Monday, January 26, 2009

Hati yang Terluka 4

Emily Natasha berjalan pantas ketika dia sampai ke tempat majlis paragaan diadakan. Ketika dia sibuk mengejar masa, dia terlanggar seseorang. Terjelupuk dia diatas lantai bersama-sama orang yang dilanggarnya.

“La…kau lagi. Setiap kali jumpa kau asyik malang je.” Tiba-tiba kedengaran suara yang pernah didengarinya sebelum ini.

Ya Allah… macamana pulak boleh terserempak dengan orang ni lagi? di sini pulak tu...mesti kena sound lagi lepas ni. Tapi, bukan ke lelaki ni pun jalan tak tengok orang tadi? Nak kena ni… Bersedialah… Emily Natasha nak meletup dah ni.

“Hei, cakap baik-baik sikit ye. Entah-entah sebab jumpa awak lah saya malang macam ni. Patut la saya terlewat lagi hari ni. Mesti ni petunjuk yang mengatakan saya berjumpa nasib malang hari ni.” Emily menyindir lelaki di hadapannya. Nah rasakan…lelaki di hadapannya dilihatnya seperti menahan geram.

“Alah…malas aku nak cakap dengan orang yang mata letak mana entah. Nasiblah siapa dapat kau nanti. Malang bertimpa-timpa.” Balas lelaki itu lagi.

Emily ingin membalas, tetapi lelaki tersebut telah bangkit dan berlalu pergi. Bengang rasanya. Asyik aku je kena akhirnya. Harap-harap tak jumpa dia lagi selepas ni.

* * * * *

Emily bergegas ke tempat model-model sedang berkumpul sebelum mereka beraksi di atas pentas. Dia ingin bertemu Shima bagi mengetahui rancangan yang telah diatur dengan lebih lanjut. Ketika dia sampai di depan pintu bilik tersebut, kedengaran suara seorang lelaki yang sengaja dilembutkan sedang merungut-rungut tentang sesuatu yang tidak jelas ditelinganya.

Apabila Emily menguak pintu bilik tersebut, semua yang ada disitu memandang ke arahnya. Aik? Apa pasal pulak ni? Aku ada buat salah ke? Tiba-tiba seorang lelaki yang gayanya seperti jurumekap menghampirinya.

“Nasib baik You datang jugak. Kalau You tak datang tadi, tak tahulah siapa yang kena ganti You pakai baju yang menjadi tunggak peragaan pakaian batik hari ni, sebab ini adalah salah satu baju batik yang dihasilkan pemilik butik ini sendiri. Shima kata tadi You tak boleh dating sebab ada hal. Hampir-hampir musnah pertunjukan hari kalau You tak jadi datang.” Jurumekap itu membebel. Apahal pulak aku yang kena ni…aku buat salah apa…Emily ingin membalas, tetapi niatnya mati apabila dia dihampiri seorang perempuan

Terkebil-kebil Emily apabila dia dibawa ke bilik persalinan pakaian oleh perempuan tersebut. Mungkin pembantu jurumekap tadi. Apasal pulak dia ni. Dia ingin membantah, tetapi bila mengingatkan kata-kata jurumekap tadi, bahawa tiada orang yang akan memperagakan pakaian tersebut, dia mematikan niatnya.Tiada masalah baginya untuk berjalan catwalk di atas pentas kerana dia sendiri pernah mengajar model-model yang sebelu ini. Takpelah…demi butik hasil penat lelah kakaknya. Dia sendiri telah berjanji akan memajukan Butik EN.

Lagipun, baju yang dibuatnya itu sopan. Siap ada tudung lagi. Nasib baiklah…Dia sengaja mereka pakaian batik yang sopan dan mempunyai tudung supaya mereka yang bertudung sepertinya dapat memakai pakaian batik yang dihasilkan oleh butiknya.Tapi kan… Macamana ye diorang boleh tersilap orang? Oh ya! Shima pernah memberitahunya model yang akan memperagakan pakaian buatannya bertudung. Mungkin kerana itu mereka tersilap. Emily menyarung pakaian tersebut sebelum keluar untuk dimekap.

