Tuesday, January 27, 2009

Hati yang Terluka 12

Tengku Zamran Hakim mengeluh berat. Tinggal masa lebih kurang 1 jam lagi untuk ke waktu rehat. Hari ini genap 2 minggu tempoh yang mummy beri. Calon isteri tidak dijumpai lagi. Nak bawa Mastura? Tak payah. Perangai tidak ubah seperti Maria.

Teringat kata mummynya malam tadi. “Esok mummy tunggu di Restoran Cozy Corner. Kamu datang masa waktu rehat. Bawa calon menantu untuk mummy. Kalau esok Zam datang seorang, maknanya Zam kena terima Maria. Kalau tak datang langsung kamu tetap kena kahwin dengan Maria.” Penuh Yakin Raja Muzairah berkata.

'Ya Allah...bantulah aku. Jauhilah aku dari menikahi Maria.' Tengku Zamran Hakim berdoa dalam hati. Dia melangkah berat keluar dari pejabat untuk ke Restoran Cozy Corner. 'Ya Allah..kalaulah Maria jodohku, aku pasrah. Tapi jika bukan, tunjukkanlah aku jalan keluar.' Tidak putus-putus dia berdoa. Hatinya benar-benar berat mahu menerima Maria.

* * * * *

“Hana, pukul 2 nanti saya ada urusan dengan Syarikat Berjaya Berhad di Ampang. Jadi saya nak keluar sekarang. Pesan pada Juita, tak payah tunggu saya makan tengah hari ni. Kalau-kalau ada sesiapa call catit ya.” Emily sempat berpesan ketika berlalu di meja setiausahanya.

“Eh Cik Emy. Wait...” Hana tiba-tiba memanggilnya sebelum sempat dia berlalu.

Emily menoleh.

“Ayu Cik Emy berbaju kurung hari ni. Nak jumpa bakal mak mentua ke?” Usik Hana.

“Pandai je awak ni. Nak kena cubit pipi ni.” Emily ketawa kecil mendengar usikan setiausahanya. Sebelum berlalu, sempat pipi setiausahanya itu dicubit.

Hari ini dia sengaja berbaju kurung. Baju kesukaan Syira. Entah mengapa terlintas dihatinya mahu memakai baju kurung hari ini. Masa tengah cari baju tadi, tiba-tiba ternampak baju kurung ni. Kebetulan sudah siap digosok. Sambar je lah.

Selama ini dia jarang memakai baju kurung kerana dia seorang yang agak aktif dan sering bertemu pelanggan di luar pejabat. Jadi lebih mudah jika dia memakai baju kemeja dan seluar.

* * * * *

Emily menjeling jam di dashboard. Sudah tiba waktu makan tengah hari. Patut perut berdendang semacam. Melilau matanya mencari restoran.

Akhirnya Emily membuat keputusan untuk makan di Restoran Cozy Corner. Restoran kesukaan Syira. Dia mengeluh. Entah mengapa hari ini semua yang dilakukannya pasti mengingatkannya pada Syira. Syira...mama rindu. Hatinya merintih.

Emily memakirkan keretanya. Selepas keluar dari perut keretanya, telefon bimbitnya berbunyi. Juita.

Emily mengangkat sambil berjalan menuju ke restoran.

“Assalmualaikum.” Emily memberi salam.

“Waalaikumusalam. Emy, kenapa keluar tak tunggu aku? Terpaksalah aku makan seorang hari ni. Sampai hati kau.” Juita berkata sayu.

Emily ketawa. “Kenapa dengan kau ni? Aku ada temu janji dengan Berjaya Berhad la pukul 2 nanti. Aku takut terlewat. Sebab tu lah aku keluar awal. Aku pun nak makan sekarang ni. Sementara tunggu pukul 2, baik aku melantak dulu.” Entah apa-apalah Juita ni. Menggeleng dia dengan telatah Juita yang baru sahaja mula bekerja di Perkasa Holding hari ini dan tinggal dirumahnya.

