Tuesday, January 27, 2009

Hati yang Terluka 20

Pejam celik, pejam celik dah tiga bulan usia perkahwinan dia dan Tengku Zamran Hakim. Alhamdulillah…hubungan mereka berdua agak baik berbanding mula-mula kahwin dulu. Tapi tak adalah terlalu mesra. Cuma mereka berdua sudah jarang bergaduh. Tengku Zamran Hakim juga nampaknya tidak berminat untuk bertelagah. Mungkin sudah penat bergaduh dengannya. Tambah-tambah sejak pindah ke rumah lain, jarang-jarang mereka bertemu.

Pada mulanya, memang agak susah nak minta kebenaran pindah rumah, tapi biasalah ibu bapa bila dipujuk akhirnya terpaksa mengalah. Nasib baik daddy pandai pujuk mummy. Sebenarnya, mereka tiada masalah tinggal dengan mummy dan daddy. Cuma pergerakan mereka rasa bagai dikawal dengan Raja Muzairah. Mata mummy macam mata helang pulak. Akhirnya, mereka mengambil kata sepakat untuk berpindah keluar.

Tersentak Emily apabila pintu pejabatnya dikuak tiba-tiba.

“Opss! Saya ganggu ke?” Hana menanyang gigi.

Emily menggeleng. “Kenapa ni Hana? Macam ribut je saya tengok. Sampai tak sempat nak ketuk pintu.”

Hana masih menyengih. “Sebenarnya saya nak bagitahu, hari ni Cik Emy ada appointment dengan Syarikat Teguh Holdings. Mereka baru call tadi.” Beritahu Hana pada ketuanya.

Emlily menjungkit kening. “Teguh Holdings ni syarikat yang buat temu janji untuk kali yang kedua tu ke?”

“Hurm…ha, betul la tu.”

Janjinya dengan syarikat tersebut 6 bulan kemudian. Maknanya sudah cukup enam bulanlah sekarang. Tak sangka. Cepat betul masa berlalu.

“Appoinmentnya pukul berapa?”

“Dalam pukul 3 nanti. Ha, ini saya dah catit tempatnya.” Hana mengunjukkan secebis kertas kecil.

“Oh, okey.” Kata Emily sambil membelek cebisan kertas itu. Kemudian matanya jatuh pada jam tangannya. Sekarang pukul 12. Ada masa dalam tiga jam lagi.

“Eh, nanti pukul 2.15 awak ingatkan saya appointment ni ye.” Pesan Emily pada setiausahanya yang masih berdiri terpacak depannya.

“Okey. Cik Emy tak nak saya ikut sekali?"

"Awak nak ikut? kerja dah habis?"

"Tak banyak yang tinggal. Bolehkan saya ikut? kalau client kita tu lelaki handsome, boleh saya masuk line." Hana berseloroh. Sebenarnya dia bosan kerana selalu bekerja di pejabat. Sesekali nak jugak hirup udara luar.

Emily ketawa kecil mendengar kata-kata wanita di hadapannya. "Gatal jugak awak ni kan. Kalau awak nak ikut saya tak kisah. Mudah sikit kerja saya."

"Saya boleh pergi lah ni? Kita naik kereta baru saya tau."

"Kenapa pulak?"

"Alah...saya tau lah kereta saya tak secanggih kereta Cik Emy. Saya saje nak test kereta yang baru saya beli tu. Bolehkan?"

"Apa-apa jelah Hana."

"Terima kasih, Cik Emy. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu.”

* * * * *

Tengku Zamran Hakim merenung jam tangannya. Kurang dua jam dari sekarang ada temu janji. Ini daddy punya kerjalah. Dulu beria-ria kata yang kali ni, biar daddy yang pergi sendiri. Sekarang dah jadi cerita lain. Kata daddy, alang-alang dah bersara biarlah daddy berhenti terus dari memikirkan pasal perniagaan. Akhirnya, dia sendiri yang terpaksa bertemu wakil yang lambat datang temu janji 6 bulan yang lalu. Daddy…daddy…bab kenakan orang memang nombor satu. Siap pesan, susah-susah sangat bawak je setiausaha kamu tu. Boleh tolong kamu nanti.

Kemudian dia mengurut kepalanya perlahan. Sesak kepalanya dengan kerja pejabat yang bertimbun. Kalau dapat jumpa Emily takpelah jugak, kurang sikit sakit kepala. Agak lama juga mereka tidak bertemu, tambah-tambah sejak berasingan bilik. Masing-masing sibuk. Hingga kini, dia kurang pasti apa pekerjaan isterinya itu. Sibuk mengalahkan dirinya pula.

* * * * *

Emily dan Hana sudah duduk di meja yang ditetapkan. Masih menunggu client yang tak muncul-muncul. Air yang dipesan hampir separuh yang tinggal.

“Mana ni, Cik Emy? Tak sampai-sampai lagi diorang ni. Hujan dah rintik-rintik. Kejap lagi lebat pulak.” Hana sudah kebosanan menunggu wakil Teguh Holdings. Matanya memandang hujan yang renyaidi luar restoran.

"Kejap lagi sampai la tu. Sabar ek! Hana, awak tunggu sini ye. Saya nak ke tandas." Emily bangun dan berlalu.

Hana duduk termenung. Hai...lambatnya... Beberapa minit kemudian, dilihatnya seorang lelaki tinggi lampai bersama seorang wanita awal 30-an sedang melangkah ke mejanya.

"Wah...pakwe handsome...." katanya sendiri.

"Ini wakil Perkasa Holding ke?" tanya wanita yang awal 30-an itu tadi.

"Actually, ketua saya pergi tandas kejap. Saya setiausaha dia." jawab Hana. dia menghulurkan tangan pada wanita itu.

"Oh, okey...Saya Halina, dan ini ketua saya, Tengku Zamran Hakim. Kami minta maaf sebab lambat. Ada masalah lalu lintas sedikit." Halina menyambut huluran Hana. Kemudian sama-sama duduk dengan ketuanya.

Keadaan senyap seketika. Masing-masing masih menunggu kedatangan Emily.

Hana masih memandang lelaki tadi. Aku dapat nih, untung! Handsome gile...

Emily baru keluar dari tandas. Dari jauh, dapa dilihat mejanya tadi sudah penuh. Datang jugak rupanya. Kemudian mengatur langkah.

"Sorry, dah lama me...er..." Emily baru perasan wajah lelaki yang sedang duduk di meja itu.

Tengku Zamran Hakim turut terkejut. Ahh, tanda tanyanya sudah terjawab. Tapi apa yang dibuat Emily masa hari pertunjukan pentas dulu?

"Jumpa lagikan? Asalamualaikum…saya Tengku Zamran Hakim dari Teguh Holdings." kata Tengku Zamran Hakim bersemangat. Raut wajahnya kelihatan begitu gembira. Tangannya sengaja dihulurkan. Hanya dengan Emily dia buat begitu.

Hana berkerut melihat Tengku Zamran Hakim menghulurkan tangan pada ketuanya. 'Dengan aku tadi tak nak salam pulak.' desisnya. Tengoklah, bos aku mesti tak sambut. Memang kebiasaan Emily jika berjumpa pelanggan lelaki hanya menunduk sedikit.

Halina juga tampak terkejut. Buang tabiat apa bos aku nih.

