Tuesday, January 27, 2009

Hati yang Terluka 11

Raja Muzairah terkejut menerima kedatangan Maria pagi itu.

“Auntie apa khabar?” Maria bertanya lembut.

“Sihat. Apa mimpi Maria datang hari ni?” Tanya Raja Muzairah. Sambil itu, dipelawanya Maria duduk.

“Alah auntie ni. Maria dah lama tak jumpa. Rindu.”

“Ye la tu. Maria kerja apa sekarang ni?”

“Maria kerja dengan ayah. Jadi Pegawai Eksekutif.” ujar Maria.

“Untung siapa yang dapat Maria” Raja Muzairah memuji sambil memandang wajah Maria yang hitam manis itu.

Maria tersenyum bangga. Padahal tidak ada apa yang perlu dibanggakan kerana pelajarannya merosot. Nasib baik ayahnya Tan Sri. Ada syarikat sendiri. Boleh beri dia kerja.

“Macam mana dengan Ibu Maria? Sihat? Dekat sebulan jugak auntie tak jumpa dia. Last auntie jumpa dulu masa perjumpan persatuan.” Walau Maria dan Tengku Zamran Hakim sudah putus tunang, hubungan persahabatan mereka tidak putus.

“Ibu sihat. Bising tanya bila Maria nak kahwin.” Maria berkias-kias.

“Maria dah nak kahwin ke?”

“Tak adalah. Maria tunggu Zam.” Tanpa malu Maria berkata.

“Ha? Zam? Bila pulak kamu berdua dah berbaik?” Terkejut Raja Muzairah. Tidak pernah pula anaknya memberitahu sebelum ini.

“Memang kami belum baik. Tapi Maria nak baik dengan Zam balik. Maria masih cintakan dia auntie.” Maria berkata sebak. Cuba memancing simpati.

Sumiarti, salah seorang pembantu rumah Vila Astana menatang dulang minuman.

Raja Muzairah menyambung selepas Sumiarti berlalu. “Kalau kamu cintakan dia, kenapa kamu putuskan petunangan dulu?”

“Masa tu Zam kan nak ke UK. Maria takut Zam jumpa yang lebih baik dari sana, sebab itulah Maria minta putus. Maria benar-benar menyesal autie.” Tipu Maria sambil teresak-esak. Padahal sebab lain.

“Kenapa kamu tak cakap pada dia sendiri?”

“Maria pergi pejabat dia, tapi dia tak layan.”Maria mengadu.

“Auntie pun tak tahu nak cakap apa Maria.” Raja Muzairah mengeluh. Simpati dia pada Maria.

“Tolonglah Maria Auntie.” Maria memujuk.

“Tengoklah, nanti Auntie beritahu Zam pasal ni.”

“Thanks auntie. Sayang Auntie.” Senyuman melebar di bibirnya. Dia begitu pasti Tengku Zamran Hakim akan kembali kepadanya.

* * * * *

“Zam...” Raja Muzairah memanggil lembut. Ketika itu mereka duduk di kerusi rehat di laman rumah.

Tengku Zamran Hakim mamandang mummynya. “Ada apa mummy?” Seronok juga malam-malam lepak kat laman ni. Udara nyaman.

“Pagi tadi Maria datang rumah.” beritahu Raja Muzairah.

“Apa kena mengena dengan Zam kalau perempuan tu datang rumah?” Tengku Zamran Hakim tidak senang mendengarnya. Apa entah perempuan tu nak. Kebelakangan ni pula selalu menempel di pejabatnya. Tak malu betul.

“Maria datang nak baik balik dengan Zam.”

Tengku Zamran Hakim buat-buat tak dengar.

“Dia nampak benar-benar menyesal. Menangis-nangis dia tadi.” Raja Muzairah masih bercerita walaupun jelas-jelas anaknya tidak berminat.

“Berlakon je tu mummy. Biarlah dia. Zam tak nak ambil tahu apa pun pasal dia.”

“Zam...kalau boleh mummy mahu Zam terima balik Maria tu. Lagipun mummy dengan ibu Maria tu kan kawan baik.” Pujuk Raja Muzairah lagi.

