Wednesday, April 1, 2009

Hati yang Terluka 36


Lama Tengku Zamran Hakim berteleku di tikar sembahyang. Air jernih yang mengalir lesu dari tubir mata dibiarkan. Apabila peristiwa petang tadi menerjah fikirannya, makin laju air matanya yang turun.

“Pergi! Pergi! Suruh dia pergi. Saya tak nak jumpa dia!”

Masih terngiang-ngiang lagi suara isterinya itu. Tak terucap syukurnya bila Emily sedar dari koma yang hampir seminggu. Namun penolakan isterinya itu cukup membuatkan hatinya hancur. Emily langsung tidak mahu memandang wajahnya. Tiada langsungkah ruang kemaafan untuknya?

Telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba. Sejadah dilipat. Sempat dikesat air matanya sebelum menjawab panggilan.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Zam! Aku dengar Emy dah sedar. Betul ke?”

“Petang tadi. Alhamdulillah…”

“Kalau macam tu bolehlah hantar aku dengan Syiqa nanti.”

Tengku Zamran Hakim terdiam. Bila teringatkan kejadian petang tadi, dirasakan semua itu mustahil.

“Zam?” panggil Naufal bila talian senyap.

“Err…ya?”

“Kau okey?”

“Okeylah. Kenapa?”

“Aku rasa macam ada yang tak kenalah. Ada benda yang aku tak tahu ke?”

“Tak ada-apa yang kau tak tahu.” Sebolehnya, dia tidak mahu masalah rumah tangganya diketahui orang lain. Biarlah dia sahaja yang menanggungnya.

“Betul?”

“Betullah.”

“Kami tunggu kau dengan Emy di airport.”

Tengku Zamran Hakim mengeluh perlahan. “Fal..aku tak janji.”

* * * * *

Emily termenung sendirian di katil wadnya. Bibirnya diketap geram. Sepanjang hari dia menunggu kemunculan Tengku Zamran Hakim namun kelibat suaminya itu langsung tidak kelihatan. Ramai yang datang melawatnya hari ini, tetapi dia lebih menantikan kehadiran lelaki itu.

Takkan sebab semalam suaminya itu membawa diri? Emily mengeluh berat. Dia tidak langsung berniat marahkan Tengku Zamran Hakim, namun entah mengapa semalam dia seolah mahu merajuk dengan lelaki itu. Kata-kata yang dilemparkan buat suaminya itu jika difikirkan balik memang mengguris hati.

Cerita Juita petang tadi mengenai kejadian di kediaman Syiqa membuatkan rasa bersalah pada suaminya itu bertimpa-timpa. Dia benar-benar tidak menyangka Tengku Zamran Hakim sanggup mempertaruhkan nyawa sehingga begitu.

“Abang…” sebutnya perlahan. Rindu benar dia untuk dengan panggilan tersebut. Tubirnya matanya bertakung.

Pintu bilik wadnya tiba-tiba ditolak dari luar. Cepat-cepat air matanya dikesat. Tudung di sisi katil dicapai.

“I ganggu ke?” tanya Amir.

Emily menggeleng perlahan walau sebenarnya dia agak tidak senang dengan kedatangan Amir. Kelat wajahnya apabila Amir menghulur sejambak bunga.

Amir mengeluh memandang Emily yang tidak menyambut bunganya. Bunga tersebut diletak di meja sisi Emily.

“You macam mana? Sihat?”

“Alhamdulillah…” jawab Emily pendek.

Amir menarik kerusi yang sudah tersedia ada di sisi katil Emily.

“I tak boleh terima hakikat yang you dah jadi milik Zam.” katanya sambil melepaskan keluhan berat.

“I ingat I kenal you dulu dari Zam. 15 tahun…yeah, betul kata Jue, memang lama. Cukup lama. Zam bertuah sebab kenal you dulu. Kalaulah I yang jumpa you dulu dari Zam mesti you dah kahwin dengan I.” sambungnya bersama gelak hambar, menutup kekecewaannya.