Emily terkejut tetapi huluran lelaki itu disambut dan dikucup lembut tangan itu. Sejak berpindah rumah, rasanya baru hari ini mereka bersalam begitu.

Hana melopong. Halina menganga.

"Cik Emy...maaf kalau saya bertanya. Apa hubungan Cik Emy dengan..." wajah Hana ketika itu penuh tanda tanya.

"Err..." Emily gelisah. Memang pekerja pajabat langsung tidak tahu mengenai pernikahannya kecuali Juita.

Tengku Zamran Hakim memandang Emily. Kemudian tersenyum nakal. "Bos awak ni, kahwin tak jemput awak ke?" Nadanya seolah mencabar.

Menjegil mata Emily mendengar kata-kata lelaki itu. Heh, ingat aku takut sangat nak mengaku aku ni bini orang. "Hana...kenalkan, ini husband saya. Sorry...masa akad nikah hari tu tak jemput awak." kata Emily sambil tersenyum sinis pada Tengku Zamran Hakim.

Tengku Zamran Hakim terpempan. Selamba je bini aku ni.

Hana dan Halina kembali dengan muka terkejut.

"Betul ke Tuan?" Halina bertanya pada Tengku Zamran Hakim.

"Betullah kak."

"Okey...kembali pada tujuan asal kita." Emily malas mahu menerangkan lebih lanjut pada wajah-wajah yang penuh rasa ingin tahu.

Perbincangan mereka pada hari itu berjalan lancar. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Maknanya, kita dah sepakatkan?"

Emily mengangguk. Mengerling jam di tangan. Hampir ke jam 6.

"Kita berhenti sampai sini. Nanti kami comfirmkan balik. Hana...boleh awak hantar saya balik pejabat? kereta saya tak ambik lagi." Emily memandang setiausahanya.

Hana mengangguk. Tangannya sibuk mengemas kertas kerja dia atas meja.

"Emy datang naik apa?" tiba-tiba Tengku Zamran Hakim menyampuk.

Emily pelik mendengar panggilan untuknya. Sejak bila dah pandai sebut Emy ni?

"Tadi tumpang kereta Hana." jawab Emily perlahan. Minuman yang tinggal dihirup.

"Biar abang hantar Emy ke pejabat lepas hantar Kak Ina balik."

"Uhuk! uhuk!" Emily mengurut tekak yang terasa pedih. Matanya membuntang luas menikam anak mata Tengku Zamran Hakim. Abang? Eii...cari pasal sungguh.

Tengku Zamran Hakim buat-buat tidak tahu dengan reaksi Emily.

“Takpe…takpe…biar Kak Ina tumpang Hana balik. Bolehkan Hana?” Halina memandang Hana, mengharap.

“Betul tu. Hana hantar Kak Ina balik. Mari Kak Ina. Hujan dah lebat tu.” Hana bangkit dari duduknya diikuti Halina.

“Emm…Hana, meeting esok awak bawa kertas kerja yang saya sudah sediakan di bilik mesyuarat, boleh?”

Hana mengangguk. “Kami berangkat dulu ye.” Hana dan Halina berlalu dari situ.

“Apa awak bahasakan diri awak tadi? A…what? Tak reti saya nak sebut.” Emily memandang tajam Tengku Zamran Hakim sebaik sahaja tinggal mereka berdua di meja restoran.

“Betul apa. Sepatutnya masa mula-mula kita kahwin lagi kena guna panggilan macam tu.”

“Saya tak nak!” tegas Emily.

Tiba-tiba Tengku Zamran Hakim bangun. Terus ke kaunter kemudian keluar dari restoran tersebut. Emily terpinga-pinga. Dia buat lagi!

Beberapa minit kemudian Tengku Zamran Hakim kembali bersama sekaki payung. Baju kemejanya kelihatan agak basah.

“Emy drive sendiri.” Tengku Zamran Hakim menghulurkan kunci kereta dan payung yang berada di tangannya kemudian terus melangkah meninggalkan restoran tersebut.

Emily terkebil-kebil sendirian di meja makan. ‘Habis, dia balik naik apa?’ Tak lama kemudian, baru dia bangun dari duduknya. Itupun, otaknya masih keliru dengan tingkah suaminya itu. ‘Takkan dia….err merajuk?’

* * * * *

Sudah hampir satu jam Emily tiba di rumah namun bayng-bayang Tengku Zamran Hakim belum kelihatan. ‘Isyy…mana pulak dia ni pergi?’ Gara-gara Tengku Zamran Hakim dia terpaksa pulang ke rumah bonda untuk meminta pertolongan Pak Isman membawa pulang keretanya dari pejabat.

Baru hendak dia hendak duduk di sofa, loceng rumah berbunyi. ‘Dia kot?’ Emy mengatur langkah laju. Pintu utama dibuka tetapi keluhan hampa terluah dari bibirnya.

“Pak Isman…” sahutnya perlahan. Cuba menutup nada kecewanya.

“Ini kunci keretanya, Cik Emy…” Pak Isman menghulurkan kunci kereta.

“Terima Kasih Pak Isman. Saya minta maaf sebab susahkan Pak Isman pulak malam-malam ni.” Emily memandang luar rumah. Hujan masih belum berhenti. Bimbang benar dia akan keadaan Tengku Zamran Hakim.

“Benda kecik je Cik. Pak Isman pulang dulu ye?” Pak Isman meminta diri.

Emily mengangguk. “Pak Isman balik naik apa?”

“Tu, teksi tunggu di luar.”

“Pak Isman tunggu sini kejap.” Emily menghilang dan muncul kembali dengan tangannya dengan dua keeping not kertas lima puluh ringgit.

“Pak Isman, ambil ni.”

“Tak payah Cik Emy. Saya ikhlas membantu. Lagipun, sayakan dibayar untuk berkhidmat dengan keluarga Cik.”

“Itu lain. Yang ini saya beri. Rezeki Pak Isman, jangan ditolak.”

Nak tak nak Pak Isman terpaksa mengambil duit itu.

“Hati-hati ye Pak Isman.”

“Baik Cik Emy.” Pak Isman mendapatkan teksi yang sedang menunggu.

Emily menutup pintu dan kembali ke sofa. Remote tv dicapai. Satu cerita pun tidak dapat menarik perhatiannya. Perasaan risau melebihi segala-galanya. Tudungnya ditanggalkan. Terselah rambut yang selama ini tutupi rapi. Dia sendiri tidak pasti mengapa selama ini tudungnya tidak pernah ditanggalkan di hadapan Tengku Zamran Hakim.

Matanya memandang jam di dinding. Pukul 9. Tak lama kemudian, dipandang lagi jam. 10 malam! Akhirnya dia terlelap di sofa setelah penat menunggu.

Tengku Zamran Hakim membuka pinu rumah dengan kunci pendua. Bajunya basah kuyup. Inilah padahnya kalau merajuk. Matanya ternampak kelibat seseorang yang sedang duduk di sofa. Dahinya berkerut. Apabila berdiri betul-betul di hadapan susuk tubuh yang sedang tidur itu, dia terkesima.

‘Emy?’ bisiknya. Sumpah! Baru hari ini dia melihat wajah Emily yang sebenarnya tanpa tudung. Rambutnya ikal di bahagian bawah. Coklat pekat. Cantik! Warna rambut itu seperti mengingatkan dia pada kanak-kanak comel 15 tahun yang lalu. Kacukan agaknya… Macam Ayah Din. Teringat dia, rambut Ayah Din yang agak keperangan. Nafasnya mula tidak teratur. Cepat-cepat dia beristighfar dan berlalu dari situ. Takut kalau-kalau nafsunya tidak dapat dikawal.