“Bukan nak bagitahu sendiri kat aku. Siap buat pesanan dekat Hana pulak tu. Emy, aku baru first day nak bekerja. Kau dah lesap. Makan dengan aku masa hari pertama aku kerja pun tak sempat.” Juita masih lagi mahu merajuk. Sengaja. Sesekali manja dengan Emily apa salahnya.

“Nanti, kalau aku ada masa, aku makanlah dengan kau. Boleh?” Emily memujuk.

“Ye la. Tapi kau belanja.” Juita ketawa di corong telefon.

“Kau memang.” Emily membalas. Turut ketawa.

“Kau makan tengah hari kat mana?” Juita bertanya.

“Aku makan dekat....” Belum sempat Emily meberitahu dia terlanggar seorang lelaki dihadapnnya. Hampir tercampak telefon bimbitnya. Itulah padahnya. Sembang tak ingat dunia.

“Hei, jalan tak tengok orang ke?” ujar lelaki yang dilanggarnya sambil berpaling kearahnya.

Emily terkejut. Alamak. Mamat ni. Apalah malang nasib. Mesti kena hentam lagi.

Tengku Zamran Hakim juga turut terkejut melihat wajah dihadapannya.

“Eh Juita. Sorry tau. Nanti kita sembang lagi kat rumah.” Emily cepat-cepat mematikan talian.

“Maaf Encik. Tak sengaja.” Emily memohon maaf. Bukan salah aku seratus peratus pun. Siapa suruh lelaki ni jalan lambat sangat. Jalan pun macam nak tak nak je. Lemah semacam.

Gelisah Tengku Zamran Hakim sudah hilang serta-merta. Hatinya menyuruh dia bertindak.

“Awak kena tolong saya.” Tengku Zamran Hakim berkata lantas mengheret Emily memasuki Restoran.

Emily pula terpinga-pinga apabila lengannya ditarik.

* * * * *

Tengku Zamran Hakim mengheret Emily sehingga tiba disebuah meja di mana mummynya sedang menunggu.

“Mummy, kenalkan inilah bakal menantu bongsu mummy dan daddy.” sambil berdiri Tengku Zamran Hakim berkata kepada mummynya.

Emily yang berada disebelahnya terlongo. Bakal menantu?

Raja Muzairah memandang Tengku Zamran Hakim dan gadis di hadapannya silih berganti. Nampak serasi.

Dia benar-benar tidak menyangka anaknya sudah mempunyai calon. Melihat cara gadis cantik didepannya membuatkan hatinya sudah tertarik. Sopan. Padanlah anaknya itu bermati-matian menolak Maria. Fikir Raja Muzairah.

Emily masih lagi membatu apabila Tengku Zamran Hakim menariknya duduk. Cuba memastikan dia tidak silap dengar atau otaknya sudah tidak berfungsi.

Hampir tersembur tawa Tengku Zamran Hakim melihat Emily berkeadaan begitu. Ehh...nanti dulu. Apa nama perempuan ni ek? Aduh...habislah kalau mummy tanya.

Seketika masing-masing mendiamkan diri. Hanya suasana sekeliling yang kedengaran.

Emily memandang Tengku Zamran Hakim setelah dia benar-benar pasti dia tidak bermimpi. Pandangannya seperti mahu menelan lelaki disebelahnya hidup-hidup.

Tengku Zamran Hakim buat muka selamba.

Emily mendengus perlahan.

“Anak ni nama apa?” Raja Muzairah memecahkan kebisuan. Lembut dia bertanya pada Emily.

Tengku Zamran Hakim tarik nafas lega.

Emily tersenyum memandang wanita sebaya bondanya itu.

“Emily Natasha auntie.” Emily berkata setenang yang boleh. Dia sendiri masih keliru dengan sandiwara di hadapannya. Apalah agaknya yang dirancang oleh lelaki di sebelahnya ini. Mesti ada yang tak kena ni.