Emily menarik nafas dalam mendengar pendapat Amir. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk dibalas.

“You silap, Mir. Bukan jarak masa yang jadi ukuran tapi bila hati dah berdetik, I memang dah tak mampu menolak.” sangkal Emily tenang.

“Walau dia buat hati you terluka berkali-kali, you tak kisah?” sinis Amir.

Emily tidak menjawab.

“You tak takut kalau lepas ni you terus terluka?”

Emily terus diam. Sungguh, dia sendiri masih kurang yakin pada Tengku Zamran Hakim. Benarkah suaminya itu tidak akan melukainya lagi? Jika benar, apa jaminannya?

Amir tersenyum panjang melihat Emily hilang kata.

“Aku tak mungkin lukakan Emy. Melukainya samalah seperti menghiris hati aku sendiri.”

Emily bagai tidak percaya memandang susuk tubuh tinggi lampai di hadapannya. Tubir matanya kembali bertakung. Dalam diam dia mengucup syukur kerana Tengku Zamran Hakim datang tepat ketika modalnya habis untuk mepertahankan suaminya itu.

“Aku mengaku memang aku banyak lukakan Emy. Terlalu banyak dugaan yang datang yang akhirnya melukakan Emy. Tapi satu yang takkan pernah berubah, cinta dan kasih aku padanya. Kalau minta ditukarkan Emy dengan seribu gadis yang lain pun aku tak sanggup sebab Emy adalah anugerah terindah dari Allah untuk aku.”

Emily menunduk mendengar bicara dari mulut Tengku Zamran Hakim. Tenang sekali wajah lelaki itu ketika menuturnya. Benarkah apa yang dikatakannya?

Amir terdiam mendengar jawapan Tengku Zamran Hakim. Hilang senyumannya. Hilang punca untuk membidas kembali. Dia berperang dengan perasaan sendiri.

'Cukuplah Mir. Emily bukan milik kau. Ada lelaki yang lebih hebat dan lebih layak dari diri kau untuk memiliki Emily.' pujuknya sendiri.

Akhirnya dia tersenyum kembali setelah agak lama kaku tanpa menjawab. Namun senyumannya tidak sesinis tadi.

“Betullah orang cakap the best man win. Selama ni aku ego untuk mengaku yang aku kalah dalam merebut cinta dari seorang gadis tapi aku menyerah kalah dengan kau, Zam. Hanya kau yang layak untuk Emy.” Buat pertama kali, dia ikhlas menerima kekalahannya.

“Jaga Emy baik-baik.” Pesannya pada Tengku Zamran Hakim.

“Emy, I doakan you bahagia.”

Emily mengangguk dan tersenyum sedikit memandang Amir yang sudah melangkah keluar.

Sunyi suasana di bilik wad tersebut selepas itu. Tengku Zamran Hakim masih serba salah. Emily pula menunggu bicara mula dari bibir suaminya.

“Err…abang minta maaf sebab datang. Abang tahu Emy tak suka tengok abang dekat sini. Nanti abang call Kak Ina, biar dia yang teman Emy malam ni.” Sebenarnya, dia cuma mahu melawat Emily secara senyap-senyap, tapi bila mendengar kelancangan Amir dia tidak mampu bersabar lagi. Dia sudah menghadap pintu, bersedia untuk keluar.

“Abang!”

Tengku Zamran Hakim terkaku ditempatnya. Salah dengarkah?

“Abang...” Langkahnya terhenti serta merta mendengar panggilan itu diulang bersama esakan kecil. Dia kembali menghampiri Emily.

“Shh…kenapa menangis ni sayang?” Kalut dia melihat mutiara jernih yang semakin laju menuruni pipi Emily. Tubuh Emily dibawa rapat ke dadanya.

“Abang jahat…”

Tengku Zamran Hakim terpinga-pinga memandang wajah Emily yang masih melekap di dadanya.

“Emy tunggu abang dari pagi tadi, tapi abang tak datang. Lepas tu bila datang tak sampai sepuluh minit dah nak pergi.”