'Tapi...takkan nak biar macam tu je?"Tengku Zamran Hakim mengeluh sebeum berpatah pada sofa tadi. 'Cool Zam... Cool...' Tubuh Emily dicempung dan di bawa ke bilik gadis itu, supaya lebih selesa.

Selepas membersihkan dirinya Tengku Zamran Hakim merebahkan dirinya ke katil. Kepalanya mula ligat berpusing. Pening. Selimut ditarik menutupi tubuhnya yang mula kedinginan. Pasal pulak ni?

* * * * *

Emily terjaga dari tidurnya. Terkebil-kebil dia apabila mula perasan yang dirinya bukan di ruang tamu tempatnya terlelap semalam. ‘Aku jalan dalam tidur kot.’ Emily membuat kesimpulan sendiri. Jam loceng dicapai. Alamak! 8.45. Meeting!!!

Emily dah mula kalut. Segalanya dilakukan pantas. Ketika keluar rumah, baru dia perasan kereta Tengku Zamran Hakim sudah tiada. Perasaan lega menyapanya. Akhirnya, lelaki itu pulang juga ke rumah.

Setibanya di pejabat, Emily bertembung dengan Juita yangmahu ke bilik mesyuarat. Hana juga ada disampingnya.

“Awal datang?” perli Juita.

“Awal ke? Aku rasa aku dah bangun lewat tadi, macam mana pulak boleh sampai awal ek?” Emily membalas sindiran itu selamba.

Juita bercekak pinggang. “Nakallah kau ni.” Matanya pula dijegilkan. Geram melihat keselambaan sahabatnya itu.

Hana meletuskan tawanya. Emily tersengih.

“Dah cepat. Semua tengah tunggu kau kat bilik mesyuarat.”

Emily mengangguk.


* * * * *

Telefon bimbit Emily tiba-tiba berbunyi ketika meyuarat sedang dijalankan. Emily mengeluh. Macam mana pula dia boleh lupa untuk ’silent’kan ‘handphone’nya? Sudahlah lewat sampai tadi. Ikutkan hati, mahu sahaja ditutup telefonnya itu. Tetapi perasaannya tidak enak.

Ahli mesyuarat yang lain sudah memandangnya. Tenang Emy, tenang! “Saya minta diri sebentar.” Emily keluar dari bilik mesyuarat.

“Hello?”

“Ini Puan Emily, kan?”

Puan Emily? Orang ni mesti tahu aku dah kahwin.“Ye, saya. Siapa ni?”

“Saya Halina, yang datang temu janji dengan Tengku Zamran Hakim semalam. Ingat lagi tak?”

“Oh, Kak Ina! Ada apa Kak Ina call ni?”

“Boleh tak Puan datang ke Teguh Holdings sekarang?”

“Ada yang tak kena dengan proposal semalam ke?”

“Bukan pasal tu. Tapi pasal Tuan, suami Puan Emily.” Beritahu Halina cemas.

“Er…kenapa dengan dia?”

“Tuan pengsan.”

Pengsan? Habis bercelaru fikiran Emily saat itu. Pengsan kerana hujan semalamkah? Takkan sampai pengsan. Tapi kalau benar kerana hujan semalam maknanya dialah penyebab lelaki itu pengsan. Ya Allah, Zam...

"Puan?" Halina menegur bila tiada balasan di talian.

"Ya?" Emily terpinga-pinga.

“Lebih baik puan datang segera. Nanti saya cerita. Puan tahu alamat ke sini?”

“Saya tahu.” balas Emily. Talian diputuskan. Sekali lagi dia kalut. Daun pintu bilik mesyuarat dikuak dan menghampiri Juita.

“Juita, kau tolong handle meeting ni untuk aku, eh?” riak risau tidak dapat dibendung dari wajahnya.

“Kenapa ni?”

“Aku kena pergi sekarang. Please, untuk kali ni. Nanti aku cerita kat kau.”

"Pasal suami kau ke?" Juita meneka.

Emily mengangguk. "Tolong ek?"

“Yelah...akukan kawan yang paling baik dan memahami. Ha...nanti kau jangan lupa cerita pulak.”

“Macam tu lah...sayang kau!"

"Aku tahu tu. Tapi kau sayang suami kau lagi." Juita mencebik.

Emily tersenyum dan pantas keluar dari bilik mesyuarat dengan tergesa-gesa.

Mata-mata ahli mesuyuarat yang memandangnya aneh dibiarkan. Pandai-pandailah Juita bagi alasan nanti. Zam lebih penting saat ini. Sukar diramal hatinya. Jatuh cinta? Ahh…mustahil!

* * * * *

Kereta Emily sudah tiba di bangunan Teguh Holdings. Langkah diatur pantas ke pintu masuk. Penyambut tetamu yang berada disitu dihampiri.

“Boleh saya tahu di mana bilik pejabat Tengku Zamran Hakim?”

"You ada appointment dengan Tengku ke?” Tanya penyambut tetamu yang memakai tanda nama Yuliza. Lagaknya macam polis sahaja. Emily dipandang atas bawah.

"Yup."

"Tengku tak sihat hari ni. Tak silap, semua appoinment dia dah dibatalkan. You ingat, you boleh kelentong I?"

Emily bengang. Aku yang dijemput kesini, alih-alih ditanya macam tu pulak. Yang penyambut tetamu ni pun satu hal, cakap macam tak puas hati pasal apa pulak? Lepas tu, berlagak macam dia yang jadi setiausaha.

“Tadi saya dapat call dari Halina. Dia suruh saya datang ke sini.” Emily cuba menyabarkan hatinya.

“Fine! I cuba call Kak Ina. Bukan semua perempuan boleh percaya. Kalau bab nak mengorat lelaki berpangkat bohong pun sanggup.” sinis nada yang dilemparkan oleh gadis yang bernama Yuliza itu dan jelingan tajam sempat dihadiahkan pada Emily sebelum mencapai gagang telefon

Mulut celupar! Ikutkan hatinya yang panas itu, mahu sahaja mulut perempuan itu diganyang. Tak hormat tetamu langsung! Pertama kali dalam seumur hidupnya dia berjumpa dengan penyambut tetamu yang sebegitu. Sombong!

“Sekejap lagi dia sampai." Beritahu perempuan tadi antara mahu dan tak. Dibeleknya Emily lagi.

"You berkenan sangat ke dengan baju I ni?" Emily bertanya straight.

Berubah wajah Yuliza mendengar kata-kata Emily. Erk!

“Puan?”

Emily menoleh. “Kak Ina….”

“Siapa dia ni Kak Ina?” celah penyambut tetamu tadi. Nada tidak puas hatinya tetap kedengaran.

“Isteri Tengku!” Jawab Halina. Puas hati. Gembira dia dapat memberitahu pada Yuliza hal itu. Berangan sangat nak bos aku.

"Kak Ina jangan nak tipu saya." suara Yuliza bergetar.

Emily lihat Yuliza seperti mahu menangis.

“Suka hati kaulah nak percaya ke tidak. Mari Puan, saya tunjukkan bilik Tuan.”

Emily mengangguk tetapi sempat dia berpesan pada Yuliza.