* * * * *

Tengku Zamran Hakim melangkah masuk ke dewan. Ketika itu, beberapa orang model sedang beraksi diatas pentas. Tengku Zamran Hakim menghampiri tempat di mana Mastura sedang menyaksikan persembahan dan duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan kerusi Mastura.

“You pergi mana tadi?”Mastura berbisik kepada Tengku Zamran Hakim. Pelik dia. Tiba-tiba sahaja Tengku Zamran Hakim bangun dan keluar dari dewan.

“Makan angin kat luar. Bosan duduk lama-lama dalam dewan ni. Bila nak tamat ni? I ingat bila I masuk balik dah sampai kemuncak.” Tengku Zamran Hakim merungut. Dia sebenarnya tidak berapa minat mengenai peragaan. Sebab itulah dia ambil angin kat luar tadi. Macam mana entah dalam dia tengah jalan nak cari port yang sesuai untuk ambil angin, dia boleh terlanggar perempuan hari tu. Setiap kali terserempak asyik terlanggar je. Petanda apalah agaknya ni…

“Sikit lagi. Tinggal pakaian kemuncak je lagi ni. Relaxlah…” Mastura cuba memujuk Tengku Zamran Hakim.

“Para hadirin sekalian…sekarang tibalah masanya untuk persembahan kemuncak majlis. Pakaian ini telah direka khas oleh pemilik butik ini sendiri. Sesuai untuk wanita bertudung. Dipersilakan…” Kata-kata pengerusi majlis itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Kemudian…kelihatan seorang wanita berjalan catwalk di atas pentas. Lensa kamera tepat menghala ke arah wanta tersebut. Ternganga Tengku Zamran Hakim apabila dapat melihat dengan jelas wanita di atas pentas tersebut. ‘Aik? Macam kenal je…takkan ini perempuan yang dilanggarnya tadi? Perempuan itu dilihatnya berjalan dengan penuh kesopanan. Tidak seperti ketika mereka berlanggar tadi. Garang semacam. Cara dia berjalan macam dah biasa dengan dunia peragaan. Baju batik bertudung itu amat sepadan dengan perempuan tersebut. Warna baju tersebut sesuai sekali dengan warna kulit perempuan tersebut yang putih kemerah-merahan, ditambahya pula dengan sepasang lesung pipit. Jelita sungguh. Sebelum ini dia memang menyedari perempuan yang dilanggarnya itu seorang yang cantik. Tetapi, tidaklah dia menilik macam sekarang ni, kerana setiap kali mereka terserempak adalah dalam waktu yang tidak dijangkakan. Dia terus-terusan mengamati wajah tesebut.

'Ishh...apa dah jadi dengan jantung aku ni?' Tengku Zamran Hakim terasa jantungnya berdegup kencang. ‘Itu tandanya, hati kau dah mula terpikat dan jatuh hati dengan perempuan tu.’ Tengku Zamran Hakim terkejut mendengar satu suara yang sayup-sayup di telinganya. ‘Tidak! Tidak! Tak mungin aku boleh jatuh cinta dengan perempuan tu. Alah…setakat model…jangan mimpilah aku boleh jatuh hati.’ Tengku Zamran Hakim menafikan kata-kata suara tersebut. ‘Kau memang ego Zam! Baiklah, kita tengok nanti…sampai bila kau nak terus ego macam ni.’Kedengaran suara itu lagi. Selepas itu, suara itu hilang. Tengku Zamran Hakim termangu-mangu memikirkan kata-kata suara tadi.

* * * * *

Di satu sudut di barisan tempat duduk lain, ada sepasang mata lagi memerhati wanita yang sedang memperagakan pakaian di atas pentas dengan penuh kejutan.

‘Emilia?’ Syazmir seperti tidak mempercayainya. Melihatkan wanita di hadapannya, Syazmir terimbau kembali kenangan yang berlaku tiga tahun yang lepas. Ketika itu dia masih di usia yang baru mencapai 20-an. Dia mengenali Emilia melalui Suzita. Suzita adalah teman rapatnya dan juga housemate Emilia. Kali pertama melihat wajah Emilia, dia begitu tertawan. Jelita. Tapi tidaklah sampai jatuh cinta. Hanya suka-suka. Nafsu lelakinya ketika itu begitu membuak-buak. Tapi malangnya, Emilia bukanlah jenis yang senang didekati. Akhirnya, Emilia termakan juga dengan pujuk-rayunya setelah dia berpenat lelah.

Selepas itu, dia telah memulakan rancangan yang seterusnya. Apabila hari di mana tarikh lahirnya, dia telah mengajak Emilia dinner dengannya. Dan malam itu jugalah, dia telah meminta hadiah yang paling berharga dari Emilia. Mula-mula Emilia keberatan untuk menunaikan permintaannya. Tetapi selepas dia mengatakan ini sebagai bukti tanda sayang wanita itu kepadanya, wanita itu bersetuju. Dia juga telah berjanji dengan Emilia, bahawa dia akan masuk meminang selepas itu.

Maka, terjadilah peristiwa hitam itu pada malam tersebut. Peristiwa di mana dia telah meniduri Emilia secara rela. Segala janjinya diabaikan begitu sahaja. Buka setakat malam itu, tetapi saban malam. Sehinggalah akhirnya, Emilia datang kepadanya menuntut janji. Emilia datang bertemu dengannya dengan menyatakan dia telah mengandung 3 bulan. Dia buntu ketika itu, dan akhirnya dia berjanji kepada Emilia akan berbicang mengenai hal ini keesokan harinya. Tetapi lain yang dibuatnya. Pada malam tersebut, dia telah berlepas ke Austaralia, iaitu tempat keluarga Maksunya menetap.

Segala mengenai Emilia cuba dilupakan. Tetapi selama setahun dia berada di sana, dia telah belajar mengenai tanggungjawab daripada Maksunya. Maksunya itulah yang menjaganya sebelum nenek sebelah ayahnya mengambilnya daripada penjagaan Maksu. Ketika dia telah menginjak remaja, neneknya meninggal dunia. . Ketika di rumah Maksunya, segala kisah hidupnya telah dia ceritakan kepada ibu saudaranya itu. Dan setahun kemudian, dia kembali ke Malaysia. Dia cuba mencari Emilia tetapi, Emilia sudah tidak menjadi housemate Suzita ketika itu. Mengikut cerita Suzita, Emilia telah keluar daripada rumah tersebut beberapa hari selepas dia menghilangkan diri. Dia tidak lagi bertemu Emilia sehinggalah sekarang.

Nasib baik adik sepupunya, Sharina beria-ria mengajaknya temankan tadi. Sharina itu bakal menjadi seorang model. Katanya ingin meninijau-ninjau bagaimana caranya beraksi di atas pentas. Tapi, Emilia ada lesung pipit ke? Ahh..mungkin aku tidak menyedarinya sebelum ini. Syazmir terasa seperti jatuh cinta pandang pertama sekarang. Mungkin dia jatuh cinta kerana Emilia sudah bertudung sekarang. Makin ayu dan jelita. ‘Akan ku pastikan kau menjadi milikku semula’. Syazmir berkata-kata di dalam hatinya sambil tersenyum dengan angan-angannya. Sharina yang berada di sebelahnya berkerut-kerut memandang abang sepupunya yang seperti orang di lamun cinta. Tersengih-sengih. Isyyy….seriau!

* * * * *

'Nasib baik semuanya berjalan lancar tadi.' Emily menghembuskan nafas lega apabila selesai tugasnya di atas pentas. Dia melangkah masuk ke bilik persalinan. Kelihatan ramai model-model sedang duduk berehat dan sembang-sembang kosong. Dia turut serta berehat untuk menghilangkan keletihan. Tiba-tiba kedengaran pintu terkuak. Emily menoleh ke arah pintu. Wajah Shima tersembul di situ.

“Cik Emy...Macamana pulak Cik Emy boleh ada di atas stage tadi?”Shima menghampiri dan bertanya kepada Emily dengan riak terkejut. Dia teringat tadi betapa terkejutnya dia bila pengerusi majlis mengatakan pakaian kemuncak akan dipersembahkan. Terfikir-fikir dia siapa yabg akan memperagakan pakaian tersebut. Padahal, model yang akan memperagakan pakaian tersebut tidak jadi datang. Matanya hampir tidak mempercayainya apabila di atas pentas itu bosnya sendiri, Emily.

“Awak tanya tu”. Emily memeuncungkan mulut ke arah jurumekap tadi.

Jurumekap itu menoleh ke arah mereka apabila terasa dirinya menjadi perbualan. “Kenapa You all pandang I macam tu?” Jurumekap itu bertanya.

“Ni ha...I nak tanya, macamana you boleh suruh bos I ni jadi pengganti model yang tak datang tu?” Shima berpura-pura bertanya dalam nada marah. Padahal dalam hatinya mengucap syukur kerana pakaian kemuncak majlis telah diperagakan oleh orang yang benar-benar layak memakainya.

“Ha? I silap orang ke?” Jurumekap itu terkejut. Dia mengalihkan mukanya kepada Emily. “Jadi, You bukan model yang sepatutnya memperagakan pakaian tu la?” Dia bertanya kepada Emily.

Emily hanya tersenyum sambil mengangguk. Jurumekap itu menepuk dahinya. 'Isyy macamana boleh tersilap ni...' Hatinya berdetik. Tapi, tidak hairanlah kalau dia tersilap kerana Emily mempunyai ciri-ciri seorang model. Tinggi lampai dan jelita. “Sorry...sorry... I tak tahu. I ingat you ni model yang kata tak jadi datang. Bila I nampak you masuk bilik persalian tadi, I fikir model tu dah ubah fikiran. You pulak datang masa I betul-betul dah hampir putus asa cari pengganti. Sorry ye...” Jurumekap itu meminta maaf sekali lagi.

“Berapa kali you nak mintak maaf? Tak pe... I buat pun demi kakak I.” Emily sebak. Jurumekap itu berkerut-kerut dahi memikirkan apa kena-mengenanya kakak wanita ini dengan majlis ini? Ah...biarlah...Hal orang buat apa nak sibuk.

“Nasib baik bos I ni sporting. Saya dah tugaskan awak cari model yang sesuai, bos saya jugak yang awak pilih.” Shima mengusik lagi. Jurumekap itu pula tersengih malu. Emily ketawa kecil.

“Sudahlah tu Shima. Emmm, saya rasa saya dah upah orang untuk tolong kemas semua ni. Awak bahagikan tugas ye....Oklah, saya nak tukar pakaian, lepas tu nak balik rumah. Penat. Tak sangka kena jadi model sementara pulak hari ni.” Emily berseloroh. Shima tergelak sambil mengangguk.

* * * * *

Emily berjalan pantas menghampiri ke tempat dia memakirkan keretanya.

“Emilia”. Emily terkejut. Ya, perkara ini sudah menjadi kebiasaannya. Ramai kawan-kawan kakaknya tersilap kalau terserempak dengannya. Emily menoleh. Hampir luruh jantungnya. Perasaannya berkocak marah. Ini dia. Lelaki yang telah mencarik-carik kehidupan kakaknya. Tidak ingin dia memandang walau sedikitpun wajah tersebut.

Emily cepat-cepat masuk ke dalam keretanya dan meluncur laju. Syazmir pula terpinga-pinga apabila ditinggal begitu sahaja. 'Mungkin dia belum bersedia berdepan denganku.' Syazmir memujuk hatinya.

* * * * *

Tengku Zamran Hakim memandu keretanya dalam keadaan resah. mastura di sebelahnya langsung tidak dihiraukan. Dia terfikirkan kata-kata suara yang tengiang-ngiang di telinganya tadi. ‘Benarkah aku sudah jatuh cinta? Ah…persetankan semua itu. Aku tidak mungkin jatuh cinta.’ Tengku Zamran Hakim berkata dengan dirinya.

Mastura memandang hairan ke arah Tengku Zamran Hakim. Terfikir-fikir dia tadi mengapa lelaki tersebut diam seolah-olah memikirkan sesuatu. Seolah-olah ada yang menganggu fikirannya.

“You ni kenapa? Senyap je dari tadi.” Mastura memulakan perbualan. Kalau macam ni lah gayanya setiap kali keluar, tiada harapanlah dia untuk membuatkan Tengku Zamran Hakim jatuh cinta padanya. Segala rancangan dan impiannya akan musnah.

“Tak de lah. Mana ada apa-apa. Macam biasa je.” Tengku Zamran Hakim menafikan. Dia lega kerana keretanya telah sampai di rumah sewa Mastura. Kalau tidak pasti perempuan ini akan mengajukan soalan lagi.

Mastura mengeluh kerana tak sempat nak memulakan niatnya lagi. ‘Tak pelah. Masih banyak waktu lagi.’ Hatinya memujuk. Dia melangkah keluar dari kereta Tengku Zamran Hakim.

“Okeylah. Bye darling. See You again.” Mastura sengaja menggunakan perkataan ‘darling’ dan melunakkan suaranya untuk menggoda.

Tengku Zamran Hakim hanya mengangguk. Kemudian dia memecut laju keretanya. Malas nak tunggu sampai Mastura masuk ke rumahnya. Dengar Mastura sebut darling pun sudah cukup membuatkan dia meluat.

* * * * *

Emily Natasha tiba di perkarangan rumahnya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Terkejut dia melihat bondanya masih berada di ruang tamu. Mungkin menunggu kepulangannya.

“Eh bonda. Kenapa tak masuk tidur lagi? Kan dah lewat ni.” Emily bertanya lembut kepada bondanya. Harap-harap bondanya tidak perasan matanya. Tapi, harapannya meleset.

“Bonda tunggu Emy balik. Kenapa mata Emy bengkak ni? Emy menangis ke?” Puan Zharifah bertanya lembut. Risau pula hatinya. Sudahlah balik malam-malam begini. Takut dia memikirkan jika ada sesuatu berlaku terhadap anaknya itu.

“Tak de lah bonda. Emy mengantuk. Penat. Menguap berapa kali dah tadi.”. ‘Maafkan Emy bonda sebab terpaksa berbohong’. Emily berbisik di dalam hatinya seolah-olah sedang meminta maaf pada bondanya. Dia tidak mahu bondanya tahu yang dia terserempak dengan orang yang telah menghancurkan hidup kakaknya. Pasti bondanya akan bersedih nanti memikirkan peristiwa tersebut. Selalunya mereka akan cuba mengelak mengingati peristiwa sedih itu.

“Kalau macam tu, Emy pergi naik bersihkan diri tu dulu, lepas tu tidur. Syira tunggu kamu balik tadi. Bonda kesian tengok dia tersengguk-sengguk, bonda suruh tidur dulu. Mungkin dia tidur dalam bilik kamu”. Puan Zharifah memberitahu.

Emily hanya mengangguk. Kemudian dia turut melangkah ke tingkat atas bersama bondanya.

2 comments:

  1. hurmmm...salah teka...
    kejamnye syazmir....nape die bt cmtuh...xde iman ke???
    emosi laa plak...huhu

    ReplyDelete