“Tapi semalam sayang cakap…”

“Emy tak serius pun, yang abang ikut cakap Emy tu kenapa?” balas Emily geram.

Tengku Zamran Hakim terperanjat. “Tak serius?”

Emily mengangguk. Kepalanya diangkat bertentang dengan mata redup itu.

“Sayang dah tak marahkan abang?”

“Siapa cakap dah tak marah?”

“Sayang marahkan abang lagi la ni?”

“Mestilah! Ingat senang ke nak lupa apa yang abang buat dulu.” Emily masih tidak mahu mengalah.

“Habis sayang nak abang buat apa? Kalau sayang kata nak baby, abang dah bagi dah dalam perut tu.” Ujar Tengku Zamran Hakim bersahaja.

“Abang!” Emily mengetap bibir bila darah menyerbu naik ke wajahnya.

Tergelak Tengku Zamran Hakim melihat raut wajah Emily. Sudah lama wajah Emily yang merona merah itu tidak dilihatnya.

“Betul apa abang cakap.”

“Malas cakap dengan abang.” Emily sudah mula mahu merajuk.

Tengku Zamran Hakim menggeleng kecil melihat telatah Emily. “Ini baru betul isteri abang. Dari tadi abang tunggu, ingat sayang dah tak pandai nak merajuk dengan abang.” Tak puas–puas dia mengusik Emily.

Emily menjeling geram Tengku Zamran Hakim.

“Jelinglah abang macam tu, nanti tak sampai setahun cukup anak kita abang bagi empat orang.”

“Seorang pun belum selamat lagi, ini merepek sampai empat orang setahun.” Emily mencebik. Geram dengan perangai Tengku Zamran Hakim yang suka main-main.

“Abang cakap betul ni. Bersedia je lah nanti.” Tengku Zamran Hakim mengangkat nakal keningnya.

“Dari dulu tak habis-habis nak sakat Emy.” Tiba-tiba jemarinya digenggam lembut. Dia memandang Tengku Zamran Hakim yang kembali serius.

“Kenapa?”

“Kenapa sayang tak cakap yang sayang ni…” Tengku Zamran Hakim menggantung ayat. Dia yakin Emily cukup mengerti maksudnya.

Emily menarik nafas. “Dah banyak kali Emy cuba nak cakap, tapi ada je yang menghalang. Ingat nak buat surprise kat abang tapi…tak kesampaian.”

Tengku Zamran Hakim mengeluh berat. “Kalaulah abang tahu lebih awal, mesti kita dah lama bahagia. Bila sayang tahu pasal ni?”

“Masa abang pergi Jerman, Emy masuk bilik abang. Tiba-tiba terjumpa gambar yang kita tangkap dulu.” Emily meletakkan kepalanya kembali pada dada bidang itu.

“Maaf ya sayang sebab abang tak cam sayang. Tak ada tanda-tanda yang boleh buat abang kenal sayang kecuali lesung pipit ni.” Tengku Zamran Hakim menyentuh pipi Emily.

“Tapi abang ragu-ragu sebab budak perempuan yang abang kenal dulu macam lelaki. Rambut pendek.” Jemarinya menanggalkan pula tudung yang dipakai Emily. Terserlah rambut Emily yang bergulung dihujung.

“Emy pun tak cam abang. Tapi Emy peliklah. Macam mana abang tahu Emy ni budak perempuan tu?” Emily merenung Tengku Zamran Hakim.

Tengku Zamran Hakim mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. “Afiqah bagi abang klip rambut ni. Juita pulak cakap dia kenal pemilik klip ni. Masa tu wajah sayang je yang terlintas. Tak tahu nak cakap perasaan abang macam mana masa tu. Tapi abang syukur sangat sebab abang kahwin dengan orang yang abang rindu selama 15 tahun ni.”

“Tapi Emy marahkan abang selama lima belas tahun. Sakit hati bila ingat apa yang Hazimah cakap tu.”