"Anyway kalau you nak tahu, I beli baju ni di pasar malam minggu lepas. Kalau you nak, you carilah ek! Pasar malam, ingat tu!"

Halina yang mendengar ketawa.

"Yuli ada sakitkan hati puan ke?" Halina bertanya risau. Takut kalau-kalau Yuliza keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati isteri ketuanya itu. Siapa tidak kenal Yuliza di Teguh Holdings ni. Mulut tak de insurans. Kalau ikutkan cara Emily menyindir tadi, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

“Nope. Cuma dia tengok saya macam nak telan hidup-hidup. Lepas tu pulak, mulut dia...ishh celupar!.” Emily selitkan juga kata-kata yang Yuliza lemparkan padanya tadi.

“Dia cakap macam tu?” Halina mengeluh, kemudian menyambung, “Yuli memang macam tu. Dia tak boleh duduk diam kalau tengok ada perempuan yang lebih cantik darinya.” Kalau bos tahu bini dia kena hentam dek Yuliza, hilang kerjalah si yuliza tu gamaknya.

"Cantik? Saya?"

"Puan bukan cantik tapi terlebih cantik."

"Ada-ada jelah Kak Ina ni."

“Ha, lagi satu Yuli tu actually mata dan telinga untuk Maria di sini. Yuli ada hati pada Tuan, Maria pun. Tapi, Maria lebih berpengaruh, jadi Yuli mengalah. Lagipun, Maria kawan baik dengan Yuli. Tapi, akak rasa Yuli ada hati pada Tuan lagi.”

Ada hati kat Zam? “Maria? Siapa tu?”

“Tuan tak cerita pasal Maria pada Puan?"

Emily menggeleng. "Tak pernah pun."

"Kalau macam tu, Kak Ina rasa lebih baik Puan tanya Tuan sendiri. Karang Tuan kata Kak Ina masuk campur dalam rumah tangga Tuan dan Puan.” Halina memandang Emily. Wanita disebelahnya itu memang jelita. Bentuk tubuh pun dah ala-ala model. Tinggi lampai. Baik pun baik. Sopan pun sopan. Jika nak dibandingkan dengan Maria… Huh! Bagai langit dengan bumi.

"Macam mana boleh pengsan, Kak Ina?" Emily baru teringat tujuannya berderas ke situ. Pasal wanita yang bernama Maria, biarlah…dia akan bertanya sendiri pada Tengku Zamran Hakim nanti.

"Maksud Puan, Tuan?"

Emily mengangguk.

"Macam ni, tadi masa tengah cakap dengan akak pasal kerja kat meja akak, tiba-tiba dia rebah. Memang akak dah perasan muka dia pucat masa mula datang, tapi tak sangka pulak sampai pengsan. Nak bawa ke klinik, Tuan memang tak suka. Yuli tu yang sibuk-sibuk nak rawat, akak tak bagi. Akak halau dia. Jadi, akak terpaksa minta pertolongan Puan. Nasib baik Puan selitkan kad nama dalam kertas kerja. Akak rasa bos demamlah, Puan." Panjang lebar Halina bercerita.

Emily baru teringat kata-kata Raja Muzairah pada malam selepas pernikahan mereka mengenai Tengku Zamran Hakim yang fobia dengan Hospital. Satu pejabat pun tahu pasal tu?

Mereka berdua sudah tiba di bahagian pentadbiran. Beberapa orang pekerja di situ tidak berkelip memandang Emily.

Emily hanya mampu melemparkan senyuman hambar.

"Buat dek je dengan diorang Puan." Halina sedar ketidak selesaan Emily. "Ha, itulah bilik Tuan. Puan masuk je." unjuk Halina pada Emily. Dia sudah berhenti pada meja kerjanya.

Emily mengangguk dan menguak pintu pejabat yang ditunjukkan.

"Itu ke doktornya?" beberapa pekerja lelaki menerpa Halina sebaik sahaja Emily hilang dibalik pintu pejabat Tengku Zamran Hakim.

"Cun gila." Sahli pula menyampuk.

"Mahu akak dipelangkung kalau bawak doktor. Bos kan anti bau hospital." Halina mambalas.

"Habis, tu siapa? Kenalkan kat saya kak. Mak saya memang nak isteri saya bertudung. Fuh...saya dapat ni, sumpah! Saya sorok dalam rumah." sambung yang seorang lagi.

"Amboi-amboi korang ni. Sedap-sedap je. Tahu bos karang, mati korang dikerjakan. Itu bos punya." Halina ketawa kecil. Bila difikirkan kembali, biasalah situasi begini. Lelaki nampak perempuan cantik memang tak lepas pandang. Yuliza yang jantina sejenis juga tidak senang duduk, inikan pula pekerja-pekerja lelaki.

"Akak jangan nak kelentong kita oranglah. Macamlah kita orang ni tak tahu bos tu tak minat perempuan. Siapa yang selalu datang pakai seksi tu? Mar...Ha! Maria. Bekas tunang bos. Mana ada bos layan." Sahli menambah lagi.

"Minah tak cukup kain tu bukan seksi, tapi seksa. Pakai makeup pun 5 inci." Kali ini suara mengutuk pula.

"Itu bekas tunang. Lain. Ini bini dia." sekali lagi Halina dengan selambanya mengkhabarkan berita yang bakal menggemparkan satu pejabat. Mungkin juga satu bangunan Teguh Holdings.

"Apa? Bini??!"

"Apa yang bising-bising ni?" tiba-tiba satu suara menyergah.

Halina memandang wanita yang sudah berdiri terpacak di hadapannya. Hai….baru je disebut-sebut nama, dah muncul depan mata.

Pekerja yang berkerumun di tempat Halina tadi kembali ke tempat masing-masing.

"Hah! apa kecoh-kecoh tadi kat tempat awak? Tahu bergosip je." Maria berlagak seolah seorang ketua. Matanya, seperti biasa membulat garang.

"Err...Se..se..."

"Kak Ina…" Halina tidak meneruskan kata apabila ada suara memanggilnya lembut. Dia menoleh, dan tersenyum. Thanks a lot, Puan!

Maria turut menoleh. Matanya dikecilkan. ‘Agaknya, inilah perempuan yang diceritakan Yuli pada aku.’

"Sorry ganggu Kak Ina. Saya cuma nak minta air suam dengan kain bersih."

Halina mengangguk dan cepat-cepat berlalu dari situ.

Emily berlawan mata dengan wanita yang merenungnya tajam. Siapa pulak dia ni? Seksi gila!

“Ini airnya.” Halina muncul dengan sebekas air suam dan sapu tangan di tangannya.

Emily menyambut. "Thanks, Kak Ina.” Emily terus masuk kembali dalam bilik pejabat Tengku Zamran Hakim. Tidak dihiraukan lagi pandangan wanita itu.

Bekas air diletakkan di atas meja kecil berhampiran sofa. Wajah tampan yang sedang terbaring lesu itu direnung sayu. Rambut Tengku Zamran Hakim diusap perlahan sebelum merendam sapu tangan sedikit ke dalam air suam tadi kemudian diratakan pada wajah itu.

"Zam..." panggil Emily perlahan bila melihat Tengku Zamran Hakim menggerakkan kelopak matanya.

Tengku Zamran Hakim tersedar. Sebaik sahaja terpandang wajah Emily hatinya berbunga riang. Namun, dia terus menoleh ke arah lain tanda rajuknya masih belum hilang.