Emily Natasha. Indahnya nama tu. Seindah wajah. Detik hati Tengku Zamran Hakim kagum.

“Tak payah berauntie-auntie. Anak panggil je mummy macam Zam panggil. Mummy nak panggil anak ni apa ye?” Raja Muzairah begitu mesra bertanya. Hatinya benar-benar sudah menyukai gadis di hadapannya ini.

Mummy? Eh...belum apa-apa dah suruh panggil macam tu? “Panggil Emy je aun... err mum...mummy.” Emily ketap bibir. Susahlah macam ni.

Tengku Zamran hakim mahu ketawa tapi ditahannya. Tidak menyangka mummynya cepat benar mesra dengan gadis disebelahnya.

“Emy ni kerja apa ye?” Tanya Raja Muzairah lagi.

“Saya kerja...errr....”

“Emy ni kerja kat butik mummy.” Tengku Zamran Hakim cepat-cepat memintas. Huh! Habislah kalau perempuan tu cakap dia kerja sebagai 'model'.

Mummynya ini memang jenis memilih. Dia ingat lagi bekas teman wanita abang sulungnya dahulu juga seorang peragawati. Tetapi mummy tak mahu. Cepat-cepat mummy cari jodoh untuk Alongnya. Model tak nak tapi Maria yang pakai tak cukup kain tu mummy nak pulak.

Emily menjegil pada Tengku Zamran Hakim. Pandai-pandai je. Memang tak salah dan tidak pula betul. Hampir-hampir mengena.

“Kerja kat butik? Kerja apa tu Emy?” Raja Muzairah bertanya lagi kepada Emily.

Lor...mummy ni. Tak habis lagi ke. Kerja apa nak cakap. Tengku Zamran Hakim mencongak.

“Saya err...” Sekali lagi kata-katanya dipintas.

“Dia reka baju mummy.” Tengku Zamran Hakim menjawab bagi pihak Emily. Pandai-pandai je buat cerita.

Wah...pandai jugak dia teka. Macam mana lelaki ni boleh terfikir yang dia kerja di butik? Entah-entah lelaki ni...owh...kejadian mereka terlanggar tempoh hari di pintu masuk ketika butiknya mempersembahkan pakaian rekaan melayar di matanya.

“Yang kamu dari tadi tolong jawab kenapa? Biar la Emy yang jawab.” ujar Raja Muzairah.

Tengku Zamran Hakim tersengih. “Zam saje nak tolong dia mummy. Masti dia gemuruh berdepan dengan mummy.”

Emily mencebik.

Seorang pelayan datang mengambil pesanan. Masing-masing hanya memesan air minuman.

Perut Emily yang tadinya lapar hilang serta-merta. Tiada selera dengan kejutan yang sebegini.

Tiba-tiba telefon bimbit Raja Muzairah berbunyi.

“Waalaikumusalam. Abang dekat mana ni?” kata Raja Muzairah.

Emily hanya memerhati wanita dihadapannya berbual di telefon bimbit.

“KLIA? Yelah, saya pergi jemput.” Raja Muzairah memutuskan talian.

“Emy....mummy betul-betul minta maaf. Ni ha...daddy call. Katanya ada di lapangan terbang. Rasanya nanti kalau kita jumpa lagi maknanya rombongan meminang lah pulak.” Raja Muzairah mengusik.

Emily hanya tersenyum tawar. Daddy? Panggilan untuk seorang ayah. Emily menahan sebak. Lelaki disebelahnya sungguh beruntung. Mempunyai keluarga yang lengkap.

Emily bangun sambil menyalam dan mengucup tangan Raja Muzairah.

Tengku Zamran Hakim hanya memerhati perlakuan Emily.

“Ha...Zam jangan lupa bawa Emy ke rumah.” Raja Muzairah memesan pula pada anaknya.