“Abang pulak ingat sayang yang tipu abang. Seminggu abang demam lepas sayang tiba-tiba pergi. Sorry ya sayang. Abang betul-betul tak tahu apa yang Hazimah cakap pada sayang. Sembang dengan dia pun jarang, ni pulak cakap benda yang bukan-bukan.”

“Bukan salah abang. Emy pun salah sebab tak tanya dulu. Cepat sangat percaya cakap Hazimah tu.”

“Sayang…” lembut suara Tengku Zamran Hakim.

Emily mendongak memandang Tengku Zamran Hakim.

“Abang minta maaf sebab cakap yang bukan-bukan masa…” Tengku Zamran Hakim tidak menyambung apabila jemari Emily menyentuh bibirnya sambil menggeleng perlahan.

“Emy dah tak marahkan abang. Emy tahu abang marah sebab gambar tu. Bila fikir balik, kalau Emy kat tempat abang pun Emy pun marah. Tapi Emy tak suka bila abang cakap Emy ni pela…” termati ayatnya bila bibir Tengku Zamran Hakim menyentuh lembut bibirnya.

“Jangan ingat ya sayang. Abang tahu sayang terluka bila ingat balik apa yang abang cakap hari tu. Salah abang sebab tak fikir dulu sebelum cakap.”

Suasana hening seketika bila masing-masih seolah melayan perasaan sendiri. Jemari Tengku Zamran Hakim membelai lembut rambut isterinya.

“Abang…”

Tengku Zamran Hakim kembali menatap wajah Emily.

“Ada apa sayang?”

“Abang dah tahu pasal…” Emily tidak menghabiskan ayatnya.

Tengku Zamran Hakim merenung wajah lembut Emily. “Pasal Ayah Din?”

Lambat-lambat Emily mengangguk.

“Sayang masih marah pada dia?”

“Entahlah...Emy sendiri tak tahu.” Ujarnya ikhlas. Kenyataanya, marahnya seolah hilang bila menatap wajah bersih Tengku Tajuddin. Tetapi marahnya yang sudah dismpan lama menghalang dia menerima lelaki itu sebagai ayah.

Tengku Zamran Hakim tersenyum tenang. “Sayang nak tahu satu perkara?”

“Pasal apa?”

“Sayang tahukan abang fobia dengan hospital?”

Emily mengangguk.

“Sebenarnya abang jadi fobia bila tengok Ayah Din masa abang kecik dulu.”

“Kenapa dengan dia?” Emily berkerut.

“Ayah Din pernah accident dulu. Teruk betul keadaan dia masa tu. Berbalut satu badan dah macam tak de rupa orang. Lepas tu terus abang tak berani datang hospital.”

“Accident?”

Tengku Zamran Hakim pula mengangguk. “Lepas tu dia hilang ingatan. Bukan je tak boleh ingat keluarga dia, siapa dia pun dia tak boleh ingat.”

Emily tersentak. Hilang ingatan?

“Tak silap abang, Ayah Din tinggalkan bonda sebab nak cari atuk dan nenek dia untuk rapatkan balik hubungan ayah dia dengan atuk dan nenek dia. Tapi hajat dia tak kesampaian sebab moyang masa tu baru je meninggal tapi tak dimaklumkan pada atuk Emy. Silap Ayah Din itulah, tak bagitahu dulu pada isteri dia pasal hajat dia tu. Tinggalkan rumah tak pesan apa-apa langsung. Lepas tak dapat nak tunaikan hajatnya, dia bercadang nak balik rumah isterinya tapi dalam perjalanan dia accident.”

“Lepas dia hilang ingatan tu apa jadi?”

Tengku Zamran Hakim tersenyum senang bila Emily berminat untuk tahu kisah hidup ayahnya.

“Lebih kurang dalam tiga tahun lepas tu baru dia boleh ingat balik. Tu pun tak semua. Satu hari tu dia sebut nama Ifah. Semua orang pelik sebab tak de siapa pun tahu Ayah Din dah kahwin. Lepas nama tu keluar dari mulut dia, makin hari makin banyak yang dia boleh ingat. Mana rumah dia pun dia dah ingat. Beberapa hari lepastu Ayah Din balik rumah isteri dia, tapi rumah tu dah kosong. Abang ingat lagi muka ayah yang kecewa sangat.”

