Tuesday, January 27, 2009

Hati yang Terluka 22


“Zam!” pintu bilik pejabat dirempuh kasar Maria.

Tengku Zamran Hakim yang sedang menyemak dokumen syarikat tersentak. Wajahnya diangkat. Kelihatan kelibat Maria yang menyinga dan dibelakangnya berdiri Halina dengan raut wajah serba salah.

“Sorry Tuan, ganas sangatlah perempuan ni. Tak sempat nak tahan. Minah ni macam singa lapar je.” Adu Halina.

Terjegil mata Maria memandang Halina. Kurang ajar punya perempuan!

Tengku Zamran Hakim tahan gelak. “It’s okay Kak Ina.”

“Kalau macam tu, akak keluar dululah.” Halina menutup pintu. Sempat dia menjeling geram pada Maria. Terus-terang dia katakan, dia cukup meluat dengan wanita itu. Mujurlah perempuan tu tak jadi dengan Tengku Zamran Hakim dulu. Sudahlah pakai baju macam tak cukup kain, ditambah pula dengan perangai yang amat menjengkelkan.

“Kenapa pekerja you tu halang I dari jumpa you?” sergah Maria selepas kelibat Halina sudah tidak kelihatan.

“I yang suruh.” Bersahaja jawapan Tengku Zamran Hakim.

“What??! You yang suruh?”

“Perlu I ulang balik?” sinis Tengku Zamran Hakim.

“Tapi kenapa?”

“Faham-faham je lah. You ingat I ni kerja goyang kaki? Banyak yang I boleh buat dari melayan you.”

“Oh, macam tu? Habis tu kalau Mastura datang boleh pulak you melayan?” bentak Maria yang kata-katanya lebih kepada ingin tahu.

Berkerut dahi Tengku Zamran Hakim. “Bila pulak dia datang?”

“Perempuan tu tak datang lagi?” kali ini, nada Maria sudah bertukar ceria.

Tengku Zamran Hakim membiarkan soalan Maria dijawab angin lalu. Dia meneruskan kerja yang tertangguh tadi.

Melihat cara Tengku Zamran Hakim yang seolah tidak berminat melayannya, Maria mendekatkan dirinya dengan tubuh Tengku Zamran Hakim.

“Zam…please, jangan layan I macam ni. I tahu, you sengaja layan I macam ni sebab I batalkan pertunangan kita dulu. Tapi, I terpaksa waktu tu.” Caranya seolah menggoda. Tangannya melingkari leher Tengku Zamran Hakim dari arah belakang..

Tengku Zamran Hakim menepis kasar tangan Maria. Betul-betul merimaskan! “Boleh tak tolong kawal diri you tu?”

“Betulkan, you sengaja layan I macam tu sebab sakit hati dengan I?” Maria masih lagi dengan andaian yang sama. Terguris juga hatinya bila ditepis begitu.

“Dengar Maria, I tak kisah langsung pasal you batalkan pertunangan kita bertahun dulu. Malah, I ucapkan terima kasih pada you sebab batalkan pertunangan mengarut tu. I tak pernah ada hati pada you walaupun masa tu kita dah bertunang. I tak pernah rela bertunang dengan you. Mummy I yang paksa. Jelaskan? Dan I dapat rasakan you pun tak ikhlas bertunang pada waktu tu.” luah Tengku Zamran Hakim. Tak faham dia dengan perempuan yang seorang ni. Dah orang tak nak, lagi buat-buat tak faham.

Maria terdiam. Memang benar kata-kata itu. Dahulu dia bertunang dengan Tengku Zamran Hakim kerana populariti lelaki itu semasa di sekolah. Putera idamanlah katakan. Siapa yang mahu lepaskan peluang? Bila Ibunya mengusulkan cadangannya dengan Raja Muzairah untuk mengikat tali pertunangannya dengan Tengku Zamran Hakim terus dia bersetuju walaupun ketika itu belum ada apa-apa perasaan istimewa.

Namun kini dia sedar yang dia telah jatuh cinta pada Tengku Zamran Hakim. Sejak bila dia sendiri tidak pasti. Walaupun harta kekayaan lelaki itu turut menjadi penyebab, selebihnya dia berani menyatakan perasaannya pada Tengku Zamran Hakim kali ini benar-benar ikhlas.

“Okey, dulu kita sama-sama tak punya perasaan. Tapi sekarang I betul-betul cintakan you. Kita mulakan balik?”

“Untuk apa mulakan kembali perkara yang tak pernah berlaku?”

Maria ketap bibir. “Maksud I, kita cuba untuk beri peluang pada diri masing-masing. I cintakan you, dan you cuma perlu belajar untuk mencintai I.” cadang Maria penuh mengharap.

