Monday, January 26, 2009

Hati yang Terluka 5

Emily melangkah masuk ke Syarikat Perkasa Holdings. Pekerja-pekerja di Perkasa Holdings menyapa apabila terlihat kelibatnya. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum dan berjalan terus ke dalam bilik pejabatnya. Dia menghidupkan suis komputernya untuk menjalankan tugasnya pagi itu. Tiba-tiba pintu bilik pejabatnyanya diketuk. Wajah setiausahanya, Hana tersembul di muka pintu.

“Ada apa hana?” Emily bertanya lembut. Memang itulah sifatnya. Sentiasa melayan pekerjanya dengan baik. Tapi, tidaklah sampai membiarkan pekerjanya pijak kepala.

“Saya bawakan proposal dari syarikat yang akan bekarjsama dengan kita. Wakil diorang hantar pagi tadi. Cik Emy tengok-tengoklah dulu. Mereka menunggu persetujuan kita untuk bekerjasama.” Hana memberitahu sambil menghulurkan kertas cadangan tersebut

Emily hanya mengangguk. “Terima kasih Hana. Lepas ni saya semak.” Emily mengambil kertas cadangan yang dihulurkan.

Hana melangkah keluar dari bilik pejabat Emily. Emily mula menyemak cadangan tersebut. 'Teguh Holdings? Macam pernah dengar je. Rasanya syarikat tersebut salah satu syarikat yang terbesar di Malaysia.' Hati Emily berdetik. 'Emmm...menarik jugak proposal ni.' Hatinya berdetik lagi. Emily menekan interkomnya untuk berhubung dengan setiausahanya.

“Ye, cik Emy. Ada apa yang boleh saya bantu?” Suara setiausahanya kedengaran di interkom.

“Hana, awak tolong call Syarikat Teguh Holdings dan comfirmkan dengan mereka bila kita boleh berbincang dengan wakil mereka pasal proposal yang mereka hantar.” Emily menyuruh.

“Baik, Cik Emy. Nanti, lepas saya comfirmkan dengan mereka saya maklumkan pada Cik Emy.” Hana menurut.

* * * * *

Tengku Zaidi bergegas ke bilik pejabat anaknya sambil menggenggam proposal di tangannya. Dia mengetuk pintu dan terus masuk ke bilik tersebut.

Tengku Zamran Hakim terkejut melihat kedatangan ayahnya yang kelam-kabut seperti ada sesuatu yang mustahak.

“Daddy ni kenapa? Macam penting sangat Zam tengok. Kanapa tak panggil Zam, biar Zam yang pergi ke bilik daddy.” Tengku Zamran Hakim serba salah. Sepatutnya dialah yang pergi ke pajabat daddynya kerana daddnya ketua.

“Takpelah. hal ni penting sangat. Begini, sepatutnya daddy sendiri yang pergi sebab syarikat ni penting dan syarikat ni, sebuah syarikat yang teguh dan sudah lama bertahan. Tapi, disebabkan jadual daddy yang padat kerana malam ni daddy akan berlepas ke luar negara untuk menyelesaikan masalah syarikat kita di Austaulia. Jadi, daddy nak suruh Zam gantikan tempat daddy untuk berjumpa dengan wakil syarikat yang akan bekerjasama dengan kita nanti.” Panjang lebar tengku Zaidi menerangkan.

Tengku Zamran Hakim menggaru kepalanya yang tidak gatal. Esok dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan clientnya yang lain. “Masalah ni daddy. Esok Zam ada appoinment dengan client Syarikat Semarak Merah. Daddy tak boleh hantar orang lain untuk ganti tempat daddy tu?” Tengku Zamran Hakim memberitahu aktivitinya esok.

“Eh, mana boleh. Ini satu kerjasama yang penting. Pasal client kamu esok tu, kamu suruh Azim uruskan. Yang ni pulak proposal yang ayah buat. Syarikat kita sudah menghantar salinannya pada syarikat tersebut.” Tengku Zaidi memberi kata putus sambil menghulurkan proposal tersebut.

"Lagi satu, pertemuan Zam dengan wakil syarikat tersebut hanya untuk membincangkan serba sedikit pasal proposal ni dan untuk mendapatkan persetujuan mereka." Tengku Zaidi menyambung lagi.

Tengku Zamran Hakim hanya mengangguk serba salah. Tidak berani dia membantah kerana daddynya itu adalah ketua dan dirasakan arahan daddynya patut dipatuhi. Dia mengeluh dalam diam apabila daddy mula mengorak langkah keluar dari bilik pejabatnya.

* * * * *
Tengku Zamran Hakim memandu laju keretanya. Dia sudah terlewat untuk ke tempat pertemuannya dengan wakil dari Syarikat Perkasa Holdings. Dalam sedang sibuk dia mengejar masa, kereta Alfa Romeonya terlanggar belakang sebuah kereta Honda City. Terdorong sedikit badannya.

Tengku Zamran Hakim keluar dari keretanya. Pemilik kereta tersebut turut sama turun dari kereta. Tengku Zamran Hakim sempat menjeling kereta Alfa Romeonya. ‘Nasib baik hanya kemek sedikit.’ Hati Tengku Zamran Hakim berdetik lega. Matanya dialihkan ke kereta Honda City itu pula. Agak teruk kemeknya.

“Macamana awak bawak kereta ni?” Pemilik kereta itu berkata kepada Tengku Zamran Hakim dengan wajah marah yang cuba dikawal.

Tengku Zamran Hakim terkejut. Ini macam model tempoh hari. Dia cuba mengawal riak terkejutnya. “Nak buat macam mana? Dah takdir yang yang tentukan kereta awak kemek hari ni.” Selamba Tengku Zamran Hakim membalas dengan muka seperti orang yang tidak bersalah.

“Takdir? Oh, maknanya takdir juga dah buktikan awak yang buta selama ni. Sampai lampu traffic tukar merah pun tak nampak. Ataupun lagi sesuai saya kata awak ni rabun warna?” Perempuan itu tersenyum sinis. Mungkin puas hati sebab dapat pulangkan paku buah keras. Orang ramai mula mengerumuni mereka.

Tengku Zamran Hakim ketap bibir disindir. “Sekarang ni, awak hantar je kereta awak tu pergi repair yang mana kemek, lepas tu hantar resit pada saya. Saya akan tanggung kos kerugian awak tu.” Tengku Zamran Hakim menghulurkan kad nama lantas masuk ke dalam keretanya. Malas dia nak bertekak kerana dia sudah lewat untuk temu janji dengan Syarikat Perkasa Holdings. Lagipun, dia berasa kurang selesa apabila orang ramai menyaksikan mereka berlawan kata.

* * * * *

‘Dah la ini kereta syarikat.’ Emily mengeluh dalam diam. Kebetulan pulak hari ini dia terpaksa memandu kereta syarikatnya. Dia terlewat hari ini gara-gara melawat Syira yang demam panas tiba-tiba sejak malam tadi. Jadi dia meninggalkan keretanya untuk kegunaan bonda. Dia risau memikirkan kemungkinan Pak Isman ada hal dan tak dapat menolong bonda dalam keadaan genting.

Emily mengambil keputusan untuk cuba menelefon Pak Isman, iaitu pemandu peribadi keluarganya. ‘Harap-harap Pak Isman dapat membantunya. Rumah Pak Isman juga tidak jauh dari sini.' Emily bemonolog.

“Cik Emy ada cedera apa-apa tak? Siapa yang langgar kereta ni?” Pak Isman bertanya risau ketika tiba di tempat kejadian.

Emily menggeleng sambil tersenyum kecil melihat wajah kerisauan Pak Isman. "Saya tak cedera apa-apa Pak Isman. Kereta yang kemek. Orang yang langgar kereta ni dah pergi. Dia dah janji nak bayar ganti rugi." Emily memberitahu.

Pak Isman menarik nafas lega. Kemudian menyambung. “Beginilah, Cik Emy bawa kereta yang selalu Pak Isman bawa untuk hantar Puan Zharifah ke tempat yang Cik Emy nak pergi sekarang, Pak Isman pulak hantar kereta ni ke bengkel. Setuju?” Pak Isman memberi cadangan.

“Tak menyusahkan Pak Isman ke?” Emily serba salah.

“Tak adalah. Mana ada menyusahkan. Lagipun inikan kereta keluarga Cik Emy juga. Kebetulan pula Puan Zharifah pesan, hari ini dia akan memandu sendiri jika mahu ke mana-mana.” Pak Isman menghilangkan kegusaran Emily.

“Terima kasih Pak Isman. Nanti, tentang bayaran kos kereta ni, Pak Isman claim dengan syarikat je lah.” Emily malas mahu telefon lelaki itu untuk meminta ganti rugi. Meluat dia mahu berjumpa lagi sekali dengan lelaki tersebut. Ego lelaki tersebut setinggi langit. Sudah salah masih tak mahu mengaku.

Pak Isman hanya mengangguk. Dia amat menyenangi Emily kerana Emily tidak sombong. Pada mulanya dulu, dia mahu memanggil Emily dengan panggilan Cik Muda, tetapi Emily membantah dan menyuruhnya memanggil Emy sahaja. Tetapi kerana dia mahu hormatkan Emily sebagai majikannya, ditambah juga perkataan 'Cik' pada pangkal nama Emily. Emily pula terpaksa menerima kehendaknya.

“Sebelum saya terlupa Pak Isman, boleh tak Pak Isman tolong jenguk-jenguk Syira dan bonda? Syira ditahan di wad, jadi saya tinggalkan kereta saya pada bonda, itulah sebabnya bonda cakap macam tu pada Pak Isman.” Emily sempat meninggalkan pesanan dan memberitahu serba sedikit mengenai apa yang terjadi sebenarnya. Emily dapat melihat anggukan kecil dari Pak Isman sebelum dia masuk ke dalam kereta untuk ke tempat yang sudah dia janjikan dengan yarikat Teguh Holdings.

