Monday, January 26, 2009

Hati yang Terluka 7

“Kring! Kring!”

Tengku Zamran Hakim mengangkat malas telefon di bilik pejabatnya yang berbunyi. Belum sempat dia ingin bertanyakan siapa di talian, terus dia di soal bertubi-tubi.

“Kamu ni kenapa Zam? Kenapa kamu buat macam tu? Kamu ada hal sangat ke sampai tak boleh tunggu sikit je lagi wakil syarikat tu datang?” suara Tengku Zaidi kedenganran marah.

“Asslamualaikum daddy.” Tengku Zamran Hakim sengaja mahu mengusik daddynya.

“Waalaikumussalam.” Tengku Zaidi menjawab. Sedikit sebanyak, dia sedar kesilapannya. “Jawab soalan daddy, kenapa kamu tak tunggu sampai wakil tu datang? Nak mengelak lah tu.” Tengku Zaidi menyambung.

“Mana ada nak mengelak. Ni, ha…Zam jawab soalan daddy. Sebenarnya daddy, Zam dah tunggu 20 minit dekat tempat tu.” Tengku Zamran Hakim membela dirinya.

“Baru 20 minit Zam. Itupan Zam rasa lama? Daddy faham sangat sebenarnya Zam ni tak suka pasal business kan? Zam rasa berat hati sebab tak dapat teruskan cita-cita yang Zam inginkan.” Tengku Zaidi seperti berjauh hati.

“Bukan macam tu lah daddy. Zam tak berniat nak buat macam tu. Pasal cita-cita Zam yang daddy cakap tu, dah lama Zam lupakan”. Tengku Zamran Hakim cuba memujuk hati daddynya walaupun pada hakikatnya, kata-kata daddy itu memang benar.

“Baguslah kalau macam tu Zam. Daddy bukan sengaja nak paksa Zam ceburi diri dalam business, tapi hanya Zam seorang sahaja orang yang betul-betul daddy percaya untuk menguruskan syarikat kita kalau daddy ada urusan lain yang harus daddy selesaikan. Nak harapkan anak-anak ayah yang lain tu, entah bila tahun pulak. Semuanya nak ikut telunjuk sendiri.” Tengku Zaidi merungut.

Tengku Zamran Hakim hanya ketawa mendengar rungutan daddynya. Sebanarnya dia tidak salahkan abang-abangnya yang lain. Mereka memang berhak mengejar cita-cita mereka. Jadi, demi mereka dia sanggup korbankan cita-citanya itu. “Daddy, macam mana daddy tahu yang Zam tak jumpa dengan wakil syarikat tu?” Tengku Zamran Hakim pelik apabila mengenangkan itu. Padahal saat itu, daddynya berada di luar negara.

“Kamu pun tak beritahu daddy yang perjumpaan tu tak mejadi. Dah berapa hari dah ni, baru daday tahu.”

“Ya, Zam tahu, Zam salah. Macamana daddy tahu?” Sekali lagi Tengku Zamran Hakim maemgajukan soalan yang sama. Bukan dia sengaja tidak memberitahu daddynya, tapi dia takut akan mengganggu urusan daddynya di sana.

“Baru sekejap tadi, setiausaha daddy call. Kata Cindy, Syarikat Perkasa Holdings call dan minta maaf sebab wakil mereka lewat tiba. Kereta wakil syarikat tu kemalangan kecil ketika dalam perjalanan ke tempat temu janji.”

“Oh, macam tu.” 'Tetapi, tadi tiada pula nampak kemalangan ketika dia dalam perjalanan ke tempat tersebut. Kalau ada pun, terjadi pada dirinya sendiri, adalah. Tapi, tak mungkin perempuan tersebut yang menjadi wakil Syarikat Perkasa Holdings. Mustahil seorang model menjadi wakil syarikat untuk membicangkan mengenai perniagaan. Hatinya berdetik.' “Apa kata mereka? Meraka tidak mahu bekerjasama dengan kita lagi ke?” Tengku Zamran Hakim menyambung lagi bagi mendapatkan kepastian tentang hal yang satu itu.

