajaran ke luar negara untuk pastikan aku setaraf dengan dia dan dalam masa yang sama aku ikut perkembangan dia."

Mastura mencuri nafas sebelum menyambung, "Masa di luar negara, aku dapat tahu dia dah putus tunang. Aku gembira! Aku cuba dekati dia selepas itu walau dari jarak jauh. Cuba berhubung dengan dia. Aku luahkan sekali lagi perasaan aku, tapi...Zam tetap Zam. Pada mulanya aku tak kisah sangat sebab aku tahu Zam memang macam tu. Aku dan berjanji, saat aku sampai ke Malaysia aku akan pasang strategi untuk Zam terima cinta aku. Selagi lagi malang nasib aku. Kali ni lebih teruk. Peluang yang aku nanti-nantikan hancur berderai. Kau nak tahu sebab apa? Sebab kau!" Ada air mata yang bertakung di tubir mata Mastura saat itu.

"Dan...Paling tak sangka, aku beruntung sebab ada yang sanggup bekerjasama dengan aku untuk pisahkan kau dengan Zam." Mastura mengesat kasar air matanya kasar. Puas dapat meluah apa yang terpendam di hatinya selama ini.

Emily mengetap bibir mendengar cerita Mastura. Dia langsung tidak menyangka Mastura begitu obses terhadap Tengku Zamran Hakim.

Tiba-tiba telefom bimbit Mastura berbunyi.

* * * * *

Tengku Zamran Hakim memandang sekelilingnya. Hutan! Itu yang dapat ditafsirkan saat dia tiba ke tempat yang dikatakan Mastura.

Tidak sampai seminit dia memerhati sekeliling, tiba-tiba dia dikepung oleh sekumpulan lelaki yang masing-masing sudah memegang senjata.

“Sampai juga kau akhirnya.” Salah seorang dari mereka bersuara.

“Hapuskan dia!” satu lagi suara kedengaran sebelum dia diserang dari pelbagai sudut.

Tengku Zamran Hakim mengelak pantas sambil menyerang balas ketika sebilah parang panjang dihayun ke tubuhnya.

Dia dapat melihat jelas objek-objek yang digunakan untuk menyerangnya. Kapak, parang, pisau belati, dan kayu. Ya Allah...dia hanya mampu mengucap panjang.

Apabila ada yang cuba menghunus pisau dilehernya, cepat dia menyiku perut lawannya. Dari arah belakang pula, seseorang cuba menyerangnya dengan sebatang kayu namun pergerakan lawan dapat dibaca pantas. Dia sempat menangkap kayu tersebut dari terkena kepalanya dan merampas kasar. Kayu tersebut dijadikan senjata untuk mempertahankan dirinya dari serangan.

Ilmu mempertahankan diri yang dimilikinya dipraktikkan sebaik mungkin walaupun mustahil untuk dia bertahan dengan jumlah pihak lawan yang begitu ramai. Jelas dimatanya samseng-samseng tersebut seolah begitu agresif untuk menyerang.

Zupp! Tengku Zamran Hakim terasa seperti ada sesuatu yang menusuk tubuhnya. Ngilu! Itulah yang dirasakan saat itu. Dia hampir-hampir tersungkur namun dia belum mahu mengalah. Pedih yang terasa tidak diendahkan. Ketika seorang musuh mahu menyerang dengan kapak cepat kakinya menendang perut lelaki yang bertubuh besar itu. Dia mendengus kasar.

Tengku Zamran Hakim terasa tenaganya makin berkurangan kerana kecederaan yang dialaminya. Dia tahu, jika berterusan diserang begini dia akan terkorban.

Dia sedikit tersentak apabila sebilah pisau dibaling ke arahnya, namun belum sempat pisau tersebut terkenanya, senjata tajam tersebut terpelanting jauh.

"Rasanya kalau tiga orang cukup kan Zam?" ujar Nazrin yang membelakangi Tengku Zamran Hakim.

"Kau?" Tengku Zamran Hakim agak terperanjat sebelum tersenyum sedikit.

