Tuesday, October 13, 2009

Hati yang Terluka 42


Salam....sambungan yg x seberapa. mcm biasa, ayat masih tunggang langgang. nnt min cuba edit balik...td dah edit tp mcm x berapa okey lg...apa2 pun, selamat membaca.


* * * * *
"Eh, mummy tak tidur lagi?" tegur Tengku Zamran Hakim yang baru menuruni anak tangga. Niatnya untuk ke dapur dibatalkan. Dia melangkah kaki ke ruang tamu.

"Macam kamu tak kenal mummy. Tengah-tengah malam macam ni la peluang mummy nak tengok drama. Nak tengok dalam bilik, nanti kacau daddy pulak. Kamu pulak, kenapa tak tidur lagi?"

"Nak cari air tadi, tapi bila dah nampak mummy dekat sini singgah kejap." balasnya sambil melabuhkan duduk pada sofa di ruang tamu tersebut.

"Kamu nak cakap sesuatu dengan mummy ke?" tanya Raja Muzairah mengalihkan perhatiannya dari televisyen ke wajah anak bongsunya itu.

Tengku Zamran Hakim meraup muka. Hatinya tidak tenang sejak beberapa hari ini. Ada perkara yang mengangganggu fikirannya.

"Kenapa ni? Cuba cerita dengan mummy." pujuk Raja Muzairah.

Tengku Zamran Hakim mengeluh.

"Cakap je lah Zam. Mummy dengar." sambung Raja Muzairah lagi.

Wajahnya diangkat sayu memandang wajah mummynya. “Kalau Zam nak minta tolong boleh?”

Berkerut dahi Raja Muzairah. “Kenapa pulak tak boleh? Kamu anak mummy. Takkan mummy tak nak tolong. Cakaplah.”

Dia terdiam seketika. Ada rasa hiba yang menyelubungi dirinya.

“Nanti…kalau apa-apa jadi pada Zam, mummy tolong tengok-tengokkan Emy untuk Zam boleh?”

Kaget Raja Muzairah mendengar permintaan tersebut. “Jadi apa-apa dekat kamu? Maksudnya?”

Dia menarik nafas. “Zam pun tak tahu macam mana nak terangkan. Tapi, Zam minta sangat-sangat pada mummy tolong jaga Emy. Zam takut dia tak kuat kalau Zam tak ada nanti.”

“Kamu nak pergi mana sebenarnya ni? Cuba cerita dengan mummy.” Raja Muzairah sudah mula tidak senang duduk.

Tengku Zamran Hakim cuba mengukir senyum melihat raut kerisauan pada wajah mummynya.

“Tak pergi mana-mana. Zam cuma pesan. Mana tahu kalau-kalau benda tu betul-betul berlaku.” ujarnya cuba membuang sangkaan yang bermain pada fikiran mummynya.

"Boleh mummy?" tanyanya lagi.

Lama Raja Muzairah tersenyap. Hatinya tidak keruan. Sebelum ini, anak bongsunya itu tidak pernah berpesan begitu. Wajah tampan itu dipandangnya. Wajah penuh mengharap itu akhirnya membuatkan dia mengangguk.

“Mummy tak kisah kalau kamu nak suruh mummy jaga Emy. Mummy lagi suka. Tapi cara kamu cakap buat mummy naik takut.”

Tengku Zamran Hakim tersenyum. “Tak ada apa-apalah mummy. Baru lega sekarang. Kalau apa-apa jadi nanti taklah Zam risau sangat fikirkan Emy.”

Raja Muzairah merenung riak wajah Tengku Zamran Hakim. “Kamu betul-betul sayangkan Emy.”

“Emy dah jadi sebahagian dari hidup Zam…” beritahunya perlahan.

“Mummy tahu. Kalau dulu, mummy yang paksa Emy dengan Zam buat yang tu, buat yang ni sebab nak rapatkan hubungan. Kamu ingat mummy tak tahu yang kamu dengan Emy bukan betul-betul suka sama suka masa kamu berdua mula-mula kahwin dulu.”

“Mummy tahu?” Riak wajah Tengku Zamran Hakim ketika itu penuh tanda tanya.

“Bonda Emy beritahu. Dia jadi pelik bila Emy masih marah dekat ayah dia tapi dia terima Zam. Kamu pun tahu macam mana kisah Emy dulu kan?”

Tengku Zamran Hakim mengangguk.

“Nasib baik mummy paksa kamu cari calon cepat. Bonda Emy pulak paksa Emy cari calon suami. Baguslah tu. Memang dah jodoh kamu berdua. Kalau tak, dah selamat kamu dengan si Maria tu. Emm, cakap pasal Maria, mummy dengar dia dah lepas dari tuduhan tu kan?” tanyanya meminta kepastian.

“Emy yang minta macam tu. Kalau boleh, Emy tak nak berdendam dengan sesiapa.”

“Tak takut kalau dia cuba buat benda tak baik pada Emy?”

Tengku Zamran Hakim mengeluh. “Entahlah bonda. Berdoa je lah dia berubah. Emy pun cakap macam tu. Satu hari nanti, pasti dia sedar.”

Tiba-tiba sebuah senyuman kecil terbit di bibir Raja Muzairah.

“Kenapa mummy senyum-senyum ni?”

“Mummy teringat kisah dulu. Susah kalau ramai peminat ni. Mummy dulu pun selalu makan hati dengan daddy kamu. Perempuan keliling pinggang. Mummy pasrah je masa tu. Tapi nasib baik daddy pandai ambil hati mummy. Ha, kawan kamu doktor yang minat Emy tu macam mana pulak?”

Tengku Zamran Hakim terdiam agak lama. Cuba mengimbau kembali kejadian dia bersemuka dengan Syed Fauzi selepas persandingannya.

“Kenapa tak beritahu aku dari awal? Kalau tak, tak adalah aku macam orang angau.” Ayat pertama yang terlontar oleh Doktor Fauzi setelah mendengar pengakuannya.

“Aku betul-betul minta maaf pasal ni. Masa mula-mula kau cakap kau minat dekat Emy dulu, aku jadi serba salah. Kau sebelum ni mana minat dengan mana-mana perempuan, tiba-tiba kau cakap kau dah jatuh hati. Dengan bini aku pulak tu. Aku cuba nak cakap perkara sebenar, tapi setiap kali aku nak bukak mulut kau mesti cakap pasal perasaan kau. Aku jadi tak samapi hati.”

Syed Fauzi ketawa. “Zam…Zam…patutnya kau beritahu awal-awal. InsyaAllah aku boleh terima. Takkan aku nak rampas bini kawan sendiri. Isy, buat malu aku je bila ingat balik macam mana aku angau kat Emy dulu. Bini orang rupanya. Kawan sendiri pulak tu.”

“Kau tak marah?”

“Buat apa nak marah? Salah aku jugak tak siasat dulu sebelum ni. Eh, Syira yang panggil Emy mama dulu memang anak Emy ke?”

“Anak buah. Syira anak kakak dia.” Lega rasanya bila perasaan bersalahnya pada Fauzi sudah mula beransur pergi.

“Oh…tapi kenapa dia panggil Emy mama?”

“Emy jaga Syira sejak Syira lahir lagi.” Beritahunya.

“Oh…baru aku faham sekarang. Tapi macam mana pun, tahniah Zam. Jaga baik-baik. Bertuah kau dapat dia. Aku yang melepas. Nampaknya, kena suruh mak aku carikan calon isteri lepas ni. Mana boleh kau yang antiperempuan masa dulu pun dah kahwin. ” seloroh Syed Fauzi membuang rasa pilu. Dia sudah boleh menerima hakikat, cuma bukan senang nak buang perasaan cinta itu begitu sahaja. Dia perlukan masa.

“Aku doakan kau dapat jodoh yang baik.”

“Terima kasih, Zam. Aku pun harap macam tu. Lagi satu Zam, beri aku masa untuk buang perasaan aku pada Emy. Aku tak pernah jatuh cinta sebelum ni. Tak sempat nak bercinta pun, tapi rasa macam orang putus cinta je sekarang ni.” Suaranya kedengaran agak sayu. Sesayu hatinya kerana terpaksa melupakan cinta pandang pertamanya.

“Tak apa. Aku faham.” Bukan sahaja faham, malah dia sudah banyak melalui situasi seperti itu. Sebelum ini, Razlan dan Amir juga seperti Syed Fauzi.


“Dia terima dengan hati yang terbuka.”

“Alhamdulillah...”

“Mummy…”

“Hmm?”

“Zam nak minta ampun pada mummy kalau-kalau Zam ada sakitkan hati mummy sebelum ni.” Sambungnya selepas itu.

“Zam, kenapa ni? Pelik je cara kamu cakap.”

“Tak ada apa-apalah mummy. Saja je. Mummy ampunkan tak?”

“Ada-ada je lah kamu ni. Mummy pun tak tahu nak ampunkan apa. Zam tak ada buat salah apa-apa pun.”

Padanya, anak bongsunya itu terlalu patuh padanya dan Tengku Zaidi. Sehinggakan hal cita-cita dan impian anak itu mereka yang tentukan berbeza dengan anaknya yang lain yang mahu melepas tangan dan mengejar cita-cita yang diimpikan. Namun, hingga saat ini Tengku Zamran Hakim tidak pernah mengungkit ketidakadilan tersebut. Hanya menerima dengan tenang.

“Dan kalau Zam tak dapat jaga mummy nanti, mummy jaga diri baik-baik. Pesan pada daddy sekali."

"Abang..." Tiba-tiba ada suara yang memanggilnya dari arah tangga.

Tengku Zamran Hakim dan Raja Muzairah sama-sama mengalihkan pandangan ke arah itu.

"Ya Allah sayang. Kenapa turun ni? Tengku Zamran Hakim terus bergegas ke tangga mendapatkan Emily yang masih belum pulih sepenuhnya.

"Dah abang tak ada dekat sebelah Emy, Emy carilah abang." Mendung wajah Emily ketika itu. Wajah yang seperti mahu menangis.

"Sorry sayang. Abang turun cari air tadi. Bertembung dengan mummy yang tengah layan drama dia. Sembang sampai lupa naik balik. Sorry ya sayang." Tubuh Emily diangkat berhati-hati menuruni anak tangga.

Dia kembali ke tempat duduknya tadi bersama Emily di sebelahnya. Bahu Emily dipeluk. Emily pula lebih senang melabuhkan kepalanya pada bahu Tengku Zamran Hakim.

“Emy okey ke tak tu Zam? Sakit dekat mana-mana ke?” Tanya Raja Muzairah yang kelihatan risau.

“Sayang okey tak sekarang?”

Emily menganguk. Kepalanya diangkat.

"Emy okey mummy. Tak ada apa-apa." Beritahu Emily lembut pada Raja Muzairah.

"Syukurlah kalau macam tu." ujar Raja Muzairah lega. Wajah menantunya direnung dengan penuh kasih sayang. Terbit belas kasihan dalam dirinya bila mengenangkan dugaan yang datang bertimpa-timpa pada menantunya itu.

"Abang, Emy tidur sekejap boleh?" pinta Emily tiba-tiba.

Tengku Zamran Hakim tersenyum. "Tidurlah. Nanti abang angkat."

Emily melabuhkan kembali kepalanya pada bahu Tengku Zamran Hakim. Matanya yang memang sedia mengantuk senang sahaja terlena kembali.

"Mummy...pasal tadi, Zam betul-betul harapkan mummy." Perlahan nada suara Tengku Zamran Hakim kerana takut tidur Emily terganggu.

"Insya Allah. Mummy jaga Emy dengan anak kamu. Kamu pun, mesti selalu ada dengan Emy kan? Jangan risau, ramai yang boleh tengokkan Emy."

"Terima kasih, mummy."

"Tak payah cakap terima kasih. Kamu anak mummy, bukan orang luar. Lagi pun, kita sama-sama jaga Emy dan anak kamu kan? Tengok dia membesar sama-sama."

"Kalau Allah izikan, InsyaAllah..." Perlahan suaranya membalas. Pelukannya pada tubuh Emily yang sedang lena di bahunya dieratkan. Sayangnya pada Emily bukan sedikit. Sebolehnya, dia tidak mahu berpisah dengan isterinya itu. Namun jika takdir Allah sebaliknya, dia hanya mampu pasrah. Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua ditentukan oleh-NYA.

* * * * *

“Sayang dah betul-betul sihat ke nak pergi office ni?” tanya Tengku Zamran Hakim pada Emily. Sudah dua hari kejadian yang menimpa Emily berlalu. Namun hatinya masih tidak tenang membiarkan Emily ke pejabat.

“Dah sihatlah bang. Lama-lama duduk rumah, nanti kerja dekat pejabat makin bertimbun.”

“Abang boleh tengok-tengokkan.”

“Emy dah banyak susahkan abang. Abang pun banyak kerja nak kena buatkan? Sementara Emy boleh buat kerja, baik Emy buat.”

Kereta mereka sudah sampai di hadapan bangunan Teguh Holdings.

Emily mengambil tangan Tengku Zamran Hakim dan dicium lembut.

Tengku Zamran Hakim mengusap perlahan kepala Emily. Dahi Emily kemudiannya dikucup lama.

“Jaga diri ya sayang.”

Emily membalasnya dengan senyuman. Pintu kereta ditutup.

Agak lama Tengku Zamran Hakim memandang Emily dari dalam kereta sebelum meluncur pergi.

“Baiknya Zam. Hari-hari dia hantar kau pergi kerja ke?” Juita yang baru tiba menegur Emily.

“Dia yang nak macam tu.”

“Cik Emy! Cik Juita!” Tiba-tiba nama mereka dilaung. Mereka sama-sama memandang ke arah suara tersebut.

Tidak jauh dari situ kelihatan Hana yang sedang melambai. Kemudian dia berlari anak menghampiri mereka.

“Awak ni Hana, tak matang betul. Ada patut panggil nama kami kuat-kuat macam tu.” Juita menegur.

Hana tersengih. “Ala…saya saja je Cik Juita. Dah lama tak jumpa bos, tu yang terover semacam.”

“Hai Cik Emy, apa khabar? Dah sihat?”

“Sihat, Hana. Awak pulak?”

“Saya memang sentiasa sihat. Ha, baru saya ingat! Cik Emy kena jumpa client hari ni.”

“Aik? Baru masuk kerja pun dah kena jumpa client?” Juita menyampuk.

Hana mengangkat bahu.

“Ini bukan baru masuk kerja namanya, ini orang yang jarang masuk kerja. Tu sebab masuk-masuk dah ada kerja yang menanti.” Emily membalas, mengakui kesalahan sendiri yang jarang masuk ke pejabat sejak akhir-akhir ini. Ada sahaja perkara yang membuatkan dia tidak ke pejabat. Bukan sengaja, tapi dia benar-benar tidak dapat menjangka setiap perkara yang akan terjadi kepada dirinya.

“Cik Emy tak masuk kerja pun Encik Zamran boleh tolong. Cik Emy tahu tak, masa first time Encik Zamran datang pejabat dulu, ramai yang ternganga. Tambah-tambah yang perempuan. Yang malas-malas tiba-tiba jadi rajin. Siap kerja lebih masa lagi. Kan Cik Juita?”

Juita mengangguk sambil tersenyum. Dia juga masih tidak melupakan hari tersebut.

Emily berkerut. “Kenapa sampai ternganga pulak?”

“Sebab Encik Zamran tu handsome sangat. Ramailah yang berangan-angan masa tu. Cik Emy ingat tak minggu lepas Encik Zamran ada datang pejabat? Yang masa dia jemput Cik Emy tu.”

Emily berfikir sebentar. Dia teringat kembali di mana Tengku Zamran Hakim yang terpaksa naik ke pejabatnya gara-gara dia merajuk apabila mendapat tahu Hazimah datang berjumpa dengan suaminya itu.

“Emm. Kenapa?”

“Sebenarnya, diorang tak tahu lagi Encik Zamran tu husband Cik Emy. Tapi sebab hari tu, ramai yang tahu. Ye la, bila tengok dia masuk bilik pejabat Cik Emy masa CIk Emy ada lepas tu keluar sama-sama pulak tu. Semua dah menjuih-juih mulut. Gosip. Saya apa lagi, dengan bangganya saya umumkan Encik Zamran tu suami Cik Emy. Pakat-pakat melopong lepas tu. Ada yang frust menonggeng lah. Ada yang gigit jari. Ada pulak tu yang tak percaya. Mereka kata selagi tak dapat kata putus dari mulut Cik Emy, peluang mereka masih terbuka.” Cerita Hana panjang lebar. Sesekali dia memandang riak wajah Emily.Namun seraut wajah jelita itu hanya tenang sahaja. Tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda cemburu.

Emily hanya tersenyum mendengar cerita Hana. Bukan tidak cemburu, tetapi dia malas mahu ambil pusing. Lagipun, dia cuma akan jadi sensitif bila ada nama perempuan lain yang terbit dari bibir Tengku Zamran Hakim.

"Salah saya jugak sebab kahwin tak beritahu." akuinya tenang.

"Eh, jomlah naik. Sembang dekat sini sampai bila kerja tak jalan." ajak Juita selepas itu.

* * * * *

Tengku Zamran Hakim merenung mesej di handphonenya yang diterimanya pada hari malam Ahad lepas. Mesej yang membuatkan dia tidak tidur lena.

Kau tak akan dapat hidup tenang dengan perempuan yang sepatutnya jadi hak milik aku. Dan aku akan pastikan dia jatuh ke tangan aku.


Dia mengeluh berat. Tiba-tiba telefon bimbitnya itu berbunyi. Dia menekan butang untuk menjawab.

"Zam, aku ni. Kau dekat mana sekarang ni? Emy ada dengan kau sekali tak?" Kelam-kabut suara Amir kedengaran apabila panggilan dijawab.

"Amir, apasal ni?"

"Dah tak ada masa ni Zam. Emy dekat mana sekarang ni? Aku minta sangat kau kata dia ada dengan kau."

"Emy ada dekat pejabat dia."

"What? Kau sure Emy ada dekat pejabat?"

"La...sekarang ni kan waktu kerja. Mestilah dekat pejabat. Kejap Amir. Cara kau cakap ni macam ada sesuatu yang berlaku."

Amir menarik nafas. "Abang aku. Dia cakap benda mengarut masa jumpa dengan aku tadi. Dia kata Lia akan jadi milik dia hari ni. Lia tu Emy. Kau tahu kan?"

Tengku Zamran Hakim meraup muka. "Aku pergi pejabat Emy."

"Baguslah tu. Kau jangan bagi Emy pergi mana-mana hari ni. Pastikan dia sentiasa ada dengan kau."

Panggilan diputuskan.

Tengku Zamran Hakim berkejar mendapatkan keretanya. Halina yang bertanya padanya juga tidak dihiraukan. Laju keretanya bergerak meninggalkan perkarangan syarikat.

Berkali-kali nombot telefon bimbit Emily cuba dihubungi namun tidak berhasil.

Dia cuba membuat panggilan pada telefon pejabat Emily pula.

"Hello? Nak bercakap dengan siapa?" suara pembantu isterinya kedengaran.

"Hana, saya ni."

"Eh, Encik Zamran." Suara Hana kedengaran hampir terjerit.

"Tolong sambung pada wife saya sekarang."

"Kalau Encik Zamran nak cakap dengan Cik, dia tak ada sekarang."

Serta-merta keretanya berhenti di tengah jalan. Hon kereta belakang yang kedengaran dibiarkan.

"Dia pergi mana?" tanyanya cemas.

"Jumpa client. Cik Emy pergi dalam pukul 10 pagi tadi. Tapi sampai sekarang tak masuk lagi. Mungkin sekejap lagi kot dia balik." beritahu Hana.

Rambutnya diraut kasar. Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan. Cuba menenangkan dirinya. Setelah itu, kereta dipandu ke sebelah jalan. Tidak mahu menganggu lalu lintas kereta lain.

Beberapa seketika kemudian, telefonnya kembali berbunyi. Melihatkan nombor yang tertera, dahinya berkerut. Serasa malas untuk dia menjawab, namun hatinya mendesak dia untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello sayang."

"You nak apa, Mas?"

Mastura ketawa. "I nak you."

"I tak ada masa nak dengar you merepek."

"Tak ada masa? You sibuk ke? Oh...biar I teka. Mesti you tengah cari wife you kan?"

Tengku Zamran Hakim tersentak.

"Kenapa? Terkejut sebab I tahu?" ketawa Mastura lagi.

"I tak faham apa yang you merepek ni. Apa yang you nak sebenarnya?"

"Kan I dah cakap tadi, I cuma nak you. Kahwin dengan I, Zam." lunak suara Mastura memujuk.

"Mati hidup balik pun, belum tentu I kahwin dengan you." balas Tengku Zamran Hakim kasar.

"Jangan sombong sangat Zam. Listen, kalau you nak wife you selamat, terima tawaran I."

"You..."

"Yeah. Your wife yang cantik ni ada di tangan I sekarang."

"You ingat I percaya?" selesai berkata itu, talian terus dimatikan.

Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi menandakan ada mesej yang baru masuk. Mesej bergambar dari Mastura itu dibuka.

Dia hilang punca saat melihat gambar tersebut. Memang benar. Emily memang bersama Mastura. Pada skrin telefon bimbitnya jelas terpampang wajah Emily yang tidak sedarkan diri. Saat melihat tangan dan kaki Emily yang diikat, air matanya hampir menitis.

Panggilan kedua dari Mastura kedengaran.

"Macam mana? You dah percayakan I? Hmm?"

"You nak I buat apa sekarang?"

"Datang tempat ni." Mastura memberitahu tempat yang patut menjadi pertemuan mereka. Tempat di mana Emily disembunyikan.

"Tapi pastikan you datang seorang. Ada perkara yang you perlu selesaikan. Ada seseorang yang menanti kedatangan you."

Untuk sesaat, dia mengambil masa untuk berfikir jalan yang mana baik dan buruk . Dia harus memilih. Dia percaya, Mastura tidak melakukan perkara itu berseorangan. Dan jika dia tersilap sedikit, pasti Emily berada dalam bahaya. Dan Syazmir...hatinya kuat mengatakan yang Syazmir turut terlibat dalam perkara ini.

"Okey." putusya.

Selepas talian diputuskan, dia mendial nombor seseorang. Tak lama kemudian, panggilannya berjawab.

"Amir, aku ni."

"Zam, aku baru nak call kau. Emy okey ke?"

"Tak. Emy ada dengan Mastura sekarang. Dan aku dapat rasa rancangan culik Emy ni rancangan Syazmir dan Mastura."

"Mastura?! Perempuan tu, dari dulu memang gilakan kau." jelas nada suara Amir yang sedang marah.

"Amir, aku akan pergi tempat tu. Maksud aku, aku pergi sorang dulu. Lepas tu, baru kau datang."

"Bahaya, Zam."

"Aku tahu. Tapi, aku terpaksa. Kalau aku tak buat apa yang mereka suruh, Emy dalam bahaya."

Lama mereka terdiam sebelum menanti kata putus dari Amir.

"Dah kau cakap macam tu, apa lagi aku boleh buat?"

"Amir..." nafasnya ditarik. "Kalau jadi apa-apa dekat aku nanti, tolong jaga Emy dan anak aku."

"Zam!"

Sejak Amir menyerah kalah dengannya dahulu, dia tahu Amir sudah banyak berubah. Dan mereka berdua pun masih mampu berbalas senyum jika terserempak di mana-mana. Dia percaya, Amir boleh diharap.

"Kau cintakan Emy kan?"

"Zam, aku..." Dia hilang kata. Memang benar dia masih mencintai Emily, tapi seperti kata Juita dia tidak layak untuk Emily. Dan dia akui hakikat tersebut.

"Tolong jaga mereka." pinta Tengku Zamran Hakim lagi.

Amir mengeluh berat. Serba salah. "Jangan risau, Zam. Aku janji akan jaga mereka. Dan kau pun, hati-hati."

"Thanks, Mir." Dan tanpa dipinta air matanya gugur saat itu. Dia cuma pasrah dengan apa yang akan terjadi pada dirinya. Yang penting, Emily selamat.

67 comments:

  1. eeeeeiii..
    jgnlaa..
    ngeeeee..
    sedeynyee bace..
    nanges da nieh...
    jgnla zam mati..
    uhuuukk.......

    tpkann..kalo cite nie sad ending cm besh gak..
    len dri yg len..
    tp comfirm2 sgt sedey..
    hehe..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. takutla...
    jgnla sad ending...

    ReplyDelete
  3. salam cik penulis...
    ish...takutnya baca entry yg baru nie...
    harap2 x ada apa2 yg jadi dekat zam dan emy...
    harap2 emy mesti dngn zam...
    huhu...takot!...

    ReplyDelete
  4. takotnye..wat will happen next??
    min jgn lame2 sgt ek..tak saba dah nih..
    nanti takleh tdo mlm tunggu smbungan

    ReplyDelete
  5. tq kak min u n3 ni...
    seram jer rasa nyer...
    kl ikutkn dialog2 si zam tu cam dia akan mati jer...huhu..sedih la...
    kak x mau la ending dia sedih n tragis...

    iena

    ReplyDelete
  6. sy pon tkut sgt2 da ni.jgnla ape2 jd kt zam @ emy..
    harap sgt2 dorang bersame..pliz..

    ReplyDelete
  7. ala sdeynye..
    dh nk mngalir dh air mate nih..
    jgn la jdik pape kt zam n emy..
    plzzz nk deorg bhgia..
    nk epy ending..
    xnk sad ending..plz2..

    ReplyDelete
  8. sedihnya...mcm xsanggup nak baca sambunganya..huhu...apa2 pun best citer nie..
    xnak la apa2 jadi kat zam n emy..
    sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  9. huhuhuhu... pliz writer.. tak nak Zam mati. pliz! pliz sgt2! isk.. isk.. sdey..

    ReplyDelete
  10. x nak zam mati...
    tolong jgn buat begitu!!!
    huhu...
    biarlah happy ending.

    ReplyDelete
  11. best nyer new n3 nie..
    tapi sedey lah kak min...
    jgn lah bg apa happen to both of them..
    buat lah happy ending..plisss

    ReplyDelete
  12. min..tolong...
    jgn le buat sad ending...
    mau banjir kl nie..waa..

    -ieja-

    ReplyDelete
  13. sedih la pulak citer nih... huhuhu...

    ReplyDelete
  14. alah sdey plak bce en3 ni..jgn lh d pape kt zam...x bst lh nant..dh ssh2 br dpt b'sme xkn nk pisah plak

    ReplyDelete
  15. ala...ingatkan dah bahagia...ade je org yg busuk hati kan?? geramnye....huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. sedihnya tersentuh hatiku...jgn lh jd apa2 kat emy& zam...

    ReplyDelete
  17. alaaaa jgn la apa2 jd kat zam x(
    nak zam dgn emy jugak hee

    ReplyDelete
  18. TOLONG... TOLONGG... TOLONGGG... huhuhu xnaklah bg ending sedey... siap suh amir yg tolong jaga, maner blh... huhuhu... tp xnak gak zam kawin dgn mas.. jgnla nnt zam terpaksa kawin dgn mas sbb nak selamatkan emy... huhuu xnak sad ending plezzzzz

    ReplyDelete
  19. adoyaaiiii...mcm akn sad ending jer ni..isk3..sedey2..ayat2 zam tu mcm dh nk mati sgt jerk..tp klau xmati jugak dh ngarut bukan2 2..cm segan la plak..hahah..cepat sket new n3 tau..xsabar nk tggu ni..

    ReplyDelete
  20. salam min...
    min n3 kali ni mendebarkan la.. harap2 jgn lah jd apa2 yg buruk terhadap keduanya.. dari awal hingga skrang hati zam dan emy sentiasa dilukai so kira min berila peluang kepada mereka mdpt kebahagian dan jodoh yang berpanjangan.. kalau boleh biarla hapi ending ya.. ape pun min, gudluck and nice story!!!!

    luv
    Nza

    ReplyDelete
  21. ala xnk camni..
    jgn la jd pape kat zam

    ReplyDelete
  22. Salam Min,

    Rasa suspen jer bila baca N3 yang terbaru ni,
    tapi harap-harap biarlah happy ending...tak nak lah apa-apa jadi kat Zam dgn Emily tu....

    Please...please...please

    ReplyDelete
  23. his.. suspen giler kali ni... tak nak lah sad ending... tapi rasa cam ada sesuatu yg pelik kat sini... betul ker amir tu benar2 nak tolong zam n amy... ka dia pulak yg wat hal.. mana lah tahu... kan abg dia memang dah tahu amy tu adik kembar bekas kekasih dia.. ke amir yg berdendam.. mana lah kita tahu kan... apa2 pun memang best cite ni... syahdu giler.. tangkap cintan habis kat amy n zam..

    ReplyDelete
  24. syazmir da tahu ke emy tu adik kembar lia?
    rsenya blm tahu...
    kisah sazmir lama mghilang skrg br muncul balik...
    jd, bab mana syazmir tahu psl lia yg dah mati tu?
    ke sy ada terlepas episod?
    sape2, tolong bgtahu sy...confuse...

    ReplyDelete
  25. opssss!!!!! sorry semua.... dah salah lah... yer lah... dah lama sangat tunngu... dah lupa lak si abg dia tu rupa nya lum tahu... coz ingat waktu abg dia pi serang juita tu juita dah tercakap hal tu... lama sangat dah sampai kena ulang baca balik baru boleh ingat balik semua cerita... sorryyyyyyyy sangat3.... nampak sangat lah cam tak setia jer kan...sampai boleh lupa jalan cerita asal...sorry la yer... "Anonymous"... terrrrsalah.......

    ReplyDelete
  26. huishhh ..sediy n sediy n sediyy
    xtaw nk kate pa dah..harap2 jgn jadik ape2 kat zam..
    hu3nak taw smbgnnye..cpat la

    ReplyDelete
  27. i want to know wat happen next....

    jgn ader p'pisahan antara zam n emy...

    ReplyDelete
  28. duhh..
    tolong la jgn jadi pape kat dorang..
    sedih ni.. huhu~

    ReplyDelete
  29. plizz jgn bg zam mati...

    ReplyDelete
  30. x best la kalau zam meninggal...... sian kat amy.... dah la cinta baru berputik... baru nak bahagia....... biar derang bahagia........

    ReplyDelete
  31. btul2...
    x best la sad ending..
    kpda cik pnulis jgn la hmpakan pmbca ngn sad ending...
    ktorang dah lama mngikuti crta ini dan jgn la brksudahan bruk...
    wlaupun dlm fntasi nmun dngn hepy ending pmbca akn brsa puas...

    ReplyDelete
  32. alaaaaa cmner leh jd cm2 plak...
    d gak org busuk ati kt duniaa nie..
    jgnla jd benda buruk kt zam n emy... biar r dyorg idup bhgia...
    mslh sket2 dh r...
    xnk sad ending...
    arap2 zam n emy slamt la dri setan2... 2

    ReplyDelete
  33. OH TIDAK...JANGAN LA ZAM DIAPA2KAN..
    semoga semua kembali ke asal..dan zam ngan emy pn ok..biar yang jahat dapat balasan..

    ReplyDelete
  34. salam...
    klu zam cedera parah n sampai koma best gak.
    tp xnk la sampai zam mati...
    x best la klu mcm tu...
    biar lah happy ending ksh antara zam n emy...

    ReplyDelete
  35. pnatnya m'undi kalau zam btul2 mati

    ReplyDelete
  36. Kepada penulis. sila email saya di mymuzri@gmail.com untuk peluang terbaik.

    ReplyDelete
  37. tak na la sad ending huhuh
    nak emy ngn zam...huhu
    tak nk org lain...
    macm nk smpai ending je crta ni...
    huhuuh tak sbrnya...

    ReplyDelete
  38. salam..

    tak naklah endingnya yang sedih2..biarlah gembira jer..janganlah jadi paper kat zam dan emy...please............

    ReplyDelete
  39. waaaaa...
    giler tol dorang 2..
    hehehe..
    cpt lar sket yer..?
    xsabar oww

    ReplyDelete
  40. please3...
    tak nak sad ending
    sdey gle ar
    biarlah zam ngan emy bahagia

    ReplyDelete
  41. x maw la ending sedey..huhu..x bes..nk emy ngan zam jgk...waaa...mne n3 terbaru ni?

    ReplyDelete
  42. alahai..sdih betui e3 ni...
    berdebar2 pulak nk tgu nex e3
    mudah2an...happy ending

    ReplyDelete
  43. smbg rrr lgi...
    jgn r terjadi pe2 kt zam...

    ReplyDelete
  44. cepat le smbg k.min..dah x sabar nak bc ending dia..tapi jgn sedih tau..

    ReplyDelete
  45. oMG...i tak nak sad ending pls...its wont be entertaining..most of us ..baca blog cerita nak happy ..nie i hampir nak cry la pulak..kenapa lah hidup emy mesti tragedi macam nie...


    tak akan ada human kat dunia nie sejak lahir untill die kena marana..tak adil betul..

    ReplyDelete
  46. pada penulis..
    tolong jng bg si amir tu kawen denag emy..
    bg la zam tu kesempatan tuk tatang anak dia sampai besar.. plz.....
    dalam sehari ja sy minitiskan air mata baca benda ni.
    walaupon cita ni lari pada masa dan waktu tp sedap juga jalan cerita awl2 dah ada konflik. tp kat penghujung ni yang buat saspen lagi. tp biar la zam tu bersama amy sampai abis usia..
    plz2.....tak sanggup tunggu lama2 cita ni.berdebar..

    ReplyDelete
  47. jgn bg zam mati..xnk sad ending please....

    ReplyDelete
  48. naper tak leh buka entry yang ke 43 sampai 45..huhu

    ReplyDelete
  49. salam,
    bila nak sambung cerita ni? dah lama sangat tggu ni... nak tahu kesudahan cerita ni...

    ~meera~

    ReplyDelete
  50. nape lame sgt n3 br nk kuo.. ke nk kuo versi buku ..aduh pnt la tgu

    ReplyDelete
  51. huhu...kak min...bile nk masuk n3 bau...lame gile..bz eh....miss amy ngan zam nie...huhu..kalu nk wat versi cetak..gtau la...xsabor nk g beli..hehe..

    ReplyDelete
  52. assalamualaikum kak min, bila nak masukkan n3 yg terbaru? nak sgt tau ape jadi kat emy dgn Zam. tp yg pnting jgn wat sad ending k. jangan matikan watak zam n emy.please3

    ReplyDelete
  53. lame tul tgu next n3 citer ni-
    smpi dh lupe dh pun citer nyer hahaha-
    ape pn gud story-
    jgn la lame sgt sis-
    kot xde mase pn xkn la smpi dekat bape bln baru smbg..hehehe-
    ape pn jgn la mare..ni comment kn..-
    kalu sis ni mmg penulis novel yg ade deadline mau lari editor awk-
    huhuhu-

    ReplyDelete
  54. salam...

    masih takde sambgan lagi... tak sabar nak tau pe jd.. harap2 takdela yg buruk jd kat zam.. nk happy ending ye..
    thanks... anyway its very nice story...

    ReplyDelete
  55. frust nyer.... dh lama tgu sambungan.. Plz..plz..plz.
    Rindu ngan emy and zam...\
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum akak...citer ni masih tk da sambungan lagi k? sya ridula nge citer ni...biler nak disambungan balik...tapi saya nak eppy endg taw...heheheheh...

    cepat cikit sambung taw..i'm waiting n alwys keep waiting for nex n3...

    ReplyDelete
  57. assalamualikum kak,,
    agak2nya kan, bile ek akak leh sambung citer nie??

    ReplyDelete
  58. Min.. rindunyer.... dah lama tak bersambg.. take ur time dear.. hope satu hari nnt dpt publish novel nie... :D

    ReplyDelete
  59. assalamualaikum...
    saudari penulis,,,kenapa tak smbung n3 setrusnya...dah masuk 2010 dh nie...tk sabr nk tahu ending novel nie...
    cepatla penuhi impian kami smua.

    ReplyDelete
  60. salam .....bila nk post new n3 HYT ni...lamanya tunggu,sayangle citer intersting camni di biar tgantung je..sambung ya,Plizz

    ReplyDelete
  61. salam..
    ble nk smbung nvl hati yg terluka...
    dah lama tunggu...
    jgn la bg tergantung...
    huhuhu...:(

    ReplyDelete
  62. salam penulis.........
    bila baca novel ni dah layak dibuku n dijual
    bole seiring ngan penulis2 air mata yg hebat2

    saya sentiasa nangis jer ikuti penderitaan emy... harapan saya seteruk mana ujian mereka, jadikan hepi ending ya.....

    tq sangat...sebab tulis citer yang boleh mengalirkan air mata....

    ReplyDelete
  63. Salam writer...

    chaiyokkk.. lagi sikit nak tamat.. sambung yerk.. lama menanti....

    ReplyDelete
  64. Salam writer....
    x sangka citer ni smbung lg..ingt tergantung mcm tu jer...
    best sgt2 citer ni.. hope cepat smbung citer ni... x sabar la

    ReplyDelete
  65. ble nak smbung???
    rmai yg dah tertunggu2

    ReplyDelete
  66. salam..
    kak min..jln cerita yg simple..tp, sgt3 interesting!!
    seriously, saya dah jatuh hati dgn HYT ni..
    hope kak min dpt sambung citer ni..lama sgt dh menanti..xsabar nak tau ending dia..tp, biarlah cerita ni happy ending..hehe..jgnlah matikan watak TZH..plz..plz..plz..
    apa2pun, chaiyok2 yer kak min..
    teruskan berkarya..suapaya dapat sebaris dgn penulis2 yg lain~

    ReplyDelete
  67. min... sambng la lagi... suke sangat cite nie

    ReplyDelete