“Pasal tu, mereka sudah menetapkan hari lain untuk berbincang. Tarikhnya, mungkin 6 bulan dari sekarang. Zam jangan risaulah. Kali ni, ayah sendiri yang akan berjumpa dengan wakil mereka.” Tengku Zaidi memberitahu.

“Baguslah kalau macam tu daddy. Emmm...okey lah daddy. Zam nak keluar. Ada hal sikit.

“Baiklah Zam. Assalamualaikum.” Tengku Zaidi memutuskan talian selepas mendengar anaknya menjawab salam.

* * * * *

Juita menatap wajah Emily. Ketika itu mereka berada di kantin hospital. Sahabatnya ini sudah banyak berubah. Tidak seperti dahulu.

“Kenapa kau tengok muka aku macam tu?” Emily bertanya pelik.

“Aku tengok kau sekarang ni dah banyak berubah. Kan dulu kau….” Juita serba salah mahu menghabiskan ayatnya.

“Cakap je la terus terang. Aku tak kisah. Macam la kau tak kenal aku.”

“Takdelah. Dulu kau kan macam lelaki. Pakaian kau takdelah macam ni.” Juita menantikan reaksi Emily. Apa yang dilihatnya, Emily hanya ketawa kecil.

“Apa salahnya aku berubah. Lagipun nak tak nak aku terpaksa berubah. Takkan aku nak didik dan membesarkan Syira dengan perangai aku yang macam dulu tu. Lagi satu, kau ingatkan bagaimana Kak Lia dulu? Kalau aku terus dengan identiti aku yang dulu tu, mesti bonda begitu terasa dengan kehilangan Kak Lia. Aku tak nak bonda terasa begitu kehilangan. Sikit-sikit aku masukkan sifat Kak Lia dalam diri aku. Tapi, taklah semua. Aku cuma tanamkan sifat-sifat yang sepatutnya ada pada diri aku sejak lama dulu.” Panjang lebar Emily menerangkan.

Juita hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya. Dia teringatkan bagaimana zaman kecil mereka. Emily lah hero antara mereka bertiga pada ketika itu. Apabila dia dan Emilia dibuli, pasti Emily yang membantu mereka. Walaupun Emily ‘tomboy’ dahulu, tetapi satu sifat Emily yang dia sukai. Emily tidak degil! Kata-kata bondanya pasti diturutinya. Dan Emilia pula, dahulu tak lah sopan santun dan lemah lembut. Cuma Emilia taklah se‘tomboy’ Emily yang kasar seperti lelaki.

“Kau ni apasal terangguk-angguk dari tadi. Ada orang pasang lagu ke kat sini?” Emily berseloroh.

“Ishh…kau ni, walaupun identiti ‘tomboy’ tu dah takde, perangai tetap macam dulu. Tak habis-habis mengusik.” Juita mengetap bibir geram.

Emily hanya tersengih apabila mendengar perkataan ‘tomboy’.

“Eh, kau simpan lagi klip rambut bunga tu?” Juita tiba-tiba teringat akan klip rambut berbentuk bunga tulip bewarna silver itu.

Muka Emily berubah. Terbayang klip itu di matanya. Pemberian seseorang yang menghargai dan melihatnya sebagai seoang gadis. Untuk menjawab soalan Juita itu, Emily hanya mengangguk.

Juita pula hanya tersenyum melihat anggukan Emily.Ya, satu perkara yang dia perasan tentang Emily, walaupun Emily ‘tomboy’, sifat kewanitaannya tetap tidak boleh dikikis. Buktinya, klip rambut tersebut. Dia tahu, Emily pernah kecewa terhadap orang yang memberi klip tersebut. Tetapi, Emily tidak pernah membuang klip tersebut. Apa yang difikirkan Juita saat itu, cinta pertama susah dicampak. Oppsss, bukan cinta pertama, tetapi cinta monyet, kerana klip itu berada di simpanan Emily sudah melebihi 10 tahun.

“Kau ni kan, asyik termenung je. Lepas tu, pandang muka aku sambil tersengih-sengih. Mesti kau kutuk aku kan? Baik kau cakap dengan aku apa yang kau tengah fikir.” Emily seperti mengugut. Sengaja bergurau dengan sahabatnya itu.

“Eh, takdelah. Mana ada aku kutuk kau. Ek, kau jangan buat muka garang macam tu. Karang, jadi brutal baliklah gamaknya.” Juita mengusik Emily. Mengelak dari pertanyaan Emily.

“Banyaklah kau brutal. Eh, kau duduk mana sekarang ni?” Emily mengubah topik.

“Aku sampai pagi tadi, terus aku check in kat hotel sementara aku nak cari rumah dan kerja .”

“La…kenapa tak terus pergi rumah aku. Tinggal je dengan aku. Pasal kerja, apa kata kau kerja dekat tempat dengan aku? Kau pun bijak. Tapi, ikut polisi syarikatlah. Temuduga tetap kena.” Emily memberi cadangan. Dia teringat kisah Juita. Ibu dan bapa tirinya baru meninggal dua tahun yang lepas akibat pesawat yang terhempas ketika pejalanan ke London untuk menjenguk Juita. Kini, Juita sebatang kara. Bukan tiada rumah untuk Juita tinggal, tetapi rumah orang tuanya di Singapura. Selepas bapa Juita meninggal , ibunya kahwin dengan orang Singapura dan menetap di sana.

“Tak menyusahkan kau ke? Apa kata bonda pulak?”

“Kau ni kan, macam tak biasa dengan bonda pulak. Kau tu dah jadi macam anak dia dah. Selalu tanya pasal kau kat aku. Juita sihat ke kat London tu? Makanan yang kau makan elok ke?” Emily mengungkit kembali kata-kata yang pernah diungkapkan bondanya.

“Ye ke? Sayang jugak bonda kat aku kan.” Juita berkata dalam nada menggedik yang sengaja dibuat. Siap dikelip-kelipkan matanya lagi.

“Ishh, kau ni, kalau ye pun bangga, tak payahlah menggedik dengan aku.”

Juita ketawa.

“Macam mana? Setuju tak cadangan aku tadi?” Emily kembali ke topik tedi.

“Emm…tengoklah macam mana nanti.” Juita tidak memberikan kata putus.

“Aku tunggu keputusan kau. Aku harap kau sudilah ikut rancangan aku tu. Emmm….kau dah balik ni, tak teringin ke jalan-jalan Malaysia ni. Dah tiga tahun kau tak balik Malaysia, mesti kau rindu kan?” Emily tahu, pasti Juita mempunyai perasaan tersebut, kerana dia sendiri pernah mengalaminya ketika pulang ke Malaysia selepas tamat belajar di England.

“Tau tak pe. Emmm…ikut perancangan, aku nak siar-siar esok. Aku dah janji dengan Nazrin.” Juita memberitahu.

“Owh…maknanya, esok kau nak dating lah ni?” Emily tersenyum simpul. Wajahnya ada riak nakal.

“Mulalah nak usik aku.”

“Ishh..tak baik menuduh tau. Aku cuma tanya je. Macamlah aku tak tahu kau rindu dekat buah hati kau. Baguslah kau bahagia. Aku pun tumpang senang. Tak lama lagi, dapat lah aku anak buah.” Emily teringat teman lelaki Juita. Nazrin. Nazrin belajar di universiti yang sama dengan dia dan Amir. Nazrin adalah antara teman studynya ketika di universiti sebelum dia berangkat ke England untuk sambung belajar. Melalui Emily, Juita mengenali Nazrin.

"Tengok tu. Aku dah cakap. Siap tanya pasal anak buah lagi tu." Akhirnya mereka ketawa bersama.

No comments:

Post a Comment