Monday, January 26, 2009

Hati yang Terluka 1

"Bukk..."

“Hei, tak nampak orang ke? buta?” satu suara mengherdik tiba-tiba.

Emily ketap bibir kuat-kuat. Sakit yang dirasa ketika dirempuh tadi belum pun hilang kini diherdik pula. “Eh, siapa yang tak nampak siapa sebenarnya? Awak tu mata letak kat mana ntah. Tiba-tiba je rempuh orang.” Emily membalas geram.

Lelaki di depannya terdiam seketika sebelum membalas, “Kau tu yang salah. Lain kali mata jalan tengok ke depan, bukan tengok jam.”

Emily menjegilkan matanya luas-luas. "Eh, suka hati sayalah nak tengok jam. Jam saya, saya punya pasallah."

"Bukan kau sorang je ada jam. Ramai lagi ada jam tapi tak de lah tengok jam masa tengah berjalan." usai mengeluarkan kata-kata itu, lelaki itu meninggalkannya.

Aik, dia yang jalan tak tengok kiri kanan. Lepas tu nak salah kan orang pulak. Mintak maaf pun tak. Pergi macam tu je. Memang dia ada tengok jam tadi, tetapi hanya sekilas sahaja tiba-tiba dia dirempuh. Bukannya dia tengok jam sepanjang masa. Ahh lelaki, semuanya tak guna. Tak boleh di harap. Asyik nampak kesalahan orang lain, tapi diri sendiri tak sedar.

Dia melihat jam tangan. 9.25! ‘Alamak, dah lewat. Habislah, mesti Puan Zharifah sindir lagi. Hisyy, dahlah terbangun lewat hari ni. Tapi, bukan ke kau selalu bangun lewat Emily Natasha! Tapikan…macamlah Puan Zharifah tak faham kenapa aku selalu lewat.

* * * * *

Emily menolak bilik pintu berkaca itu. Tersengih-sengih dia memandang Tengku Zharifah.

“Eh, Emily, awal dari biasa pulak hari ni ye?” kata Puan Zharifah.

“Maaf puan, tadi ada accident kecil.” kata Emily tersengih-sengih.

“Alah, tak payahlah nak bagi alasan lagi. Macamlah bonda tak tahu perangai anak bonda yang sorang ni.” Puan Zharifah menghampiri Emily lalu mencubit pipi anaknya itu. Nakal.

“Sakitlah bonda.” cebik Emily.

Puan Zharifah memerhati anaknya itu, seorang gadis yang tinggi lampai dan menawan. Tetapi tidak mempunyai teman lelaki. Dia sendiri hairan dengan perangai anaknya yang sorang ni. Tetapi, dia sedar anaknya jadi begitu kerana ayahnya Tengku Tajuddin hilang sebelum anaknya itu dilahirkan. Mungkin anaknya merasakan ayahnya tidak bertanggungjawab.

Suaminya hilang bukan kerana tidak bertanggungjawab tetapi kerana arahan ibu mertuanya yang mendesak suaminya berkahwin lain kerana menganggap dia tidak boleh melahirkan anak. Tetapi, beberapa hari selepas suaminya membawa diri, dia disahkan mengandung anak kembar.

Ibu mertuanya, begitu kecewa kerana anaknya bertindak melulu meninggalkannnya tanpa berbincang. Beberapa tahun selepas itu, ibu mertuanya meninggal dunia, dan meninggalkan wasiat menyuruhnya mengendalikan syarikat Perkasa Holdings iaitu, syarikat korperat milik keluarga suaminya memandangkan suaminya adalah anak tunggal. Sepatutnya, suaminya yang harus mengendalikan syarikat tersebut, oleh kerana suaminya telah menghilangkan diri, dia terpaksa menguruskannya sementara menanti anaknya besar dan boleh mengendalikan syarikat tersebut. Tetapi, setelah kedua-duanya meningkat dewasa, mereka mempunyai cita-cita sendiri.

Tengku Emilia Natilly dan Tengku Emily Natasha kembar yang seiras. Tengku Emilia Natilly dan Tengku Emily Natasha mempunyai bentuk tubuh yang tinggi lampai dan ketinggian yang hampir sama tetapi yang membezakan mereka ialah Tengku Emily Natasya mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya seperti Tengku Tajuddin. Satu bonus untuk Emily.

Tengku Emilia Natilly, anaknya yang sulung dan paling degil di antara dua beradik itu dan sentiasa membuat sesuatu mengikut kemahuannya sendiri. Emilia telah membuka butik sendiri. Anaknya yang sulung itu berdegil untuk berdikari. Tetapi, anaknya Tengku Emily Natasha seorang yang menghormatinya. Walaupun dia sedar anaknya tidak berminat dalam bidang perniagaan, tetapi dia terpaksa menutup mata hati dari menyedarinya. Dia memaksa Emily mengambil ijazah dalam jurusan perniagaan di luar Negara. Selepas Emily pulang ke Malaysia, dia telah memberikan jawatan pengurus kepada anaknya sementara, dia menjadi Pengarah di samping pemerhati.

Tak cukup dengan itu, perubahan anaknya lebih ketara sejak peristiwa hitam yang berlaku pada 3 tahun yang lepas. Dia sendiri sedih mengingatkan peristiwa tersebut. Sejak peristiwa itu, Emily bagai mendirikan tembok yang lebih utuh untuk kaum yang bernama lelaki. Kerana peristiwa tersebut jugaklah dia kehilangan anaknya, Emilia.

“Eh, bonda ni… mengelamun pulak…” dia melambai-lambai tangannya pada wajah bondanya.

Puan Zhafirah tersedar daripada lamunan. “Emm, sesekali nak jugak bonda ambil tempat kamu yang suka mengelamun tu.” Jawab Puan Zhafirah sambil ketawa melihat anaknya yang sudah muncung sedepa.

“Okeylah Emy, bonda nak balik rumah tengok Syira. Cucu mak tu bukan kamu tak tahu, nanti dikacaunye Murni buat kerja rumah. Lasak bukan main. Kamu pulak jaga diri elok-elok. Lepas ni kamu nak kena pergi tengok Butik EN pulak kan?” Tanya Puan Zhafirah.

“A’ah. Emm, jangan lupa kirim salam sayang kat syira ye bonda. Kata kat dia petang nanti mama dia nak bawa dia pergi shopping.” Pesan Emily.

“Yelah.” kata Puan Zhafirah lalu berlalu keluar dari bilik tersebut.

Emily memerhati bondanya keluar dari bilik. Selepas itu dia memulakan kerjanya yang bertimbun. Tengah hari nanti dia akan meninjau Butik EN pulak. Dia mengeluh bila memikirkan butik tersebut. Kerana amanah kakaknya, dia terpaksa memikul tanggungjawab menguruskan butik tersebut.

* * * * *

“Selamat pagi tuan.” Staf-staf di Teguh Holdings menyapanya ketika terlihat kelibatnya.

Tengku Zamran Hakim hanya mengangguk. Kebanyakan staf-stafnya dilihat seperti tersenyum menyindir. Mesti masing-masing mengutuknya kerana kebiasaanya dia yang akan memarahi stafnya jika ada di antara mereka yang terlewat.

Tengku Zamran Hakim! Siapa yang tidak kenal. Seorang yang tegas, jauh berbeza dengan ayahnya, Tengku Zaidi. Tengku Zaidi seorang yang peramah.

Tengku Zamran Hakim menolak pintu pejabatnya. Hisyy, ini semua sebab incident kecil pagi tadi. Malang pulak terlanggar dengan perempuan tu. Dia sedar, dia yang patut disalahkan. Jalan kelam-kabut semacam.

Dah tu pulak macamana entah boleh terbangun lewat hari ni. Dia sebenarnya ingin mintak maaf tadi, tetapi melihatkan orang yang dilanggarnya seorang perempuan, niatnya dimatikan.

Hatinya masih sakit bila mengenangkan dirinya ditinggalkan bertahun lama dulu. Walaupun ketika itu, dia masih baru menginjak usia awal remaja, masih terlalu awal mengenal apa itu kasih sayang antara dua jantina yang berlainan, namun yang pasti kesan ditinggalkan tanpa khabar, tanpa ucapan selamat tinggal amat sukar dimaafkan sehingga ia menjadi dendam. Kesudahannya, semua wanita dianggap menjelikkan kecuali mummylah.

5 comments:

  1. Permulaan cerita yang agak menarik.

    ReplyDelete
  2. woo.. ok2. kte cont bce lgi.

    ReplyDelete
  3. ok la sorg dendam ngn laki..sorg dgn ngn pompuan..elook sgt hehehe..permulaan yg agak menarik

    ReplyDelete
  4. seakan2 sma ngan nvel yg pnah sy bca...

    ReplyDelete