Tengku Zamran Hakim tak senang duduk. Tak mungkin dia akan menjilat ludahnya kembali. Dia pernah bernekad tidak mahu kembali pada Maria saat pertunangan diputuskan oleh Maria sendiri. Masakan dia boleh tarik kembali nekadnya itu?

“Mummy...Zam tak mahu. Dia kan yang minta putuskan pertunangan. Dia ingat kita ni apa? Mentang-mentanglah anak Tan Sri. Dia ingat semua yang dia nak akan dapat? Jangan mimpilah.” Tengku Zamran Hakim tetap dengan pendiriannya.

“Zam...tak baik cakap macam tu. Mummy mahu kamu kahwin. Bagi mummy cucu. Tengoklah abang-abang kamu. Semuanya tiada anak lagi. Sekurang-kurangnya bagilah mummy pegang cucu sendiri sebelum mummy tutup mata.” Suara Raja Muzairah sayu.

“Err...mummy....mummy cakaplah dengan Along, Angah, Achik. Mummy minta pada diorang cucu. Kan Along, Angah, Achik dah lama kahwin.” Tengku Zamran Hakim mengelak.

“Dah berbuih mulut mummy ni mintak. Semuanya buat endah tak endah. Kak Faz kamu pulak baru gugur tahun lepas. Jadi, payahlah dia nak mengandung lagi.” Teringat pada menantunya yang ketiga.

“Zam... sekurang-kurangnya bagilah menantu bongsu dulu kat mummy.” Sambung Raja Muzirah lagi.

“Tapi mummy....Zam tak mahu terima Maria balik. Hati Zam memang tak dapat terima dia lagi. Dah tawar.” Memang sejak dahulu lagi dia tidak cintakan Maria. Mummynya yang beria-ria mahu menjodohkannya dengan Maria.

“Lagipun, Zam tak berkenan dengan cara hidup dia. Terlalu sosial. Cuba mummy tengok cara dia berpakaian.” Teringat dia cara pakaian Maria. Macam tak cukup kain.

“Maria tu boleh dibentuk.” Raja Muzairah berpihak pada Maria.

“Zam tetap tak mahu.” Masakan boleh dibentuk? Kalau dah memang dari awal remaja lagi sudah begitu cara hidupnya.

“Kalau kamu tak mahu terima dia tak pe...” Raja Muzairah menggantung ayat.

Tengku Zamran Hakim tersenyum lega. Huh...selamat.

“Tapi dengan syarat.”

“Syarat?” Syarat apa pulak mummy ni.

“Kamu perlu bawakan calon menantu buat mummy dalam masa 2 minggu dari sekarang. Kalau tak, kamu mesti terima Maria.” Raja Muzairah pasti Tengku Zamran Hakim tiada pilihan lain selain menikahi Maria. Sengaja dia beri syarat begitu. Dan dia juga terlalu pasti bahawa Tengku Zamran Hakim tiada calon buat masa sekarang. Maria pasti jadi menantunya.

“Ha?” Tenganga dia buat seketika. Biar betul mummy ni. Mana nak cari calon menantu? Bermakna calon isterinya. Bagi masa 2 minggu pulak tu. Takkan dia mahu bantah cakap mummynya. Jadi anak derhaka pula.

Pandai betul mummy ni. Ambil masa ketika daddy tiada. Kalau tak, pasti daddy boleh tolong dia pujuk mummy.

Tengku Zaidi berada di Luar Negara buat masa sekarang. Ada urusan penting. Tengku Zaidi memang agak sibuk kebelakangan ini. Biasalah, dekat-dekat nak bersara ni. Ayah Din pun tiada kalau dia nak minta tolong. Ayah Din pasti tengah sibuk dengan restorannya yang baru dibuka di Singapura.

Ayah Din merupakan panggilan untuk sepupu ayahnya. Dia memang rapat dengan Ayah Din sejak kecil. Mungkin kerana Ayah Din tidak mempunyai keluarga. Tak silapnya ada sedikit masalah dengan ibu dan isterinya dahulu.

3 comments:

  1. ha!mesti ayah din 2 ayah emili..hehe

    ReplyDelete
  2. hai kat mane nak bace the previous entries ye?
    tqvm

    ReplyDelete
  3. cer smakin menarik..
    love it <3

    ReplyDelete