Monday, January 26, 2009

Hati yang Terluka 2

“Assalamualaikum…” Emily memberi salam sambil memasuki rumah banglo dua tingkat itu.

“Waalaikumussalam…Emy, baguslah Emy dah sampai. Si Syira ni asyik bertanyakan bila mamanya nak sampai. Tak larat bonda nak menjawab.” Puan Zhafirah menjawab salam sambil memegang tangan si kecil, Syira. Syira memuncung bila neneknya mengadu pada mamanya. Sama dengan perangai ibunya, bila merajuk.

“Emm, anak mama ni rindukan mama ye? ke tak sabar pergi shoping?”Emily mendukung Syira sambil mengucup pipi anaknya itu. Syira hanya ketawa dan membalas kucupan pada pipi mamanya.

“Apalah mama ni…Sebenarnyakan, Syira rindu sangat kat mama tau. Mama suka sangat balik lewat. Malam-malam Syira selalu kena tunggu mama balik sebab Syira nak mama bacakan buku cerita kat Syira. Tulah hari ni Syira seronok sangat bila nenek beritahu Syira mama nak balik awal, bawak Syira pergi jalan-jalan.” Begitu petah Syira berkata-kata.

Emily jatuh kasihan melihat anaknya ini. Rupa-rupanya, anaknya itu memendam perasaan. Tetapi, apa yang harus dilakukan lagi. Memang tugasan kerja sentiasa menantinya setiap hari. Tak boleh dielak lagi.

“Emy, pergi mandi, dan tukar pakaian Emy tu dulu. Biar segar sikit badan Emy tu.” Kata Puan Zharifah pada anaknya.

“Baiklah bonda.” Jawab Emy. “Syira tunggu mama dengan nenek ye. Mama nak mandi dulu.” Sambung Emily lagi pada Syira pula sambil menyerahkan Syira pada Bondanya, lantas dia berlalu ketingkat atas, biliknya.

Dia merebahkan badannya di atas katil. Dia meliarkan matanya pada sekeliling bilik tersebut. Matanya jatuh pada foto yang tergantung indah pada biliknya. Gambar dia dan kakaknya, Emilia memeluk bonda mereka. Air matanya menitis perlahan mengingatkan satu-satunya adik-beradik yang dia ada telah pergi menemui Ilahi. Kakaknya itu pergi dengan meninggalkan amanah kepadanya. Amanah yang begitu berat untuk di pikul.

Dia mengesat matanya sambil mencapai tuala dan berlalu kebilik air. Teringat dia pada janjinya terhadap Syira yang sedang menantinya di bawah. Nanti tak pasal-pasal muncungnya panjang sedepa. Lucu memikirkan anaknya yang sorang itu. Tapi, itulah jantung hatinya selain bonda.

* * * * *

Emily turun ke bawah lantas menghampiri Syira dan bondanya yang sedang menonton rancangan di televisyen.

“Syira, kita pergi sekarang ye?” Tanyanya kepada Syira. Syira mengangguk. “Bonda nak ikut sekali?”Tanya Emily pada bondanya pula.

“Takpelah Emily. Kamu pergi jelah dengan Syira tu. Jaga diri Emy dan Syira elok-elok ye. Pandu tu hati-hati sikit.” Pesan Puan Zhafirah.

Dia memimpin tangan anaknya memasuki kereta Mercedes-Benz SLK 55 nya.

* * * * *

Setelah sampai di pusat membeli belah, dia membawa Syira ke tempat membeli pakaian kanak-kanak untuk membeli beberapa helai pakaian untuk Syira. Dia pula jarang membeli pakaian diluar kerana dia memilih untuk memakai pakaian di butik EN. Ketika dia sedang sibuk memilih pakaian untuk Syira, tiba-tiba dia terasa seseorang menyapanya.

“Hai, Emy.” Sapa lelaki tersebut.

“You ni…?” berkerut-kerut dahi Emy mengingati nama lelaki di hadapannya.

“You kalau berfikir selalu macam ni. I Amir. Kenal lagi tak?” Tanya lelaki itu lagi sambil ketawa.

“Oh, ya Amir. Minta maaf banyak-banyak, betul-betul tak ingat tadi.” Emily meminta maaf.

“Orang macam I ni, manalah ada orang ingat. Tambah-tambah orang cantik macam you ni. Buat apa kat sini? Pilih baju untuk anak you?”tanya lelaki tersebut. Dia merenung Emily. Cantik. Lebih cantik dari dulu. Sekarang semakin anggun. Dia pernah meluahkan perasaannya terhadap Emily dulu. Waktu Emily masih 'tomboy'. Tetapi awal-awal lagi dah kena reject. Emily hanya menganggapnya kawan biasa.

