“Mummy.. Daddy..” Perlahan suara Tengku Zamran Hakim memanggil Raja Muzairah dan Tengku Zaidi yang kelihatan tergesa-gesa mahu keluar dari bilik. Sempat dia memandang sekeliling bilik. Seakan mencari sesuatu.
Tengku Zaidi dan Raja Muzairah yang tersentak dengan panggilan itu menoleh serentak.
“Ya Allah. Allahamdulillah. Zam! Abang, Zam dah sedar!”
Hampir terjerit suara Raja Muzairah bila melihat Tengku Zamran Hakim yang sudah membuka mata. Dia kembali menghampiri katil sementara Tengku Zaidi memanggil doktor ingin memaklumkan keadaan anaknya yang sudah tersedar dari koma.
“Berapa lama Zam tak sedar, mummy?” Tanya Tengku Zamran Hakim selepas mendengar kata-kata Raja Muzairah.
Di mindanya terbayang satu-persatu kejadian yang menimpanya. Ngeri. Waktu itu dia sudah membayangkan nafasnya akan terhenti bila-bila masa. Syukur alhamdulillah. Allah masih panjangkan nyawanya untuk dia terus bernafas menjadi pelindung buat isteri dan anaknya.
“Tiga bulan. Zam, Syukurnya mummy. Mesti Emy suka sangat kalau tahu ni.” Jawab Raja Muzairah bersama linangan air mata tanda kesyukuran dan kegembiraannya melihat Tengku Zamran Hakim yang kembali sedar.
Tengku Zamran Hakim yang ingin membuka mulut lagi bertanya mengenai Emily terdiam bila Tengku Zaidi masuk dengan seorang doktor dan dua orang jururawat. Mereka membiarkan doktor tersebut membuat kerjanya.
“Congratulations. You sedar juga. I ingat you nak tidur lama lagi.” Usik Dr. Raymond, doktor yang bertugas merawatnya bersama senyuman yang melebar. Doktor mana yang tidak gembira melihat pesakit yang dikatakan peluang peratusan untuk sedar dari koma adalah sangat tipis tiba-tiba kembali sedar.
“Keadaan kesihatan you pun sangat baik. Cuba you bangun?”
Tengku Zamran Hakim cuba menggerakkan kakinya sebelum kemudian dahinya berkerut menahan kebas.
“Kebas? Tu hanya sementara. You kena biasakan diri you berjalan kembali sebab you dah lama koma.” Ujar Dr. Raymond lagi. Dia memberi beberapa nasihat sebelum keluar bersama jururawat dari bilik tersebut.
“Mana Emy? Dia sihat kan?” tanya Tengku Zamran Hakim sejurus selepas itu. Sejak sedar tadi dia tercari-cari wajah yang amat dirinduinya itu.
Hatinya terasa tidak enak dan dia pasti perasaan itu yang membuatkan keinginannya membuak-buak untuk terjaga dari tidur yang panjang.
“Ya Allah. Baru mummy teringat. Emy jatuh bilik air. Kata daddy tadi, mungkin kena paksa bersalin hari ni.”
“Hah?” Jatuh bilik air? Tengku Zamran Hakim rasa mahu pitam mendengar kata-kata mummynya. Dia baru sahaja sedar dari koma tadi dengan penuh kesyukuran dan pengharapan agar dapat bersama isteri dan anaknya menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
“Astaghfirullah. Daddy pun terlupa. Tadi daddy dangan mummy kalut keluar nak jenguk Emy la.” Ujar Tengku Zaidi pula.
“Tolong bawa Zam jumpa Emy.” Pintanya pada Raja Muzairah dan Tengku Zaidi. Tunggu sayang, abang datang. Bisiknya sendiri.
Mereka berdua mengangguk. Kasihan melihat anak bongsu mereka yang sudah berair mata. Mungkin memikirkan keadaan Emily yang sedang bertarung untuk hidupnya dan anak mereka.
Tengku Zamran Hakim sedaya upaya cuba menahan air matanya dari tumpah namun gugur setitis juga air jernih itu. Ya Allah, jauhkanlah isteri dan anakku dari perkara-perkara yang tidak diingini. Perkara yang tidak mahu aku bayangkan. Kau kasihanilah kami, ya Allah. Berikanlah kesempatan untuk kami merasa bahagia menjadi suami isteri, ibu dan ayah pada anak kami, ya Allah. Berikankan isteriku, Emily Natasha kekuatan untuk menghadapi saat melahirkan permata hati kami. Hanya pada-Mu aku berserah dan hanya pada-Mu aku meminta pertolongan, ya Allah. Hatinya berdoa penuh pengharapan.
*****
“Emy macam mana rasa sekarang?” tanya Puan Zharifah. Naik risau mereka semua apabila doktor memaklumkan air ketuban Emily sudah pecah dan ada tumpahan darah. Untuk mengelakkan bayi dari menghadapi kompilasi lain, bayi perlu dikeluarkan. Sebentar tadi doktor sudah memberi suntikan untuk kuatkan paru-paru bayi.
“Lepas kena induce tu sekejap-sekejap rasa sakit.” Jawab Emily lemah. Dari tadi dia tidak selesa. Sekejap dia mengalihkan badan ke kanan. Sekejap pula ke kiri. Waktu ini dia sedang menunggu bukaan. Bila-bila masa dia akan di tolak ke ruang bersalin.
“Contraction la tukot. Emy doa banyak-banyak mohon Allah permudahkan Emy bersalin nanti.”
“Bonda, tolong doakan Emy dapat bersalin lancar ye? Kalau Emy ada buat dosa dengan bonda, Emy minta ampun.” Pintanya pada Puan Zharifah. Takut dan sedih. Takut untuk mengharungi detik melahirkan dan sedih bila memikirkan akan bersalin tanpa suami di sisi.
“Ye, bonda dah maafkan. Bonda sentiasa doakan untuk Emy.” Puan Zharifah yang setia di sisi Emily sejak Emily dimasukkan di wad tersebut cuba menenangkan anaknya itu. Dia faham perasaan Emily yang risau tambahan pula terpaksa bersalin tidak cukup bulan.
“Bonda, Emy nak sangat abang ada. Dia dah janji dulu nak teman Emy.”
Dulu, memang dia pernah meminta Tengku Zamran Hakin menemaninya waktu bersalin dan suaminya itu sudah berjanji untuk berada disisinya pada saat genting ini.
“Emy istighfar banyak-banyak. Kuatkan hati. Bonda dan Ayah kan ada. Nanti dekat dalam bonda temankan.” Puan Zharifah mengusap kepala Emily memujuk. Bagai tidak percaya dia tentang hakikat anaknya itu bakal mengulang saat sepertinya dan Emilia bersalin tanpa suami disisi.
Tiba-tiba Emily mengerang kesakitan.
“Bonda, sakit”. Beritahu Emily tersekat. Dia dapat merasakan sakit yang sesekali datang tadi menjadi berpanjangan dan makin berganda kesakitannya.
Kalut Puan Zharifah menyuruh Tengku Tajuddin memanggil jururawat dan doktor. Sesaat kemudian jururawat dan doktor sudah menyerbu kebilik tersebut.
“Dah sampai masa dah ni. Tolak ke labour room!” Kelam-kabut suasana didalam wad tersebut.
Dalam bilik bersalin mereka menghadapi kesukaran. Emily bagai tidak bertenaga untuk meneran lagi. Sudah banyak kali dia cuba namun tidak berjaya. Jururawat yang berada diruang itu juga sudah berapa kali mengajarnya.
“Puan rambut baby dah boleh nampak ni. Push kuat lagi.” Arah doktor.
Puan Zharifah yang menemani Emily ketika itu sudah naik risau. Sudah agak lama Emily cuba tetapi bayi masih tidak berjaya dikeluarkan. “Emy kena kuat.”
“Baby tak nak keluar bonda. Emy dah tak larat.” Emily sudah menangis.
“Dia tak boleh fokus ni. Suami dia tak dapat datang? Dalam keadaan sekarang saya rasa kita perlukan suami dia.” tanya doktor yang bertugas menyambut kelahiran pada Puan Zharifah.
Baru sahaja Puan Zharifah mahu membuka mulut pintu bilik bersalin dibuka dari luar.
“Saya suami dia.” Ujar Tengku Zamran Hakim yang baru masuk bersama kerusi roda.
Terpinga-terpinga mereka yang berada dalam ruangan itu. Emily pula berada di antara percaya dan tidak apabila. Doanya sepanjang hari ini dimakbulkan. Terasa bagai mimpi dapat melihat wajah tenang itu mencelikkan mata dan bersuara.
“Zam?” terkejut Raja Muzairah. Namun jauh di sudut hati tidak berhenti mengucap syukur dengan kedatangan menantunya itu. Raja Muzairah mengusap kepala Emily sebelum menghampiri Tengku Zamran Hakim.
“Terima kasih Zam. Bersyukurnya bonda Zam ada dekat sini. Emy dari tadi tunggu Zam datang.” Puan Muzairah berlalu keluar memberi ruang untuk Tengku Zamran Hakim menemani Emily.
Tengku Zamran Hakim hanya tersenyum kemudian menghampiri Emily.
“Sayang...” panggilnya lembut.
Laju air mata Emily mengalir apabila mendengar suara Tengku Zamran Hakim sedekat itu. Sungguh. Dia benar-benar rindu. Tangan suaminya dicapai dan dikucup lembut.
“Abang...anak kita tak nak keluar. Susah sangat Emy nak bersalin. Emy minta ampun dengan abang. Mesti Emy banyak dosa dengan abang sampai susah sangat baby nak keluar.” Emily terus mengadu pada Tengku Zamran Hakim. Sempat dia memohon ampun pada suaminya itu. Makin menjadi-jadi tangisannya apabila memikirkan mungkin ada dosa pada suaminya yang tidak terampun yang membuatkan dia susah untuk bersalin.
“Syy...sayang. Jangan menangis. Abang kan ada ni. Emy tak ada dosa apa-apa pun dengan abang. Anak kita tunggu abang sebab tu agaknya tak nak kaluar tadi.” pujuk Tengku Zamran Hakim memeluk Emily. Tidak ada langsung dosa Emily padanya. Jika ada pun, sudah lama dia redha dan maafkan.
Tangisan Emily sudah kembali reda. Hanya esakan kecil yang kedengaran. Dada dan fikirannya tiba-tiba terasa lapang mendengar kata dari Tengku Zamran Hakim.
“Maaf sayang, abang lambat datang. Kesian isteri abang ni. Abang tolong Emy bersalin, okay?” pujuk Tengku Zamran Hakim lagi.
Emily mengangguk. Tenaganya yang hilang ketika meneran tadi seakan kembali semula.
“Sayang tarik nafas dalam-dalam lepas tu cuba teran lagi. Nak genggam tangan abang kuat-kuat pun buatlah. Abang tak kisah.” Suruh Tengku Zamran Hakim.
Emily menggenggam kuat tangan Tengku Zamran Hakim dan menarik nafas dalam. Mulutnya tidak henti-henti mengucapkan kalimah-kaliah Allah.
Sempat Tengku Zamran Hakim mengusap perut Emily dan dengan suara yang perlahan seakan berbisik memujuk dia berkata, “Assalamualaikum anak-anak papa. Papa dah datang ni. Jangan susahkan mama ya, sayang. Papa dah tak sabar nak tengok anak-anak papa.”
Mereka yang berada dalam ruangan bilik bersalin itu hanya diam bagi memberi ruang pada pasangan suami isteri itu. Masing-masing hanya mampu berharap kelahiran tersebut akan berjalan lancar.