Emily cuma diam mendengar cerita Tengku Zamran Hakim. Ada rasa sebak yang yang bermukim. Kiranya lelaki itu turut sama menderita seperti bondanya. Tiba-tiba dia terasa bersalah kerana melayan dingin lelaki itu ketika melawatnya tadi.

“Sayang…tak baik berdendam dengan ayah sendiri. Maafkan dia ya? Dia teringin sangat nak rasa kasih sayang dari anak dia sendiri.”

Emily tersenyum memandang Tengku Zamran Hakim sambil mengangguk.

“Macam ni lah isteri abang.” Jarinya mencuit lembut hidung Emily.

“Eh, baru Emy ingat. Boleh pulak abang tahan duduk dalam bilik ni? Bukan abang tak tahan bau hospital ke?”

Tengku Zamran Hakim tersenyum. “Dekat seminggu bertapa dekat hospital mahu tak tahan.”

“Abang, terima kasih.”

Tengku Zamran Hakim sedikit berkerut. “Untuk apa?”

“Selamatkan Emy hari tu.”

“Tanggungjawab abang sayang.”

Tengku Zamran Hakim memaut tubuh isterinya. “Macam melayang nyawa bila tahu sayang lemas hari tu. Tak dapat nak bayangkan kalau abang betul-betul kehilangan sayang.”

“Kalau betul Emy tak ada dekat dunia ni nanti, abang kena terima dengan hati ter….”

“Sayang!” agak kuat suara Tengku Zamran Hakim mencerun pada Emily. Pautannya terlepas dan jelas raut wajahnya yang tegang.

Emily terdiam dan menunduk.

Tengku Zamran Hakim mengeluh. Tahu Emily sedang merajuk. Tubuh Emily dipaut kembali walau Emily menolak.

“Abang tak marah. Tapi abang tak suka sayang cakap macam tu. Kita baru nak berbaik, tiba-tiba sayang cakap nak tinggalkan abang.”

“Tapi ajal maut kita tak tahu. Lagipun, kita tak boleh nak agak apa akan jadi pada kita nanti.” Perlahan suara Emily. Tidak tahu mengapa hatinya seperti tidak enak. Seolah ada sesuatu yang akan berlaku nanti.

“Jangan risau. Abang akan lindungi sayang dan anak kita.” Ujarnya seperti memahami gelodak perasaan Emily. Walau dia terpaksa tukar nyawanya untuk selamatkan Emily dan anak mereka dia sanggup lakukan. Perut Emily yang berlapik baju disentuh lembut.

37 comments:

  1. udah2 la tu..taknak lah ada apa2 yg tak
    elok jadi kat diorang tu lagi...

    ReplyDelete
  2. n3 br....yeye...
    rindunya kt emy ngan zam...

    ReplyDelete
  3. sdh la...
    bg la depa bhagia plak...
    asyik2 sedih ja..
    cian kmi...
    terpaksa thn debar sbb nak tau apa nak jd..
    apapun thankz ya sbb upload n3 bru..
    lma dah tggu cita ni...
    nak lg...

    ReplyDelete
  4. at last! tengkiu akak..
    dah lama tunggu n3 ni..

    dah berbaik dah dorang..
    ingatkan emy betul2 marah zam.. hehe..
    pasni apa lagi agaknya yang menghalang hubungan dorang ni..

    ReplyDelete
  5. hu.hu..

    sekian lama mnanti..
    akhirnya ada gak n 3..

    best2...

    ni bru la llki sejati!

    ReplyDelete
  6. uwaa..betul2..tak mahu ada pape yang berlaku pada hubungan diorang lagi..ape pun, best sangat..terubat rindu..

