Monday, January 26, 2009

Hati yang Terluka 9

Emily gelisah di ruang menunggu. Juita yang berada di sebelahnya juga begitu. Tadi, mereka berdua terus bergegas ke hospital apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital. Syira pengsan!

Tiba-tiba Doktor Fauzi keluar dari wad yang menempatkan Syira. Emily dan Juita menghampiri Doktor Fauzi.

“Macam mana keadaan Syira, doktor?” Emily bertanya tenang. Seboleh-bolehnya dia mahu kelihatan tenang walaupun hatinya benar-benar gelisah.

“Syira dah sedar, tapi keadaan Syira sangat tenat. Syira pengsan kerana badannya terlalu lemah. Mungkin kerana badannya tak cukup zat. Orang sakit, biasanya deria atau nafsu makan mereka seolah hilang. Kami tak mampu berbuat apa. Mungkin masa Syira dah hampir tiba. Syira hanya dapat diselamatkan melalui pemindahan tulang macam yang Emy cadangkan. Cuma masalahnya sekarang, sukar untuk mencari tulang yang sesuai dengan Syira.” Doktor Fauzi menerangkan sambil tidak putus-putus merenung wajah Emily.

Emily buntu. Macam mana dia nak cari penderma yang sesuai? Lelaki itu lesap entah ke mana. Entah bila lelaki itu mahu tampil untuk bertanggungjawab. Juita ada menceritakan mengenai pertemuannya dengan Syazmir. Itupun sebulan yang lepas. Sejak pertemuan hari itu, tiada tanda-tanda lelaki itu akan muncul dan bertanggungjawab terhadap anaknya.

“Kami akan berusaha untuk cari tulang yang sesuai dengan Syira.” Akhirnya Juita berkata apabila dilihatnya Emily hanya termenung memikirkan sesuatu.

Doktor Fauzi mengangguk dan sempat menjeling wajah Emily sebelum beredar.

“Aku geram betul dengan jantan ni.” Juita berkata tiba-tiba.

Emily memandang Juita.

“Sampai sekarang tak nampak macam dia nak bertanggungjawab. Dalam sebulan ni aku cuba call dia tapi asyik tak dapat.” Juita menyambung.

Emily hanya mendiamkan diri.

Juita pula berfikir. Tak mungkin Syazmir silap beri nombor kerana itu kad kerjanya. Kerjanya? Juita cepat-cepat menyelongkar beg tangannya mencari sesuatu. Apabila dapat apa yang ingin dicarinya, dia tersenyum. Seelan Engineering!

*****

Juita melangkah masuk bangunan Seelan Engineering. Langkahnya diatur ke meja penyambut tetamu. Hari ini, dia segaja mencari Syazmir di pejabatnya pula. Nasib baik kad nama Syazmir masih dalam simpanannya. Pada Emily, diberitahunya ada urusan penting yang perlu dilakukan.

“Ada ape yang saya boleh bantu, cik?” Ramah penyambut tetamu tersebut bertanya apabila Juita tiba di mejanya.

“Encik Syazmir Bukhari ada?” Juita bertanya sopan.

“Rasanya, Encik Syazmir tak ada. Sebentar ye, saya telefon setiausahanya.” Penyambut tetamu yang tag namanya tertulis Aisyah mendail nombor. “Hello, Nabilah. Aku ni. Kau tolong turun ke tempat aku boleh? Ada tetamu cari bos kau.” Selepas itu, talian diputuskan.

“Cik…” Aisyah teragak-agak berkata. Tidak tahu nama wanita di hadapannya itu.

“Juita.” Juita memberitahu.

“Okey. Cik Juita duduk dahulu di sofa tu sementara tunggu setiausaha Encik Syazmir tiba.” Aisyah mengunjukkan sofa di ruang menunggu.

Juita hanya mengangguk dan melangkah ke tempat yang dimaksudkan. Beberapa minit kemudian, seorang wanita yang kecil molek datang menghampirinya.

“Ye, cik. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya wanita kecil molek tersebut kepada Juita.

“Saya nak bertemu dengan Encik Syazmir. Dia ada?”

“Oh..Encik Syazmir tak ada. Kalau tak keberatan, boleh saya tahu Cik ini siapa, dan apa hubungan Cik dengan Encik Syazmir?” Lembut wanita itu bertanya.