Dengan sepenuh tenaga, Emily cuba meneran sekali lagi dan bunyi tangisan yang kuat membuatkan semua yang berada dalam bilik itu menarik nafas lega.
“Alhamdulillah. Boy!” beritahu doktor dan menyerahkan bayi tersebut pada jururawat.
“Ada lagi sorang. Puan buat macam tadi. Baby dah nak keluar dah ni.” Arah doktor lagi.
Sekali lagi dan seperti tadi, lancar bayi yang kedua keluar. Tangisan anak keduanya sangat perlahan namun masih boleh kedengaran.
Tengku Zamran Hakim mengucup pipi Emily. “Alhamdulillah. Good job, sayang.”
“Sepasang.” Doktor hanya menunjukkan sebentar pada mereka sebelum menyerahkan bayi seterusnya kepada jururawat lagi satu dan dibawa pergi.
“Semua salah Emy, abang. Emy tak hati-hati. Kesian anak-anak kita kena masuk NICU.” Emily kembali mengalirkan air mata. Lega anak-anaknya selamat dilahirkan namun hatinya sayu memikirkan anak-anaknya terpaksa ditahan. Memang sudah dimaklumkan dari awal lagi sebelum Emily bersalin mengenai bayi mereka yang akan terus dimasukkan ke NICU sebaik sahaja dilahirkan kerana lahir pramatang.
“Sayang, memang Allah dan tentukan anak kita lahir hari ni. Kita doa anak-anak kita sihat macam bayi normal yang lain. Emy tak boleh sedih, stress nanti nak kena menyusu anak-anak kita. Abang ada, kita sama-sama tunggu anak-anak kita sihat dan boleh bawa balik rumah kita, okay sayang?” Tengku Zamran Hakim tidak henti-henti mengucap syukur dalam hati kerana diberi kesempatan untuk bergelar seorang ayah. Sempat dia berdoa agar perkembangan kedua anaknya baik dan sihat.
Cukup risau dia apabila mendengar yang anaknya terpaksa lahir awal dari tarikh yang sepatutnya. Bergegas dia ke sini bersama mummy dan daddynya. Berjumpa Tengku Tajuddin diluar dan diberitahu Emily sudah masuk ke bilik bersalin. Terus dia minta kebenaran untuk turut masuk.
Emily mengangguk dan mengalirkan air mata kesyukuran. Hari ini benar-benar hari yang bersejarah baginya. Tengku Zamran Hakim sudah bangun dari koma dan dia dikurniakan sepasang cahaya mata. Dia memandang suaminya lama. Dia benar-benar letih dan mahu melelapkan mata namun ada kegusaran di hatinya. Takut jika dia kembali bangun nanti Tengku Zamran Hakim tiada di sisinya. Risau memikirkan jika semua ini hanya mimpi.
“Tidur, sayang.” Tengku Zamran Hakim mengusap perlahan kening Emily. Kasihan dia melihat Emily yang kelihatan lesu tapi masih menahan matanya dari tidur.
“Abang janji tak tinggal Emy?” soal Emily bersama matanya yang sudah kuyu. Tangan Tengku Zamran Hakim tetap digenggam kemas.
“Abang takkan tinggalkan Emy. Abang sayang Emy sangat-sangat. Abang ada dekat sini. Sayang tidur dulu. Abang tunggu sampai Emy bangun nanti.” Dahi Emily dikucup perlahan.
Berganda kegembiraan dan kesyukurannya apabila Emily melahirkan sepasang kembar untuknya. Betapa dia menghargai pengorbanan Emily bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. Melihat kepayahan Emily tadi, sudah tersemat dihatinya tidak akan biarkan lagi hati isterinya itu dilukai. Berjanji pada dirinya selagi dia bernafas, selagi itu akan dipastikan kebahagiaan buat isterinya yang tercinta.
“Thank you so much, sayang. Andai sayang tahu betapa dalamnya cinta abang pada sayang.” Bisik Tengku Zamran Hakim perlahan pada Emily yang sudah tidur nyenyak bersama tangan yang bersatu dengannya.