“Daddy dah balik ke mummy?” Tengku Zamran Hakim mengubah topik.

“Ha'ah. Daddy kamu ni mengada betul. Pak Kassim nak ambil dia tak nak.” Raja Muzairah membebel sebelum melangkah pergi.

Tengku Zamran Hakim hanya ketawa mendengar mummynya membebel.

Emily memandang tajam pada Tengku Zamran Hakim. Ketika itu mereka hanya berdua di meja.

Habislah aku. Detik Tengku Zamran Hakim.

Emily menjeling jam di pergelangan tangannya. 1.40. Alamak. Urusan dengan Berjaya Berhad!

“Err...saya kena pergi.” Emily cepat-cepat bangun dari duduknya.

“Eh..nanti dulu. Macam mana saya nak contact awak?” Tengku Zamran Hakim menahan. Turut bangun dari tempatnya duduknya. Ingat boleh pergi macam tu je ke.

“Buat apa nak contact saya?” Emily bertanya pelik.

“Urusan kita belum selesai.” Suara Tengku Zamra Hakim mendatar.

“Saya tak ada apa-apa urusan dengan awak.” Emily cuba membuka langkah.

Tetapi tangan Tengku Zamran Hakim lebih pantas bertindak. Tangannya memaut pinggang Emily. Erat.

“Awak nak bagi nombor telefon awak ke tak nak?” Tanya Tengku Zamran Hakim dekat di telinga Emily yang bertutup kain tudung.

“Tak nak. Hei awak. Lepaslah.” Emily meronta perlahan. Matanya diliarkan sekeliling. Bimbang pengunjung restoran melihat telatah mereka.

“Kalau awak tak bagi, saya takkan lepas.” Tengku Zamran Hakim seperti mengugut.

“Awak ugut saya?”

“Terserah awak nak fikir apa.” bisik Tengku Zamran Hakim.

Meremang tengkuk Emily. Degupan jantungnya juga tidak kurang hebatya.

Emily melihat jam tangannya buat kali kedua. Mahu atau tidak dia terpaksa memberikan nombor telefonnya. Cepat-cepat tisu dicapai dan pen dikeluarkan. Sengaja dia tidak memberikan kad namanya. Takut kalau-kalau lelaki itu mencarinya di pejabat.

“Nah. Puas hati?” Emily menghulur.

“Betul ke ni nombor telefon awak?” Tanya Tengku Zamran Hakim sambil membelek tisu ditangannya. Pautan masih tidak dilepaskan walaupun jantungnya hampir tercabut.

Emily mencerun. “Awak ingat saya ni penipu macam awak?” Emily menyindir geram.

Tengku Zamran Hakim tersenyum sinis. “Orang perempuan ni bukan boleh percaya sangat.” Sinis sekali nadanya.

Emily cuba menyabarkan hatinya. “Dan orang lelaki memang suka mengambil kesempatan.” Emily membalas dalam nada yang sama.

Berdesing telinga Tengku Zamran Hakim. Perempuan ni mampu membalas apa saja yang ayat yang terkeluar dari mulutnya.

“Hah...lepaslah.” Emily berkata garang.

Tengku Zamran Hakim melepaskan pautan. Huh...garangnya. Perangai perempuan memang macam ni agaknya.

Emily sempat menghadiahkan jelingan tajam pada Tengku Zamran Hakim sebelum berlalu pergi.

Tengku Zamran Hakim telan liur. Kemudian ketawa kecil. Teringat pada tindakan bodohnya tadi. Macam manalah aku boleh heret perempuan tu tadi. Memang cari masalah.

5 comments:

  1. ghahaha..
    fuhh..perh laa..
    besh2..

    ReplyDelete
  2. mcm tu..pun bole ker...
    main sambar je..hehehe..
    apa2 pun..sambung...

    ReplyDelete
  3. sweet giler2~
    like it..
    next~haha..

    ReplyDelete