    ReplyDelete
  7. sokong2.
    nak happy ending.
    hati die dh ckp terluka tu.
    so bg happy lak.
    xnk sad ending.
    sekian lame tggu de gak n3.he3
    smbung2
    penungguan satu penyeksaan.hakhakhak
    -na'dz

    ReplyDelete
  8. Yes, bersambung juga akhirnya...puas tunggu posting baru ....next posting bila pulak?

    ReplyDelete
  9. tq kak...lm gl nk tggu n3 kali ni...tapi dari gaya percakapan emy mcm ader perkara x elok jew berlaku...kesiannya diaorang...macam2 dugaan untuk bahagia...inn harap sangat kegembiraan tetap ada akhirnya walaupun begitu susah untuk mendapatkannya...chaiyook kak..;)

    ReplyDelete
  10. wah dah bersambung rupanya...jgn lupa sambung lagi ya.jgn lama2 tahu....

    ReplyDelete
  11. ni mesti x habis lagi kan adengan yg x diigini, syazmil lum kuar.

    ReplyDelete
  12. best sesgt novel ni....dik sambung cpt ckit eh....

    ReplyDelete
  13. salam..
    dah lme bce novel ni tapi x pnah comment..
    huhu..
    mmg best sngt2..
    cpt2 la smbg ek..
    msti bnyk dugaan lagi kan??
    syazmil ngan razlan blum kuar lagi...
    pe2 pon thanks ntuk n3 nie

    ReplyDelete
  14. emm...sweetnya... i like...
    (cahaya)

    ReplyDelete
  15. emm..penulis bagi la dorang tu bahagia pula..
    asyik2 halangan n dugaan..
    tension la..
    mana ada hidup ni asyik kena duga je..
    tuhan maha adil la...hehe..emoe la pulok..

    ReplyDelete
  16. aku sokong ape yg semua org komen..huhu....nak lagi....

    ReplyDelete
  17. akhirnya setelah sekian lama menunggu...
    apa lagi ujian yg dorang kena tempuhi ini kak min...

    ReplyDelete
  18. comelnya dorg
    apa lg yg dorg tpaksa hadapi lpas ni?
    hope happy ending :)

    ReplyDelete
  19. finally
    ada jugak sambungnya..

    diorang ni sangat cute
    zam sangat gentle
    emy pulak suka merajuk
    memangla cute sangat

    ReplyDelete
  20. wahh..
    sekian lame menunggu..
    n3 br da menjelma..

    couple yg sgt cute...

    okeh...nk next n3 plak!....

    ReplyDelete
  21. wah.. byknya komen..

    hehehe..
    nak entry baru lg..
    lama saya tunggu...

    ReplyDelete
  22. no komen tapi nak lagi.....................

    ReplyDelete
  23. i like... penat gler tnggu

    ili

    ReplyDelete
  24. huhu..cinta itu ketawa dan air mata~
    congrats to min kerana menghasilkan cerita yg best ini!
    keep it up girl!~
    *waiting 4 da next entry..*

    ReplyDelete
  25. semoga diorg terus b'bahgia!

    ReplyDelete
  26. nape 37- 40 xleh bukak??? waaaaa.. nk bc agi.. uwaaaaa......

    ReplyDelete
  27. alahai, kejap sgt.
    mane sambungannye lagi..?

    ReplyDelete
  28. tak sabar nak tgu citer ni habis

    ReplyDelete
  29. bile writer nk smbg lg ni??

    ponat dah eden 2ggu...

    hihi...nk yg best2 eh!

    ReplyDelete
  30. ala..bile nk masuk 37 n seterusnya..

    ReplyDelete
  31. lama lg ke nk msk cite br
    dh xsabor ni.......

    ReplyDelete
  32. adoi
    bila nak sambung 37?
    saya baca dari first post sampai 37th, non stop

    best sangat

    plz sambung

    next week, saya ada banyak tests n ada final exam dah..

    cepat sambung kak

    ReplyDelete
  33. bila nak sambung nie esh best ar cite nie

    ReplyDelete
  34. sambung la cpt2...hehee...

    ReplyDelete
  35. dhla tu..
    sdih dh ni kalo ade benda terjadi kat deorang...

    ReplyDelete