"Buat apa datang sini?" soal Tengku Zamran Hakim hambar.

Wajah Emily berubah mendengar kata-kata Tengku Zamran Hakim. Hatinya terguris. "Zam...saya tak fahamlah dengan awak ni. Apa yang awak marah sangat kat saya? Saya kecilkan hati awak ke? Kalau ada, saya minta maaf."

Tengku Zamran Hakim mengurut kepalanya yang tiba-tiba berputar hebat. Ucapan Emily menusuk kalbunya, tetapi dia tidak mempu membalas. Tangannya memicit-micit kepala yang terasa pening.

“Kenapa ni?” Emily cemas.

Tengku Zamran Hakim masih tidak bersuara. Sakit kepala memang akan menyerangnya jika demam begini. Dah tu pulak, sakitnya susah nak cakap.

“Awak…tolonglah jangan buat saya macam ni.” Air mata Emily sudah mengalir perlahan. Sakit hati melihat Tengku Zamran Hakim yang seperti tidak mempedulikannya.

Tengku Zamran Hakim kaget melihat Emily yang sudah berendam air mata. Dia mengeluh. Alahai… Nak merajuk lama-lama pun tak boleh. “Sayang….janganlah menangis macam ni. Abang bukan sengaja tak nak layan sayang tapi kepala ni sakit sangat. Perlahan suara Tengku Zamran Hakim. Suaranya seperti menahan sakit. Tengku Zamran Hakim menyapu air mata yang berkesan di pipi Emily.

Emily mengetap bibir. Membiarkan sahaja tangan lelaki itu di pipinya. Sayang?

“Sensitif jugak isteri abang ni.” Sambung Tengku Zamran Hakim sambil tersenyum mengusik..

Pipi Emily merona merah. Sempat dihadiahkan jelingan mendengar usikan lelaki itu. Sensitif? Dia sendiri tidak tahu bila sifat itu muncul dalam dirinya.

“Kepala awak sakit sangat ke?” Tanya Emily risau.

Tengku Zamran Hakim mengangguk cuma. Sesaat selepas itu, dia terasa urutan lembut di kepalanya. Kesakitan yang di tanggung tadi hilang sedikit demi sedikit. Matanya menjeling Emily disebelah.

“Thanks sayang.” Ucap Tengku Zamran Hakim perlahan. Perkataan ‘sayang’ lancar dituturkan untuk Emily. Dia selesa menggelar Emily begitu walaupun ini pertama kali dia menggunakan panggilan itu untuk seseorang.

“Awak...jom balik.” Emily mengajak lembut. Hari ini bakal jadi sejarahlah gamaknya. Du;u bukan main lagi berperang mulut dengan lelaki itu tapi kini lembut sahaja tutur kata mereka berdua.

“Tunggu abang segar sikit ye sayang. Tak larat nak bawa kereta. Kejap lagi boleh kot.”

“Nak tunggu ab…err…awak segar? Hishh…alamatnya sampai esok pun tak balik. Biar saya yang bawak, kereta awak tinggal sini dulu.” Fuh…hampir-hampir nak sebut ab…ahh…pandai-pandailah.

“Boleh ke?” Tengku Zamran Hakim menguji.

Emily mengangguk yakin.

“Okey!”

Emily membantu Tengku Zamran Hakim bangun dari pembaringan. Lengan Tengku Zamran Hakim dipaut erat.

Ketika mereka berdua menghampiri pintu, kedengaran suara tengkingan dan caci maki. Mereka berpandangan. Cepat-cepat Emily menguak pintu dari dalam. Dilihatnya wanita yang berpakaian singkat tadi seperti mahu membaham Halina.

“Maria?”

Maria menoleh ke arah Tengku Zamran Hakim. Biji matanya seperti mahu terkeluar dari soket melihat Tengku Zamran Hakim berada rapat dengan seorang wanita. Perempuan tadi!

Emily yang mendengar nama Maria disebut Tengku Zamran Hakim terus memandang wanita yang berpakaian seksi tadi. Ini ke Maria? Soalnya sendiri. Tidak sabar dia untuk mengetahui hubungan Tengku Zamran Hakim dengan wanita itu.

“Ada apa ni Kak Ina?” Tanya Tengku Zamran Hakim pada Halina.

“Err…Tuan, sebenarnya saya cuba halang Cik Maria ni ganggu Tuan dan Pu…” Kata-kata Halina di pintas Maria.

“Zam…tengoklah perempuan ni. Dia tak bagi I masuk tengok you. Sepatutnya you pecat je perempuan ni. Buat kerja tak banyak mana, bergosip je lebih.” Tangan Maria merentap lengan Tengku Zamran Hakim yang dipaut Emily.

“Hei perempuan! Kau jangan cuba-cuba dekat dengan tunang aku. Dasar perempuan jalang.” Herdik Maria kuat pada Emily pula.

Emily tersentap. Tunang?

Tengku Zamran Hakim sakit hati mendengar kata-kata kesat Maria pada Emily. Lengannya yang dipaut Maria direntap kasar. “Maria! Jaga mulut you! Lagi satu, bila pulak I ni jadi tunang you?”

“Zam…sampai hati you buat I macam ni. I kan tunang you!”

Tengku Zamran Hakim menarik Emily dekat dengannya kembali. Kepalanya kembali ligat berpusing. Pinggang gadis itu dipaut erat. Takut dirinya rebah lagi. Sakit kepalanya memuncak mendengar suara Maria yang seperti halilintar.

Emily menghadiahkan jelingan maut pada Tengku Zamran Hakim. Tetapi dibiarkan sahaja bila melihat lelaki itu memicit kepala.

Maria mendengus kasar melihat perbuatan Tengku Zamran Hakim.

“Hoi, perempuan! Kau ni memang tak tahu malu! Kau sedar tak lelaki di sebelah kau tu tunang orang? Tunang aku!”

“Silap tu, bekas tunang.” Halina membetulkan kata-kata Maria.

Berasap telinga Maria bila dirasa Halina seolah menyindirnya. Pandangannya pada Halina seolah memberi amaran.

Halina kunci mulut.

Ohh…bekas tunang. Emily menghembuskan nafas lega. Lega?

Tengku Zamran Hakim menyembunyikan senyuman melihat wajah Maria yang masam kelat.

“Baiklah…aku mengaku aku ni bekas tunang Zam. Tapi tak lama lagi, aku akan jadi isteri dia and for your information, Raja Muzairah dah bersetuju untuk membaikpulih hubungan kami berdua. Opss…kau mesti tak kenal Raja Muzairah. Maksud aku, bakal mak mertua aku.” Ujar Maria bongkak.

"And you, Zam...you tahulah nanti, I akan report pada auntie Zai yang you ada perempuan simpanan. Bersiap sedialah dengan akibat yang you akan terima. Pasti mummy you akan cepatkan pernikahan kita. Masa tu, I boleh buktikan yang ego you yang tinggi tu, dah kalah pada I." Maria ketawa suka.

Tengku Zamran Hakim loya tekak mendengar kata-kata Maria. Perasan gila perempuan ni!

"Benda tu tak mungkin akan terjadi kerana I tak akan sesekali jadikan you isteri kedua I." Giliran Tengku Zamran Hakim mempamerkan senyuman kemenangan walaupun menanggung kesakitan di kepalanya.

"Apa maksud you?"