Tengku Zamran Hakim mengeleng-geleng. Mustahil untuk dia jatuh cinta pada Maria. Hatinya cuma ada satu. Dan hati yang satu itu telah diserahkan pada Emily. Hanya tunggu untuk disambut. Seumur hidup pintu hatinya dijaga sebaik mungkin sehingga tiada seorang pun pernah berjaya mengetuk. Namun kehadiran Emily di luar sangkaannya. Amat mustahil untuk dia beralih arah.

“Maaf Maria, I tak boleh.” Putus Tengku Zamran Hakim tegas.

Sebuah keluhan berat tercetus dari bibir Maria. “I tak mahu paksa you. Tapi I yakin suatu hari nanti hati you akan terbuka untuk I.” penuh keyakinan dari kata-katanya.

Tengku Zamran Hakim tayang muka tanpa perasaan.

“Zam, hari sabtu ni ada majlis budak kelas kita kan? Apa kata kalau kita jadi pasangan?” Maria kembali ke tujuan asal kedatangannya.

Tengku Zamran Hakim memicing mata. Sudah nampak agenda Maria ke situ. “I tak rasa itu cadangan yang baik.”

“Walaupun hanya sebagai seorang kawan, I harap sangat you dapat jadi pasangan I malam tu.” mendayu Maria memujuk.

“You cari orang lain. I tak mahu.”

“Zam, please….”

“Really sorry. I betul-betul tak berminat nak berpasangan dengan you.” Tengku Zamran Hakim sengaja berkata begitu. Mahu lihat tahap kesabaran Maria yang dia tahu hanya senipis kulit bawang.

Maria gigit bibir kuat-kuat. Geram teramat sangat. Tapi disabarkan hatinya. Untuk memujuk Tengku Zamran Hakim dia perlukan kesabaran. “Habis you nak berpasangan dengan siapa?”

Tengku Zamran Hakim menjungkit bahu.

“Mastura?” teka Maria.

“You rasa?”

“I rasa, tak.”

“Betullah agaknya tekaan you tu.”

“Habis, you tak bawak pasanganlah malam tu?”

Tengku Zamran Hamim mengeluh. Itu masalah jugak. Sehingga ke hari ini belum ada tanda-tanda yang Emily mahu menjadi pasangannya. Malah, Emily seperti mahu mengelak darinya. Siap menghadiahkan jelingan maut. Cakap pun tak mahu.

“Tengoklah macam mana.” Ujar Tengku Zamran Hakim kurang pasti.

Maria tersenyum sinis. Dengan aku tak nak, dengan Mastura juga begitu. Nampaknya rancangan yang sudah dirancang terpaksa diteruskan. Habislah you Zam. Apa agaknya perasaan di gelar gay?

“Zam, I bukan sengaja nak menakutkan you. Tapi, kawan-kawan kita dah mula bercakap tentang you….” Maria berjeda. “Mereka kata, you gay.”

Tengku Zamran Hakim tenang. Dia sudah sedia maklum tentang itu. Untuk apa menunjukkan kekalutannya di hadapan Maria? Dia tak mahu Maria rasa dirinya sudah menang.

“I bukan nak ambil kesempatan, tapi I just nak tolong you. Untuk malam tu, apa salahnya I jadi pasangan you?” usul Maria.

“I tak perlukan pertolongan you.” Tengku Zamran Hakim masih dengan keputusannya.

“You tak kisah digelar gay?” Suara Maria hampir terjerit. Digertak begitu pun Tengku Zamran Hakim masih boleh mempamerkan riak wajah yang tenang? Tak cukup dengan itu, tawarannya untuk menjadi pasangan lelaki itu juga ditolak mentah-mentah. Dia benar-benar tidak percaya.

Tengku Zamran Hakim tidak menjawab. Rasanya tidak perlu dijawab soalan yang sebegitu. Mana ada lelaki sejati yang sanggup digelar gay. Tapi apa nak buat? Mungkin gelaran itu sudah cukup untuk membuatkan maruahnya tercalar. Namun baginya berpasangan dengan Maria atau Mastura lebih mengerikan.

“Cukuplah Maria, I malas nak fikir. You tak busy dengan kerja ke?”

“I kerja separuh hari.” Maria memandang tepat wajah tampan di hadapannya. Mungkin Tengku Zamran Hakim memikirkan yang dia hanya main-main. Baik, kita tunggu hari sabtu tu nanti.

* * * * *

“Sayang, abang nak cakap sekejap.” Tahan Tengku Zamran Hakim ketika Emily mahu melangkah keluar rumah untuk ke Perkasa Holdings.

“Saya dah lambat.” Emily beralasan. Dalam lima hari ni, bermati-matian dia mengelak dari bercakap dengan Tengku Zamran Hakim. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia perlu bersikap begitu. Seolah merajuk dengan lelaki itu pula.

“Sayang marah abang?” Tengku Zamran Hakim merenung Emily. Sudah lima hari mereka tidak bercakap. Rindu dia pada wajah nan jelita itu.

“Marah? Untuk apa?” Emily membalas dengan soalan juga. Mana mungkin dia mahu mengaku yang dia berjauh hati pada lelaki itu.

“Manalah tahu kan?”

“Tak kuasa saya nak marah pada awak. Kalau awak tak de benda nak cakap saya pergi dulu.” Emily mengambil sepatunya di rak.

“Eh, nanti dulu. Macam mana dengan malam ni? Sayang jadikan ikut abang?” Tengku Zamran Hakim benar-benar kalut untuk majlis malam ini. Kalau Emily tak mahu ikut, masaklah dia.

Emily mencebik mendengar perkataan ‘sayang’ dari mulut Tengku Zamran Hakim. Sayang konon. Perempuan keliling pinggang!

“Bukan ke, hari tu awak nak ajak siapa tu Mastura? Aliya? Kejap-kejap ada lagi…..emm ha! Dilla? Rina? Suraya? Kenapa tak ajak diorang?” Emily melemparkan amarahnya yang sudah memuncak. Bila teringat akan nama-nama tersebut, suhu kemarahannya seakan memuncak.

Melopong Tengku Zamran Hakim. Tidak menyangka Emily mampu mengingati kesemua nama-nama perempuan yang pernah disebutnya.

“Tak sangka abang yang sayang ingat nama-nama ‘girlfriend’ abang.” Sengaja dia mengusik Emily.

Emily menajamkan matanya pada Tengku Zamran Hakim. Terasa hangat tubir matanya. Girlfriend? Dapat dirasakan kekecewaan yang melanda hatinya saat itu. Badannya terus dipaling ke belakang menghadap halaman rumah. Tidak mahu Tengku Zamran Hakim perasan air matanya yang sudah mengalir perlahan. ‘Kak Lia…kenapa lelaki semuanya sama?’ Bisiknya sendiri. Dia cuba melangkah, namun dapat dirasakan ada tangan yang menggenggam jemari runcingnya.

Tengku Zamran Hakim memusingkan tubuh Emily menghadapnya kembali. Saat terpandangkan kesan air jernih di mata Emily serta-merta dia mengeluh. Emily ditarik rapat ke dadanya.

“Abang minta maaf.” ujarnya perlahan pada Emily.

“Mereka semua tu teman wanita awak ke?” dalam esakannya sempat dia meminta kepastian.

“Ye kot.” Tengku Zamran Hakim ketawa kecil. Suka benar dia mengusik Emily.

Emily menolak tubuh Tengku Zamran Hakim kuat. “Awak ni kan…”

Tengku Zamran Hakim menjungkit sebelah keningnya. “Abang apa?”

“Apa-apa je lah. Saya nak pergi kerja. Bye!” Emily berpaling ke halaman rumah kembali.

“Abang hantar.”

“Tak payah!”

“Jangan nak degil.” Tegas Tengku Zamran Hakim. Kunci keretanya yang tersangkut di dinding rumah terus dicapai.

* * * * *

“Malam ni ingat tau!” pesan Tengku Zamran Hakim ketika Emily mahu melangkah keluar dari kereta.

“Saya tak boleh janji. Tengoklah macam mana.” Emily tetap dengan egonya.

“Pukul 8.00 malam abang jemput sayang.” Tengku Zamran Hakim buat tak faham dengan kata-kata Emily.

“Jangan. Kalau awak jemput saya malam ni, saya takkan pergi majlis tu. Muktamad. Kalau awak tak jemput, saya masih boleh pertimbangkan.” Emily seakan mengugut.

Tengku Zamran Hakim renung Emily dalam-dalam. “Boleh percaya ke?”

“Terserah.”

Tengku Zamran Hakim mengeluh entah untuk kali ke berapa. “Baiklah. Emm…sayang datang naik apa?”

“Tengoklah nanti. Itupun kalau saya datang.” Emily masih dengan kedegilannya.

“Mana boleh macam tu.”

“Suka hati sayalah.” Cepat-cepat Emily berlalu ke dalam bangunan Perkasa Holdings.

“Abang tunggu.” Sempat Tengku Zamran Hakim berpesan dari dalam kereta.

Di dalam bangunan Perkasa Holdings, Emily menyapa pekerja-perkerjanya.

“Emy!” Tiba-tiba satu suara memanggilnya dari arah pintu masuk.

Emily menoleh. Segaris senyuman terukir dibibir comelnya tatkala memandang kelibat Juita dengan tangan yang penuh memegang sehelai baju gaun labuh yang masih dilitupi plastik.

No comments:

Post a Comment