Tuesday, January 27, 2009

Hati yang Terluka 17

Tengku Zamran Hakim menyandarkan kepala pada kerusi empuk di bilik pejabatnya selepas selesai mesyuarat dengan kakitangan. Terbayang di kepala kejadian pagi tadi. Sesak nafasnya bila teringat adegan... fuh! Susah nak digambarkan perasaannya pada ketika itu. Pelik!

Matanya terpandang tali leher yang disimpul kemas di kolar bajunya. 'Macam manalah aku boleh mintak tolong perempuan tu tadi. Perempuan tu pulak, begitu selamba menolongnya walaupun mereka tidak sekepala'. Tengku Zamran Hakim berbicara sendiri.

Masih teringat di kepalanya malam pertama mereka yang tidak seperti pasangan lain. Satu malam mereka bertelagah. Akhirnya, setelah penat mengeluarkan pendapat masing-masing, persetujuan termeterai. Mereka akan tidur sekatil. Ha…jangan fikir bukan-bukan. Sekatil bukan sebantal. Dan…bantal peluk mesti berada di tengah-tengah antara mereka.

* * * * *

Emily pulang ke Vila Astana tengah hari itu. Kakak iparnya, Farhana yang memintanya untuk pulang awal. Tetapi, tidak pula diberitahu sebabnya. Nadanya seperti kerisauan.

Apabila keretanya masuk ke perkarangan Vila, dilihatnya beberapa biji kereta sudah penuh di ruang garaj.

'Ishh...apasal pulak ni. Siapa pulak yang datang? Sebab ni kot Kak Hana beria-ria suruh balik. Tapi...penting sangatkah tetamu ini sampai aku yang tengah kerja pun dipanggil pulang'. Emily tak sedap hati.

"Assalamualaikum..." Emily memberi salam di muka pintu. Dari situ, dia dapat menangkap suara kanak-kanak sedang bermain di taman mini.

'Siap ada budak-budak lagi ni! Siapalah agaknya yang datang.' Emily masih tertanya-tanya.

Kedengaran salam di jawab dan Raja Muzairah yang menyambutnya di pintu. Emily pelik.

Mummy yang buka pintu? Tak silapnya, sebelum ini pembantu rumah yang bukakan pintu jika ada sesiapa yang pulang.

"Emy dah balik?"

Emily senyum dan menyalami Raja Muzairah.

"Siapa yang datang mummy?" terus Emily bertanya.

"Masuklah." hanya itu jawapan balas dari Raja Muzairah.

Lagilah dia bertambah hairan. Emily masuk ke dalam rumah membuntuti Raja Muzairah yang melangkah terus ke ruang tamu. Berkerut-kerut dahinya melihat beberapa pasang mata sedang memandangnya.

Ramainya! Dua orang yang sebaya daddy dan mummy, lelaki dan perempuan. Yang perempuan tu...pandangannya fuhh...gerun sungguh! Berdekatan dengan pasangan veteran itu ada tiga pasangan yang dalam lingkungan pertengahan 30-an...emmm rasanya yang bertiga ni pasangan suami isteri. Di satu sudut lain pula, dilihatnya seorang wanita sedang memandangnya tajam dan penuh kebencian. Pandangan wanita itu mengingatkannya kembali kenangan lebih kurang 15 tahun yang lalu. Pandangan yang sama. Tajam dan sinis!

Soalnya sekarang...siapa mereka semua ni?

Raja Muzairah menghampiri Emily.

"Emy...mereka ni, keluarga kakak mummy, Raja Nafisah...Mak Teh Zam." terang Raja Muzairah.

Ohh...jadi, inilah Mak Teh yang digeruni ipar-iparnya. Memang benar seperti yang digambarkan kakak-kakak iparnya tentang Mak Teh. Datang beberapa hari selepas perkahwinan, semua pembantu rumah di suruh berehat, satu keluarga dia angkut datang, tapi ada satu yang mereka tak beritahu, Mak Teh mempunyai pandangan yang menggerunkan.

Emily melemparkan senyuman tenang kepada mata-mata yang memandangnya.

Raja Nafisah memandang wajah Emily yang tersenyum dengan rasa tidak percaya. Dia rasa tergugat. Hairan dia melihat Emily tidak gerun apabila dia diperkenalkan. Jika menantu yang lain pasti sudah pucat mendengar nama 'Mak Teh' disebut. 'Nampaknya gadis ini tidak seperti manantu Zai yang lain. Baik, kita lihat berapa lama senyuman kau mampu bartahan'. Desis hati Raja Nafisah.

Emily dengan selamba menghampiri Raja Nafisah. Dihulurkan tangannya berniat untuk bersalam.

Dahi Raja Nafisah berkerut. Terkejut. Sudah lama rasanya anak-anak dan menantunya tidak menghulurkan tangan begitu. Dan entah mengapa tangannya ringan menyambut huluran Emily.

Emily lega. 'Mmmm...Mak Teh ni tak de lah teruk sangat'. bisiknya sendiri.

"Mak Teh dah makan?" lembut Emily bertanya pada Raja Nafisah.

Raja Nafisah terpinga-pinga. Tetapi pantas dia menggeleng.

"Emmm...kalau macam tu, Emy naik atas dulu, nak bersihkan diri. Nanti Emy turun sediakan makanan tengah hari." Emily melemparkan senyuman sebelum ke tingkat atas.

Raja Muzairah yang sedari tadi mendengar turut seperti kakaknya, terpinga-pinga. Biar betul Emy ni!

* * * * *

Emily masuk ke kamarnya. Tiga iparnya juga turut mengekorinya. Farzana menutup pintu kamar.

Hairan Emily melihat perlakuan ipar-iparnya.

"Emy! Kak Ina macam tak percaya." pekik Rozina perlahan.

"Kenapa?" Emily terpinga-pinga.

"Kami tengok tadi. Tak sangka Emy buat Mak Teh terdiam." ujar Farhana.

"Selalunya, mulut dia tu tak akan berhenti menyindir, tapi tadi...terkunci gitu je." kata Farzana pula.

"Kak Ina macam tak percaya je Emy boleh selamba sua tangan kat dia. Tahu tak, kami duduk paling dekat dengan dia pun dalam sedepa je. Gerun. Emy pulak, siap boleh pergi salam dia." Rozina masih dalam keadaan kagum.

Emily hanya diam. Tiada apa yang nak dikatakan.

"Macam mana pulak lepas ni Emy? Maksud akak, makanan tengah hari. Mak Teh memang tak akan makan sebelum ke sini. Betul ke Emy nak sediakan makanan? Tak takut kena sembur? Kami dah kena." berkerut-kerut dahi Rozina seperti membayangkan sesuatu yang menggerunkan.

"Betul cakap Kak Ina tu Emy. Ujian pertama tadi Emy dah lepas. Selepas ni ujian kedua pulak. Selamat berjaya." ucap Farzana.

"Kami keluar dulu tau." ujar Farhana sebelum melangkah keluar dan diikiuti oleh Rozina dan Farzana.

Emily menutup pintu selepas ipar-iparnya keluar. Senyuman terhias di bibirnya. Macam-macam.

Kemudian dia membuka tudung dan mencapai kain tuala. Berniat untuk membersihkan diri sebelum ke 'ujian' seterusnya.

* * * * *

Emily menuruni anak tangga selepas selesai membersihkan dirinya. Seperti tadi, mata-mata tetamunya tidak lepas memandang. Dan Emily perasan tambah lagi seorang tetamu lelaki awal 30-an. 'Mungkin lagi seorang anak Mak Teh baru sampai'. Fikir Emily. Tapi, yang tak sedapnya, tetamu baru itu tidak lepas membelek dirinya.

'Apa yang tak kena agaknya dengan lelaki ni'. Giliran Emily pula membelek dirinya. Teruk sangatkah pakaiannya sampai ditilik begitu. Baju T-shirt lengan panjang bewarna ungu lembut dan seluar putih beserta tudung yang turut bewarna putih.

'Lantaklah'. Malas Emily mahu menyesakkan fikirannya.

"Emy ke dapur dulu. Mesti semua dah lapar." ujar Emily sebelum berlalu.

No comments:

Post a Comment