Thursday, January 17, 2013

Serba Sedikit...


assalamaualaikum semua..
mesti ramai yang pelik tak ada mukadimah apa tiba-tiba muncul chapter 44...
sorry kepada semua pembaca blog Hati yang terluka...
kenapa saya tiba-tiba mucul adalah kerana saya sangat merindui cerita ni...
almost 3 years kan..
otak sampai beku nak perah idea...
lagipun promise is promise...
nak dekat habis cerita ni tapi tiba-tiba tutup blog...sorry again..
dan saya jugak dapat tahu ada yang fikir cerita ni nak dinovelkan sebab tu blog di tutup...
tp sebenarnya tak pun...lgpun dah nak habis kan macam tak best plk dinovelkan..
siapa plk yang nak beli nanti...
dan terima kasih sebab masih sudi tunggu dan baca cerita ni..
eh..mesti ramai pun ingat2 lupa pastu terpaksa selak page blkang..maaf3...
apa-apa pun...terima kasih banyak-banyak...
kalau ada apa-apa pertanyaan atau nak sembang2 kosong boleh email min...
min.meen09@gmail.com

-min- 

Tuesday, January 15, 2013

Hati yang Terluka 44


“Awak kenapa ni Zai? Dari tadi saya tengok awak gelisah, tak tentu arah. Tu makanan dalam pinggan tu awak kuis je.” Tegur Tengku Zaidi.

Mendengar kata-kata Tengku Zaidi itu semua memandang ke arah Raja Muzairah.

Tersentak seketika Raja Muzairah dengan teguran tersebut. Tidak tahu jawapan yang bagaimana harus diberikan.

“A’ah la mummy…Ina pun perasan.” Sampuk Rozina pula.

“Mummy tak sihat ke?” Prihatin Tengku Aizat bertanya.

“Tak adalah. Mummy sihat.” Beritahu Raja Muzairah. Dia serba salah mahu memberitahu perasaan sebenarnya. Hatinya benar-benar tidak enak. Seperti terjadi sesuatu pada anak bongsunya. Sejak tadi sudah berapa kali wajah Tengku Zamran Hakim terlayar di depan mata.

“Habis tu, kenapa?” Tanya Tengku Zaidi lagi.

Raja Muzairah mengeluh. “Zai…Zai rasa tak sedap hati la bang. Semua benda yang Zai buat serba tak kena hari ni.”

“Tak sedap hati macam mana?”

“Entah la. Saya asyik teringatkan Zam. Setiap kali terfikirkan dia hati saya tak menentu. Saya telefon dia dari tadi tak dapat-dapat.”

“Perasan awak je kot Zai. Kita tak ada terima berita apa-apa pun kan? Jangan la fikirkan sangat.” Pujuk Tengku Zaidi walaupun hatinya turut terasa tidak enak mendengar kata-kata Raja Muzairah.

“Tengku. Itu ada yang mahu ketemu sama Tengku.” tiba-tiba Sumiarti datang ke ruangan mereka menjamu selera seperti kelam kabut.

“Siapa pulak yang datang malam-malam macam ni?” terus sahaja dia bangkit dari kerusi makan dan menuju ke pintu utama.

Tengku Zaidi hairan melihat beberapa orang polis di luar pintu rumahnya. Ada perompak kah?

“Ini rumah keluarga Tengku Zamran Hakim?”

“Ya. Dia anak saya. Tapi dia dah tak duduk sini. Ada yang tak kena ke?”

“Kami ada bawak berita mengenai anak Tengku, Tengku Zamran Hakim. Harap Tengku bertenang dan banyak bersabar mendengar berita ini.”

“Kenapa? Kenapa dengan anak saya?” tiba-tiba Raja Muzairah mencelah antara mereka. Dia benar-benar tidak betah jika hanya menunggu di ruang makan.

“Anak Tengku sekarang berada di hospital. Dia cedera parah. Kami dimaklumkan dia ditembak dan ditikam. Keadaannya sangat parah.”

“Ya Allah…anak aku!” Raja Muzairah yang menjadi pendengar sedari tadi sudah terjerit.

Tengku Zaidi cepat-cepat memaut Raja Muzairah yang seperti mahu rebah.

“Bawak mengucap Zai. Sabar…”

“Anak kita bang. Anak kita…Zam!!”

“Terima kasih maklumkan. Kami akan ke sana.” Tengku Zaidi masih cuba bertenang. Dalam hati tdak putus-putus dia beristighfar.

“Kenapa ni daddy? Kenapa mummy jadi macam ni?” Mereka yang mendengar kekecohan dari ruang makan segera bergegas ke ruang utama.

“Kita ke hospital sekarang. Adik kamu, kritikal.” Perlahan sahaja suara Tengku Zaidi. Hatinya sebak.

“Ya Allah…” hanya itu yang mampu keluar dari mulut masing-masing.

*****

Juita menolak perlahan pintu bilik hospital yang menempatkan Emily. Kelihatan di situ Puan Zharifah dan Tengku Tajuddin yang masih setia menemani Emily sejak malam tadi.

“Emy macam mana?” Tanya Puan Zharifah bimbang akan keadaan menantu bongsunya itu.

“Alhamdulillah… Emy, kandungan selamat.” Jawab Puan Zharifah perlahan.

“Alhamdulillah…Emy ada cerita apa-apa tak pasal kejadian semalam?”

“Emy tak sedar-sedar lagi sejak masuk ke sini. Tapi ikut kata doktor Emy mungkin alami trauma. Ini Emy tak tahu lagi pasal Zam.” Sambung Puan Zharifah mengeluh lemah.

“Nanti kita beritahu dia perlahan-lahan.” Ujar Tengku Tajuddin. Dia amat kasihan dengan nasib anak gadisnya yang tidak begitu baik. Namun siapalah dia mahu mempersoalkan takdir Allah.

“Abang!!” Emily meraung secara tiba-tiba. Mereka yang ada menemani Emily di ruangan pesakit tersentak.

“Emy…Emy dah sedar?” Puan Zharifah menggoncang perlahan bahu Emily yang seperti separuh sedar.

“Emily mencelikkan matanya beberapa kali.” Bonda? Apa mereka buat di sini?

“Bonda? Macam mana bonda boleh ada dekat rumah Emy ni? Ayah dengan Juita pun ada?” Dia nampak terpinga-pinga. Satu-satu wajah dipandang. Kemudian apabila wajah yang dicarinta tidak kelihatan dahinya berkerut. Haih…mana pulak dia ni.

Mereka masing-masing terdiam mendengar soalan Emily. Tidak sedarkah Emily sekarang mereka semua berada di hospital?

“Bonda…Emy mimpi buruk tadi. Abang…abang dia kena tembak masa selamatkan Emy. Rasa macam real sangat bonda.”  Emily tiba-tiba bercerita akan ‘mimpinya’ tadi.

Puan Zharifah, Tengku Tajuddin, dan Juita berpandangan sesama sendiri. Adakah…

“Abang mana bonda? Tak balik kerja lagi? Dia dah janji nak temankan Emy buat check up hari ni.” Air mata Emily berlinangan tiba-tiba.

“Emy okay tak ni? Ada sakit mana-mana tak?” Puan Zharifah dah mula bimbang dengan perangai Emily yang kelihatan aneh.

“Emy okaylah. Emy geram dengan abang je ni. Dia balik kejap lagi siap dia. Hari tu dia dah janji takkan tinggalkan Emy. Nak temankan Emy masa bersalin. Dia dah janji…” Emily menyapu air mata.

“Jangan menangis macam ni. Tak elok untuk anak dalam perut tu.” Ujar Puan Zharifah sebak sambil mengelus lembut rambut Emily.

“Tak apa bonda. Abang kata Emy nak nangis setiap saat pun dia tak kisah. Dia kan ada nak pujuk Emy.” Emily senyum pahit.

“Emy…jangan macam ni. Sabarlah sayang. Bonda ada. Ayah ada. Kami akan sentiasa ada jaga Emy, anak Emy.” Lembut sahaja suara Tengku Tajuddin bagai memujuk anak gadisnya itu.

“Apa ayah cakap ni? Tapi jahat kan abang tu. Sampai dalam mimpi Emy pun dia nak masuk jugak. Siap kena tembak sebab selamatkan Emy. Sampai hati dia buat Emily macam nak putus nyawa tadi walaupun cuma mimpi.”

“Ya Allah Emy…Jangan buat kami macam ni sayang. Terima hakikat. Emy sedarkan semua tu bukan mimpi.” Puan Zharifah mengelus lembut tangan Emily.

Emily terasa bagai ada batu yang menghempap kepalanya mendengar kata-kata dari bondanya.

“Bonda…bonda merepek apa ni? Apa yang bukan mimpi?” Emily terasa otaknya tiba-tiba kosong. Badannya menggigil.

“Zam…memang betul-betul kena tembak masa nak selamatkan Emy. Sabar ye sayang. Emy kena kuat.”

“Emy tak percaya!” sangkal Emily sambil menggeleng berkali-kali.

“Emy. Kau tahu kejadian tu memang betul-betul berlaku. Cuma kau yang tak nak terima hakikat. Kembali pada kenyataan.” Tegas Juita. Emily perlu disedarkan. Semua yang terjadi ini realiti yang cuba Emily tidakkan bukan mimpi.

“Tipu!! Semua ni tipu!” Emily membentak sambil menutup telinganya.

“Ayah ada, sayang. Kalaulah ayah boleh ambil semua kesakitan dan kesedihan anak ayah ni ayah sanggup. Lepaskan semua, nak. Emy masih ada ayah, ada bonda.” Tengku Tajuddin memeluk kemas anak gadisnya yang sedang menangis hiba. Terasa gigilan halus dari tubuh anaknya itu.

Ya Allah…berilah ketabahan pada puteriku ini. Kuatkanlah jiwanya ya Allah…Berikan dia kesabaran yang tinggi untuk terima ujian darimu Ya Allah...Doanya sayu dalam hati.

“Emy ingat nyawa Emy dah tak panjang masa perempuan tu pegang pistol betul-betul ke arah Emy…Tapi…” Emily kembali tersesak-esak.

Mereka mendengar dengan teliti. Mungkin Emily sudah mahu menceritakan kejadian semalam kepada mereka.

“Abang tiba-tiba datang. Sekelip mata abang jatuh atas riba Emy. Banyak sangat darah. Luka sana sini. Dia nampak penat sangat, ayah. Nak cakap pun tersekat-sekat. Kesian dia. Kesian abang.” Makin laju air matanya menuruni lekuk pipi.

“Ayah, abang dekat mana sekarang?” Tanya Emily sangat perlahan. Masih ada esakan yang kedengaran darinya. Dia bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Benar. Apa yang sedang terjadi ini bukan mimpi. Tetapi realiti yang sangat menyakitkan.

“ICU. Zam…sangat kritikal, Emy.” Jawab Tengku Tajuddin berhati-hati. Takut jika hati anak itu masih belum cukup kuat.

*****