"Sorry, bro. Aku tahu mesti Syazmir takkan lepaskan kau macam tu je. Jadi aku mintak pertolongan Naufal dan Nazrin." Amir yang turut berada di situ menyambung. Kakinya sempat menyepak seorang samseng yang menyerangnya.

Amir sedar, dia tidak begitu mahir dalam seni mempertahankan diri, tapi dia yakin dengan kedatangannya ke situ dapat melengahkan orang-orang yang mahu menyerang Tengku Zamran Hakim sebelum kedatangan polis bersama Naufal. Dia sudah maklumkan itu kepada Naufal. Mujur lelaki itu belum kembali ke Jerman.

"Aku agak dalam 20 orang. Tak guna betul Syazmir tu. Pengecut! Ada ke patut hantar sampai 20 orang kerjakan kau. Bawak senjata pulak tu." Nazrin sempat merungut sambil melibas belakang samseng yang menyerangnya.

Terkejut juga dia apabila tiba ke situ tadi, sudah lebih 10 orang ditumbangkan oleh Tengku Zamran Hakim. Sesekali dia memandang Tengku Zamran Hakim yang masih mengerjakan lawan. Ada beberapa kecederaan yang dapat dilihat pada tubuh lelaki yang memakai jaket hitam itu.

"Zam! Aku rasa kau pergi ke tempat tu dulu. Biar aku dan Amir yang handle samseng-samseng ni." Naufal menggesa Tengku Zamran Hakim.

“Tak apa ke kalau macam tu?" tanyanya yang masih belum berhenti menangkis serangan sejak tadi. Dia agak risau untuk meninggalkan rakannya dengan samseng-samseng tersebut.

"Kalau setakat nak lengahkan diorang ni sebelum polis sampai, boleh lagi. Lagipun tinggal berapa orang je ni. Yang lain kau dah kerjakan. Lambat lagi kot nak sedar." Jawab Nazrin.

"Jangan risaulah pasal kitorang. Nyawa Emy yang penting. Tapi Zam, kau kena hati-hati. Aku rasa banyak lagi samseng yang abang aku upah. Bukan ni je. Kau boleh betahan lagi Zam?" balas Amir pula sambil menumbuk tepat muka samseng di hadapannya. Tangannya terseliuh sedikit. Makan batu ke apa ni? rungutnya sendiri.

Tengku Zamran Hakim mengangguk dan terus melangkah pantas meninggalkan tempat tersebut. Nasib baik hari masih cerah. Kalau tidak, mungkin sukar baginya mencari tempat Emily disembunyikan.

Dan sepeti jangkaannya, masih ramai lagi yang sudah bersedia untuk menyerang namun tidaklah seramai tadi. Dalam beberapa minit sahaja, dia berjaya juga untuk masuk ke rumah usang itu.

Namun apa yang menjamu matanya benar-benar buat dia hilang kata.


* * * * *

Mastura mengetap geram bibirnya. Bunyi giginya yang berlanggaran dapat didengar.

"Melampau!" Jerit Mastura sambil menghempaskan telefon bimbitnya ke lantai. Panggilan yang diterima sebentar tadi, benar-benar menambah marahnya.

Emily memandang aneh perlakuan Mastura yang seperti mahu menangis dalam marahnya.

Mastura kembali memandang Emily di hadapannya dengan penuh dendam. Paggilan dari anak buahnya sebentar tadi membuatkan dia hilang punca.

"Kau...Kau dengan Zam dah..ka..kahwin?" Bergetar suara Mastura menahan perasaan amarahnya. Suaranya tersekat-sekat.

Melihat Emily yang tenang tidak menjawab soalannya dia tahu dia sudah mendapat jawapan. Dia terasa otaknya kosong saat itu. Jiwanya merintih pilu. Matanya sudah merah menahan tangis dan marah. Tangannya menggigil.

"Kurang ajar! Kau memang tak guna! Kau rampas Zam dari aku! Aku bunuh kau! Aku akan pastikan kau lenyap hari ni!" Mastura seolah dirasuk. Tanpa disangka, dia mengeluarkan sepucuk pistol yang disorok sebelum ini dan menghalakannya tepat ke wajah Emily.

* * * * *

"Fauzi?"

Dr. Fauzi ketawa berdekah-dekah memandang Tengku Zamran Hakim. "Kenapa? Terkejut?"

"Tak sangka aku kau dapat sampai ke sini. Tapi apa nak dihairankan? Kau kan memang selalu terbaik. Jadi mungkin tiada masalah kau nak sampai ke tempat ni walaupun berpuluh samseng aku upah."

"Kau yang rancang semua ni?"Tengku Zamran Hakim benar-benar kecewa apabila mengetahui kebenaran tersebut.

"Aku, Syazmir, dan Mastura!" beritahu Dr. Fauzi kasar.

Beberapa ketika kemudian, Syazmir muncul dibelakangnya bersama senyuman kemenangan.

"Mesti kau tak sangka kan kenapa aku buat macam ni? Kau ingat aku akan berubah macam Amir yang kononnya dapat terima hakikat Emy dah jadi milik kau? Kau ingat senang nak lupakan cinta pertama aku?!" lantang suara Dr. Fauzi ketika itu.

"Kau bersubahat dengan Syazmir sebab nak dapatkan Emy? Kalau macam tu, siapa yang akan dapat Emy akhirnya kalau kalau kau dengan Syazmir rebutkan orang yang sama?" Tengku Zamran Hakim mendengus kasar.

"Syazmir mahukan Lia, dan aku mahukan Emy."

Tengku Zamran Hakim memegang kepalanya yang tiba-tiba berdenyut. Pandangannya juga sudah mula kabur. Dia tahu ini kesan kecederaan yang dialaminya.

"Kau tahu Lia dah tak ada! Kau sengaja gunakan Syazmir untuk dapatkan Emy?"

"Sekejap…..sekejap…..Aku tak faham. Apa korang cakapkan ni?" tiba-tiba Syazmir mencelah.

“Kau jangan dengar cakap dia!” Dr. Fauzi merenung Tengku Zamran Hakim tajam.

Tengku Zamran Hakim menyandar pada dinding bagi menahan dirinya dari terjatuh. Dia benar-benar keletihan di tambah pula luka ditubuhnya yang semakin menyucuk-nyucuk.

"Emy yang kau sangkakan Lia tu sebenarnya kembar arwah Emilia." Ujarnya lagi pada Syazmir.

"Arwah?" Syazmir terperanjat. Matanya terbeliak.

Tengku Zamran Hakim mengangguk lemah.

"Kau...kau tipu." suara Syazmir bergetar. Mengigil tubuhnya.

"Betul bang, Lia dah tak ada." Tiba-tiba Amir yang baru tiba itu mencelah. Tercungap-cungap dia saat tiba di situ. Nazrin masih menunggu kedatangan polis di luar rumah usang itu. Nazrin yang meminta dia ke dalam untuk membantu Tengku Zamran Hakim.

"Fauzi pun tahu pasal ni. Tapi dia sengaja nak abang bersubahat dengan dia." Sambungnya lagi.

Syazmir memandang tajam pada Dr. Fauzi.

Tengku Zamran Hakim mengambil peluang maju ke hadapan dan masuk ke bilik yang dia yakin tempat Emily disembunyikan. Dr. Fauzi cuba menghalang, namun Syazmir cepat menangkap kolar bajunya.

Tengku Zamran Hakim merempuh pintu yang tertutup rapat itu. Jelas kelihatan Mastura sedang mengacukan pistol ke arah Emily yang masih terikat. Mastura berada dalam jarak kurang 1 meter dari Emily.

"Aku bunuh kau!" Tidak semena-mena tembakan dilepaskan.

"Emy!" jerit Tengku Zamran Hakim terus menerpa ke arah Emily. Tubuh Emily dirangkul erat. Serentak dengan itu, dia dapat merasakan sesuatu menembus tubuhnya. Perit.

Bagai terhenti jantung Emily mendengar bunyi tembakan yang cukup kuat itu. Dia bertambah kaget apabila terasa seseorang memeluknya kejap.

Mastura terkejut melihat kedatangan Tengku Zamran Hakim. Terlepas pistol dari tangannya. Seluruh tubuhnya menggigil saat melihat Tengku Zamran Hakim yang rebah.

“Zam!!!” jeritnya menerpa ke arah Tengku Zamran Hakim.

“I minta maaf, Zam. I tak berniat nak tembak you. I cintakan you. I minta maaf….” Mastura mengongoi di sisi Tengku Zamran Hakim yang berada di pangkuan Emily.

Wajah Emily pucat lesi melihat Tengku Zamran Hakim yang berlumuran darah.

“Taubatlah, Mas…Minta ampun dari Allah.” balas Tengku Zamran Hakim begitu lemah.

Polis tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik tersebut. Mungkin kerana terdengar bunyi tembakan.

“I minta maaf….I minta maaf…” Mastura tidak henti-henti memohon maaf walaupun saat tangannya sudah digari. Dia seperti hilang akal.

Amir turut menerpa. Dapat dilihat tubuh Tengku Zamran Hakim yang terbaring di pangkuan Emily.

“Ya Allah Zam! Apa dah jadi ni?”

"Abang...Kenapa abang buat macam ni?" kolam mata Emily sudah terasa panas. Laju air jernih itu turun tanpa dapat disekat lagi. Pilu hatinya melihat keadaan Tengku Zamran Hakim saat itu. Kesan hirisan pisau memang jelas di merata tubuh suaminya itu. Wajah tampan itu diusap lembut.

"Jangan menangis macam ni, sayang.” Bisik Tengku Zamran Hakim perlahan. Tangannya cuba diangkat untuk menyentuh wajah Emily tetapi dia sudah tidak berdaya.

Air mata Emily tetap laju menuruni lekuk pipinya. Makin erat tangannya mendakap tubuh Tengku Zamran Hakim.

“Ka..kalau..abang..tak ada...sa..sayang kena...jaga di..diri ya." bisik Tengku Zamran Hakim lagi. Nafasnya sudah tidak teratur. Mahu menyebut satu perkataan pun begitu payah sekali.

"Abang tak boleh tinggalkan Emy…" tersekat-sekat suara Emily kerana terlalu banyak menangis. Hatinya bagai dihiris melihat Tengku Zamran Hakim yang begitu susah untuk menutur kata.

"Bertahan, Zam.” Ujar Amir apabila melihat Tengku Zamran Hakim begitu payah untuk bernafas.

“Semua okay…?.” Nazrin yang baru tiba ke bilik tersebut bersama Naufal tidak jadi mengabiskan ayatnya saat terpandang Tengku Zamran Hakim.

“Kenapa ni? Ya Allah…” Naufal kehilangan kata saat melihat keadaan Tengku Zamran Hakim.

Naufal menghampiri Tengku Zamran Hakim.

"Kenapa ni?" tanya Nazrin sekali lagi saat dia terperasan tangan Tengku Zamran Hakim yang masih melekap pada baju yang dipakainya. Dia yakin, Tengku Zamran Hakim ditikam ketika berlawan dengan samseng-samseng tadi.

"Zam kena tembak." Amir bersuara perlahan.

Naufal memeriksa tubuh Tengku Zamran Hakim. Melihat luka pada tubuh sahabatnya itu ditambah dengan peluru dari tembakan dia terduduk.

“Kau…kau kena tikam Zam?” tanyanya selepas itu. Luka tikaman pada Tengku Zamran Hakim begitu dalam.

Tengku Zamran Hakim tersenyum tenang, tidak menjawab pertanyaan Nazrin.

"To..tolong tengok-tengokkan Emy." pinta Tengku Zamran Hakim memandang teman-temannya penuh mengharap. Air matanya jatuh saat itu.

Naufal, Nazrin, dan Amir sama-sama mengangguk. Masing-masing tidak dapat mengawal rasa sebak yang bertandang.

Lega hati Tengku Zamran Hakim melihat anggukan tersebut. Matanya menatap seketika wajah Emily sebelum perlahan-lahan matanya tertutup. Rapat.




Gratisan Musik