Monday, January 26, 2009

Hati yang Terluka 3

Emily memasuki butik EN. Pekerja kaunter, Khalida menyapanya. Dia hanya tersenyum dan menundukkan sedikit kepalanya.

“Ida, Shima mana?” Emily bertanya kepada Khalida.

Kahlida meliarkan matanya di sekitar butik. “Ha, tu pun dia.” Khalida menjawab sambil menunjukkan ke satu arah.

Emily memalingkan wajahnya ke tempat yang ditunjukkan Khalida. Ternampak kelibat gadis yang kecil molek sedang tersenyum dan menghampirinya.

“Assalamualaikum, Cik Emy. Dah lama sampai?” tanya Shima ramah.

“Waalaikumussalam. Tak lah. Baru je. Ni, saya datang nak bertanyakan mengenai pementasan pakaian rekaan butik kita yang akan diadakan pada malam sabtu nanti. Semuanya sudah diatur? Saya tak mahu Puan Sri Fuziah tidak berpuas hati dengan kita nanti.”

Emily teringat akan Puan Sri Fuziah yang merupakan salah seorang pelanggan butik mereka. Puan Sri Fuziah juga merupakan orang yang menguruskan pengeksportan pakaian daripada Butik EN ke luar negara. Butik EN merupakan Butik yang terkenal dengan penghasilan batik dan rekaan yang bermutu tinggi. Cuma, sehingga sekarang, nama pemilik Butik EN belum diketahui umum.

Emily tidak mahu hak privasinya terganggu. Hanya sesetengah pelanggan tetap butik sahaja yang mengenalinya. Itupun jika pelanggan tesebut benar-benar ingin bertemu dengan pemilik sebenarnya. Lain daripada itu, Shima yang menguruskannya. Lagipun, Emily terlalu sibuk dengan tugas di Perkasa Holdings.

“Hampir 80 peratus sudah diatur. Model-model yang akan memperagakan pakaian tersebut pun sudah ada.” Suara Shima yang menerangkan serba sedikit mengenai aturan yang sudah dibuat menyedarkan Emily daripada lamunannya.

“Ok, kalau begitu, saya mahu awak dan lain-lain bersedia untuk acara malam sabtu nanti.” Pesan Emily lagi.

“Pakaian kemuncak macam mana? Model dah ada?”

“Semua dah beres. Saya cari model bertudung.”

Mereka terdiam seketika.

“Emm, Cik Emy…Cik Emy akan turut serta dalam acara malam itu nanti?” Shima benar-benar berharap bosnya itu dapat turut serta. Mudahlah sikit tugasannya nanti jika bosnya dapat turut serta.

Sering kali bosnya itu tidak turut serta dalam majlis tersebut. Dia tahu, bosnya sibuk dengan urusan di pejabat. Dia sendiri hairan bagaimana seorang wanita seperti Emily dapat menguruskan dua kerja yang berlainan kerjaya dalam waktu yang sama. Bosnya ini memang seorang yang bijak, dan kreatif. Pakaian-pakaian di butik EN pun hampir separuh yang direka sendiri oleh Emily. Dia kagum dengan bosnya itu.

“Pasal itu, InsyaALLAH…kalau tiada aral melintang, saya akan turut serta.” Emily tidak memberikan kata putus. Dia sendiri tidak berapa yakin sama ada dapat hadiri majlis tersebut ataupun tidak. Urusan di pejabatnya tidak menentu. Lagipun dia yakin, tanpa kehadirannya, Shima masih dapat menguruskan majlis tersebut.

* * * * *

Tuk! Tuk! Tuk! Ketukan di pintu bilik pejabatnyanya kedengaran.

“Masuk.” kata Tengku Zamran Hakim tegas. Kelihatan setiausahanya menguak pintu.

“Ada apa Kak Ina?” Tengku Zamran Hakim bertanya kepada setiausahanya yang 3 tahun tua darinya.

“Ada tetamu yang ingin berjumpa dengan Tuan. Katanya kawan lama.” Jelas setiausahanya. Berkerut-kerut dahi Tengku Zamran Hakim. Kawan lama?

“Emm…. Kalau begitu suruh dia masuk.” Tengku Zamran Hakim memberikan kata putus setelah agak lama memikirkan kawan lama yang dimaksudkan setiausahanya.

Seingatnya, semua kawan lamanya yang terpisah kerana masing-masing telah membawa haluan sendiri telah ditemui waktu reunion tahun lepas. Mungkinkah….Mas…

“Hai Zam….” Belum sempat dia menyudahkan nama yang difikirkan, tiba-tiba kedengaran suara manja menyapanya. Dia memalingkan wajahnya ke arah suara tersebut.

“Oh, You rupanya. Bila You balik?” Balas Tengku Zamran Hakim. Memang benar sangkaannya tadi. Mastura! Wanita yang pernah meluahkan perasaan kepadanya ketika hari terakhir persekolahan mereka. Tetapi dia menolak, kerana ketika itu, dia sudah bertunang dengn Maria. Selepas itu, mereka terus lose contact. Dengar cerita Mastura bawa hatinya yang kecewa ke luar Negara.

“Semalam. Flight I sampai malam tadi. Dan, pagi ni terus I datang jumpa You.” Kata Mastura lagi. Mastura begitu gembira bila mendapat tahu Tengku Zamran Hakim telah putus tunang. Ikutkan hatinya, ingin sahaja dia pulang ke Malaysia waktu itu. Tetapi bila memikirkan ketika itu dia berada di tahun akhir, dia menyabarkan hatinya. Lagipun, dia ke luar Negara kerana mandapat biasiswa.

Sayang rasanya jika melepaskan lelaki di hadapannya ini sekali lagi. Kalau dia dapat jadi Puan Muda dalam Vila Astana alangkah bahagianya dia. Dia akan membuat Tengku Zamran Hakim jatuh cinta padanya. Walau dengan apa cara sekalipun.

Tengku Zamran Hakim hanya menjungkit bahu mendengar jawapan Mastura. Seolah-olah tiada perasaan.

“I datang hari ni pun sebab nak You temankan I ke majlis peragaan pakaian hari Sabtu nanti. Untuk pengetahuan You, I bakal buka butik tak lama lagi. Itulah sebabnya I ingin meninjau-ninjau pakaian di Butik terkenal ini dulu. Boleh tak, You temankan I?” Merengek-renngek Mastura mengajak.

“Baguslah kalau macam tu. Setidak-tidaknya, you sudah menjumpai kerjaya yang you minati. Pasal ajakan you tu, I fikir-fikirkan dulu.” Tengku Zamran Hakim tidak memberikan kata putus. Sebenarnya, dia sendiri hairan, kenapa tiba-tiba Mastura mencarinya. Mungkin Mastura sudah mengetahui dia sudah putus tunang.

“Alah… bolehlah. I anggap ini sebagai hadiah You yang paling istimewa untuk I sempena birthday I tak lama lagi.” Pujuk Mastura lagi.

Tengku Zamran Hakim terasa meluat dengan perangai wanita di hadapannya. Tetapi memikirkan Mastura ini teman lamanya, dia menerima ajakan tersebut.

“Baiklah. I jemput You malam Sabtu nanti.” Tengku Zamran Hakim memberi kata putus setelah berfikir lama.

“Thanks.” Mastura bersorak riang. Sebelum berlalu, dia meninggalkan alamat rumahnya kepada Tengku Zamran Hakim.

1 comment:

  1. ni la watak(mastura) yg bakal menghangat kn lg episod mndtg...

    ReplyDelete