Emily memandu tenang kereta BMW 3 Series untuk ke tempat temu janjinya dengan Syarikat Teguh Holding. Emily menjeling jam di dashboard. Sudah terlewat 20 minit. Tidak pernah selama ini dia terlewat untuk sesuatu temu janji yang penting sebegini. Selalunya dia telewat jika ke pejabat. Itupun kerana ada hal yang tidak boleh dielakkan. Harap-harap wakil syarikat tersebut mahu menunggunya lagi. Dalam diam dia mengharap.

* * * * *


Tengku Zamran Hakim melihat jam tangannya. ‘Mana pulak wakil Syarikat Perkasa Holding ni. Inilah jadinya kalau bekerjasama dengan orang yang tidak menepati waktu.’ Hatinya merungut. Dia mengambil keputusan untuk menunggu lebih kurang 20 minit lagi.

* * * * *

Emily Natasha tiba di tempat yang dijanjikan setelah hampir satu jam dia terlewat. Agak kelam kabut dia berjalan ke tempat yg dijanjikan. Apabla tiba di tempat yang dijanjikan, Emily menuju ke kaunter .

“Boleh saya tahu, tempat duduk yang di tempah Syarikat Teguh Holdings.” Emily bertanya sopan kepada penjaga kaunter tersebut.

“Oh, cik ni dari Syarikat Perkasa Holdings ke?” Penjaga kaunter tersebut bertanya bagi meminta kepastian.

Emily hanya mengangguk. Kemudian penjaga kaunter menunujukkan ke satu sudut yang agak jauh dari kaunter tersebut. Emily memerhati tempat yang ditunjukkan. Kelihatan kelibat seorang lelaki sedang duduk membelakanginya. Emily bejalan pantas untuk ke meja tersebut setelah mengucapkan terima kasih.

Ketika Emily cuba untuk mendapatkan meja tersebut, dia terasa lengannya dipegang kejap. Pantas dia menoleh. Emily mengetap bibirnya geram apabila dapat melihat dengan jelas wajah yang memegangnya.

“Lia, boleh kita berbincang? Please. Dah lama I cari You. Tak sangka kita jumpa di sini. Mungkin ini peluang I untuk bersama You kembali.” Syazmir berkata riang.

“Apa yang Encik merepek ni? Saya tak kenal Encik. Tolong lepaskan tangan saya. Saya ada hal penting yang perlu diselesaikan.” Emily bengang. Selamba sahaja lelaki di hadapannya ini memegangnya. Emily cuba melonggarkan pegangan tangan lelaki di hadapannya. Tetapi, hampa. Dia menoleh pula ke arah meja dimana clientnya sedang menanti kehadirannya. Kosong! Ikut hatinya yang sedang panas ini mahu rasanya mahu dia ganyang lelaki yang berada dihadapannya saat ini.

“Lia, I tahu You marah dengan I. Tapi, tolonglah jangan kata You tak kenal I. We need to talk.” Syazmir masih cuba memancing simpati.

“Encik, sekali lagi saya minta Encik lepaskan tangan saya. Saya tak kenal Encik dan saya malas nak buat kecoh di sini.” Emily sudah hampir hilang kesabaran.

“Okey, kalau macam tu kita bincang di tempat lain.” Lantas syazmir melepaskan pagangannya di lengan Emily dan cuba memegang jari-jemari Emily pula. Emily yang menyedari niat Syazmir itu, cepat-cepat menyorokkan tangannya ke belakang. Tidak akan sesekali dibiarkan tangannya disentuh oleh lelaki yag bukan muhrimnya. Tambah-tambah lelaki yang sudah mencarik-carikkan kehidupan kakaknya ini.

“Saya bagi amaran pada Encik, jangan cuba-cuba sentuh saya.” Emily berkata dalam nada yang tegas. Kemudian, dia cepat-cepat berlalu dari situ apabila dilihatnya Syazmir seperti terkedu. ‘Mungkin terkejut kerana tidak menyangka ‘Emilia’ berubah menjadi begitu tegas.’ Emily sempat membuat kesimpulan.

‘Terlepas lagi” Hati Syazmir berdetik hampa apabila dilihatnya Emily sudah jauh melangkah.

* * * * *

Emily berteleku di dalam kereta. Hatinya masih panas memikirkan hal tadi. Dia tidak menyangka lelaki itu boleh mecarinya sampai ke sini. ‘Makin parah ni.’ Emily mengeluh. Tiba-tiba Emily teringat sesuatu. Temu janji yang tidak menjadi itu! ‘Nampaknya terpaksa aku menelefon Syarikat Teguh Holdings untuk memohon maaf’. Emily mengeluh lagi. Kemudian Emily menghidupkan enjin kereta untuk ke syarikatnya

3 comments:

  1. eeii..bencinya ngn syazmir tu...

    ReplyDelete
  2. said..
    igt kn Emily dpt jmpe gan tengku zamran hakim..
    rpe2 nye x coz c syazmir 2..huh~

    ReplyDelete