“Yup. Buat apa kat sini? Pilih baju anak jugak?”tanya Emily pula.

“Tak adalah. I ternampak you tadi, jadi, I masuklah kesini. Emm. bila you kahwin? bertahun tak jumpa you, tengok-tengok dah ada anak. Mana suami you?” tanya Amir sambil mencuit pipi Syira.

“Ok lah. I nak bayar baju anak I. I nak cepat. Bonda I tunggu kat rumah.” Cepat-cepat Emily meminta izin untuk berlalu. Nah, ini dia. Soalan yang paling dia takuti. Soalan sebegitulah yang sering dia elak apabila berjumpa dengan kawan-kawan bonda dan kawan-kawannya. Dia tidak mahu mengingati kisah itu lagi. Kisah yang mencari-carik hatinya. Kisah yang membawa dia mengingati arwah kakaknya. Kisah yang akan melukakan hati Syira apabila dia besar kelak. Dia tidak sanggup membuka pekung kakaknya yang telah tiada. Dia mahu kakaknya tenteram di sana. Tetapi, dia sedar, kisah itu akan terbongkar juga lambat laun. Tidak pun, pasti Syira akan bertanya di mana ayahnya. Hanya bonda dan Juita iaitu sahabat baiknya dan kakaknya, yang tahu kisah di sebalik kewujudan Syira.

“Emm…oklah kalau macam tu. Lagi satu Emily, I sedar, you macam nak mengelak dari I, tapi takpelah…I faham.” Emily mengerutkan dahinya apabila mendengar jawapan dari mulut Amir. ‘Apa yang dia faham? Ah…biarlah…pasti aku tersilap dengar ataupun dia yang terlebih sensitif mendengar perkataan ‘faham’ dari mulut Amir.’ Suara hati Emily seolah-olah berkata. Sebelum berpisah, mereka bertukar-tukar kad nama dan nombor telefon.

* * * * *

Kereta Tengku Zamran Hakim memasuki perkarangan Vila Astana. Dia memakirkan keretanya di tempat yang telah disediakan.

Keliahatan mummy dan daddynya sedang tersenyum menyambutnya di meja minum petang di ruang taman mini yang menghijau. Dia menghampiri mummynya itu.

“Assalmualaikum mummy”. Tengku Zamran Hakim memberi salam dan menyalami ibunya lantas duduk di kerusi yang kosong.

“Waalaikumussalam. Awal Zam balik hari ni?” Tanya Raja Muzairah kepada Tengku Zamran Hakim.

“Hari ni kerja kat pejabat tu tak berapa banyak. Jadi, dapatlah Zam balik awal.” Tengku Zamran Hakim menjawab.

“Zam selalu sangat balik lewat. Macam manalah kalau dah kahwin nanti. Hai, tak tahulah mummy isteri Zam tu sanggup ke tak tunggu kamu hari-hari kat rumah.” Raja Muzairah sudah mula membuka kisah mengenai perkahwinan.

“Isyy, Mummy ni…macam tu pulak. Bila pulak Zam kata nak kahwin.” Tengku Zamran Hakim sudah mula berasa rimas bila hal isteri dan perkahwinan menjadi persoalan.

“Habis tu, Zam tak nak kahwin sampai ke tua?” Raja Muzairah risau memikirkan anaknya yang seolah-olah tidak berminat untuk mendirikan berumah tangga.

“Kamu ni Zai…biarlah dia…mungkin dia belum bersedia lagi selepas apa yang Maria lakukan kat dia dulu. Hati dia masih parah lagi tu.” Tengku Zaidi yang hanya diam dari tadi menyampuk, sekaligus menyelamatkan Tengku Zamran Hakim dari soalan mummynya.

Raja Muzairah hanya mendiamkan diri selepas itu. Dia tidak membantah kata-kata suaminya. Dia tidak akan sesekali melawan kata-kata suaminya. Berdosa! Dia mahu menjadi isteri yang taat dan solehah supaya dapat mendampingi suaminya di akhirat kelak.

Dia mengalihkan matanya ke wajah tampan Tengku Zamran Hakim. Anaknya itu mungkin masih parah kerana dilukai Maria, teman baik Tengku Zamran Hakim sejak kecil. Maria telah pergi mengikuti lelaki lain. Sebabnya? Tidak pula diceritakan kepadanya.

3 comments:

  1. sy bru mula bca citer nih...
    sy rsa amir kan yg bt kakak emily mngandung?
    sy teka jer...maybe salah gak coz sy bru abis bab 2...hehe

    ReplyDelete
  2. lagu cam sesuai jer.. tp, lau buat lagu lain setiap bab best gak

    ReplyDelete
  3. best juga crita ni. hari ini baru dapat baca

    ReplyDelete