Tengku Zamran Hakim buat tidak dengar pertanyaan Maria. Emily ditarik lembut.

Emily pula hanya menurut, sebal.

* * * * *

Tengku Zamran Hakim beberapa kali menoleh Emily yang diam memandu dari tadi. Sepuluh patah ditanya, sepatah yang dijawab.

“Kenapa ni? Dari tadi abang tanya, Emy buat tak layan.” lembut Tengku Zamran Hakim bertutur.

“Nothing.”

Tengok, aku tanya punyalah panjang dia boleh jawab ‘nothing’ je?

“Emy marah abang ke?”

“Nope.”

Tengku Zamran Hakim mengeluh. “Habis tu, kenapa dari tadi Emy just jawab sepatah setiap kali abang tanya?”

“Saje.” Kereta Emily sudah memasuki perkarangan rumah mereka.

“Emy!” Tengku Zamran Hakim benar-benar sudah hilang sabar. Emily direnung tajam sebelum keluar dari kereta.

Emily hanya mampu memandang Tengku Zamran Hakim yang sudah menghilang ke dalam rumah. Kepalanya disandarkan pada seat kereta. Wajahnya diraup. Maria? Siapa wanita itu? Tunang? Mungkinkah wanita itu pernah menjadi penghuni di hati Zam? Adakah wanita itu yang menyebabkan pintu hati lelaki itu tertutup untuk kaum Hawa? Dan yang paling penting, kenapa wujud perasaan tidak senang di hatinya? Cemburu! Ya Allah…mengapa perasaan ini wujud setelah bertahun-tahun aku tutup pintu hatiku untuk menerima mana-mana lelaki dari menghuni hati ini?

Sudah lebih 10 kali Maria tawaf di ruang tamu rumah keluarganya. Bibirnya pula tidak henti-henti mrungut tidak puas hati.

Puan Sri Kamariah hanya menjadi pemerhati dari tadi. “Kau ni kenapa? Dari tadi Ibu tengok ke hulu hilir. Mulut tu pulak, tak habis-habis berkicau.”

Maria berhenti bergerak. Kemudian duduk di sebelah Puan Sri Kamariah. Mukanya dimasamkan. “Bu…Zam tu betul-betul dah melampau!”

“Zam? Kau pergi pejabat dia lagi?” mata Puan Sri Kamariah membuntang.

“Err…emmm” Maria mengangguk. Sedar dirinya sudah terperangkap. Dan dia juga sedia maklum Ibunya itu melarang sekerasnya dia ke pejabat Tengku Zamran Hakim.

“Kau tak malu ke, Aya? Dah Zam tu tak nak, yang kau terhegeh-hegeh buat apa? Banyak lagi lelaki yang kau boleh cari. Ibu ni, setiap kali jumpa dengan auntie Zai tu, tebal muka dengan perangai kau. Walaupun dia tak cakap apa-apa, Ibu yang jadi segan.” Panjang lebar Puan Sri Kamariah berleter.

“Aya nak Zam jugak! He’s perfect. Handsome, kaya, berpangkat. Lagi satu, Ibu nak tahu tak… ada satu perkara lagi membuatkan Aya yakin yang Ibu pasti sokong Aya.”

“Apa dia?”

“Sekarang ni dia dah ambil alih Teguh Holdings.” Maria mencucuk.

“Kau biar betul?” Puan Sri Kamariah jadi teruja. Tak boleh jadi ni!

“Betul Bu. Uncle Zaidi dah bersara.” Pancing Maria lagi.

Mata Puan Sri Kamariah bersinar ceria.

“Abah kau tak bagi tahu Ibu pun.”

“Abah memang macam tu. Macam mana bu? Setuju?”

“Mestilah.” Siapa tak mahu menantu yang ada kedudukan penting dalam syarikat yang begitu kukuh ekonominya.

“Tapi Ibu kena tolong Aya. Ibu pujuklah Auntie Zai. Suruh Auntie Zai paksa Zam terima Aya.”

“Ibu tahu tugas Ibu.” Puan Sri Kamariah tersenyum meleret. Maria juga begitu.

* * * * *

Emily menghampiri katil Tengku Zamran Hakim. Sejak mereka mula tiba di rumah tadi, lelaki itu tidak keluar-keluar. Rasanya sudah hampir satu jam.

“Zam…” panggil Emily perlahan.

Tiada sahutan.

“Zam…” panggilnya lagi, lebih kuat.

Masih tiada tanda-tanda untuk menyahut.

Emily terus menyentuh lengan Tengku Zamran Hakim yang sedang berbaring kaku dan digoyang perlahan. Masih begitu. Dahi lelaki itu disentuh. Panasnya! Emily cemas. Kemudian baru dia teringat sesuatu.

‘Pap.’ Dahinya ditepuk perlahan. Macam manalah dia boleh lupa yang lelaki tu sememangnya tidak sihat. Itulah, sibuk sangat dengan cemburu sampai terlupa suami sendiri. Ada ke patut sejak satu jam yang lepas dia duduk berteleku di sofa memikirkan Maria dan Tengku Zamran Hakim? Tak patut betul!

Emily berlari anak mencari air. Beberapa minit kemudian dia kembali bersama sebesen air suam dan sehelai tuala tanagn. Tuala itu dibasahkan dan diletakkan pada dahi Tengku Zamram Hakim.

Emily duduk di sisi katil. Hatinya benar-benar ingin sekali untuk menatap wajah lesu itu. Dia merenung lama wajah Tengku Zamran Hakim. Handsomenya dia…. Walaupun tampak pucat wajah itu tetap segak. Bentuk kening dan mata lelaki itu memang sesuai dengan wajahnya. Hidung mancung. Bibir pula...emmm tak payah nak cakap. Mengancam habis! Yang pasti, lelaki itu tidak merokok. Tambah tampan bila dia tersenyum. Terserlah lesung pipit di kedua belah pipinya. Tak silapnya, dalam empat beradik, lelaki itu sahaja yang mempunyai lesung pipit.

Bila ditenung betul-betul, wajah di hadapannya itu seperti pernah dilihat sebelum dia mula-mula bertemu dengan lelaki itu. Malangnya, masih kabur. Biarlah. Emily tersenyum sendiri sambil terus-terusan merenung Tengku Zamran Hakim.

“Dah puas belek?”

Emily tergamam. Mati senyumannya. Bila pulak dia sedar? Entah-entah dia tahu aku perhati dia dari tadi. Ya Allah….malunya!

“Amacam? Handsome tak suami sayang ni?” Tengku Zamran Hakim tersengih nakal.

Muka Emily merona merah.

“La…tadi bukan main lama lagi renung abang. Sekarang malu pulak. Ada rasa-rasa perasaan lain macam tak sayang?” Usik Tengku Zamran Hakim.

Emily ketap bibir, kemudian manampar lengan Tengku Zamran Hakim agak kuat.

“Aduh!” Tengku Zamran Hakim mengaduh kecil. “Ha, pukullah. Abang tengah sakit macam ni pun nak pukul. Nak tengok abang mati cepat, eh?” Tengku Zamran Hakim belum puas mengusik.

Emily terkedu. Mati? Tak…tak…lelaki itu tidak boleh meninggalkannya seperti mana Syira dan Kak Lia. Dia benar-benar tidak sanggup untuk kehilangan orang yang disayanginya untuk kali ketiga.

“Saya…saya…saya minta maaf sebab pukul awak.” Bergetar suara Emily menahan sebak. Lengan yang dipukulnya tadi diusap perlahan.

Tengku Zamran Hakim cuak. Melampau sangat ke aku usik tadi? “Abang main-main je lah sayang. Takkan pukul macam tu pun boleh mati.” Air mata gadis itu disapu lembut. Sudah dua kali air mata itu tumpah dibuatnya. Perasaan bersalah mengepung segenap hatinya.

“Awak...” Emily panggil perlahan.

Tengku Zamran Hakim mengangkat keningnya tanda menyoal.

“Kenapa tiba-tiba awak tukar panggilan diri awak dari saya kepada ab…err…”

“Kepada apa sayang?” Tengku Zamran Hakim senyum nakal.

“Err…tak ada apa-apa.”

“Malulah tu. Tak sangka pulak abang awek garang ni pemalu.”

Garang? Emily menjegilkan matanya. Dia mengangkat tangannya sekali lagi tetapi perbuatannya terhenti.

“Tengok. Tak habis-habis nak pukul abang. Emy memang nak abang ma..” Emily meletakkan jemari runcingnya pada bibir Tengku Zamran Hakim.

Tengku Zamran Hakim terdiam.

“Tolong jangan sebut perkataan tu.” Pinta Emily sayu.

“Okey, okey…Kenapa, takut abang mati?”

“Memanglah takut.” Emily terkedu. Apa aku cakap ni..

Tengku Zamran Hakim tersenyum. “Kenapa pulak takut kalau abang mati?”

“Err…” Emily kelu.

“Sebab Emy sayang abangkan?”

Emily terpempan. Tak sanggup untuk mengaku. Tidak mungkin semudah itu dia kalah pada insan yang bernama lelaki.

“Sayang abang tak?” Anak mata Tengku Zamran Hakim menikam anak mata Emily.

Emily terus menunduk, tetap tidak mahu mengaku.

Tengku Zamran Hakim terus bangun dari pembaringannya. Mengatur langkah keluar dari kamarnya itu. Hancur hatinya bila melihat Emily hanya mendiamkan diri.

Emily tercengang. Nak merajuk lagi? Kalut dia. Tanpa disangka-sangka jemari Tengku Zamran Hakim dicapainya.

Langkah Tengku Zamran Hakim terhenti. Terkebil-kebil dia melihat jemarinya bercantum dengan jemari Emily.

Giliran Emily bangun dari duduknya. Wajahnya memerah. Malu bila difikirkan tindakannya tadi. Tapi nak buat macam mana? Lagi haru kalau Tengku Zamran Hakim merajuk.

Tengku Zamran Hakim menyembunyikan senyum. Baru dia sedar sebab tindakan Emily tadi. Pasti gadis itu takut dia merajuk lagi.

“Err…” Emily gelisah.

“Nak cakap apa? Kalau tak de benda nak cakap tak payah cakap. Buang masa je.” Kali ini Tengku Zamran Hakim sengaja tayang muka serius.

Riak wajah Emily berubah. Buang masa?

Tengku Zamran Hakim mengeluh melihat wajah Emily yang mendung. Risau dia jika mutiara jernih itu jatuh lagi. “Emy sayang abang tak?” lembut sahaja suaranya kali ini.

Emily tetap begitu. Hanya mendiamkan diri.

“Nak mengaku pun susah.” Pipi Emily disentuh sebelum jemari Emily yang bertaut dengannya tadi ditarik lembut ke katil. Kemudian sama-sama duduk di birai katil.

“Tak pelah…abang tahu satu hari nanti Emy mesti ngaku jugak. Abang nak tengok sampai bila ego Emy tu nak bartahan. Emm..abang pun nak buat satu permintaan.” Tengku Zamran Hakim ubah topik. Malas melayan rajuk di hatinya lama-lama.

“Permintaan apa?” dahi Emily berkerut.

Kali ini Tengku Zamran Hakim merenung Emily lama sehingga Emily menunduk segan. “Abang tak mahu sayang menangis lagi kerana abang. Abang mahu membahagiakan sayang selama sayang di sisi abang dan sepanjang hayat abang. Boleh tak sayang?”

Mata Emily berkaca. Terharu mendengar permintaan dari lelaki itu. Bolehkah aku sandarkan kepercayaan pada lelaki ini? Ya Allah…benarkah ini lelaki yang akan melindungi dan membimbing aku?

“Kan abang kata jangan menangis.” Tengku Zamran Hakim mengeluh. Pipi Emily ditarik lembut.

“Boleh saya percaya pada awak?” soal Emily.

Tengku Zamran Hakim mengangguk yakin. “Saya janji.” Tengku Zamran Hakim menegakkan jari kelingkingnya.

Emily terkedu buat kali kedua. Cara itu mengingatkannya pada seseorang.

“Cangkukkan jari kelingking awak dengan jari kelingking saya.” Tengku Zamran Hakim mengajar bila melihat Emily seolah bingung.

Emily tersenyum dan mengangguk. Jari kelingkingnya dicangkuk pada jari kelingking Tengku Zamran Hakim. Sama. Tautannya mereka memang sama seperti dua orang kanak-kanak 15 tahun yang lalu. Ah, mungkin perasaannya sahaja.

“Awak….” Emily mahu tahu satu perkara.

“Ha…abang ada lagi satu permintaan.” pintas Tengku Zamran Hakim.

“Banyaknya!” protes Emily.

“Denda, sebab bagi abang demam macam ni.”

“Denda? Lepas nilah. Awak tak jawab soalan saya lagi.”

“Soalan apa sayang?”

“Ye la, pasal awak tukar panggilan tu. Kenapa pulak awak tukar?”

Tengku Zamran Hakim batuk kecil. “Panggilan abang dan sayang?”

Emily mengangguk.

“Abang akan jawab kalau Emy janji akan tunaikan permintaan kedua abang ni.”

“Permintaan apa sampai nak kena janji?”

“Janji dulu. Kalau tak, abang tak nak jawab soalan sayang tadi.”

“Okey, saya janji. Sekarang, awak kena jawab soalan saya pulak.”

“Bagus…Macam tulah. Hurm…pasal soalan sayang tu, memang sepatutnya dari dulu lagi abang kena bahasakan diri abang, abang. Itukan cara orang melayu. Abang panggil Emy sayang pulak sebab abang sayang Emy.”

“Dulu bukan benci ke? Asal jumpa je gaduh.” Emily senyum mengejek.

“Bukan benci, tapi menguji. Nak tengok, sayang abang ni tahan ke tak.”

“Ye la tu.” Emily mencebik.

“Betulla…tak percaya pulak.” Pipi Emily ditarik lembut.

“Awak…last question…” Emily meminta.

“Nampaknya lambat la abang boleh denda sayang.” Tengku Zamran Hakim pura-pura mengeluh hampa.

“Denda tu nanti la.”

“Tanyalah…kalau abang boleh jawab, abang jawab. Satu soalan je. Soalan yang lain tu, hari lain. Bagi abang chance denda sayang pulak.”

“Err…Hurm…Maria tu siapa dengan awak?” perlahan sahaja suara Emily.

Tengku Zamran Hakim senyum nakal mendengar soalan Emily. Bunyi macam cemburu. “Soalan jenis apa ni?” Tengku Zamran Hakim sengaja mengusik.

“Zam!” Suka sangat main-main.. Geram sungguh dia dengan perangai Tengku Zamran Hakim.

“Sayang ni garanglah. Sebanarnya, Maria tu bekas tunang abang, macam Kak Ina cakap tadi.”

“Mesti dia cinta pertama awakkan? Dan mesti dia orang yang buat awak benci dengan perempuan.” Suara Emily hambar.

“Jelouslah ni?” Tengku Zamran Hakim angkat kening nakal.

“Mana ada!” Emily merajuk. Bibirnya memuncung.

“Abang tarik muncung tu nanti.” Tengku Zamran Hakim ketawa. Emily aku tarik muncung tu macam Ten pulak. Ten…teman zaman kanak-kanaknya. Dia sendiri tidak tahu nama sebenar gadis comel itu. Cuma suruh dipanggil Ten.

Emily menjeling geram pada Tengku Zamran Hakim. “Nak jawab ke tak nak ni?”

“Kalau abang jawab ya?”

Emily ketap bibir. Retak hatinya. Kalau benar begitu, dia terpaksa bersiap sedia melepaskan lelaki itu. Jauh dengan lelaki itu. Dia tak mahu terus hanyut dengan perasaannya. Tapi…sanggupkah dia? Matanya berkaca.

Tengku Zamran Hakim tarik pipi Emily.

“Sakitlah.”

“Tahu pun. Habis tu, kenapa menangis? Cemburu kan?”

Emily senyap.

“Cemburu, tapi tak nak mengaku dah jatuh sayang kat kita. Takpelah, nanti abang nak buat date dengan Maria. Lepas tu abang tanya kat dia, you sayang I tak? Mesti dia jawab mestilah I sayang you. Bukan macam isteri abang yang seorang ni.”

“Pergilah dekat Maria tu. Tak hairan.” Air matanya menitis lagi. Tak pandai berlakon langsung.

“Kan betul abang cakap. Sayang cemburukan?”

Air mata Emily semakin laju mengalir.

Tengku Zamran Hakim menggeleng. Pinggang Emily dipaut. “Maria tak pernah dapat tempat dalam hati abang. Abang tunang dengan dia pun, sebab mummy yang paksa.”

Entah mengapa bila mendengarkan jawapan dari Tengku Zamran Hakim, hatinya berasa benar-benar lega. “Habis tu, kenapa awak benci sangat dengan perempuan?”

“Kalau abang benci perempuan, abang tak duduk rapat-rapat dengan sayang macam ni.”

“Tipu. Masa kita langgar dulu tu, awak cakap apa? Perempuan ni bawa malang? Menyusahkan?” ungkit Emily.

“Itu dulu.” Tengku Zamran Hakim senyum lucu mengenang aksi mereka setiap kali bertemu. Tak habis-habis nak bertekak.

“Saya tanya pasal dululah.” Emily balas geram. Emily lihat Tengku Zamran Hakim mengeluh berat sebelum berkata.

“Abang ada kenangan masa kecik-kecik dulu. Tapi, lupakan je la. Okey...abang dah jawab soalan sayang. Turn abang pulak buat permintaan.”

“Nak mintak apa?” Emily mengalah walaupun hakikatnya jawapan Tengku Zamran Hakim belum betul-betul dapat memuaskan hatinya.

Tengku Zamran Hakim tidak menjawab. Hanya tangannya sahaja yang bergerak-gerak ke kerongsang kecil yang dipakai di tudung Emily. Kerongsang tersebut dicabut.Tudung Emily dibuka perlahan.

Emily kaget. “Awak buat apa ni?”

“Abang tak mahu sayang pakai tudung bila berdua dengan abang.” Rambut coklat Emily yang disanggul kemas dirungkainya..

“Kan cantik macam ni.” Sambung Tengku Zamran Hakim lagi. Jarinya mengelus rambut ikal Emily.

Wajah Emily memerah buat sekian kalinya. “Saya keluar dulu. Awak rehatlah. Awakkan belum sembuh.” Emily mahu bangun tapi dihalang Tengku Zamran Hakim.

“Nanti dulu. Abang belum denda sayang lagi.” Tengku Zamran Hakim tersenyum-senyum.

“Denda? Tadi tu apa?”

“Tadi tu permintaan yang ni pulak denda.”

Mata Emily membulat geram. “Mana aci!”

“Aci tak aci. Abang tak kira, denda tetap denda. Kan abang dah cakap tadi, sayang kena denda sebab buat abang demam sampai pengsan.”

“Eii…teruknya! Maknanya, awak tak maafkan saya lagilah?”

“Dah. Sebenarnya abang tak marah pun. Cuma, saje-saje nak denda sayang.” Tengku Zamran Hakim senyum. Masih dengan riak nakalnya.

“Ngada! Awak ni, tak padan dengan sakit tau! Emm…apa dendanya?”

“Panggilan seorang isteri kepada suaminya apa, sayang?” lembut sahaja tutur kata Tengku Zamran Hakim. Matanya penuh mengharap.

Emily seolah terhenyak. Erk! Bibirnya diketap. Dalam erti kata lain, mulutnya belum bersedia untuk menukar panggilannya untuk lelaki itu. Berat sungguh.

“Awak…bagi saya masa. Saya akan panggil awak dengan gelaran yang sepatutnya bila saya benar-benar sudah bersedia pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.” Usai megeluarkan kata-kata tersebut, Emily melangkah berat keluar dari kamar Tengku Zamran Hakim.

* * * * *

Emily duduk termenung di depan televisyen pada malam itu. Cuba belajar menyebut perkataan yang begitu sukar pada dirinya. Dari tadi asyik ab...ab…je. Tiada peningkatan langsung! Hai…kenapalah susah sangat nak sebut.

Bunyi batukan menyentak lamunan Emily. Makin lama makin teruk pula bunyinya. Zam! Emily berkejar ke bilik Tengku Zamran Hakim.

Cuak dia melihat wajah Tengku Zamran Hakim yang pucat. Lebih teruk dari tadi. Badan pulak menggigil.

“Kenapa ni, Zam?” Emily meluru ke arah Tengku Zamran Hakim dan jemari lelaki itu digenggam erat. Dinginnya! Batuk pula tak henti-henti dari tadi.

Apa aku nak buat ni? Ya Allah…Bantu hambamu ini. Tiba-tiba bayangan wajah Syira muncul sambil tersenyum ke arahnya. Dia mengerti itu. Kepala Tengku Zamran Hakim didekatkan pada dadanya. Jemari yang digenggam tadi tetap digenggam. Tangannya yang sebelah lagi mengurut perlahan dada Tengku Zamran Hakim. Berharap agar batuk lelaki itu berkurangan.

“Maaf sebab buat awak jadi macam ni.” Bisik Emily pada Tengku Zamran Hakim. Setitis demi setitis air matanya jatuh.

Tengku Zamran Hakim tersenyum hambar dan menggeleng perlahan. “Sayang tak salah apa-apa.” Matanya dipejamkan.

Emily melepaskan nafas lega. Direnung Tengku Zamran Hakim yang sudah nyenyak. Rambut lelaki itu diusap perlahan. Dia tersenyum sendiri. Terima kasih sebab tolong mama, Syira.

Masa Syira demam dulu, cara ini juga yang dibuatnya. Tak sangka pulak cara untuk anak kecil boleh digunakan untuk orang dewasa. Zam…Zam…

2 comments: