Tuesday, January 27, 2009

Hati yang Terluka 14

Seluruh ahli keluarga Tengku Zaidi berkumpul di Vila Astana pada petang itu. Semuanya atas arahan Raja Muzairah. Mahu berbincang mengenai perkahwinan Tengku Zamran Hakim katanya.

“Zam...kalau hujung bulan ni kamu kahwin ok tak?” tanya Raja Muzairah ketika mereka berkumpul di ruang tamu.

Tengku Zamran Hakim telan liur. Hujung bulan ni? Cepatnya...

“Hujung bulan ni mummy? Kenapa tak hujung minggu ni terus? kan senang.” Tengku Zamran Hakim mengusik mummynya yang nampak berseri-seri. Seronok nak dapat menantu agaknya.

“Hujung minggu ni? Betul ke Zam? Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu yang kamu minta. Eiii...Seronoknya mummy.” riak gembira jelas terpancar pada wajah Raja Muzairah. Langsung tidak dapat menangkap bahawa anaknya hanya bergurau.

Tengku Zamran Hakim terkedu melihat mummynya yang mengambil serius gurauannya.

Kemudian Raja Muzairah bertanya pada suaminya pula, “Macam mana daddynya? Apa kata malam ni kita masuk meminang?”

Mata Tengku Zamran Hakim membuntang. Biar betul mummy ni. Parah... Harap-harap daddy tak setuju. Pintanya dalam diam.

“Bagus jugak tu. Boleh kita kenal dengan bakal besan kita nanti. Malam ni kita semua pergi masuk meminang.” ujar Tengku Zaidi setuju. Riak gembira jelas terpancar di wajahnya. Sama naik dengan isterinya. Sejak isterinya itu menguar-uarkan mengenai bakal menantu bongsunya,dia turut sama tak sabar nak dapat menantu. Maklumlah dah lama mereka tak menerima menantu.

“Hah?” Tengku Zamran Hakim ternganga. Siap terbangun dari duduknya. Sudah seperti terkena kejutan eletrik lagaknya. Kaku. Cuma rambut sahaja yang tidak terpacak ke atas.

Adik-beradik dan iparnya yang sedari tadi hanya senyap mendengar tergelak melihat gelagat adik mereka.

“Ha...tu la kau Zam...konon nak usik mummy. Kan dah kena betul-betul.” tak putus-putus Tengku Rizal gelakkan adiknya yang dah macam tiang.

“Ok la tu Zam. Senang-senang kau dapat isteri hujung minggu ni.” sampuk Tengku Syahmi sambil menekan-nekan perutnya menahan senak akibat terlalu banyak ketawa.

Kakak-kakak ipar Tengku Zamran Hakim masih tergelak lucu.

Tengku Aizat pula siap guling-guling lagi di karpet. “Kau jangan la buat muka macam tu Zam. Dah macam tiang pulak aku tengok. Adoii...sakit perut aku.” kata Tengku Aizat sambil meneruskan tawanya.

“Err...Mummy...Zam main-main je tadi.” Kata Tengku Zamran Hakim yang sudah kembali 'normal'. Sempat mencerun pada abang-abangnya. Hampeh punya abang! Bukan nak tolong. Siap boleh guling-guling lagi.

“Tapi mummy tak main-main, Zam.”

Tengku Zamran Hakim menepuk dahinya. Aduh...

“Yang kamu ni macam orang bermasalah kenapa pulak? Sepatutnya kamu melompat suka.” Kata Tengku Zaidi pula, hairan.

Tengku Zamran Hakim menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Maknanya perkahwinan hujung bulan ni la mummy?”

“Apa pulak hujung bulan ni. Hujung minggu ni.”

Tengku Zamran hakim terlongo tidak percaya.

Sekali lagi tawa kakak-kakak ipar dan abang-abangnya terburai melihat aksi spontannya.

Sekali lagi juga Zam mencerun pada abang-abangnya. Kemudian mengalihkan pandangan pada Raja Muzairah. “Tapi mummy...”

“Tak de tapi-tapi. Hujung minggu ni kita buat akad nikah sekali dengan majlis tunang. Panggil saudara-mara yang terdekat. Nanti-nanti kita buatlah majlis resepsinya. Janji mummy dapat menantu dalam masa terdekat ni. Pasal hantaran kamu jangan risau. Pandai la mummy nak buat.” lancar sekali Raja Muzairah mengatur rancangan.

“Habis tu, mummy serius nak pergi meminang malam ni? Macam mana dengan cincin tanda?” Tengku Zamran Hakim mendapat akal untuk mengelak.

“Itu kamu tak payah risau. Mummy dah siapkan awal-awal sebelum kamu bawak Emy jumpa mummy lagi.” ujar Raja Muzairah. Memang dia sudah ada cincin tanda. Pada ketika itu dia fikir anaknya akan berkahwin dengan Maria.

“Dah ada?” Tengku Zamran Hakim seperti tidak percaya.

Tengku Zamran Hakim tahu dia tidak boleh mencari alasan lagi. "Baiklah... Zam setuju kahwin hujung minggu ni. Tapi Zam tak nak majlis resepsi. Buat majlis akad nikah je pun dak cukup." Dia mengalah akhirnya.

"Mana boleh macam tu Zam. Mummy nak panggil kawan-kawan daddy dan mummy. Apa pulak nanti orang cakap. Kahwin sorok-sorok tak nak bagi orang datang. Tak pasal-pasal diorang kata kita kedekut. Buat majlis kahwin tak jemput." Raja Muzairah tidak berpuas hati dengan cadangan anaknya.

Tengku Zamran Hakim terdiam sambil memikir-mikir kata mummynya. Bukan dia tak mahu buat besar-besaran, tetapi apa pula kata orang nanti selepas dia berpisah dengan Emily. Kalau boleh dia tak mahu perkahwinan ini diketahui umum. Ketika dia berpisah dengan Emily nanti tak adalah jadi isu besar.

"Kalau kamu tak mahu buat majlis resepsi tak pe..."

Tengku Zamran Hakim tersenyum lega. Tapi...mummy ni bukan boleh percaya sangat. Mesti ada rancangan lain ni.

"Tapi mummy nak buat juga majlis kesyukuran di rumah kita. Masa tu boleh ajak kawan-kawan daddy dan mummy." ujar Raja Muzairah.

Tengku Zaidi mengangguk setuju.

Tengku Zamran Hakim mengeluh berat. Seperti yang dijangkakan. "Err...kalau tak buat tak boleh ke?"

"Tak boleh. Kalau kamu tak setuju jugak dengan majlis kesyukuran, mummy buat kenduri tujuh hari tujuh malam. Baru kamu tahu." Raja Muzairah mengugut. Pelik sungguh dengan anaknya yang seorang ni. Nak kahwin pun susah.

"Buat je kenduri tujuh hari tujuh malam mummy." Kata Tengku Syahmi mengusik adiknya.

Tengku Zamran Hakim memandang tajam pada Bang Ngahnya tanda tidak senang dengan usikan tersebut.

'Kenduri kesyukuran hanya untuk satu malam atau kenduri tujuh hari tujuh malam? Pilihan yang tak menarik langsung.' Rungutnya dalam diam.

"Ye la...buatlah kenduri kesyukuran." Lebih baik daripada kenduri tujuh hari tujuh malam.

“Bagus...Dah...pergi telefon Emy. Cakap kat Emy kita sekelurga nak pergi rumah dia malam ni.” suruh Raja Muzairah tegas.

Tengku Zamran Hakim melangkah berat ke biliknya. Sambil itu dia memikir-mikir bagaimana mahu diberitahu Emily hal ini.

Pasti perempuan tu terkejut dan tidak setuju kalau dia kata nak masuk meminang malam ni. Sudahlah baru berbincang tengah hari tadi. Eii...mulut ni kenapalah gatal sangat. Yang aku pergi usik mummy tadi siapa suruh? Tengku Zamran Hakim bercakap seorang diri memarahi dirinya.

Tengku Zamran Hakim baring dikatilnya sambil merenung telefon bimbitnya lama.

“Zam...dah telefon ke belum?” terdengar laungan Raja Muzairah dari ruang tamu.

“Ye...ye... Zam nak call la ni.” Lambat-lambat dia mendail nombor telefon Emily.

Ringtone lagu hati yang terluka nyanyian Broery Marantika kedengaran. Berkerut-kerut dahinya mendengar lagu tersebut. Kenapa perempuan tu letak lagu ni? Tertanya-tanya dia seketika sementara menunggu talian diangkat.

“Awak nak apa lagi?” sergah suara di talian.

Tersentak Tengku Zamran Hakim. Tak habis-habis dengan perangai garangnya.

“Err...Assalamualaikum...sihat?” tanya Tengku Zamran Hakim ramah. Sengaja.

“Waalaikumussalam. Yang awak ambil berat sangat tanya saya sihat ke tak ni pasal apa?”

“Saje tanya. Apa salahnya ambil berat pasal bakal isteri.”

“Tak payah nak mengada-ngada. Mesti ada benda ni yang awak nak cakap. Straight to the point je la.” Emily memulang paku buah keras.

Sakit telinga Tengku Zamran Hakim mendengar Emily mengajuk kembali ayatnya tengah hari tadi. Ditarik nafasnya dalam. Menghilangkan perasaan geram.

“Macam ni...mummy...err maksud saya...mummy saya...awak kenal diakan....dia...?” Tengku Zamran Hakim mencari-cari ayat yang sesuai.

“Eii...awak ni...cakap je lah. Saya matikan telefon karang.” Emily mengugut.

“Janganlah. Kalau saya cakap awak jangan terkejut beruk pulak.”

“Cakap je lah. Takdenya saya nak terkejut beruk. Lain la kalau ada beruk sergah saya.” Emily berlelucon.

Tengku Zamran Hakim tahan tawa. “Macam ni...malam nanti, family saya nak datang rumah awak.” Selancar yang boleh Tengku Zamran Hakim berkata.

“Nak datang rumah saya? Buat apa?” Emily yang belum dapat menangkap maksud sebenar Tengku Zamran Hakim tercengang-cengang.

“Hai...lembap betullah awak ni.” Tengku Zamran Hakim buat-buat mengeluh.

Emily di talian ketap bibir. Dia kutuk aku? “Apa awak kata?”

“Awak ni lembap.” Tengku Zamran Hakim menekan perkataan 'lembap'.

Sabarlah wahai hati. “Lembap-lembap pun, saya jugak yang awak mintak tolong tau. Kalau nak bandingkan saya dengan awak, awak lagi lembap. Dari tadi lagi dok putar belit. Nak sebut terus-terang pun susah.” Emily mengutuk kembali.

Giliran Tengku Zamran Hakim mengetap bibir. “Dengar, malam ni keluarga saya nak datang meminang.” Hah...ambik.

Owhh...nak meminang. Tu pun susah nak cakap. Ha??! meminang??! “Apa??!! Awak jangan nak buat lawak bodoh dengan saya pulak.” Suara Emily lantang. Hampir terjerit.

Tengku Zamran Hakim menjauhkan telefon dari telinganya. Huh! Nasib baik tak pekak. “Saya tak buat lawak. Serius.”

Emily mengeluh. “Macam mana pulak boleh jadi macam tu?” Emily bertanya setelah dapat mengawal rasa terkejutnya.

Tengku Zamran Hakim menceritakan serba sedikit mengenai perbincangan tadi. Termasuk usikan pada mummynya.

“Dulu bukan main awak kata siapa yang dapat saya malang. Tengok sekarang, awak yang tak sabar-sabar nak kahwin.” Emily mengungkit peristiwa perlanggaran mereka dulu. Sempat diusiknya Tengku Zamran Hakim.

Merah padam muka Tengku Zamran Hakim dikata begitu. Seolah-olah dia begitu terdesak nak menikah.

“Awak dah bagitahu keluarga awak pasal saya?” Tengku Zamran Hakim mengalih topik.

“Belum. Saya baru nak bagitahu bonda malam ni.” Jawab Emily.

“Awak bagitahulah lepas ni. Cakap sekali pasal kelurga saya nak datang meminang malam ni.” pesan Tengku Zamran Hakim.

“Saya tak fahamlah. Kalau hari ni nak datang masuk meminang, pernikahannya bila pulak? Awak usik mummy awak nak nikah cepat tu bila? Bulan depan?”

“Bukan. Hujung minggu ni.” kata Tengku Zamran Hakim selamba.

“Hujung minggu ni?” Emily seperti mahu pengsan mendengarnya.

“Awak sedar tak hari ni dah hari apa? Selasa. Maknanya ada lagi lima hari. Eii...awak ni betul ke tak betul? Lima hari mana nak sempat.” sambung Emily lagi. Marah.

“Itulah pasal. Saya pun tak tahu sempat ke tak sempat. Tapi mummy cakap hujung minggu ni bertunang sekali dengan akad nikah. Panggil saudara-mara je.”

“Owh...gitu. Maknanya tiada majlis besar-besaranlah? Alhmdulillah.” Kalau ahli keluarga sahaja datag baguslah. Tak perlu pernikahan gila ni diketahui umum. Apabila mereka nak berpisah nanti tidaklah ramai yang tahu.

“Tak jugak. Mummy kata nak buat kenduri kesyukuran nanti.” jelas Tengku Zamran Hakim.

Emily tepuk dahi perlahan. Ada jugak rupanya. “Emm...oklah. Saya nak cakap dengan bonda.” Emily tahu dia kena setuju juga walau bila pun pernikahan ni akan dilangsung.

"Maknanya awak setuju dengan rancangan keluarga saya? Awak tak kisah?" tanya Tengku Zamran Hakim.

"Siapa kata saya tak kisah? Tapi nak buat macam mana? Saya pun perlu pertolongan awak jugak."

"Pertolongan saya? Takkan bonda awak suruh awak kahwin jugak?"

"Lebih kurang macam tu lah." Emily malas nak mengulas lanjut. "Ok wak...bye! Assalamualaikum."

“Err...nanti dulu. Macam nak nak pergi rumah awak kalau tak tahu alamat?”

“Opps....Lupa pulak.”

Emily menyebut alamatnya rumahnya. Tengku Zamran Hakim catit.

“Klik.” kedua-dua talian diputuskan.

* * * * *

Emily ke kamar Puan Zharifah sejurus selepas perbualannya dengan Tengku Zamran Hakim tamat.

Dilihatnya, Puan Zahrifah duduk di kerusi malas sambil merenung bingkai gambar. Semenjak dua menjak ni, itulah yang dilakukan bondanya.

“Assalamualaikum bonda.” Emily menghampiri Puan Zharifah.

Puan Zharifah menjawab perlahan salam Emily. Sayu dan mendung jelas di wajahnya.

Emily genggam tangan bondanya. “Emy tengok bonda selalu termenung kebelakangan ni.”

“Mana bonda tak jadi macam ni Emy. Satu-persatu orang yang bonda sayang tinggalkan bonda.” Air matanya menitis satu-persatu usai menuturkan kata-kata itu.

Emily memeluk Puan Zharifah erat. Memberi kekuatan di situ. “Setiap yang berlaku bonda, pasti ada hikmahnya.” Emily membisik perlahan. Dia amat mengerti apa yang dirasai bondanya.

“Emily tak sayangkan bonda?” tiba-tiba Puan Zharifah berkata.

Emily merungkaikan pelukan. “Kenapa bonda cakap macam tu?” Emily mengeluh. Kemudian menyambung, “Bondalah satu-satunya keluarga kandung yang Emy ada. Didik Emy selama ni. Emy sayang sangat pada bonda.” Ujar Emily. Bagi dia, sayangnya pada bondanya tidak ternilai. Malah, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk bondanya itu.

“Emy, bonda selalu paksa Emy selama ni. Tapi, apa yang bonda lakukan untuk kebaikan Emy. Bonda nak Emy kahwin pun demi kebaikan Emy jugak.” Puan Zharifah menyatakan maksudnya.

Emily tersenyum. Teringat kembali tujuan kedatangannya ke kamar bonda. “Owh, ini kes pasal permintaan bonda hari tu ye?”

Puan Zharifah memandang Emily. Mengangguk.

“Bonda, kalau Emily cakap bonda jangan marah tau.”

Puan Zahrifah hanya berkerut pelik. Menanti kata-kata lanjut dari anaknya. Pandangan matanya menyuruh Emily meneruskan kata.

“Emy datang ke bilik bonda pun sebab hal ni lah.”

“Maksud Emy, Emy dah ada calon suami?” tanya Puan Zharifah tidak percaya.

Emily mengangguk.

Puan Zharifah mengucap syukur. “Jadi, apa masalahnya? Kenapa bonda nak marah pula?”

“Err…keluarga dia nak datang meminang malam ni.”

“Nak meminang malam ni? Takkan bonda nak marah kalau Emy nak bagi bonda menantu. Tapi…malam ni? Kenapa Emy baru cakap? Apa pun kita tak siapkan lagi. Apa nak buat ni Emy?” Puan Zharifah kelam-kabut.

Emily menggeleng melihat bondanya. Hilang wajah mendung dan sayu tadi. “Itu nanti kita fikir. Ada benda yang lagi penting yang Emy nak beritahu.”

“Ada yang lagi penting?”

Emily mengangguk lagi. “Keluarga dia minta buat akad nikah hujung minggu ni sekali dengan majlis tunang..” Lambat-lambat Emily memberitahu.

Puan Zharifah terdiam.

Emily pula masih menanti reaksi dari bondanya.

“Bonda nak dapat menantu hujung minggu?” tanya Puan Zahrifah kegembiraan.

“Err…bonda tak marah kalau akad nikah hujung minggu ni? Tak cepat sangat? Sempat ke nak buat hantarannya lagi?”

“Itu Emy tak payah risau. Serahkan pada bonda” Puan Zharifah tidak kisah mengenai itu. Apa yang penting dia akan dapat menantu dalam masa tidak kuarang seminggu.

“Tuk…tuk…”

Kedengaran ketukan di pintu kamar Puan Zharifah. Wajah Juita kelihatan.

“Boleh Jue masuk bonda?” Juita meminta kebenaran.

“Masuklah. Tepat betul kedatangan Jue.”

Juita melangkah. Dahinya berkerut. “Kenapa bonda? Apa yang tepat?”

“Kau cari aku ke Jue?” Emily bertanya. Mengalihkan perhatian Juita pada kata-kata bondanya.

“Ye la. Aku nak tanya kau pasal projek dekat Pulau Pinang.”

Emily menjungkitkan keningnya. “Kenapa?”

“Aku kena hantar ke sana. Setiausaha aku kata tadi, projek tu dah lama tertangguh. Projek tu memang untuk jawatan yang aku pegang sekarang ni.”

Emily mengangguk. Dia baru teringat akan hal itu.

“Juita nak kena hantar ke sana? Bila?” Puan Zharifah menyampuk.

“Lusa ni, bonda.”

“Lusa ni? Baliknya bila pulak?” tanya Puan Zharifah lagi.

“Tak tentu. Mungkin hampir sebulan. Sebab banyak sangat yang tertangguh. Tempoh yang syarikat tu bagi pun dah hampir habis.”

“Habis tu, tak bolehlah Juita tengok Emy nikah hujung minggu ni?” Puan Zharifah hampa.

“Emy nak nikah??! Betul ke apa yang aku dengar ni Emy?” Juita seperti tidak percaya. Ataupun telinga yang sudah tidak berfungsi.

Mana mungkin sahabatnya yang boleh dikatakan anti-lelaki mahu bernikah. Lebih cepat darinya yang memang sudah mempunyai teman lelaki pula tu.

Emily hanya mengangguk.

“Hisy, maknanya kau dah ada buah hati la selama ni? Pandai kau sorok dari aku. Tak macam orang tengah bercinta.”

Emily telan liur. Di pamerkan wajah tenang. Tidak mahu pembohongannya disedari. Ligat otaknya mencari alasan. “Aku bukan macam kau. Bercinta tak ingat dunia. Aku sorok-sorok. Nak buat ‘surprise.”

“Betul-betul ‘surprise’ la tu. Sampaikan aku pun tak boleh tengok kawan aku nikah.” Juita mengeluh hampa.

“Itulah juita. Bonda pun tak tahu budak ni ada kekasih. Tengok-tngok kata nak nikah hujung minggu ni.” Menggeleng Puan Zharifah memikirkn perangai Emily yang terlalu perahsia. Payah mahu lihat perasaan Emily yang sebenar. Anaknya itu lebih gemar tanggung semuanya sendiri.

Emily hanya tersengih.

“Tak buat kenduri ke?” Juita bertanya.

“Kenduri kesyukuran buat la. Kenduri kahwin tak buat. Kitorang bincang tak mahu besar-besaran.” Balas Emily.

“Emm…dapatlah aku tengok suami kau bila kenduri kesyukuran nanti. Macam manalah agaknya calon suami kau tu ye? Eii…tak sabar aku nak tengok.” Juita senang Emily akhirnya sudah membuka hatinya menerima lelaki dalam hidupnya. ‘Hmmm…melepaslah lelaki itu.’ Juita berbisik sendiri.

“Aku harap kau akan bahagia selama-lamanya Emy. Kekal sehingga akhir hayat.” Sambung Juita lagi.

Puan Zahrifah sayu tiba-tiba.

Emily yang perasan akn hal itu cepat-cepat bertanya pada bondanya. “Kenapa ni bonda?”

“Teringat pula bonda pada ayah kamu.” Keluh Puan Zharifah.

Emily kurang senang dengan jawapan bondanya. “Ingat ke lagi dia pada kita bonda? Entah-entah bonda je yang selalu fikir pasal dia. Dia tak terfikir langsung pada keluarga dia. Sampaikan atuk dan nenek meninggal pun dia tak balik jenguk. Langsung tak mahu ambil tahu khabar keluarga dia.”

Puan Zaharifah memandang Emily dengan dahi berkerut seribu. ‘Emily masih marahkan ayah kandungnya? Nanti dulu…kalau Emily masih mempunyai pandangan serong pada suaminya dan masih mendendami lelaki itu, bagaimana Emily boleh mempunyai kekasih dan berkahwin dengan seorang yang bernama lelaki pada hujung minggu ini?’ Hatinya jadi ragu. Tapi tidak pula disuarakan kemusykilannya.

2 comments: