Wednesday, February 5, 2014

Hati yang Terluka 45


Assalamualaikum semua...lama blog menyepi. Mungkin tinggal dua bab je lagi. Dah nak habis dah. Ke semua pakat-pakat dah lupa jalan cerita? Harap semua enjoy untuk bab-bab yang terakhir ni.

Emily berjalan perlahan memasuki bilik yang menempatkan Tengku Zamran Hakim. Disisinya, Tengku Tajuddin masih setia memimpin anak gadisnya. Lama masa yang diambil Emily untuk datang melawat suaminya. Masih teringat jawapan anaknya itu ketika dia bertanya mengenai keengganan Emily.
“Emy tak rasa Emy cukup kuat untuk berdepan dengan keadaan abang. Buka mata pun dia tak mampu ayah.” Ujar Emily sambil termenung jauh membayangkan keadaan Tengku Zamran Hakim.

“Mungkin Zam tunggu Emy. Zam sangat perlukan Emy bagi kekuatan pada dia. Kalau selama ni dia yang bagi Emy kekuatan sekarang Emy yang kena tolong dia sedar. Bersembang dengan dia, beritahu dia Emy masih perlukan dia untuk bergantung hidup. Untuk anak kamu berdua nanti. Jangan terlalu ikutkan perasaan.” Lembut sahaja kata-kata Tengku Tajuddin memujuk. Agak hairan dia dengan Emily yang hanya menyerah.

Emily menggeleng perlahan. Air matanya laju menuruni pipi. Hatinya terasa perit. Ramai yang berkata dia belum terima hakikat suaminya yang dahulunya gagah terlantar tidak sedarkan diri. Tidak! Bukan kerana itu. Dia sebenarnya belum cukup kuat untuk melihat keadaan Tengku Zamran Hakim. Perasaan bersalah masih menghantui dirinya.

“Sebab tu Emy kata Emy tak mampu. Emy banyak bergantung dengan abang. Mampu ke Emy nak bagi kekuatan dekat dia sedangkan nak tengok dia yang terlantar macam tu pun Emy tak mampu.”

“Sebab tu Allah jadikan kita berpasangan, nak. Untuk saling bergantung antara satu sama lain. Saling melengkapi. Jangan fikir perkara yang belum berlaku. Ayah tahu Emy memang tak berhenti buat solat sunat untuk Zam tapi kan lebih bagus Emy lawat dia sekali. Bagi dia semangat.” Nasihat Tengku Tajuddin lagi pada anaknya itu

“Abang jadi macam tu sebab Emy. Sepatutnya Emy yang berada kat tempat abang.” Ngilu. Pedih. Itulah perasaannya apabila terbayang kembali malam kejadian Tengku Zamran Hakim terkulai diatas ribanya.

“Kalau Emy terus macam ni itu namanya Emy tak redha. Kenapa nak salahkan diri sendiri? Zam yang pilih untuk terima peluru tu. Untuk Emy, untuk anak dia. Ayah percaya kalau dia sedar sekarang dan boleh bercakap, mesti dia cukup bangga sebab dapat pertahankan keluarga dia. Dia dah tunaikan tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga.”

“Emy takut kalau Emy pergi tengok abang, nanti dia...” Emily terhenti seketika. Matanya dipejamkan. Perit.

“Akan tinggalkan Emy. Emy tak sanggup. Selama ni Emy banyak bergantung dengan abang.” Sambungnya. Ya Allah. Aku tak sanggup nak membayangkan kehidupanku tanpa dia.

“Kenapa takut nak terima dugaan sedangkan Allah ada, Emy. Doa, usaha, dan tawakal tu penting. Kalau dulu Emy boleh jadi kuat untuk bonda, kakak, dan Syira kenapa sekarang tak boleh?”

Dan kerana kata-kata itu Emily sekarang berdiri disebelah suaminya yang terlantar kaku. Matanya terpaku terus menatap wajah yang amat dirinduinya itu. Dirinya terasa seperti mahu meraung waktu itu melihat wayar yang berselirat pada tubuh Tengku Zamran Hakim. Ya Allah. Kasihannya suamiku ini.

“Emy berbuallah dengan Zam. Ayah nak cari bonda dulu.” Sengaja Tengku Tajudidn memberi peluang pasangan suami isteri itu masa bersendirian berdua.

Emily masih berdiri tegak di sisi katil ketika Tengku Zaidi berlalu keluar. Dia menghampiri katil tempat pembaringan Tengku Zamran Hakim. Tangannya menyentuh ke wajah tenang itu. Mengusap perlahan wajah yang hampir sebulan tidak dijenguk kerana terlalu ikutkan perasaan takutnya.

“Abang terbaring macam ni pun masih handsome. Nampak macam abang tidur je.” Emily tersenyum kecil. Bermain-main dengan pipi berlekuk suaminya. Rindu sungguh menatap wajah kacak berlesung pipit itu. Berhati-hati bibirnya mengenai dahi Tengku Zamran Hakim. Lama, melepaskan rindu yang tersimpan kemas sejak tragedi sebulan yang lepas.

“Kesian abang dapat isteri macam Emy. Abang sakit macam ni pun Emy tak datang menjenguk sampai sebulan. Emy takut, abang... Emy takut bila Emy datang, abang betul-betul tinggalkan Emy sampai bila-bila...” Emily berhenti berkata untuk kembali mengatur suara yang makin jelas menahan tangis.

 Tapi Emy janji lepas ni Emy takkan tinggalkan abang sorang-sorang kat sini lagi. Abang pun kenalah janji takkan tinggalkan Emy. Tu betul-betul Emy tak benarkan. Abang mesti bertahan tau untuk tengok anak-anak kita.” Suaranya semakin sebak menahan tangis. Dia lebih rela Tengku Zamran Hakin koma seperti ini dari tinggalkannya terus. Setidaknya dia dan anak-anak mereka anti masih berpeluang melihat wajah Tengku Zamran Hakim setiap hari.

“Pelikkan bang. Sebelum ni Emy takut sangat nak jumpa abang dalam keadaan abang macam ni walaupun selepas Emy setuju lepas ayah pujuk masih perasaan takut ni tak hilang. Tapi lepas tengok muka abang terus lapang hati Emy. Anak-anak kita pun dah rindukan abang sangat-sangat. Kesian diorang kan bang, sebab perangai Emy ni tak pasal-pasal terlibat sama tak boleh jumpa papa diorang.”

Seusai berkata itu, laju air matanya menuruni pipi tanda dia sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang mendatang. Dia hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk terus berjuang demi suami dan anak-anaknya. Dia pasti jika sekali lagi dia rebah tidak mungkin dia mampu untuk bangun kembali.

Ya,  dia membawa dua nyawa. Sewaktu awal kandungannya dulu memang dia tidak langsung terfikir dia akan mengandung kembar. Minggu lepas ketika dia bertemu doktor untuk pemeriksaan bulanan dia tergerak hati untuk melakukan scan dan alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu doktor dia mengandung kembar.

Apabila dia mendapat berita tersebut, orang pertama yang terlintas di fikirannya adalah Tengku Zamran Hakim. Namun apabila teringat keadaan suaminya itu terus menurun keterujaannya. Langsung hatinya tidak terasa nak berkongsi dengan sesiapa berita tersebut. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana pilu hatinya mengenangkan diri terpaksa membawa perut tanpa sokongan suami disisi.

*****

Tiga bulan kemudian...

Emily bersiap-siap untuk ke rumah. Sudah masuk minggu ke-33 dan dia makin terasa payah untuk berjalan. Tidurnya juga sudah makin tidak selesa. Akhir-akhir ini makin lincah pulak anak-anaknya menendang.

“Apa lah yang anak-anak mama buat kat dalam tu. Rindu papa ya? Kejap lagi kita jumpa papa okay?” Emily bercakap sendirian dengan anak-anak dalam kandungannya. Perutnya diusap perlahan. Ada ketika dia mengeluh memikirkan nasibnya ketika bersalin nanti. Sungguh, dia benar-benar masih mengharapkan suaminya itu sedar untuk menyambut kelahiran buah hati mereka.

Dia bangun mahu bersiap ke hospital menemani Tengku Zamran Hakim. Rutin hariannya selama tiga bulan ini. Ada ketika memang dia akan bermalam di sana namun sejak akhir-akhir ini apabila anaknya makin aktif bonda dan mummy memintanya tidur dan berehat sahaja dirumah pada waktu malam. Pada awalnya memang dia membantah namun demi kandungannya dia terpaksa mengalah. Dia yakin, jika Tengku Zamran Hakim boleh berkata, pasti itulah yang disuruh suaminya itu.

Entah mana silapnya ketika kakinya mencecah lantai bilik air dia tidap dapat mengawal keseimbangan badan.

“Allahuakhbar!” Emily jatuh terduduk. Berpinar matanya seperti mahu pitam. Otaknya seperti berhenti berfungsi beberapa saat sebelum dia kembali menyedari apa yang berlaku. Dapat dilihat jelas cairan pekat pada kain yang dipakainya. Panik! Allah. Allah. Allah. Waktu itu Emily hanya mampu menyebut kalimah-kalimah Allah.

Allah... sakitnya. Waktu itu air matanya sudah bergenang menahan kesakitan yang amat sangat. Hendak menjerit meminta tolong pun dia sudah tidak larat. Pelbagai perkara bermain difikirannya. Tidak putus-putus berdoa agar kandungannya selamat. Sungguh-sungguh dia berdoa agar ada yang menyedari keadaannya.

Abang... anak kita. Rintihnya pilu.

****

“Minggu depan kita keluar lagi ya bang beli barang-barang cucu kita. Ni pun macam tak cukup lagi.” Ujar Puan Zharifah ketika mereka berada di dalam kereta. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang-barang keperluan untuk bakal cucu mereka nanti.

“Elok juga tu. Dulu abang tak dapat merasa beli barang anak-anak kita sekarang macam rahmat pulak Allah bagi peluang abang merasa beli barang kat cucu kita.”

“Kesian tengok Emy tu bang. Bawak perut ke hulu ke hilir. Besar semacam pulak tu Ifah tengok. Nak kata kembar tak pulak dia beritahu kita dia mengandung kembar. Kita ni alhamdulillah sihat lagi. Boleh lah nak tolong cari barang-barang cucu kita ni.” Itulah cara nak ringankan beban Emily. Tidak perlu Emily susah-susah keluar sendirian membeli barangan untuk anaknya yang bakal lahir.

“Kandungan dia baru masuk 33 minggu kan? Abang pun perasan jugak perut dia besar.”

“Ifah tak sangka bang, apa yang Emy lalui sekarang ni betul-betul apa yang Ifah pernah lalui dulu. Ifah faham sangat perasaan dia.” Puan Zharifah mengeluh kecil. Sebagai orang Islam dia sedar dia tidak patut mengeluh namun sebagai manusia dia tidak lari diri menyesali dan bersedih dengan dugaan yang menimpa keluarganya.

“Abang minta maaf Ifah sebab tak ada masa Ifah mengandung dan lahirkan anak-anak kita dulu. Kalaulah abang...” Terkilan. Itulah yang dirasakan Tengku Tajuddin apabila mengenang kisah lama.

“Tak ada apa yang nak dikesalkan bang. Allah dah kembalikan abang pada Ifah sekarang pun dah lebih dari cukup.”

Kereta yang dipandu Tengku Tajuddin memasuki perkarangan rumah. Masing-masing kehairanan melihat pembantu rumah yang diupah Tengku Tajuddin untuk membantu Emily sepanjang kehamilannya berlari kalut ke arah mereka.

“Tuan. Puan. Cepat! Cik Emy jatuh bilik air.” Beritahunya cemas.

Bergegas mereka masuk ke dalam rumah mencari Emily.

“Ya Allah Emy. Macam mana boleh terjatuh ni.” Naik takut dia melihat wajah putih Emily yang sudah kemerahan mengerang kesakitan.

“Ayah, bonda. Tolong... anak Emy...” pinta Emily tersekat-sekat. Air matanya sudah berlinangan memikirkan kemungkinan buruk pada kandungannya. Tidak! Dia mahukan anak-anak ini. Zuriatnya bersama Tengku Zamran Hakim.

“Cepat Ifah. Kita kena bawa Emy ke hospital sekarang.”

*****

“Dah lama sangat Zam terlantar macam ni bang. Tak nampak macam tanda-tanda dia nak sedar kan bang? Saya kesian dengan Emy. Lagi dua bulan bersalin, kesian cucu kita bang tak ada ayah nak sambut kelahiran dia.”

“Kerja Allah. Saya sendiri pun terkilan dengan nasib anak menantu kita.”

Raja Muzairah memandang wajah anak bongsunya dengan penuh harapan. Ikut kata doktor peluang Tengku Zamran Hakim untuk sedar adalah sangat tipis. Walaupun luka luarannya nampak sudah sembuh namun kesan tembakan yang menghampiri jantung adalah penyebab utama anaknya itu masih tidak sedarkan diri.

“Zam... Bangunlah sayang. Walaupun doktor kata peluang Zam nak sedar sangat  mustahil tapi mummy tahu anak mummy ni boleh. Mummy tahu Zam dah cukup kuatkan?” Lembut dia berbisik pada telinga Tengku Zamran Hakim seakan memujuk anak kecil.

Namun Tengku Zamran Hakim masih kaku tidak menunjukkan tanda-tanda akan terjaga.

“Dah lama sangat Zam berehat. Luka-luka Zam dah beransur sembuhkan, nak?. Bukalah mata. Lama mummy, daddy, abang-abang, kakak-kakak... yang penting sekali Emy dan anak dalam kandungan tunggu Zam. Kesian mereka Zam.” Sambungnya lagi bersama esakan kecil.

Air matanya tidak pernah kering setiap kali dia datang menjenguk ke bilik ini. Risau dia memikirkan nasib cucunya nanti tidak berayah. Dia mahu Tengku Zamran Hakim tahu ramai yang menunggu anaknya itu sedar dari lena yang panjang. Masih ramai yang memerlukannya

“Sudahlah. Jangan menangis macam ni. Ha ni Emy tak datang ke hari ni? Bukan selalu waktu-waktu macam ni dia dah sampai ke?”

“Itu lah saya pun...” terhenti kata-kata Raja Muzairah apabila telefon bimbit suaminya berbunyi. Terus Tengku Zaidi keluar dari bilik tersebut.

“Zai! Kita kena pergi tengok Emy sekarang!” Ujar Tengku Zaidi kalut apabila dia kembali ke dalam bilik yang menempatkan Tengku Zamran Hakim.

“Kenapa dengan Emy bang?” soal Raja Muzairah. Naik risau apabila melihat wajah cemas Tengku Zaidi.

“Emy jatuh bilik air. Daftar masuk sini jugak.”

Terkedu Raja Muzairah. “Betul ke ni bang? Emy macam mana sekarang?”

“Ikut kata Din Emy mungkin kena paksa bersalin hari ni.” Memang itulah yang diberitahu kepadanya sebentar tadi.

“Ya Allah... Cepat bang kita pergi tengok.” Laju tangan Tengku Muzairah mencapai beg tangannya dan mendapatkan Tengku Zaidi di muka pintu.

“Mummy... Daddy...” dalam kekalutan itu, tiba-tiba satu suara yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran memanggil mereka.

Tersentak dengan suara itu, terus Raja Muzairah dan Tengku Zaidi berpaling.

26 comments:

  1. omg!!!
    yeay...
    da jga smbungan...
    akak,cpat hbiskn crite ni ye...
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun kalau bole nak habiskan cepat2...
      lama sangat dah tertangguh...

      Delete
  2. Min cita nie walau berulang kali baca tetap air mata nie nak keluar. Cepatlah habiskan.

    Kmas

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih sudi sggah.
      Mmg klu bole nak cpt2 habiskan. hehe

      Delete
  3. finally!
    sambung jugak.
    huhu~
    lama tunggu ending.
    keep it up akak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar eh. mmg nk hbis dah pun.
      akak pun x sabar nk sampai ke ending.

      Delete
  4. like finally baru update...
    harap2 happy ending

    - Nur eyta

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah..
      kita sama2 tggu eh ending dia macam mana nnt.

      Delete
  5. akhirnya...................

    ReplyDelete
  6. wwannurr.........

    cepat dah lame aku tunggu perkataan DE END
    hehhehe....tak sabar ni hero TZH n TE

    ReplyDelete
  7. min..... mana N3nya ni... dah seminggu tau...tak sabar
    nak tau kesudahannya emy ngan zam...

    zammmm bangunnnnn.. emy nak beranak tuuu...ishhhh

    wwannurr..

    ReplyDelete
  8. Oh my!!! Akhirnya ada sambungan yg dnanti2xkan... one of my favourite stories... Please continue the next chapter.... zam pun dah mula sedar...

    ReplyDelete
  9. manee Ending nya ni tuan rumahhh......fuhhhh lotih duk nunggu

    wwannurr

    ReplyDelete
  10. Adoii....!!!kena tunggu lama lagi ke baru ada sambungan....???!!!

    ReplyDelete
  11. akhirnya ada gak sambungan ingat kan ghaib gitu jerrr......kemana plak ilang ni

    ReplyDelete
  12. smbung cepat....nak tau ending ni..please...please..please

    ReplyDelete
  13. assalamulaikum. terima kasih atas sambungan. kalau boleh tolong cepat ya dah tak sabar nak baca pengakhiranya. kesian emy

    ReplyDelete
  14. salam cik penulis... 2 hari marathon nk habiskan semua bab...citer ni mmg best...2 thumbs up! x sabar tggu ending.. :))

    ReplyDelete
  15. Che Min, terpaksa sya start dr mula baca citer HYT nie sbb dah igt2 lupa jalan citer dia..
    huhuhu :(

    akhirnya Zam dah sedar dah! kesian la pulak kat EMY...
    tggl dua bab jer kan lg? cepat2 sambung yer..

    thanks CHe Min...

    ReplyDelete
  16. wwannurr.......

    minnnn,,,mane N3nya,,,,apa kesudahan mereka ni, kasihani zam n emy
    huk..huk..huk..

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Hai Min... dah siapkan ke sambungan ceta ni??? Bila agknya km boleh baca bab 2 terakhir ni??? Min xnak cuba publish ceta ni ke??? Ceta dia sgt menarik, terutama kasih sayang Emy pd ibu, saudara kembar n ank buah dia, dia sggp bkorban apa sj n juga kisah cinta dia pd Zam sedari kecil n how Zam become n hero to safe his lover for anything ahead. We never ever forget the stories even it had been about 6 years. ;D ~ hazwani367@yahoo.com

    ReplyDelete