“Saya Juita. Actually…saya ni kawan lama dia. Dah lama saya tak jumpa dengan dia. Saya baru balik dari oversea sebenarnya.” Juita berbohong.

“Begitu. Tapi, Cik Juita, Encik Syazmir tak ada buat masa sekarang. Dia ambil cuti tanpa gaji buat satu jangka masa yang agak lama. Ke luar negara kalau tak silap saya. Mungkin dalam 3 hingga 5 bulan.” ujar wanita itu lagi.

Juita terkejut mendengar kata-kata wanita di hadapannya. ‘Tak guna punya jantan. Benar-benar kurang ajar.’ Juita mengutuk Syazmir di dalam hati. Hatinya benar-benar tidak dapat menerima bahawa Syazmir melarikan diri buat kali kedua.

“Tak apalah kalau macam tu. Bukan rezeki saya nak berjumpa dengan dia.” Juita akhirnya meminta diri. Dalam pada itu, fikirannya runsing memikirkan bagaimana dia mahu memberitahu Emily mengenai Syazmir. Satu-satunya harapan mereka sudah larikan diri!

* * * * *

Malam itu, Emily dan Juita menjaga Syira di hospital. Senang hati Emily melihat Syira yang begitu selera makan. Emily sendiri pelik tiba-tiba sahaja Syira minta dia buatkan sup ayam kegemarannya.

Walau hati Emily masih kecewa dengan Syazmir ditabahkan juga hatinya. Syazmir sudah menghilangkan diri hampir 4 bulan. Biarlah. Dia malas mahu mengharapkan lelaki itu lagi.

“Macam ni lah anak mama. Senang hati mama tengok Syira berselera makan.” Emily mengusap lembut rambut anaknya. Hatinya sayu melihat wayar dan mesin yang berselirat di sekitar anak kecil itu. Pasti Syira menderita.

Syira hanya tersenyum. Tangan kanannya memeluk lengan Emily kejap.

“Umi pun senang tengok Syira berselera makan hari ini.” Juita pula menyampuk. Memang Juita membahasakan dirinya umi waktu pertama kali melawat Syira.

Tangan kirinya memeluk lengan Juita pula.

“Mama.... umi, kalau Syira pegi jauh nanti, mama dengan umi jangan sedih tau. Pesan sekali kat nenek yang Syira sayang kat nenek.” Tiba-tiba Syira berkata.

Juita dan Emily tersentak dan berpandangan. Tidak menyangka Syira yang baru berumur 3 tahun boleh berkata seperti itu.

“Kenapa Syira cakap macam tu? Syira nak tinggalkan mama ke? Syira dah tak sayang mama?” Emily bertanya bertalu-talu. Tidak senang dangan kata-kata Syira.

“Bukan macam tu lah mama. Syira sayang sangat kat mama. Tapi, Syira teringin nak jumpa Mummy Lia.”

Emily dan Juita terkedu. Memang Emily tidak pernah merahsiakan mengenai Emilia kepada Syira. Dia tidak mahu apabila besar, Syira menyalahkannya kerana merahsiakan mengenai ibu kandungnya. Malah, dia membawa Syira ke kubur Emilia setiap minggu.

Syira menyambung lagi. “Kalau Syira mati nanti, mama tanam Syira kat sebelah kubur Mummy Lia tau.”

Sekali lagi, Emily dan Juita tersentak.

“Syira, kalau Syira sayang kat mama, boleh tak jangan cakap macam tu?” Emily berkata sebak.

Juita pula sudah mengalir air matanya. Betapa anak kecil ini faham penyakit yang dihadapinya.

“Sorry mama, tapi lagi satu je Syira minta. Nanti, kalau Ayah Syira datang cari Syira, kata kat dia yang Syira sayang sangat kat dia. Syira nak sangat jumpa dia, tapi tak sempat.” Syira berkata dalam nada sayu.

Emily cuba menahan air matanya agar tidak tumpah. Emily hairan. Selama ni, Syira tidak pernah bertanya mengenai ayahnya. Nampak sangat Syira memerhati persekitarannya. Jika tidak, masakan anak yang berumur 3 tiga tahun yang tidak pernah kenal ksih sayang seorang Ayah, boleh berkata begitu.

“Syira, Syira tidur dulu ye sayang. Dah lewat ni. Syirakan masih lemah.” Juita menyuruh. Tidak mahu Syira berkata bukan-bukan lagi.

Sebelum baring di bantalnya, Syira memeluk Emily erat. Seperti tidak mahu dilepaskan. Kemudian perbuatan yang sama turut dilakukan kepada Juita.

Emily terkejut dengan pebuatan Syira. Tidak pernah Syira lakukan begitu selama ini.

Juita membalas dengan mengucup pipi Syira.

Emily yang baru sedar dari rasa terkejut kerana pelik melihat perlakuan Syira juga membalas dengan mencium kedua-dua belah pipi Syira.

Syira juga mencium pipi Emily dan memeluk diri Emily sekali lagi. Sambil itu dibisiknya di telinga Emily, 'Mama, Syira pergi dulu. Kalau Syira dah tak de nanti, mama jaga diri elok-elok tau. Tengok Syira selalu. Syira sayang sangat kat mama.' Kemudian Syira menyalam dan mencium tangan serta mengucup dahi Emily.

Juita membantu Syira baring. Emily pula mengusap-ngusap rambut Syira. Tidak lama kemudian, Syira terlelap.

Air mata Emily bertakung memikirkan bisikan dan pebuatan pelik Syira sebentar tadi. Emily memandang Juita yang sudah tertidur duduk di sebelah kiri Syira. Mata Emily juga sudah berat, akhirnya dia juga turut tertidur di sebelah kanan Syira.

*****

Emily terjaga dari tidur pagi itu. Di kerling jam tantgannya. 6.20 pagi. Dia ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Sebelum itu, sempat di kerling kepada Syira yang tidur begitu nyenyak.

Selepas keluar dari bilik bilik air, dia mengejutkan Juita untuk solat subuh.

“Aku cuti, tapi tak pe lah. Dah kau kejut, aku nak basuh muka kejap. Biar segar” Juita menuju kebilik air.

Kemudian Emily menunaikan solat subuh. Selepas selesai, dia menghampiri katil Syira dan mengucup dahi anak itu. Dingin. Lantas, Emily memegang tangan Syira, tetap dingin. Cepat nadi Syira dirasanya. Tiada! Emily kaku.

Juita yang baru keluar dari bilik air hairan melihat Emily yang seperti patung. Disentuhnya bahu Emily.

“Syira Jue.” Emily berkata perlahan.

Juita menyentuh nadi Syira. Tetap sama. Lagsung tidak berdenyut. Juita berdebar.

Cepat tangan Emily menekan butang kecemasan di sisi katil Syira.

Beberapa saat kemudian, doktor dan jururawat tiba ke wad Syira.

Emily dan Juita menunggu di luar wad.

Beberapa minit kemudian, Doktor Fauzi keluar dari wad Syira dengan wajah sedih.

“Maaf, kami tidak boleh buat apa-apa. Syira meninggal dalam tidurnya lebih kurang 2 jam yang lalu.” Doktor Fauzi berkata sayu.

Emily kaku.

Juita pula sudah teresak-esak menangis. Mukanya disembam ke bahu Emily.

Emily seperti terjaga dari mimpi apabila mendengar esakan Juita. Air matanya mengalir perlahan-lahan mengenai pipinya. Tidak menyangka, Syira pergi dalam usia yang terlalu muda. Masih terhindar daripada dosa. Hati Emily sempat berbisik hiba, 'Kak Lia. Maafkan Emy. Emy tak sempat menjaga Syira sehingga dia dewasa. Mungkin Allah nak beri peluang pada akak dan Syira bersama. Emy harap, Kak Lia dan Syira dapat berbahagia di sana.' Emily redha dengan ketentuan Ilahi.

6 comments:

  1. warghhhhhhhhhhh.
    leleh siot.
    pandai nye syira.
    kecik2 dh pandai.
    -na'dz

    ReplyDelete
  2. sedihnyer..................
    xsgka bdk 3thn dpt ckp cm2...cerdiknye syira tp syg umur dia xpnjg......

    -nor0787..

    ReplyDelete
  3. mmg tangkap leleh...airmata da ngalir....huhuhuhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. cedih nye (T.T)..
    jht tol syazmir..x b'ati prot..

    ReplyDelete