Tuesday, October 13, 2009

Hati yang Terluka 42


Salam....sambungan yg x seberapa. mcm biasa, ayat masih tunggang langgang. nnt min cuba edit balik...td dah edit tp mcm x berapa okey lg...apa2 pun, selamat membaca.


* * * * *
"Eh, mummy tak tidur lagi?" tegur Tengku Zamran Hakim yang baru menuruni anak tangga. Niatnya untuk ke dapur dibatalkan. Dia melangkah kaki ke ruang tamu.

"Macam kamu tak kenal mummy. Tengah-tengah malam macam ni la peluang mummy nak tengok drama. Nak tengok dalam bilik, nanti kacau daddy pulak. Kamu pulak, kenapa tak tidur lagi?"

"Nak cari air tadi, tapi bila dah nampak mummy dekat sini singgah kejap." balasnya sambil melabuhkan duduk pada sofa di ruang tamu tersebut.

"Kamu nak cakap sesuatu dengan mummy ke?" tanya Raja Muzairah mengalihkan perhatiannya dari televisyen ke wajah anak bongsunya itu.

Tengku Zamran Hakim meraup muka. Hatinya tidak tenang sejak beberapa hari ini. Ada perkara yang mengangganggu fikirannya.

"Kenapa ni? Cuba cerita dengan mummy." pujuk Raja Muzairah.

Tengku Zamran Hakim mengeluh.

"Cakap je lah Zam. Mummy dengar." sambung Raja Muzairah lagi.

Wajahnya diangkat sayu memandang wajah mummynya. “Kalau Zam nak minta tolong boleh?”

Berkerut dahi Raja Muzairah. “Kenapa pulak tak boleh? Kamu anak mummy. Takkan mummy tak nak tolong. Cakaplah.”

Dia terdiam seketika. Ada rasa hiba yang menyelubungi dirinya.

“Nanti…kalau apa-apa jadi pada Zam, mummy tolong tengok-tengokkan Emy untuk Zam boleh?”

Kaget Raja Muzairah mendengar permintaan tersebut. “Jadi apa-apa dekat kamu? Maksudnya?”

Dia menarik nafas. “Zam pun tak tahu macam mana nak terangkan. Tapi, Zam minta sangat-sangat pada mummy tolong jaga Emy. Zam takut dia tak kuat kalau Zam tak ada nanti.”

“Kamu nak pergi mana sebenarnya ni? Cuba cerita dengan mummy.” Raja Muzairah sudah mula tidak senang duduk.

Tengku Zamran Hakim cuba mengukir senyum melihat raut kerisauan pada wajah mummynya.

“Tak pergi mana-mana. Zam cuma pesan. Mana tahu kalau-kalau benda tu betul-betul berlaku.” ujarnya cuba membuang sangkaan yang bermain pada fikiran mummynya.

"Boleh mummy?" tanyanya lagi.

Lama Raja Muzairah tersenyap. Hatinya tidak keruan. Sebelum ini, anak bongsunya itu tidak pernah berpesan begitu. Wajah tampan itu dipandangnya. Wajah penuh mengharap itu akhirnya membuatkan dia mengangguk.

“Mummy tak kisah kalau kamu nak suruh mummy jaga Emy. Mummy lagi suka. Tapi cara kamu cakap buat mummy naik takut.”

Tengku Zamran Hakim tersenyum. “Tak ada apa-apalah mummy. Baru lega sekarang. Kalau apa-apa jadi nanti taklah Zam risau sangat fikirkan Emy.”

Raja Muzairah merenung riak wajah Tengku Zamran Hakim. “Kamu betul-betul sayangkan Emy.”

“Emy dah jadi sebahagian dari hidup Zam…” beritahunya perlahan.

“Mummy tahu. Kalau dulu, mummy yang paksa Emy dengan Zam buat yang tu, buat yang ni sebab nak rapatkan hubungan. Kamu ingat mummy tak tahu yang kamu dengan Emy bukan betul-betul suka sama suka masa kamu berdua mula-mula kahwin dulu.”

“Mummy tahu?” Riak wajah Tengku Zamran Hakim ketika itu penuh tanda tanya.

“Bonda Emy beritahu. Dia jadi pelik bila Emy masih marah dekat ayah dia tapi dia terima Zam. Kamu pun tahu macam mana kisah Emy dulu kan?”

Tengku Zamran Hakim mengangguk.

“Nasib baik mummy paksa kamu cari calon cepat. Bonda Emy pulak paksa Emy cari calon suami. Baguslah tu. Memang dah jodoh kamu berdua. Kalau tak, dah selamat kamu dengan si Maria tu. Emm, cakap pasal Maria, mummy dengar dia dah lepas dari tuduhan tu kan?” tanyanya meminta kepastian.

“Emy yang minta macam tu. Kalau boleh, Emy tak nak berdendam dengan sesiapa.”

“Tak takut kalau dia cuba buat benda tak baik pada Emy?”

Tengku Zamran Hakim mengeluh. “Entahlah bonda. Berdoa je lah dia berubah. Emy pun cakap macam tu. Satu hari nanti, pasti dia sedar.”

Tiba-tiba sebuah senyuman kecil terbit di bibir Raja Muzairah.

“Kenapa mummy senyum-senyum ni?”

“Mummy teringat kisah dulu. Susah kalau ramai peminat ni. Mummy dulu pun selalu makan hati dengan daddy kamu. Perempuan keliling pinggang. Mummy pasrah je masa tu. Tapi nasib baik daddy pandai ambil hati mummy. Ha, kawan kamu doktor yang minat Emy tu macam mana pulak?”

Tengku Zamran Hakim terdiam agak lama. Cuba mengimbau kembali kejadian dia bersemuka dengan Syed Fauzi selepas persandingannya.

“Kenapa tak beritahu aku dari awal? Kalau tak, tak adalah aku macam orang angau.” Ayat pertama yang terlontar oleh Doktor Fauzi setelah mendengar pengakuannya.

“Aku betul-betul minta maaf pasal ni. Masa mula-mula kau cakap kau minat dekat Emy dulu, aku jadi serba salah. Kau sebelum ni mana minat dengan mana-mana perempuan, tiba-tiba kau cakap kau dah jatuh hati. Dengan bini aku pulak tu. Aku cuba nak cakap perkara sebenar, tapi setiap kali aku nak bukak mulut kau mesti cakap pasal perasaan kau. Aku jadi tak samapi hati.”

Syed Fauzi ketawa. “Zam…Zam…patutnya kau beritahu awal-awal. InsyaAllah aku boleh terima. Takkan aku nak rampas bini kawan sendiri. Isy, buat malu aku je bila ingat balik macam mana aku angau kat Emy dulu. Bini orang rupanya. Kawan sendiri pulak tu.”

“Kau tak marah?”

“Buat apa nak marah? Salah aku jugak tak siasat dulu sebelum ni. Eh, Syira yang panggil Emy mama dulu memang anak Emy ke?”

“Anak buah. Syira anak kakak dia.” Lega rasanya bila perasaan bersalahnya pada Fauzi sudah mula beransur pergi.

“Oh…tapi kenapa dia panggil Emy mama?”

“Emy jaga Syira sejak Syira lahir lagi.” Beritahunya.

“Oh…baru aku faham sekarang. Tapi macam mana pun, tahniah Zam. Jaga baik-baik. Bertuah kau dapat dia. Aku yang melepas. Nampaknya, kena suruh mak aku carikan calon isteri lepas ni. Mana boleh kau yang antiperempuan masa dulu pun dah kahwin. ” seloroh Syed Fauzi membuang rasa pilu. Dia sudah boleh menerima hakikat, cuma bukan senang nak buang perasaan cinta itu begitu sahaja. Dia perlukan masa.

“Aku doakan kau dapat jodoh yang baik.”

“Terima kasih, Zam. Aku pun harap macam tu. Lagi satu Zam, beri aku masa untuk buang perasaan aku pada Emy. Aku tak pernah jatuh cinta sebelum ni. Tak sempat nak bercinta pun, tapi rasa macam orang putus cinta je sekarang ni.” Suaranya kedengaran agak sayu. Sesayu hatinya kerana terpaksa melupakan cinta pandang pertamanya.

“Tak apa. Aku faham.” Bukan sahaja faham, malah dia sudah banyak melalui situasi seperti itu. Sebelum ini, Razlan dan Amir juga seperti Syed Fauzi.


“Dia terima dengan hati yang terbuka.”

“Alhamdulillah...”

“Mummy…”

“Hmm?”

“Zam nak minta ampun pada mummy kalau-kalau Zam ada sakitkan hati mummy sebelum ni.” Sambungnya selepas itu.

“Zam, kenapa ni? Pelik je cara kamu cakap.”

“Tak ada apa-apalah mummy. Saja je. Mummy ampunkan tak?”

“Ada-ada je lah kamu ni. Mummy pun tak tahu nak ampunkan apa. Zam tak ada buat salah apa-apa pun.”

Padanya, anak bongsunya itu terlalu patuh padanya dan Tengku Zaidi. Sehinggakan hal cita-cita dan impian anak itu mereka yang tentukan berbeza dengan anaknya yang lain yang mahu melepas tangan dan mengejar cita-cita yang diimpikan. Namun, hingga saat ini Tengku Zamran Hakim tidak pernah mengungkit ketidakadilan tersebut. Hanya menerima dengan tenang.

“Dan kalau Zam tak dapat jaga mummy nanti, mummy jaga diri baik-baik. Pesan pada daddy sekali."

"Abang..." Tiba-tiba ada suara yang memanggilnya dari arah tangga.

Tengku Zamran Hakim dan Raja Muzairah sama-sama mengalihkan pandangan ke arah itu.

"Ya Allah sayang. Kenapa turun ni? Tengku Zamran Hakim terus bergegas ke tangga mendapatkan Emily yang masih belum pulih sepenuhnya.

"Dah abang tak ada dekat sebelah Emy, Emy carilah abang." Mendung wajah Emily ketika itu. Wajah yang seperti mahu menangis.

"Sorry sayang. Abang turun cari air tadi. Bertembung dengan mummy yang tengah layan drama dia. Sembang sampai lupa naik balik. Sorry ya sayang." Tubuh Emily diangkat berhati-hati menuruni anak tangga.

Dia kembali ke tempat duduknya tadi bersama Emily di sebelahnya. Bahu Emily dipeluk. Emily pula lebih senang melabuhkan kepalanya pada bahu Tengku Zamran Hakim.

“Emy okey ke tak tu Zam? Sakit dekat mana-mana ke?” Tanya Raja Muzairah yang kelihatan risau.

“Sayang okey tak sekarang?”

Emily menganguk. Kepalanya diangkat.

"Emy okey mummy. Tak ada apa-apa." Beritahu Emily lembut pada Raja Muzairah.

"Syukurlah kalau macam tu." ujar Raja Muzairah lega. Wajah menantunya direnung dengan penuh kasih sayang. Terbit belas kasihan dalam dirinya bila mengenangkan dugaan yang datang bertimpa-timpa pada menantunya itu.

"Abang, Emy tidur sekejap boleh?" pinta Emily tiba-tiba.

Tengku Zamran Hakim tersenyum. "Tidurlah. Nanti abang angkat."

Emily melabuhkan kembali kepalanya pada bahu Tengku Zamran Hakim. Matanya yang memang sedia mengantuk senang sahaja terlena kembali.

"Mummy...pasal tadi, Zam betul-betul harapkan mummy." Perlahan nada suara Tengku Zamran Hakim kerana takut tidur Emily terganggu.

"Insya Allah. Mummy jaga Emy dengan anak kamu. Kamu pun, mesti selalu ada dengan Emy kan? Jangan risau, ramai yang boleh tengokkan Emy."

"Terima kasih, mummy."

"Tak payah cakap terima kasih. Kamu anak mummy, bukan orang luar. Lagi pun, kita sama-sama jaga Emy dan anak kamu kan? Tengok dia membesar sama-sama."

"Kalau Allah izikan, InsyaAllah..." Perlahan suaranya membalas. Pelukannya pada tubuh Emily yang sedang lena di bahunya dieratkan. Sayangnya pada Emily bukan sedikit. Sebolehnya, dia tidak mahu berpisah dengan isterinya itu. Namun jika takdir Allah sebaliknya, dia hanya mampu pasrah. Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua ditentukan oleh-NYA.

* * * * *

“Sayang dah betul-betul sihat ke nak pergi office ni?” tanya Tengku Zamran Hakim pada Emily. Sudah dua hari kejadian yang menimpa Emily berlalu. Namun hatinya masih tidak tenang membiarkan Emily ke pejabat.

“Dah sihatlah bang. Lama-lama duduk rumah, nanti kerja dekat pejabat makin bertimbun.”

“Abang boleh tengok-tengokkan.”

“Emy dah banyak susahkan abang. Abang pun banyak kerja nak kena buatkan? Sementara Emy boleh buat kerja, baik Emy buat.”

Kereta mereka sudah sampai di hadapan bangunan Teguh Holdings.

Emily mengambil tangan Tengku Zamran Hakim dan dicium lembut.

Tengku Zamran Hakim mengusap perlahan kepala Emily. Dahi Emily kemudiannya dikucup lama.

“Jaga diri ya sayang.”

Emily membalasnya dengan senyuman. Pintu kereta ditutup.

Agak lama Tengku Zamran Hakim memandang Emily dari dalam kereta sebelum meluncur pergi.

“Baiknya Zam. Hari-hari dia hantar kau pergi kerja ke?” Juita yang baru tiba menegur Emily.

“Dia yang nak macam tu.”

“Cik Emy! Cik Juita!” Tiba-tiba nama mereka dilaung. Mereka sama-sama memandang ke arah suara tersebut.

Tidak jauh dari situ kelihatan Hana yang sedang melambai. Kemudian dia berlari anak menghampiri mereka.

“Awak ni Hana, tak matang betul. Ada patut panggil nama kami kuat-kuat macam tu.” Juita menegur.

Hana tersengih. “Ala…saya saja je Cik Juita. Dah lama tak jumpa bos, tu yang terover semacam.”

“Hai Cik Emy, apa khabar? Dah sihat?”

“Sihat, Hana. Awak pulak?”

“Saya memang sentiasa sihat. Ha, baru saya ingat! Cik Emy kena jumpa client hari ni.”

“Aik? Baru masuk kerja pun dah kena jumpa client?” Juita menyampuk.

Hana mengangkat bahu.

“Ini bukan baru masuk kerja namanya, ini orang yang jarang masuk kerja. Tu sebab masuk-masuk dah ada kerja yang menanti.” Emily membalas, mengakui kesalahan sendiri yang jarang masuk ke pejabat sejak akhir-akhir ini. Ada sahaja perkara yang membuatkan dia tidak ke pejabat. Bukan sengaja, tapi dia benar-benar tidak dapat menjangka setiap perkara yang akan terjadi kepada dirinya.

“Cik Emy tak masuk kerja pun Encik Zamran boleh tolong. Cik Emy tahu tak, masa first time Encik Zamran datang pejabat dulu, ramai yang ternganga. Tambah-tambah yang perempuan. Yang malas-malas tiba-tiba jadi rajin. Siap kerja lebih masa lagi. Kan Cik Juita?”

Juita mengangguk sambil tersenyum. Dia juga masih tidak melupakan hari tersebut.

Emily berkerut. “Kenapa sampai ternganga pulak?”

“Sebab Encik Zamran tu handsome sangat. Ramailah yang berangan-angan masa tu. Cik Emy ingat tak minggu lepas Encik Zamran ada datang pejabat? Yang masa dia jemput Cik Emy tu.”

Emily berfikir sebentar. Dia teringat kembali di mana Tengku Zamran Hakim yang terpaksa naik ke pejabatnya gara-gara dia merajuk apabila mendapat tahu Hazimah datang berjumpa dengan suaminya itu.

“Emm. Kenapa?”

“Sebenarnya, diorang tak tahu lagi Encik Zamran tu husband Cik Emy. Tapi sebab hari tu, ramai yang tahu. Ye la, bila tengok dia masuk bilik pejabat Cik Emy masa CIk Emy ada lepas tu keluar sama-sama pulak tu. Semua dah menjuih-juih mulut. Gosip. Saya apa lagi, dengan bangganya saya umumkan Encik Zamran tu suami Cik Emy. Pakat-pakat melopong lepas tu. Ada yang frust menonggeng lah. Ada yang gigit jari. Ada pulak tu yang tak percaya. Mereka kata selagi tak dapat kata putus dari mulut Cik Emy, peluang mereka masih terbuka.” Cerita Hana panjang lebar. Sesekali dia memandang riak wajah Emily.Namun seraut wajah jelita itu hanya tenang sahaja. Tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda cemburu.

Emily hanya tersenyum mendengar cerita Hana. Bukan tidak cemburu, tetapi dia malas mahu ambil pusing. Lagipun, dia cuma akan jadi sensitif bila ada nama perempuan lain yang terbit dari bibir Tengku Zamran Hakim.

"Salah saya jugak sebab kahwin tak beritahu." akuinya tenang.

"Eh, jomlah naik. Sembang dekat sini sampai bila kerja tak jalan." ajak Juita selepas itu.

* * * * *

Tengku Zamran Hakim merenung mesej di handphonenya yang diterimanya pada hari malam Ahad lepas. Mesej yang membuatkan dia tidak tidur lena.

Kau tak akan dapat hidup tenang dengan perempuan yang sepatutnya jadi hak milik aku. Dan aku akan pastikan dia jatuh ke tangan aku.


Dia mengeluh berat. Tiba-tiba telefon bimbitnya itu berbunyi. Dia menekan butang untuk menjawab.

"Zam, aku ni. Kau dekat mana sekarang ni? Emy ada dengan kau sekali tak?" Kelam-kabut suara Amir kedengaran apabila panggilan dijawab.

"Amir, apasal ni?"

"Dah tak ada masa ni Zam. Emy dekat mana sekarang ni? Aku minta sangat kau kata dia ada dengan kau."

"Emy ada dekat pejabat dia."

"What? Kau sure Emy ada dekat pejabat?"

"La...sekarang ni kan waktu kerja. Mestilah dekat pejabat. Kejap Amir. Cara kau cakap ni macam ada sesuatu yang berlaku."

Amir menarik nafas. "Abang aku. Dia cakap benda mengarut masa jumpa dengan aku tadi. Dia kata Lia akan jadi milik dia hari ni. Lia tu Emy. Kau tahu kan?"

Tengku Zamran Hakim meraup muka. "Aku pergi pejabat Emy."

"Baguslah tu. Kau jangan bagi Emy pergi mana-mana hari ni. Pastikan dia sentiasa ada dengan kau."

Panggilan diputuskan.

Tengku Zamran Hakim berkejar mendapatkan keretanya. Halina yang bertanya padanya juga tidak dihiraukan. Laju keretanya bergerak meninggalkan perkarangan syarikat.

Berkali-kali nombot telefon bimbit Emily cuba dihubungi namun tidak berhasil.

Dia cuba membuat panggilan pada telefon pejabat Emily pula.

"Hello? Nak bercakap dengan siapa?" suara pembantu isterinya kedengaran.

"Hana, saya ni."

"Eh, Encik Zamran." Suara Hana kedengaran hampir terjerit.

"Tolong sambung pada wife saya sekarang."

"Kalau Encik Zamran nak cakap dengan Cik, dia tak ada sekarang."

Serta-merta keretanya berhenti di tengah jalan. Hon kereta belakang yang kedengaran dibiarkan.

"Dia pergi mana?" tanyanya cemas.

"Jumpa client. Cik Emy pergi dalam pukul 10 pagi tadi. Tapi sampai sekarang tak masuk lagi. Mungkin sekejap lagi kot dia balik." beritahu Hana.

Rambutnya diraut kasar. Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan. Cuba menenangkan dirinya. Setelah itu, kereta dipandu ke sebelah jalan. Tidak mahu menganggu lalu lintas kereta lain.

Beberapa seketika kemudian, telefonnya kembali berbunyi. Melihatkan nombor yang tertera, dahinya berkerut. Serasa malas untuk dia menjawab, namun hatinya mendesak dia untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello sayang."

"You nak apa, Mas?"

Mastura ketawa. "I nak you."

"I tak ada masa nak dengar you merepek."

"Tak ada masa? You sibuk ke? Oh...biar I teka. Mesti you tengah cari wife you kan?"

Tengku Zamran Hakim tersentak.

"Kenapa? Terkejut sebab I tahu?" ketawa Mastura lagi.

"I tak faham apa yang you merepek ni. Apa yang you nak sebenarnya?"

"Kan I dah cakap tadi, I cuma nak you. Kahwin dengan I, Zam." lunak suara Mastura memujuk.

"Mati hidup balik pun, belum tentu I kahwin dengan you." balas Tengku Zamran Hakim kasar.

"Jangan sombong sangat Zam. Listen, kalau you nak wife you selamat, terima tawaran I."

"You..."

"Yeah. Your wife yang cantik ni ada di tangan I sekarang."

"You ingat I percaya?" selesai berkata itu, talian terus dimatikan.

Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi menandakan ada mesej yang baru masuk. Mesej bergambar dari Mastura itu dibuka.

Dia hilang punca saat melihat gambar tersebut. Memang benar. Emily memang bersama Mastura. Pada skrin telefon bimbitnya jelas terpampang wajah Emily yang tidak sedarkan diri. Saat melihat tangan dan kaki Emily yang diikat, air matanya hampir menitis.

Panggilan kedua dari Mastura kedengaran.

"Macam mana? You dah percayakan I? Hmm?"

"You nak I buat apa sekarang?"

"Datang tempat ni." Mastura memberitahu tempat yang patut menjadi pertemuan mereka. Tempat di mana Emily disembunyikan.

"Tapi pastikan you datang seorang. Ada perkara yang you perlu selesaikan. Ada seseorang yang menanti kedatangan you."

Untuk sesaat, dia mengambil masa untuk berfikir jalan yang mana baik dan buruk . Dia harus memilih. Dia percaya, Mastura tidak melakukan perkara itu berseorangan. Dan jika dia tersilap sedikit, pasti Emily berada dalam bahaya. Dan Syazmir...hatinya kuat mengatakan yang Syazmir turut terlibat dalam perkara ini.

"Okey." putusya.

Selepas talian diputuskan, dia mendial nombor seseorang. Tak lama kemudian, panggilannya berjawab.

"Amir, aku ni."

"Zam, aku baru nak call kau. Emy okey ke?"

"Tak. Emy ada dengan Mastura sekarang. Dan aku dapat rasa rancangan culik Emy ni rancangan Syazmir dan Mastura."

"Mastura?! Perempuan tu, dari dulu memang gilakan kau." jelas nada suara Amir yang sedang marah.

"Amir, aku akan pergi tempat tu. Maksud aku, aku pergi sorang dulu. Lepas tu, baru kau datang."

"Bahaya, Zam."

"Aku tahu. Tapi, aku terpaksa. Kalau aku tak buat apa yang mereka suruh, Emy dalam bahaya."

Lama mereka terdiam sebelum menanti kata putus dari Amir.

"Dah kau cakap macam tu, apa lagi aku boleh buat?"

"Amir..." nafasnya ditarik. "Kalau jadi apa-apa dekat aku nanti, tolong jaga Emy dan anak aku."

"Zam!"

Sejak Amir menyerah kalah dengannya dahulu, dia tahu Amir sudah banyak berubah. Dan mereka berdua pun masih mampu berbalas senyum jika terserempak di mana-mana. Dia percaya, Amir boleh diharap.

"Kau cintakan Emy kan?"

"Zam, aku..." Dia hilang kata. Memang benar dia masih mencintai Emily, tapi seperti kata Juita dia tidak layak untuk Emily. Dan dia akui hakikat tersebut.

"Tolong jaga mereka." pinta Tengku Zamran Hakim lagi.

Amir mengeluh berat. Serba salah. "Jangan risau, Zam. Aku janji akan jaga mereka. Dan kau pun, hati-hati."

"Thanks, Mir." Dan tanpa dipinta air matanya gugur saat itu. Dia cuma pasrah dengan apa yang akan terjadi pada dirinya. Yang penting, Emily selamat.

Wednesday, August 19, 2009

Hati yang Terluka 41

salam...pertama sekali min mohon maaf psl blog yg diprivatekn baru2 ni...sbnrnye, min blm privatekan lg...tp hari tu, ada yg baik hati nk uploadkn gmbr2 watak2 cerita ni...jd blog ni di privatekn sekejap...maaf sgt2...n3 kali ni min x smpt edit sgt...klu ada ayt tunggang langgang, sorry ya...nnt ada masa min cuba edit balik...

* * * * *

Tengku Zamran Hakim terpandang telefon bimbitnya yang berkelip-kelip. Saat melihat wajah yang tertera di skrin dia tersenyum.

"Assalamualaikum sayang."

"Waalaikumussalam. Abang, sorry ya kalau Emy ganggu."

"Kenapa cakap macam tu? Mana ada ganggu. Abang lagi suka." Balasnya.

"Ishh…abang ni, macam tu pulak. Emmm…abang, petang ni lepas abang ambik Emy kita pergi rumah mummy terus ya?" pinta Emily lembut.

"Mummy ada call ke?" Selalunya mereka akan ke Vila Astana pada hujung minggu sahaja melainkan mummy telefon dan meminta mereka ke sana pada hari biasa. Sejak hari persandingan mereka minggu yang lepas, mereka belum lagi ke vila Astana. Masing-masing sibuk dengan kerja.

"Emm...baru je. Mummy cakap Mak Teh datang. Mummy nak anak menantu dia kumpul sekali."

Tengku Zamran Hakim terdiam sebentar. "Nanti abang cuba balik awal sikit. Dah masuk makan tengah hari ni, sayang dah makan ke belum?"

"Tengah makan."

"Macam ni lah isteri abang."

Interkomnya tiba-tiba berbunyi. "Tuan, ada seseorang nak jumpa tuan sekarang."

"Sayang, sekejap ya."

"Okey."

"Saya ada temu janji dengan sesiapa ke hari ni?" Tanyanya pada Halina.

"Tak. Tapi dia kenalkan diri sebagai sepupu tuan."

"Sepupu saya?"

"Yup."

"Nama?"

"Sekejap, Kak Ina tanya." Dia terdengar Halina bercakap dengan seseorang.

“Siapa Kak Ina?” tanyanya lagi.

"Hazimah."

Berkerut dia mendengar sabaris nama itu. Baru sebentar tadi Emily memberitahu Mak Teh berada di Vila Astana. Sekarang sepupunya itu sudah tiba di pejabatnya. "Beritahu dia, saya sibuk."

Halima mengeluh. "Bukan tuan tak tahu. Kalau perempuan yang cari tuan semua sama spesis. Tak makan saman langsung. Kak Ina dah cakap tadi Tuan sibuk, dia apa lagi...dari tadi dok mengamuk dekat meja Kak Ina. Kak Ina nak buat kerja pun tak boleh."

"Kak Ina tak keluar makan?"

"Kak Ina puasa sunat hari ni. Jadi, macam mana sekarang?"

Tengku Zamran Hakim terdiam seketika sebelum membuat kata putus. "Kak Ina cakap dekat dia, bagi saya dalam lima minit. Lepas ni saya jumpa dia."

“Okey.”

Dia kembali pada Emily yang masih menunggunya. "Sorry ya sayang."

"Abang pergilah jumpa dia dulu." mendatar suara Emily.

Tengku Zamran Hakim tersenyum. Tahu sangat kalau nada Emily begitu.

"Tak kisah?"

"Tak!"

"Tak jealous?"

"Langsung tak."

"Okey."

"Okey?" Kedengaran nada Emily yang tidak berpuas hati.

“Ye la. Dah sayang tak kisah, tak jealous…kan?”

“Abang ni memang tau!” ujar Emily geram.

Tengku Zamran Hakim ketawa.

"Gelak pulak."

"Percaya abang okey?" pinta Tengku Zamran Hakim.

Emily senyap di talian.

"Emy nak masuk office. Assalamualaikum." terus talian dimatikan.

Tengku Zamran Hakim cuba mendial kembali walaupun dia tahu kesudahannya. 'Nombor yang anda dial..., sila cuba sebentar lagi'. Pujuk lagilah nampaknya...


* * * * *

“Zam…” Hazimah memanggil lembut Tengku Zamran Hakim, mengharapkan perhatian dari lelaki itu.

Tengku Zamran Hakim membuang pandang pada sekitar restoran. Malas mahu menghadap Hazimah yang masih merayu darinya sejak beberapa minit yang lepas.

"Zam tak pernah faham perasaan Imah. Masa kita kecik dulu, setiap kali Zam ke kampung, Imah selalu nak dekat dengan Zam. Tapi Zam buat tak peduli. Bila budak perempuan tu datang, Zam semakin jauh. Dan sekarang, Emy! Lepas Zam kahwin dengan dia, Zam langsung tak layan Imah." ujarnya lagi. Kepalanya ditundukkan menahan air mata yang bertakung.

Tengku Zamran Hakim tetap tak beriak. Hanya tenang di tempatnya.

“Imah bukan nak jadi yang teratas, nombor dua pun Imah tak kisah.” Hazimah masih memujuk.

“Jangan nak mengarut!” tegas Tengku Zamran Hakim.

“Apa yang lebihnya pada perempuan tu? Apa yang lelaki nampak pada dia? Apa kurangnya Imah? Apa lebihnya dia? Sebab dia orang bandar? Atau sebab pangkal nama dia Tengku?! ”

Suaranya yang sedaya upaya dilembutkan sejak 20 minit yang lepas sudah mula pincang. Kesabarannya memujuk Tengku Zamran Hakim dengan melunakkan suara nyata sia-sia. Bukan sahaja menolaknya mentah-mentah, untuk memandangnya juga ibarat sesuatu yang menjijikkan.

“Kalau aku nak huraikan kelebihan Emy, sepanjang hayat yang aku ada belum tentu cukup untuk huraikan.” Balasnya lagi.

Hazimah mengetap bibir. Cuba menyabarkan hatinya yang panas. Nafasnya ditarik dalam.

“Kalau Zam diberi pilihan untuk memilih sama ada budak tomboy tu dengan Emy…mana Zam pilih?”

Tengku Zamran Hakim tersenyum sinis. Dia tahu, Hazimah sengaja mahu memerangkapnya. Kalau dulu, mungkin ada keraguan, namun Allah Maha Berkuasa. Sejak dahulu memang sudah ditakdirkan Emily memang jodohnya.

“Tak salahkan kalau aku nak kedua-duanya?”

Hazimah kelihatan pelik mendengar jawapan Tengku Zamran Hakim.

“Maksud Zam?” Nak kedua-duanya? Bukankah Tengku Zamran Hakim begitu setia dan terang-terang menolaknya sebagai isteri kedua? Tapi bila disuruh memilih antara mereka berdua, mengapa jawapannya begitu?

“Kau tak perlu tahu apa maksudnya.”

Hazimah tersenyum sedikit kerana menganggap dirinya berjaya memerangkap Tengku Zamran Hakim tersepit dengan soalannya. Mungkin sepupunya itu masih belum boleh buat keputusan antara kedua mereka.

“Suka hati Zam lah. Tapi macam mana pun, lebih baik Zam lepaskan Emy. Razlan sedang rancang sesuatu. Dia dah nekad, kalau tak dapat cara baik, cara kasar pun dia sanggup." Kali ini, nama Razlan pula dibangkitkan. Hati lelaki yang bernama Tengku Zamran Hakim terlalu susah untuk diterokai.

"Sebelum dia dapat sentuh Emy, dia kena berdepan dengan aku dulu."

"Jangan ingat Razlan sorang yang akan bertindak. Kalau sesuatu jadi pada dia, jangan kata Imah tak pernah pesan. Imah akan pastikan dia derita!"

Tengku Zamran Hakim bangkit dari duduknya. Malas mahu melayan ugutan sepupunya itu. Kadang-kadang pernah dia terfikir, benarkah kembar tahun itu adalah saudaranya? Susah mahu menerima dengan logik akal. Wujudkah manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu? Mungkin...

Dia tidak tahu cara apa lagi yang boleh diguna pakai untuk menghalang niat mereka. Dia cuma mampu berdoa agar Allah berinya kekuatan untuk melindungi Emily dan anaknya.

* * * * *

"Abang dah macam orang tak betul tunggu sayang dekat bawah, sayang pulak boleh senang lenang lagi dekat sini?" nada Tengku Zamran Hakim bagai tidak percaya. Hampir setengah jam dia tunggu di dalam kereta, namun kelibat Emily langsung tidak kelihatan. Akhirnya dia sendiri yang naik ke pejabat isterinya itu.

Emily buat tak endah. Hatinya masih marah mengenai kejadian tengah hari tadi.

"Kata nak pergi rumah mummy."

"Cancel."

Melihat reaksi yang ditunjukkan Emily, dia tersenyum. "Marah lagi?"

Emily memuncung apabila terpandang senyuman Tengku Zamran Hakim seperti tiada apa yang berlaku.

"Jangan buat macam tu sayang. Abang cium nanti." Dia mendekati Emily.

Cepat-cepat Emily menutup bibirnya dengan tapak tangan. Tengku Zamran Hakim bukan makan saman. Kalau rasa nak buat, dia buat masa tu jugak.

Tengku Zamran Hakim tergelak. "Siapa cakap abang nak cium dekat situ? Abang nak cium dekat sini." satu kucupan hinggap di pipi Emily.

Emily mengetap bibir, geram. Tangannya yang berada di bibir tadi dijatuhkan.

Serentak dengan itu, satu kucupan benar-benar berada di bibirnya.

"Ab..." Suara Emily hampir tejerit bila bibirnya dilepaskan.

Namun Tengku Zamran Hakim lebih cepat. Jari telunjuknya menyentuh bibir Emily. "Shh...jangan jerit. Nak baritahu semua orang ke? Nak buat free show dekat sini?"

"Abang main tipu!"

"Main tipu? Tipu apa sayang? Hmm?" Tengku Zamran Hakim menjungkit kening.

"Tadi tu..." Wajah Emily sudah mula merona merah.

"Tadi apa?"

"Abang..." kata-katanya terhenti. Makin merah wajahnya.

"Abang buat apa sayang?"

Emily terdiam. Tengku Zamran Hakim yang sedang tersenyum nakal dijeling sedikit. Sakitnya hati...

Beg tangan dicapai. "Mummy tengah tunggu."

"Bukan cancel ke?"

"Malas cakap dengan abang!" Selepas berkata begitu, Emily terus melangkah laju keluar dari bilik pejabatnya.

Tengku Zamran Hakim masih tersenyum sambil menggeleng. Perangai Emily yang masih malu untuk bercakap mengenai perkara sebegitu memang sukar dibuang.

* * * * *

Tengku Zamran Hakim tidak melepaskan jemari Emily sejak keluar dari kereta tadi. Sehingga masuk ke dalam rumah pun, tangannya masih bertaut dengan Emily. Sampaikan ketika Emily mahu bersalaman dengan Mak Teh yang datang pun Tengku Zamran Hakim setia mengikutnya.

"Makin melekat pulak kamu berdua ni." Raja Nafisah sudah boleh bermesra mengusik. Hari itu dia cuma datang bersama suaminya, Razlan, dan Hazimah. Asalnya hanya dia dan suaminya itu sahja yang mahu datang, tetapi Razlan dan Hazimah beria-ria mahu mengikut.

"Petua mengeratkan hubungan." Selamba Tengku Zamran Hakim menjawab. Emily sudah menunduk. Merah wajahnya bila diusik begitu. Petualah sangat...

Razlan yang berada tidak jauh dari tempat mereka duduk sudah mula panas punggung. Tengku Zamran Hakim memang sengaja mahu menaikkan marahnya. Hazimah yang tidak jauh dari situ mencebik. Tengoklah nanti…

"Anak-anak muda sekarang ni macam-macam idea nak eratkan hubungan. Tapi kalau betul caranya, Alhamulillah lah..." ujar Raja Muzairah pula.

"Kak Ina, Kak Faz, dengan Kak Ana mana mummy?"

"Dekat dapur. Kata mereka nak masak special untuk semua. Dari tadi tunggu Emy sebab nak mintak tunjuk ajar."

Emily mengangguk. "Abang, Emy pergi dapur ya?"

"Abang ikut."

Emily megerutkan dahi. "Abang penatkan? Abang naik atas, sembahyang dulu. Rehatkan badan."

Tengku Zamran Hakim mengeraskan badannya. Tidak setuju dengan cadangan Emily.

"Sekejap je. Nanti Emy naik atas." pujuk Emily lagi.

Agak lama Tengku Zamran Hakim terdiam. Emily masih menunggu. Melihatkan wajah mengharap Emily, akhirnya dia terpaksa bersetuju walaupun hatinya berat.

Dia menghilang ke tingkat atas, Emily menghilang ke dapur.

Razlan mahu mengikut Emily ke dapur, namun ditegah tegas Raja Nafisah.

Tak lama kemudian, Hazimah turut bangun.

"Ha! Kau nak pergi mana pulak tu Imah?" tegur Raja Nafisah pada Hazimah.

"Imah nak ke dapur lah mak. Macam pelik je duduk sini tunggu orang hidang makanan."

"Dah buang tebiat? Tadi sebelum Emy balik tak ada pulak nak pergi jenguk dapur. Dok melepek punggung dekat sini je."

"Apa mak ni. Kira okey apa Imah nak tolong. Dah lah, Imah nak pergi dapur. Buat sakit telinga je dengar mak membebel." Hazimah terus ke dapur.

* * * * *

"Emy, susu cair ni nak masuk banyak mana?" tanya Farhana yang bersungguh-sungguh mahu membuat puding jagung.

"Agak-agak dalam satu setengah cawan." balas Emily yang sedang memasak ayam masak merah.

"Emy, nasi ni dah boleh tutup ke belum?” Rozina pula teruja mahu mencuba resepi nasi hujan panas.

“Rasanya dah masak.”

“Cantiklah warna dia.” Ujar Rozina lagi.

“Emy, laici kang ni nak letak apa lagi? Akak dah masukkan longan kering, biji selasih, buah kembang semamgkuk, kismis, kacang minyak , halwa kundur , dan teh cina. Rasa macam ada yang tertinggal je.” Farzana yang bertungkus-lumus membuat laici kang sudah pening-pening lalat. Banyak sangat bahan yang perlu digunakan.

“Biji selasih dengan gula batu dah masukkan?”

“Ha! Dua benda tu lah yang akak lupa.” Lincah tangannya mencari bahan yang disebut Emily.

“Kalau boleh, masuk buah laici yang dalam tin tu. Makin meriah laici kang Kak Faz.” cadang Emily.

“Betul jugak.”

“Faz, air dah siap? Tak jamu lagi air dekat depan.” Rozina tiba-tiba teringat pada air yang diminta Raja Muzairah beberapa minit yang lalu.

“Dah. Faz letak atas meja tu. Kak Ina tolong hantar depan ya.” Balas Farzana.

“Okey.”

“Biar Hazimahlah yang bawak air tu.” Hazimah tiba-tiba mencelah sambil mencapai sedulang air oren yang sudah disusun cantik. Hampir 30 minit dia di dapur, namun kehadirannya langsung tidak dipedulikan di situ. Dan sejak tadi, otaknya ligat mengatur rancangan.

“Suka hati lah. Emy, meh la tengok nasi ni. Cantik tak warna dia?” Rozina jawab acuh tak acuh pada Hazimah kerana teruja dengan nasi hujan panasnya.

Hazimah menatang dulang tersebut dan dengan sengaja melanggar tubuh lampai Emily yang ketika itu mahu menghampiri Rozina. Dulang dilepaskan. Emily yang tidak dapat mengawal tubuhnya jatuh terduduk kerana tolakan Hazimah dan tumpahan air dilantai. Tidak cukup dengan itu, kaca yang bertaburan terkena ke kakinya.

“Ya Allah! Emy!” Rozina terjerit mendekati Emily.

Farhana dan Farzana yang sibuk dengan masakan mereka sebelum ini, turut terhenti. Kecoh dapur dibuatnya.

Raja Muzairah dan Raja Nafisah turut berkejar ke dapur kerana terdengar kekecohan tersebut.

“Astaghfirullahalazim…kenapa ni?” Raja Muzairah sudah mengucap panjang ketika menghampiri Emily yang sedang menahan sakit.

“Abang…” sebut Emily perlahan.Matanya hampir tertutup menahan sakit. Ketika itu dia hanya teringat pada Tengku Zamran Hakim. Kalaulah dia mendengar kata suaminya itu, pasti tidak terjadi perkara seperti ini.

“Emy cakap apa?” Tanya Raja Muzairah. Dari tadi dia hanya melihat bibir Emily bergerak-gerak seolah berkata sesuatu namun suara menantunya itu kurang jelas di pendengarannya.

“A…abang…Emy nak abang…”

Raja Muzairah sudah mula mengerti. “Ina, pergi panggil Zam.”

Rozina mengangguk dan berlalu dari situ.

“Sabar ya Emy. Kejap lagi Zam turun.” Ujar Raja Muzairah lagi. Bukan main risau dia melihat keadaan Emily ketika itu.

“Biar Razlan yang angkat Emy.” Razlan menawarkan diri.

Emily menggeleng. “Emy nak abang…”

“Kamu jangan pandai-pandai Lan. Emy ada suami. Bukan senang-senang kamu boleh sentuh.” Raja Nafisah membantah keras.

Razlan mendengus tidak puas hati.

Tengku Zamran Hakim yang ketika itu baru selesai solat tersentak apabila namanya dilaung dari bawah. Selesai melipat sejadah, terus dia ke bawah.

“Kenapa Kak Ina?” tanyanya apabila terpandang wajah cemas Rozina yang sedang menunggunya di anak tangga pertama.

“Emy…”

Belum sempat Rozina menghabiskan katanya dia sudah bergegas ke dapur. Mendengarkan nama Emily disebut kakak iparnya itu sudah cukup untuk dia memahami ada sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya itu. Memang sejak dia ke atas tadi, hatinya sudah mula tidak enak.

Dari situ dia sudah boleh mendengar kekecohan yang berlaku. Saat tiba di dapur, semua sudah berkerumun di satu tempat.

“Sayang…” panggilnya di celahan mereka yang berkerumun itu.

Apabila mendengar suara Tengku Zamran Hakim, Raja Muzairah meminta yang lain membuka laluan pada anaknya itu.

“Ya Allah…kenapa ni?” Terkejut dia melihat kaca-kaca berselerakan dan ada darah yang terpercik di sekitar tempat mereka berkerumun tadi. Dan saat terpandang Emily, dia benar-benar terkejut.

“Abang…” begitu perlahan suara Emily memanggilnya.

“Ya sayang…” Dia menghampiri Emily yang masih terduduk di lantai. Pucat wajah Emily ketika itu.

“Sakit…” Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah saat memandang wajah Tengku Zamran Hakim.

“Abang tahu sayang. Abang minta maaf ya sebab abang tak ada dekat sini tadi. Kalau tak, mesti tak jadi macam ni.” Tengku Zamran Hakim mendakap tubuh Emily, menenangkan isterinya itu.

Mereka yang lain hanya mendengar perbualan di antara mereka. Ada rasa sayu melihat mereka berdua begitu.

“Emy…Emy minta maaf. Emy tak dengar cakap abang tadi.” Makin lebat air matanya membasahi baju yang dipakai Tengku Zamran Hakim. Rasa bersalah masih menghantuinya.

“Shh…it’s okay. Abang tak ambil hati pun. Tahan ya sayang. Sekejap lagi kita pergi hospital.” Tanpa disedarinya, air matanya bertakung saat itu. Tubuh lampai Emily diangkat dengan berhati-hati.

Emily sudah memejamkan mata. Kepalanya disandar pada dada bidang Tengku Zamran Hakim. Dia benar-benar letih. Dia tahu, selagi Tengku Zamran Hakim di sisnya perasaan takut dan risau itu akan menghilang begitu sahaja.

* * * * * *

“Macam mana boleh pecah? Siapa yang bawak air tu?” Raja Muziarah sudah bercekak pinggang di ruang tamu. Selepas Tengku Zamran Hakim membawa Emily ke hospital, semua yang berada di vila itu disuruh berkumpul

“Imah yang bawak Mak Su. Tapi…Imah tak sengaja. Imah betul-betul minta maaf.” Hazimah menunduk muka. Ada rasa gerun melihat Mak Su nya itu begitu. Jarang sekali ibu saudaranya yang seorang itu mahu naik angin.

Rozina yang mendengar meradang. “Tak sengaja kau cakap? Kau ingat akak tak nampak kau sengaja langgar Emy? Padahal bukan kau tak tahu Emy nak lalu situ sebab akak panggil dia. Kalau kau nak hantar dulang tu ke depan, kenapa kau patah balik? Kenapa tak terus ke pintu keluar?”

“Betul macam tu Imah?”

“Tak…Imah betul-betul tak sengaja.” Hazimah menggeleng pantas.

“Faz pun nampak mummy. Memang dia sengaja langgar Emy. Lepas tu terus dia jatuhkan dulang tu.” Farzana pula mencelah.

“Pang!”

Hazimah terkejut menerima tamparan yang tiba-tiba itu. Pipinya disentuh. Perit.

“Kau ni kalau tak malukan mak tak boleh ke? Apa nak jadi dengan kau ni ha?” Turun naik dada Raja Nafisah menahan marah. Dia memang dah agak perkara itu dari awal. Sukar dia mahu percaya Emily secuai itu.

“Sabar Esah…sabar…” Kahar menenangkan isterinya.

“Akak dah melampau!” Razlan pula masuk campur. Terkejut bila kakaknya itu sanggup mencederakan wanita yang dicintainya itu.

“Kau kata aku melampau? Kau ingat aku tak tahu kau pun rancang sesuatu untuk singkirkan Zam. Sebab Emy kan?” Suara Hazimah meninggi. Apabia semua menunding jari padanya, dia perlu lakukan sesuatu untuk mempertahankan dirinya.

Razlan terdiam.

“Betul Razlan?” Kahar memandang anak lelakinya itu.

Razlan menarik nafas dalam. “Lan cintakan Emy ayah. Kakak pun cintakan Zam.”

“Astagfirullahalazim…” mengucap panjang Kahar dibuatnya.

Raja Nafisah seperti mahu pengsan mendengarnya.

“Kamu berdua tahu tak berdosa simpan perasaan pada isteri orang, suami orang? Allah laknat pada orang yang cuba hancurkan rumah tangga orang. Kamu berdua tak takut dengan azab Allah?”

Hazimah dan Razlan menunduk. Ayah mereka jarang menunjukkan perasaan. Tetapi kalau sekali marah, memang sukar dijangka tindakannya.

“Lepas balik ni, ayah akan bagi kata putus dekat Pak Mail. Ayah terima pinangan dia. Titik.” Putus Kahar. Raja Nafisah yang duduk di sebelahnya sejak tadi hanya diam. Menyerahkan segalanya pada suaminya itu.

“Ayah! Mana boleh macam ni. Kalau Imah kahwin dengan anak Pak Mail tu Imah kena ikut dia ke Mesir. Imah tak nak!” bangkang Hazimah.

“Ayah harap dengan cara ni boleh buat kamu sedar diri bila duduk dekat negara orang. Jauh dari keluarga.”

Hazimah terduduk. Pergi Mesir? Selama ini dia tidak pernah jauh dari ayah dan emaknya. Namun kerana silap langkah dia terpaksa duduk jauh berbatu-batu dari orang tuanya itu. Ya Allah…saat begitu baru dia ingat pada Pencipta.

“Mak…Imah tak nak...” Hazimah merayu pula pada Raja Nafisah.

“Mak rasa itu jalan yang terbaik.” Mendatar Raja Nafisah membalas.

“Untuk Razlan, nasib kamu lelaki. Kalau tak dah lama ayah kahwinkan kamu. Sekarang, ayah cuma harap kamu sedar. Kalau kamu masih nak teruskan niat kamu, ayah tak mampu halang. Kamu dah cukup dewasa untuk bezakan yang mana baik dan buruk. Tapi, ayah tak rasa Zam akan biarkan kamu macam tu je kalau kamu teruskan niat kamu tu.”

Dalam pada itu, terdengar bunyi enjin kereta yang baru masuk ke perkarangan rumah. Beberapa mini kemudian, wajah Tengku Zamran Hakim terjengul di muka pintu.

“Emy macam mana Zam? Kandungan dia tak apa-apa?”

“Alhamdulillah. Semua selamat. Tapi Emy kena tahan sampai esok. Zam balik ni nak ambik baju. Zam bermalam dekat sana malam ni.” Beritahu Tengku Zamran Hakim.

“Kandungan?” Razlan terpinga-pinga.

“Kamu tak tahu Emy mengandung?”

Razlan menggeleng. “Kakak tak beritahu apa-apa pun.”

Hazimah ketap bibir memikirkan kelurusan Razlan. Tidak sedarkan adiknya itu apa tujuannya membuat Emily jatuh terduduk? Terang-terang tunjukkan yang dia mahu gugurkan kandungan Emily.

“Zam…Pak Teh mintak maaf banyak-banyak atas kelakuan Hazimah. Nasib baik tak jadi apa-apa pada Emily dan kandungannya tu. Insya Allah, lepas ni dia takkan kacau rumah tangga Zam lagi.” Ujar Kahar serba salah.

“Hazimah…ini kali kedua kau buat macam tu pada Emy. Kalau terjadi untuk kali ketiga, aku tak tahu sampai mana tahap kesabaran aku boleh bertahan.”

“Kali kedua?” Hazimah bertanya pelik. Serasanya ini baru pertama kali dia buat sesuatu pada Emily.

“Aku tahu kau belum terlalu tua untuk lupa perkara lima belas tahun yang lepas.”

“Lima belas tahun yang lepas? Maksud Zam?”

“Kau ingat soalan yang kau tanya aku tengah hari tadi? Kalau budak tomboy tu kembali, antara Emy dengan dia, mana yang aku pilih. Itu yang kau tanya kan?”

Hazimah mengangguk. “Zam jawab, Zam pilih kedua-duanya.”

“Dan itu yang aku lakukan sekarang. Dia dah kembali. Dan memang antara dia dengan Emily, aku pilih kedua-duanya.”

“Maksud Zam…perkara lima belas tahun yang lepas…Emy…dia…dan kali kedua?” Hazimah diam memikir. Mencongak satu persatu perkataan yang diberi oleh Tengku Zamran Hakim. Agak lama dia begitu, sehingga akhirnya dia tenganga sendiri. Takkanlah…

“Kau dah faham kan?” Sinis Tengku Zamran Hakim memandang Hazimah yang benar-benar kelihatan terkejut.

“Emy dan budak tu…orang yang sama?” Lambat-lambat Hazimah menyoal kembali meminta kepastian. Pucat wajahnya saat itu.

Tengku Zamran Hakim tidak menunjukkan sebarang reaksi. Rasanya, tidak perlu dia ulang berkata perkara yang sama.

Mereka yang tidak mengerti apa-apa hanya diam tidak masuk campur. Cuma Razlan yang nampak seolah memikirkan sesuatu.

“Kenapa tiba-tiba ungkit pasal budak tomboy tu? Apa kena-mengena dia dengan semua ni?”

“Tanya pada kakak kau. Tapi yang pasti, kau takkan pernah lupa budak perempuan yang pernah belasah kau dulu.”

Berubah wajah Razlan mendengar kata-kata Tengku Zamran Hakim.

“Boleh tak jangan ungkit benda tu? Kau memang sengaja kan nak malukan aku? Nasib baik dia cepat blah dari kampung tu dulu. Tapi yang paling kelakar, kau boleh minat kat dia Zam.” Razlan tiba-tiba gelak kuat.

“Tak kesampaian cinta monyet kau tu kan? Entah apa yang jadi dekat budak perempuan yang tak serupa perempuan tu sekarang ni. Tapi yang penting, cita rasa aku tak seteruk kau sampai boleh jatuh cinta dengan tomboy macam tu.” Razlan seolah mengejek.

Tengku Zamran Hakim tenang. Razlan memang masih belum mengerti apa yang cuba disampaikan sejak tadi.

Hazimah cuba memberi isyarat mata pada Razlan tapi Razlan tidak dapat menagkapnya.

“Lan…Emy dengan budak tomboy tu orang yang sama.” Beritahu Hazimah akhirnya.

Razlan tersenyap seketika sebelum mengahamburkan tawanya. “Jangan buat lawak la kak.”

“Lan, cuba ingat baik-baik lesung pipit dia.” Suruh Hazimah lagi. Tadi, hanya itu yang membuatkan dia percaya yang Emily dan budak tomboy tu orang yang sama.

“Lesung pipit?” Lama Razlam terdiam. Cuba mengingat kembali. Seperti kakaknya tadi, dia menganga luas.

“Sama kan?”

“Tak…tak…tak mungkin. Mustahil. ” Razlan menggeleng berkali-kali. Reaksi biasanya apabila tidak dapat menerima sesuatu hakikat.

Jika benar cerita Hazimah bahawa Emily dan budak tomboy tu orang yang sama, maknanya Tengku Zamran Hakim benar-benar sudah menang. Semuanya seolah memihak pada Tengku Zamran Hakim. Kekecewaan yang pernah dirasa sepupunya itu berjaya ditepis. Jika dulu dia rasa Tengku Zamran Hakim sudah kalah kerana tidak berjaya mendapat cinta budak tomboy tu, tapi sekarang…segalanya punah begitu sahaja. Untuk menerima semua itu, dia benar-benar tidak sanggup.

Tanpa membuang masa, Tengku Zamran Hakim naik ke tingkat atas meneruskan niatnya tadi. Emily sedang menunggunya. Tadi pun, bukan main susah dia memujuk Emily untuk menunggunya di hospital sementara dia pulang ke rumah.

Thursday, July 9, 2009

Hati yang Terluka 40

“Emy!” terdengar satu jeritan dari arah pintu.

Emily menoleh.

“Nad! Bila balik?” Memang sejak tadi dia menantikan kehadiran Syiqa sekeluarga.

“Semalam. Singgah rumah mak mertua aku dulu. Hari ni baru bertolak datang sini.”Syiqa mengambil tempat duduk tidak jauh dari Emily yang sedang meghadap cermin.

“Family kau dengan family Naufal ikut sekali tak? Aku dah suruh kau ajak datang kan?” Emily bangun dari tempat duduknya dan mendekati Syiqa.

“Ada dekat dalam bilik. Rehat kejap sementara nak tunggu malam ni.”

“Naufal mana?”

“Pergi cari Zam kot. Dia nak ikut masuk sini tadi, tapi aku tak bagi. Menyibuk je kerjanya. Eh, kau bersanding hari ni kira bunting pelamin lah kan?” usik Syiqa sambil tergelak.

“Itulah. Aku dah cakap dekat Zam, tapi dia kata okey apa sanding tiga orang. Aku pulak yang segan fikir apa orang cakap nanti.” Emily mengeluh sedikit.

“Okey apa. Perut kau pun mana nampak lagi. Sama je macam aku tengok dua minggu lepas.” Syiqa merenung perut Emily yang masih belum kelihatan.

“Tengku…you patut salin baju sekarang.” Suara lembut yang sengaja dibuat itu mengganggu perbualan mereka berdua.

Emily tersenyum dan mengangguk pada jurumekap tersebut. Jurumekap yang sama menyoleknya pada hari pementasan rekaan butik. Kebetulan yang tak disangka. “Nad, aku salin baju kejap ya?”

“Okey.”

“Tengku tu…jealous I. Cantik betul. I pun terasa kalah tau dengan dia.”Ujar jurumekap itu pada Syiqa sebaik sahaja Emily menghilang ke bilik persalinan.

Syiqa tersenyum mendengarnya. Memang itu tidak boleh disangkal. Namun siapa tahu, di sebalik wajah jelita itu pernah terselit seribu penderitaan. “You dah tengok husband dia?”

“Belum. Ada jugak I jenguk-jenguk masa mula datang tadi, tapi tak nampak. I rasakan mesti tak handsome, ye la kalau handsome mesti I dapat tengok awal-awal lagi. Sebab tak handsome tu la tak I tak dapat tengok.” balasnya lagi sambil tergelak-gelak.

“You tak tengok lagi, bolehlah cakap macam tu. You tengok husband dia nanti mesti tak tidur malam.”

“Really? Tak percayalah. I punya taste tinggi tau.”

Pintu diketuk dari luar. Syiqa menjenguk sedikit. “Jue!”

“Eh, Nad. Bila sampai? Rancak aku dengar dari luar. Sembang apa?”

“Baru kejap tadi. Layan la ‘cik’ ni cakap sementara tunggu Emy kat dalam tu.”

“Emy dah siap ke belum? Tetamu dah sampai.”

“Pengantin lelakinya dah siap?”

“Dah.” Tidak sempat Juita membalas, ada suara yang memberikan jawapan terlebih dahulu.

Kelihatan Naufal yang berbaju batik bersama Tengku Zamran Hakim yang berdiri disisinya sudah segak dengan baju tuxedo hitam. Sesuai sekali dengan tubuhnya yang tinggi dan tegap.

Syiqa perasan mulut jurumekap tadi sudah ternganga memandang Tengku Zamran Hakim.

“Betul tak I cakap tadi?” Syiqa menjungkit kening.

“100% betul. Kalau macam ni memang tak tidur malamlah I.” Ujar jurumekap itu lagi sambil tersenyum sipu.

Mereka yang tidak mengerti apa-apa hanya mampu mengangkat bahu.

“Wife I dah siap ke?” tanya Tengku Zamran Hakim pada lelaki lembut dihadapannya. Renungan lelaki itu padanya langsung tidak diambil peduli.

“Ha? Err…dah..eh belum..ha belum… belum…” gelengnya kalut dengan sapaan yang tiba-tiba itu.

“Majlis nak mula lagi sepuluh minit. Jadi aku tunggu Emy dekat depan dulu.” Tak sempat Tengku Zamran Hakim melangkah keluar, pintu bilik persalinan dibuka dari dalam. Semua mata terarah ke situ.

Emily lengkap dengan busana labuh putih gading bersama tudung yang setona dengannya dililit kemas. Di bahagian bawah baju pula dipenuh labuci yang berkilauan. Solekan yang nipis sudah cukup memukau mata yang memandang. Sebentuk tiara dihias di atas kepala menambah kejelitaan semula jadinya.

“Err…kenapa pandang macam tu? Teruk sangat ke?” Emily jadi serba salah bila semua mata memandangnya tidak berkelip.

“Cun habis la.” Naufal memuji seketika sebelum mendapat cubitan kecil dilengannya.

“Gatal!” Syiqa menjegil pada suaminya.

“Bini orang tu.” Juita pula menambah menjeling Tengku Zamran Hakim yang nampak tenang walaupun matanya tertumpu pada Emily.

“Kau tak nak cakap apa-apa Zam?” tanya Naufal, mengusik.

Tengku Zamran Hakim menghampiri Emily. Tangan dihulurkan. “Dah lewat, sayang.”

“Itu je kau cakap Zam? Tak nak puji apa-apa ke?”

Mereka yang lain sudah tergelak.

“Sorry ya.” Lembut Emily membalas sambil menyambut huluran Tengku Zamran Hakim.

“Macam pinang dibelah dua!” komen jurumekap tadi. Dia pula rasa exited untuk menunggu acara seterusnya berlangsung.

“Aku nak ambik pic jap. Zam, rapat sikit lagi dengat Emy. Senag-senang peluk je pinggang Emy tu.” Juita sudah bersedia dengan kamera digital ditangannya.

“Jue!” Emily membulatkan matanya mendengar arahan Juita.

Tengku Zamran Hakim tersenyum dengan telatah isterinya, namun dituruti juga permintaan Juita. Memang itu yang mahu dibuatnya tadi, tetapi sudah disuarakan terlebih dahulu oleh Juita. Pinggang Emily dipaut erat.

Klik!

"Cun!" Ujar Juita sambil menegakkan ibu jarinya ke atas.

“Weh, gambar aku dengan Syiqa tak nak ambik?”

“Emm…good idea! Suka betul aku ambik gambar berpasangan ni.” Kameranya sudah diangkat mahu mengambil gambar pasangan suami isteri di hadapannya. Ada rasa rendah diri yang menjelma, namun cepat-cepat diusir pergi. Baru beberapa hari lalu dia meminta putus dengan Nazrin. Yang dah belalu tu, biarlah. Mungkin bukan jodohnya dengan Nazrin.

Emily memandang Tengku Zamran Hakim memberi isyarat mata. Simpati dia pada Juita apabila dia melihat raut sahabatnya yang sudah keruh.

“Hari ni bukan saja hari bahagia kita, tapi hari bahagia sahabat-sahabat kita.”

Berkerut Emily mendengarnya, namun tidak pula ditanyakan selanjutnya apabila mereka disuruh bersedia untuk keluar dari bili persiapan itu.

* * * * *

selamat pengantin baru
semoga kekal abadi
bahgia ke anak cucu
sentosa murah rezeki

Kedengaran lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Anita Sarawak saat mereka melangkah masuk ke ballroom. Karpet merah dibentang dari tempat mulanya mereka melangkah hingga ke tempat duduk kedua-dua mempelai.

Dia pernah melalui saat ini dahulu ketika majlis reunion Tengku Zamran Hakim, namun perasaannya ketika ini berlainan sekali. Mungkin kerana ketika ini hati mereka benar-benar sudah bersatu.

“Sayang abang cantik sangat malam ni.” Bisik Tengku Zamran Hakim begitu hampir pada Emily. Pinggang Emily sejak tadi masih belum dilepaskan.

Emily menggigit bibir bawah. Wajahnya terasa panas. Matanya diliarkan bagi menutup gemuruh di hati.

Dari jauh dia dapat melihat ahli keluarganya, Tengku Tajuddin, Puan Zharifah, Tengku Zaidi, Raja Muzairah, Tengku Rizal, Kak Rozina, Tengku Syahmi, Kak Farhana, Tengku Aizat, dan Kak Farzana pada meja paling hadapan. Tidak jauh dari situ kelihatan kaum kerabat belah Tengku Zamran Hakim termasuk Raja Nafisah. Mak Teh sekarang sudah banyak berubah. Kalau dulu amat jarang mahu ke vila Astana, sekarang menjadi kewajipan pula sebulan paling tidak pun sekali. Tiada lagi sindiran pada biras-birasnya. Dia bersyukur untuk hal yang satu itu. Dan Hazimah, tetap dengan renungan tajamnya. Dia tidak tahu apa yang berselirat pada wanita itu namun dia cuma berharap semuanya akan menjadi baik selepas ini. Razlan pula, masih seperti dulu. Kadang-kadang ada sahaja panggilan lelaki itu mengganggunya. Mana dia dapat nombor telefonnya, dia sendiri kurang pasti.

Beberapa jarak dari situ, dia terpandang kelibat Doktor Fauzi yang memandang mereka keliru. Biarlah, ada sesuatu yang Tengku Zamran Hakim akan selesaikan dengan sahabatnya itu selepas ini. Dia tidak pasti perasaan yang sebagaimana lelaki itu rasa padanya, cuma dia berdoa kalau benar ada perasaan lain yang terbit di hati lelaki itu, minta-minta dijauhkan segera.

“Nampaknya kedua-dua mempelai sudah mula berarak masuk. Begitu sepadan kedua-duanya bagai pinang dibelah dua. Zam, tak boleh lepas nampak?” Naufal yang berada di atas pentas, mengusik. Gembira bila juru acara sebenar majlis bersetuju mahu dia menggantikan tempatnya. Bukan senang nak dapat peluang ni. Peluang mengenakan pengantin cukup-cukup!

Usikan Naufal mendapat sambutan dari tetamu apabila satu dewan riuh dengan ketawa.

Tengku Zamran Hakim buat tidak tahu dengan usikan tersebut. Emily disebelah sudah merah satu muka.

Syiqa yang turut berada dikelompok tetamu, hanya menggeleng mendengar celoteh suaminya. Dia sendiri hairan, sejak bila suaminya itu dilantik menjadi juru acara? Memang masaklah Emy dan Zam malam ni.

"Habislah pengantin malam ni..." ujarnya pada Juita.

Juita tergelak. "Bukan senang nak kenakan pengantin. Baru meriah sikit."

Selepas itu, para tetamu di jemput makan sambil diiringi pelbagai persembahan.

Selepas semua persembahan selesai, Naufal kembali berada di atas pentas.

"Di sini ada satu permintaan dari tetamu-tetamu kita. Permintaan khas buat pengantin lelaki." Naufal memandang Tengku Zamran Hakim.

Tepukan riuh kedengaran seolah bersetuju dengan juru acara bidan terjun itu.

"Aku tak tahulah Zam, kau okey ke tak dengan permintaan ni. Tapi sporting okey. Masa ni lah nak tahu kau ada bakat ke tak."

"Tetamu minta pengantin lelaki dendangkan sebuah lagu buat isterinya. Amacam Zam? Berani sahut cabaran ni?" Naufal selamba, siap menjungkit-jungkitkan keningnya.

Emily di sebelah sudah telan liur. Siapalah yang buat permintaan merepek-repek ni. Ada sahaja idea mahu mengenakan mereka berdua. Tengku Zamran Hakim di sebelah di jeling. Lelaki itu masih mampu bertenang dan dengan bersahaja bangun dari kerusinya dan melangkah naik ke pentas.

Naufal sudah turun dari pentas menyertai para tetamu yang lain membiarkan Tengku Zamran Hakim dengan agendanya.

“Untuk permintaan tu kita tangguhkan dahulu. Saya mahu dahulukan satu perkara. Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan sejuta penghargaan pada keluarga dan saudara-mara yang telah banyak membantu menjayakan majlis perkahwinan kami malam ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu menghulur pertolongan. Dan pada malam ini, kita bukan sahaja meraikan perkahwinan kami, malahan satu lagi majlis akan diadakan sebentar lagi.” Riuh sebentar ballroom itu mendengar pernyataan Tengku Zamran Hakim.

Tengku Zamran Hakim mencuri nafas sebelum matanya terarah pada satu sudut.

“Nazrin, aku serahkan pada kau.” Ujarnya lagi.

Juita kaget saat memandang Nazrin yang naik ke pentas. Dia langsung tidak tahu yang Nazrin turut serta pada majlis malam itu. Dan entah mengapa, dadanya berkocak hebat.

Emily memandang Tengku Zamran Hakim yang kembali duduk di sebelahnya. Jelas pandangannya itu mahukan jawapan. Namun Tengku Zamran Hakim hanya tersenyum bersahaja.

“Assalamualaikum semua. Maaf kerana mencelah dalam majlis yang begitu meriah pada malam ini. Cuma saat ini sahaja saya berpeluang untuk menyatakan hasrat saya. Ini sahaja peluang yang saya ada untuk mengejar kembali cinta yang dah terlepas.” Mata Nazrin tidak lepas memandang pada Juita.

“Saya mengaku, saya bukan seorang yang romantik dan pandai bermanis kata. Dan saya juga mengaku saya bukan seorang yang peka. Saya tidak pernah menjaga perasaan dia dan saya telah mengabaikannya. Saya tidak pernah sedar kebodohon saya ini, sampailah ada seseorang yang kata kepada saya, ‘kalau tak mahu menyesal di kemudian hari, hargailah orang yang kita sayang. Mungkin bila kita rasa dekat, kita tak akan pernah rasa tercabar. Tetapi bila dia sudah jauh dari kita, baru kita tahu tanpa dia jasad kita seolah hidup tanpa hati’.”

“Saya akui kata-katanya itu. Dan kata-katanya yang berpesan pada saya ‘wanita mahu dimengerti’ memang benar-benar menyedarkan saya. Di hadapan semua tetamu hari ini saya rendahkan ego saya untuk memohon kemaafan pada gadis itu. Gadis yang banyak makan hati dengan sikap saya. Juita, I’m sorry for everything. I tak peka perasaan you. I tak pandai pujuk. I tak faham you. Tapi jujur I katakan, I benar-benar cintakan you. Dan di hadapan semua hadirin hari ini, saya ingin melamar Juita Ashikin binti Ahmad sebagai suri hidup saya.” Sepenuh ikhlas Nazrin menuturkanya sambil matanya tepat bertentang dengan Juita. Dan saat itu, cahaya sportlight mengarah tepat pada tempat duduk Juita.

Juita terkedu ditempatnya. Tangannya menekup mulut. Air hangat mengalir ke pipinya. Ya Allah, jika ini hanya mimpi Kau sedarkan aku agar tidak terus hanyut. Namun jika ini benar-benar realiti dia mahukan detik ini disemadikan sebagai detik terindah dalam hidupnya.

Dewan menjadi senyap kerana masing-masing menumpukan sepenuh perhatian pada drama yang bukan selalu boleh dilihat secara langsung.

Nazrin turun dari pantas dan melangkah ke arah Juita. Sebelah lututnya mencecah lantai. Tangannya dihulur pada Juita. “Jadi isteri I.”

Syiqa menyentuh bahu Juita yang nampak tergamam. Matanya menghantar pesanan supaya Juita memberi tindak balas dengan lamaran Nazrin.

Juita memandang Emily yang duduk tidak jauh darinya. Dia melihat Emily tersenyum dan mengangguk.

Juita menarik nafas dalam sebelum meletakkan telapak tangannya pada tapak tangan Nazrin. Bismillah...

“Allhamdulillah...” ucap Nazrin. Suaranya kedengaran begitu lega. Bukan senang nak lamar anak orang!

Naufal bangun dari duduknya sambil menepuk tangan. Perbuatannya itu kemudian diikuti oleh semua tetamu yang hadir malam itu. Gamat dewan buat seketika.

Nazrin membawa Juita naik ke pentas. Tangannya tidak lepas dari menggenggam jemari Juita. Jelas terpancar riak bahagia pada pasangan itu. Nazrin mengambil microphone.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap jutaan terima kasih pada Zam. Zam, thanks untuk kata-kata tu. Aku ingat sampai hujung nyawa.” Nazrin memandang Tengku Zamran Hakim. Tak terhingga ucapan terima kasih buat sahabat baru itu.

Tengku Zamran Hakim tersenyum dan mengangguk.

Emily yang mendengar terkejut. Tidak berkelip dia memandang suaminya itu.

“Kenapa pandang abang macam tu?”

“Sejak bila jadi matchmaker ni?”

Tengku Zamran Hakim mencuit hidung Emily. “Juita dah banyak tolong kita jernihkan keadaan masa kita ada masalah dulu. Sekarang ni lah masa abang balas balik jasa dia. Lagipun kebahagiaan Juita, kebahagiaan sayang kan?”

Emily mengangguk. Ada air mata yang bertakung. Terharu dengan sikap Tengku Zamran Hakim yang begitu mengambil berat perasaannya.

“Abang, thanks.” Emily menggenggam jemari Tengku Zamran Hakim.

“Zam, your turn.” Naufal mencelah di antara mereka.

Tengku Zamran Hakim tergelak kecil. Naufal kalau bab mengenakan orang tak pernah lupa. Dia bangun sekali lagi dan naik ke pentas yang sudah kosong melainkan sebuah piano.

Sekali lagi tepukan gemuruh kedengaran sebaik sahaja kelibat Tengku Zamran Hakim sudah berada di pentas.

"Sorry, kawan. Bila lagi nak kenakan kau." Naufal sempat memohon maaf. Microphone sudah jauh darinya.

Tengku Zamran Hakim cuma membalas dengan senyuman.

"Kau nak nyanyi lagu apa?"

"Adalah..."

"Kedekutnya...tak pe, nanti aku tahu jugak. Aku turun dulu. Kau setkan muzik latar dengan ajk belakang." Naufal berlalu dari pentas. Pentas digelapkan.

Beberapa minit kemudian, alunan piano kedengaran. Tiada muzik iringin lain melainkan alunan solo piano itu.

Emily merenung dalam pentas yang gelap. Alunan piano yang medayu-dayu itu begitu menusuk hatinya. Serta merta satu ballroom menjadi gelap. Sportlight diarah pada alunan piano. Dan beberapa saat kemudian, suara serak-serak basah kedengaran.

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

“Hei, tak nampak orang ke? buta?”

“Eh, siapa yang tak nampak siapa sebenarnya? Awak tu mata letak kat mana entah. Tiba-tiba je rempuh orang.”

“Mummy, kenalkan inilah bakal menantu bongsu mummy dan daddy.


Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

“Masa tu aku cuma fikir perkara lima belas tahun yang lepas. Aku tak mahu peristiwa tu berulang. Paling penting, aku betul-betul takut kehilangan Emy.”

Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

“Abang tahu sayang merajuk. Dan kalau sayang merajuk pasti ada yang merunsingkan sayang. Cerita dengan abang apa yang sayang risaukan. Abang dah janji kalau sayang sedih, abang lagi sedih. Kalau sayang runsing abang pun runsing sama. Kita dah janji nak hadapinya sama-sama.”

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Kepala Tengku Zamran Hakim didekatkan pada dadanya. Jemari yang digenggam tadi tetap digenggam. Tangannya yang sebelah lagi mengurut perlahan dada Tengku Zamran Hakim. Berharap agar batuk lelaki itu berkurangan.

“Maaf sebab buat awak jadi macam ni.” Bisik Emily pada Tengku Zamran Hakim. Setitis demi setitis air matanya jatuh.

Tengku Zamran Hakim tersenyum hambar dan menggeleng perlahan. “Sayang tak salah apa-apa.” Matanya dipejamkan.


Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

“Aku mengaku memang aku banyak lukakan Emy. Terlalu banyak dugaan yang datang yang akhirnya melukakan Emy. Tapi satu yang takkan pernah berubah, cinta dan kasih aku padanya. Kalau minta ditukarkan Emy dengan seribu gadis yang lain pun aku tak sanggup sebab Emy adalah anugerah terindah dari Allah untuk aku.”

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Kuingin selalu menjagamu

“Jangan takut sayang, abang ada. Selagi abang ada di sisi sayang, tiada siapa yang boleh sentuh isteri abang ni.”

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

“Jangan risau. Abang akan lindungi sayang dan anak kita.”

Laju air mata Emily mengalir mendengar bait-bait lagu tersebut. Setiap rangkap lirik yang dinyanyikan Tengku Zamran Hakim benar-benar mengusik hatinya. Matanya masih terarah pada Tengku Zamran Hakim. Cahaya yang tertumpu ke arah lelaki itu membolehkan dia nampak jelas mata Tengku Zamran Hakim yang berkaca. Wajah suaminya itu kelihatan begitu sayu.

Tepukan gemuruh yang kedengaran dari penonton menyedarkan Tengku Zamran Hakim yang tenggelam bersama emosinya. Air matanya dikesat.

Sunday, July 5, 2009

Hati yang Terluka 39

salam...maaf sbb buat smua tertggu pghujung cerita ni... dan t.kasih pd yg masih menyokong cerita sy yg x seberapa ni...setelah ditmbh, ditolak, didarab, dan dibahagikan, buat masa skrg, blog akn dibuka shgga ke penamat cerita nie...mgkin akan ada yang kecewa dgn keputusn sy...tp, byk hati yg perlu dijaga...kalau sy berkeras dgn keputusan tutupkn blog ni, lg org marah sbb dah tggu cerita ni kalau x silap sy nk dkt 3 tahun...maaf ya! sy akn cuba cpt2 habiskn cerita nie...n3 kali ni agk bosan dan tunggang terbalik...tp, ini je yg sy mampu...

* * * * *

Emily duduk bertentangan dengan juita di restoran Suri Hati. Agak lama dia tidak ke restoran tersebut. Restoran pertemuan pertamanya dengan Tengku Zamran Hakim selepas lima belas tahun. Saja dia mengajak Juita berbual di situ. Dia mahu tahu perkembangan syarikat sepajang ketiadaannya.

“Kau dah sihat ke?” tanya Juita sambil merenung Emily.

“Kau tengok aku macam mana?”

“Tak berapa nak sihat.”

“Ha? Aku nampak tak sihat ke? Kat mana?”

“Hmmm…dekat…sini.” Juita menunjuk kepala.

Emily membuntangkan matanya. Kurang asam betul! “Melampau la tu.”

Juita ketawa. Gembira dapat mengenakan Emily.

“Syarikat okey ke sepanjang aku tak ada ni?”

“Emm…sekarang dah okey.”

“Sekarang dah okey? Sebelum ni tak okey ke?”

"Kalau tak ada Zam, tak tahulah apa akan jadi dengan syarikat." Juita mengeluh tiba-tiba.

Terkejut Emily dengan kata-kata Juita. “Zam?”

"Ada keruntuhan dekat kawasan perumahan yang baru siap 6 bulan lepas. Cuba bayangkan diorang duduk tak sampai 3 bulan tiba-tiba, ada seorang penduduk ni mengadu dinding rumah dah retak. Apa lagi, semua penduduk dekat kawasan perumahan tu minta tuntutan duit bayaran rumah. Nak pindah dari situ."

"Macam mana boleh jadi macam tu?" Terkejut Emily dengan berita yang baru diterimanya itu.

"Ada orang cuba sabotaj. Hantu mana entah yang bayar orang kita buat macam tu. Ada beberapa buah rumah yang pembinaannya tak sama dengan peruntukan yang kita bagi. Separuh dari peruntukan tu masuk dalam poket sendiri."

"Habis, sekarang kes tu macam mana?"

Juita menarik nafas sebelum menyambung, "Aku cuba la pujuk, tapi tak jalan. Berkeras betul diorang nak duit balik. Then, macam mana entah satu hari tu Zam tanya aku, syarikat okey ke sepanjang kau tak ada ni. Aku apa lagi, alang-alang dah buntu tak tahu nak buat apa, satu-satu masalah aku beritahu dia. Beberapa hari lepas tu, masalah tu dah settle."

Emily terdiam. Langsung tidak menyangka Tengku Zamran Hakim sanggup menyelesaikan masalah pejabatnya. Selama beberapa minggu ini, lelaki itu langsung tidak bangkitkan soal kerja padanya.

"Zam tak ada pulak cerita kat aku apa-apa pasal ni." Ujarnya selepas itu. Dia agak terkilan kerana dia seolah lepas tangan dalam masalah syarikat.

"Takkan la dia nak susahkan kau. Lagi pun masalah ni sebelum kau masuk hospital lagi. Seminggu dua sebelum tu kot. Tapi kan, kalaulah aku tahu dia boleh selesaikan senang macam tu, awal-awal lagi aku beritahu dia. Tak adalah aku kena baling dengan kasut." Ngeri betul bila teringat dia terpaksa lari lintang pukang apabila penduduk kawasan tersebut mengejarnya dengan kasut. Tak sempat nak berunding pun.

"Sampai macam tu?"

Juita mengangguk bersungguh-sungguh.

"Jue, aku betul-betul minta maaf sebab dah menyusahkan kau." Pinta Emily serba salah.

"Tak payah fikirlah. Dah selesai pun. Zam kan dah jadi wakil kau. Tenang je dia berdepan dengan penduduk kawasan perumahan tu. Mungkin dia pernah buat salah, tapi aku kagum dengan cara dia tebus kesalahan. Berulang-alik lawat kau dekat hospital sambil selesaikan masalah syarikat ni. Semua kerja-kerja kau dia yang ambil alih."

“Aku tak tahu langsung Zam buat kerja double setiap hari. Padanlah selalu tidur lewat.” Baru dia sedar sejak beberapa hari ni, Tengku Zamran Hakim agak kerap menghabiskan masanya di bilik kerjanya pada waktu malam.

"Untung betul kau dapat dia. Tak macam aku ni." sambung Juita perlahan. Kadang-kadang timbul cemburunya pada Emily kerana mendapat seorang lelaki yang penuh pengertian. Tidak sepertinya.

"Kau tak untung dapat Nazrin?"

Juita mencebik. "Untung apa bendanya. Buat sakit hati ada. Dari dulu sampai sekarang, tak ubah-ubah dengan perangai tak ada perasaan dia tu."

"Dia sayangkan kau sebenarnya, tapi mungkin dia tak tahu macam mana nak tunjuk sayang dia tu." Emily menyedapkan hati Juita.

"Entahlah. Aku dah tawar hati dengan dia. Sampai bila aku nak tunggu dia? Umur dia dengan aku sama. Orang cakap perempuan cepat matang dari lelaki. Nanti masa kahwin umur 30 atau 40, orang ingat aku lagi tua dari dia." keluh Juita sedikit sebak.

"Setidak-tidaknya kau tak ada saingan. Orang tak kacau hubungan kau dengan Nazrin. Mungkin Nazrin nak betul-betul siapkan diri dia sebelum jadi suami kau."

“Kalau betul macam tu, okeylah. Tapi kalau dia memang tak pernah fikir macam tu, macam mana pulak?”

“Fikir negatif je kau ni. Takkanlah dia nak biarkan kau macam tu. Kau dengan dia dah lama.”

“Harap macam tu lah. Tapi…kalau ditakdirkan aku jadi andartu sampai ke tua, kau nak temankan aku?” Juita mengangkat kening bergurau. Sengaja dia lari dari memikirkan masalahnya.

“Boleh jugak tu. Mana tahu, masa kau dah bongkok, aku pulak boleh diri tegak lagi. Jadi atas rasa simpati, aku tolonglah kau.” Emily membalas gurauan Juita sambil tergelak.

Bulat mata Juita mendengarnya namun turut sama tergelak selepas itu.

* * * * *

Emily membawa secawan kopi buat Tengku Zamran Hakim yang kelihatan sibuk di bilik kerjanya.

"Kenapa tak tidur lagi ni?" Tengku Zamran Hakim mengalihkan tumpuannya.

"Teman abang." ringkas jawapan Emily.

Berkerut Tengku Zamran Hakim mendengarnya. "Nak teman abang?”

Emily mengangguk.

“Abang kan dah beritahu tadi, abang kena berjaga malam ni nak siapkan kerja pejabat. Kalau teman abang, nanti tak cukup tidur."

Emily tersenyum. Jemari Tengku Zamran Hakim diambil dan digenggam. "Kalau abang boleh korban masa kerja abang untuk siapkan kerja Emy, kenapa Emy tak boleh korban masa tidur Emy untuk abang?"

Tengku Zamran Hakim merenung Emily lama sehingga Emily jadi tidak keruan.

"Kenapa pandang macam tu?"

"Ada benda yang Emy nak tanya abang ke?" tanya Tengku Zamran Hakim tanpa menjawab Emily.

Emily menarik nafas. Bijak sungguh Tengku Zamran Hakim membaca fikirannya. "Kenapa abang tak cerita pasal kes dinding rumah retak tu kat Emy langsung?"

“Mana tahu ni?” Tengku Zamran Hakim terkejut.

“Jawab soalan Emy dulu.”

Tengku Zamran Hakim menolak rambutnya yang sedikit terjatuh di dahi. Emily direnung seketika sebelum membuka mulut. “Masa kes tu, sayang dalam koma lagi.”

“Lepas Emy sedar, kenapa abang tak cerita?”

“Takkan lepas sayang sedar terus abang nak cerita pasal kes tu. Kejamnya abang kalau buat macam tu.”

Emily mengeluh. Tengku Zamran Hakim terlalu menjaga perasaanya. “Abang tak penat ke buat dua kerja sehari? Kalau abang rasa beban sebab selesaikan kerja pejabat Emy, biar Emy yang ambil alih balik kerja Emy tu. Kesian abang. Sebab selesai masalah pejabat Emy, tak pasal-pasal kena berjaga malam sorang-sorang.”

“Abang suami Emy kan?”

Terpinga-pinga Emily mendengar soalan dari Tengku Zamran Hakim namun dia tetap mengangguk.

“Jadi, biar abang yang urus semua ni. Abang tak nak sayang tertekan dengan masalah syarikat. Apa guna gelaran seorang suami kalau tak mampu ringankan masalah isterinya. Kalau boleh, abang nak tanggung semua masalah sayang. Abang nak tebus balik lima belas tahun dulu. Abang kan pernah janji, segala masalah Emy biar abang yang tanggung.”

Terkelu Emily mendengarnya. Tidak menyangka Tengku Zamran Hakim masih ingat janjinya pada zaman kanak-kanak dulu. Benar kata Juita, dia begitu beruntung kerana ditakdirkan berpasangan dengan Tengku Zamran Hakim.

Dia melingkarkan tangannya pada leher Tengku Zamran Hakim dari belakang. Tubir matanya bertakung.

"Emy sayang abang." bisiknya sendiri, namun Tengku Zamran Hakim sempat menangkapnya.

"Lain macam je ni…" usik Tengku Zamran Hakim nakal.

"Isy, abang ni." Emily mengetap bibir.

Tengku Zamran Hakim menarik Emily duduk dipangkuannya. "Ya Allah, merahnya muka."

Emily buat-buat pandang ke arah lain.

Tengku Zamran Hakim cuit hidung Emily. "Dah nak dapat baby pun malu dengan abang lagi?"

Emily tidak menjawab cuma melarikan pandangannya dari bertentang mata dengan Tengku Zamran Hakim.

"Hmm...soalan abang yang tadi. Mana tahu abang selesaikan kerja pejabat sayang?"

"Emy masuk office tadi. Jue yang cerita."

Tengku Zamran Hakim membulatkan mata. "Sayang drive dari rumah ke Perkasa Holdings?"

Emily mengangguk. "Emy ada beritahu abang pagi tadi, Emy nak keluar."

"Abang ingat Emy nak pergi market dekat depan tu je. Tak sangka sampai ke pejabat. Abang kan dah pesan sebelum ni, pergi kerja abang hantar."

"Itu pergi kerja. Hari ni, lawatan. Lagipun, Emy boleh drive sendiri. Siap boleh lumba lagi."

"Kalau abang kata tak boleh, maknanya tak boleh la sayang. Tolong ya, jangan buat abang sakit jantung. Nak abang mati cepat ke?" Lembut nada Tengku Zamran Hakim.

Emily renung Tengku Zamran Hakim tidak berkelip. Sedar-sedar ada air mata yang mengalir.

“Kenapa pulak ni?” Tengku Zamran Hakim pula yang kalut. Terpinga-pinga memandang Emily. Salah cakap ke?

“Emy tak nak abang mati. Emy baru nak bahagia dengan abang. Emy janji tak drive sorang-sorang lagi lepas ni. Emy pergi mana-mana dengan abang je.” Makin laju air matanya mengalir.

“Shhh…janganlah macam ni sayang. Abang terlepas cakap. Abang minta maaf, ya?” Rambut ikal Emily dibelai lembut.

“Emy nak hidup dengan abang sampai hujung hayat Emy. Emy nak hidup semati dengan abang…”

“Insya Allah kalau diizin Allah.” Tengku Zamran Hakim terseyum hambar sambil mengesat air mata Emily. Sejak beberapa hari ini, hatinya tidak enak. Ketika di pejabat apabila terlintasEmily difikirannya, hatinya berdebar-debar. Dia tidak risau kalau sesuatu yang buruk terjadi padanya, tetapi dia risaukan keselamatan Emily.

"Abang..." panggilnya perlahan. Emosinya sudah terkawal.

"Hmm?"

"Lelaki ni, susah nak faham perempuan ke?"

Terjungkit kening Tengku Zamran Hakim mendengar soalan Emily. "Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni? Ada yang abang tak faham pasal Emy ke?"

"Tak. Bukan macam tu." Geleng Emily sambil menarik nafas sebelum menyambung,

"Tadi, Juita cerita masalah dia dengan Nazrin. Katanya, Nazrin macam tak faham dia. Tak faham kehendak hati dia."

"Owh...patutlah dekat airport hari tu bukan main dia cakap pasal orang lelaki. Ini ada kena-mengena dengan kes dia jerit dekat hospital hari tu kan?"

"Emy rasa sejak hari tu dia jadi macam ni. Kesian pulak dengan Jue...dia macam dah give up dengan Nazrin. Sayang pulak rasanya sebab diorang kenal dah lama."

"InsyaAllah…kalau ada jodoh, ada la tu. Mana tahu, nanti tiba-tiba Nazrin buat kejutan lamar Jue. Kalau betul dia sayang, mesti dia perasan apa yang Jue nak dari dia."

"Boleh ke macam tu?"

Tengku Zamran Hakim mengangguk. “Kita tunggulah nanti.”

“Emm…Emy dah lama nak tanya pasal ni dekat abang.”

“Pasal apa?”

“Abang benci sangat ke dekat perempuan lepas kejadian…” Emily tidak meneruskan kata. Pilu bila mengenangkan peristiwa tersebut.

Tengku Zamran Hakim tersenyap untuk beberapa saat. “Mummy kan perempuan jugak. Abang okey je dengan dia."

"Maksud Emy, selain mummy."

"Macam mana boleh terfikir nak tanya soalan ni?"

"Emy baru teringat masa mula-mula kita jumpa tu, abang macam marah sangat-sangat. Suka hati je cakap Emy buta." Riak wajah Emily sedikit geram ketika mengungkit kejadia tersebut.

Tengku Zamran Hakim tergelak mengingatkan kejadian itu. "Masa tu abang baru keluar dari restoran Ayah Din. Entah macam mana boleh terleka, tengok-tengok jam dah lewat. Bukan main nak cepat masa tu, tapi tiba-tiba pulak jatuh terduduk kat lantai."

"Restoran Ayah Din? Yang kita jatuh tu, depan restoran Ayah Din?" Emily bagai tidak percaya.

Tengku Zamran Hakim mengangguk. "Perasan tak, nama restoran tu 'suri hati'. Restoran tu khas untuk isterinya. Tapi Ayah Din jarang ada dekat restoran tu, sebab setiap kali di ke sana dia selalu teringat kat isteri dia. Kerja pun tak boleh nak buat."

Begitu dalamkah cinta ayahnya pada bondanya itu? Dia tidak pernah tahu retsoran yang selalu dia bersarapan itu adalah milik Tengku Tajuddin. Bukan jauh mana dari Perkasa Holdings. Tapi, sudah suratan dia mahupun bondanya langsung tidak pernah terserempak dengan Tengku Tajuddin sebelum ini. Selepas hubungan mereka kembali jernih, ayahnya juga tidak pernah menyebut mengenai restoran-restoran yang dimilikinya kerana keadaannya ketika itu tidak sesuai membincangkan hal-hal kerjaya.

“Ayah sayang betul dekat bonda. Patut dulu bonda selalu pesan kat Emy jangan benci ayah. Bonda kata ayah baik.”

“Sayang nak tahu tak, mana abang dapat klip bunga tulip tu?”

“Dari mana?”

“Ayah Din. Katanya, itu isteri dia punya. Setiap kali dia tengok klip tu, dia jadi tak tentu arah. Entah macam mana satu hari tu, dia badi pada abang, dan pesan bagi pada orang yang betul-betul penting dalam hidup abang. Masa tu umur abang baru 12 tahun. Mana nak faham apa-apa. Tapi, klip tu sentiasa ada dengan abang. Mana-mana abang pergi mesti bawak klip tu. Ada la kot dalam 3 bulan abang pegang klip sebelum bagi kat Emy.” Panjang lebar Tengku Zamran Hakim membuka kisah lama.

Bertambah terkejut Emily mendengar cerita tersebut. “Klip bunga tulip tu…klip bonda?”

“Sebenarnya abang pun terkejut masa dapat tahu bonda tu isteri yang Ayah Din cari selama ni. Tapi masa tu mana nak fikir pasal benda-benda ni sebab tengah risau pasal Emy. Bila abang tengok klip tu balik, baru abang teringat. Kebetulan kan sayang?”

“Tak sangka betul. Emy pulak langsung tak tunjuk klip tu kat bonda sejak abang bagi. Kalau tak, mungkin bonda ingat lagi klip tu.” Emily mengeluh kesal.

Selepas itu masing-masing mendiamkan diri. Tengku Zamran Hakim pula mengambil kesempatan itu untuk merenung Emily. Sehingga sekarang, dia masih terfikir takdir yang terjadi antara mereka berdua. Tanpa sedar, ada keluhan yang terbit dari bibirnya.

“Abang tengah fikirkan sesuatu ke?”

“Maaf untuk segalanya sayang. Abang tak tahu macam mana nak tebus kesilapan abang. Abang buat Emy terluka berkali-kali. Sejak zaman kanak-kanak kita, sampai kita kahwin.”

“Apa yang terjadi dulu bukan salah abang. Zaman kanak-kanak, kenangan paling indah buat Emy walaupun kesudahannya macam tu. Kahwin dengan abang pula hadiah paling berharga pada Emy. Abang suami terbaik. Kalau Emy kahwin dengan orang lain, belum tentu Emy sebahagia ni.”

Tengku Zamran Hakim terus-terusan merenung Emily. Ada perasaan risau yang bermukim di dadanya. Ya Allah, apa-apa pun yang berlaku selepas ini, Kau lindungilah isteriku dan anak yang dikandungnya.

Monday, May 18, 2009

Hati yang Terluka 38


“Selamat tengah hari, Tuan.” Halina menyapa Tengku Zamran Hakim yang tersenyum sejak dia melangkah masuk ke bilik ketuanya itu.

“Selamat tengah hari.”

“Puan Emy dan keluar hospital?”

“Dah. Kelmarin.”

“Oh…patutlah berseri-seri sejak masuk pejabat pagi tadi. Senyum pun dah tak boleh nak contol dah. Kalaulah Kak Ina boleh ambil gambar kamu yang sebelum ni dengan hari ni, siap boleh buat sebelum dan selepas lagi. Sebulan ni, Kak Ina nak tegur pun takut.”

“Saya macam tu ke Kak Ina?” Tengku Zamran Hakim memanggung kepalanya.

“Iyelah. Satu pejabat kecut.” Halina tayang muka gerun.

Tengku Zamran Hakim tergelak. “Hmm…fail tu untuk saya ke?” tanyanya selepas itu apabila terpandang fail di tangan setiausahanya itu.

“Ha? A’ah. Ye la. Lupa pulak nak bagi.” Halina menghulur fail yang dipegangnya. “Kak Ina keluar dula ya, bos.”

Tengku Zamran Hakim mengangguk. Hanya memerhati pintunya yang ditutup. Senyuman kembali terbit di bibirnya. Hatinya benar-benar lapang apabila mengenang Emily yang sudah kembali ke sisinya. Buat sementara ini, Emily bercuti dari menyibukkan diri di pejabat.

Cuma perangai Emily sejak malam mereka menghantar Syiqa dan Naufal agak berlainan. Langsung tidak berminat mengenai majlis sanding yang diperkatakannya.

Bunyi dari telefon bimbitnya yang tiba-tiba menyentak lamunannya.

“Zam! Kak Ina ni. Akak ada depan rumah kamu sekarang. Mummy suruh akak jenguk Emy. Emy tak kerjakan?” Bagai peluru Rozina memulakan bicara.

“Tak. Kenapa Kak Ina?” Tadi Kak Ina sekarang pun Kak Ina. Mujur dia masih mampu membezakan.

“Akak tekan loceng tak ada orang buka pun.”

“Akak dah cuba panggil?”

“Dah nak terkeluar anak tekak akak terlolong tadi. Nasib baik tak ada orang tengok. Kalau tak, mesti akak dah kena hantar pergi rumah sakit jiwa.” Selorohnya.

“Biar betul kak.” Nadanya berubah risau. Tadi, tak ada pula Emily pesan kepadanya mahu keluar.

“Apa yang tak betulnya pulak. Akak call handset Emy pun tak dapat.”

Tengku Zamran Hakim terdiam seketika. Lama dia memikir. Tiba-tiba dia teringat perangai Emily yang berubah. Kalau perangai isterinya itu berubah mendadak, satu sahaja puncanya.

“Saya rasa saya tahu Emy di mana.” Ujarnya selepas itu.

“Kalau macam tu Kak Ina balik dulu. Lepas kamu jumpa Emy, beritahu akak.”

Selepas mematikan talian, Tengku Zamran Hakim tergesa-gesa keluar dari bilik pejabatnya.

“Kak Ina, saya nak keluar. Kalau ada apa-apa pesanan untuk saya nanti, akak call terus handphone saya.” Sempat dia berpesan pada Halina sebelum keluar mendapatkan keretanya.

Keretanya dipecut selaju mungkin ke rumah mertuanya. Nalurinya kuat mengatakan Emily ke rumah bonda. Dalam keadaan sekarang, tidak mungkin Emily boleh pergi jauh dari itu. Terfikir-fikir dia apa agaknya yang membuatkan Emily merajuk dengannya.

Keretanya laju sahaja masuk ke perkarangan rumah apabila pagar dibuka dari dalam.

“Syukurlah kamu datang Zam.” sapa Puan Zharifah apabila kelihatan kelibat Tengku Zamran Hakim yang keluar dari keretanya.

“Ya lah. Elok benar kamu datang.” Ujar Tengku Tajuddin pula. Sejak dia bersatu semula dengan keluarganya, dia sudah mengambil keputusan untuk menetap di rumah isterinya.

“Bonda dengan ayah sihat?”

“Alhamdulillah, sihat.”

“Maaf bonda, ayah kalau saya ganggu. Tapi saya cari Emy. Emy ada datang ke sini kan?”

Puan Zharifah mengangguk. “Ada di bilik dia. Bonda bukan nak masuk campur, tapi bila sampai lari dari rumah macam ni bonda pun naik risau. Kalau boleh bonda tahu, kamu berdua bergaduh?”

“Tak ada pulak bonda.” Sejak kejadia sebulan yang lalu, dia cukup serik untuk bertengkar dengan Emily. Tambah sejak Emily mengandung, makin sensitif pula isterinya itu.

“Terkejut bonda bila Emy sampai pagi tadi. Yang bonda pelik, Emy bawak beg besar. Bila ditanya, dia tak nak jawab.”

“Bawa beg besar?!” Terkejut Tengku Zamran Hakim. Sah Emily merajuk dengannya.

“Itulah bonda pelik. Dia pesan pada bonda jangan beritahu kamu. Jadi bonda pun tak telefon kamu. Lagipun bonda tahu kamu pasti datang jugak nanti. Tak tahulah sebab apa tiba-tiba dia jadi macam tu.”

“Dia merajuk dengan saya.”

“Merajuk?”

“Selalunya kalau perangai Emy macam ni, maknanya dia merajuk dengan saya. Tapi sebelum ni tak adalah sampai keluar rumah.”

“Kamu tahu Zam, selama bonda jaga dia dari kecil sampai dia besar tak pernah dia merajuk. Tapi dengan kamu bonda tengok ada je benda yang dia nak rajukkan.” Dia perasan mengenai hal itu sejak Emily berada di hospital tempoh hari. Kadang-kadang kasihan melihat menantunya itu.

Tengku Zamran Hakim tersenyum. “Kalau sehari tak pujuk isteri saya tu, macam tak lengkap pulak hidup saya.”

“Sajalah tu nak bermanja dengan Zam.” Tengku Tajuddin yang berdiam diri sejak tadi mencelah.

“Zam pergi jumpa Emy dululah.”

“Pergilah. Ada dekat atas tu. Berkurung dari pagi tadi tak turun-turun. Ajak Emy makan sekali. Kesian anak dalam perut tu.”

“Emy tak makan lagi dari pagi tadi?” nada Tengku Zamran Hakim berubah mendengarkan itu.

“Bonda ajak, tapi katanya tak lapar. Merajuk betul la tu.”

“Kunci pendua ada tak bonda?”

“Nak buat apa?”

“Mesti Emy kunci bilik dari dalam.”

“Betul jugak. Bonda pun tak cuba buka pintu bilik dia tadi. Ketuk dari luar je. Sekejap ya, bonda pergi ambil.” Puan Zahrifah berlalu dan kembali bersama segugus kunci.

Selepas mendapat kunci pendua, Tengku Zamran Hakim terus ke tingkat atas, ke bilik Emily. Seperti jangkaannya, pintu berkunci. Pintu dibuka perlahan-lahan. Matanya menangkap satu tubuh yang sedang terbaring lesu di katil.

Katil dihampiri. Emily sedang tidur. Dia terperasan air mata yang masih bersisa di tepi mata Emily. Dikesat perlahan. Apa agaknya kesalahan dia kali ini sehingga Emily menangis begitu?

Emily yang terasa sentuhan pada wajahnya, terjaga dari lenanya. Perlahan-lahan dibuka kelopak mata. Dia kaget melihat wajah yang sedang menatapnya sayu.

“Tolong jangan tinggalkan abang macam dulu lagi.” pinta Tengku Zamran Hakim lirih.

Mendengarkan itu, air mata Emily laju menitis.

“Kenapa ni sayang?” Tengku Zamran Hakim mengelus lembut pipi Emily.

Emily tidak menjawab. Dikesat air matanya.

“Abang buat salah lagi?”

Emily menggeleng dan perlahan bangkit dari pembaringannya.

“Abang tahu sayang merajuk. Dan kalau sayang merajuk pasti ada yang merunsingkan sayang. Cerita dengan abang apa yang sayang risaukan. Abang dah janji kalau sayang sedih, abang lagi sedih. Kalau sayang runsing abang pun runsing sama. Kita dah janji nak hadapinya sama-sama.”

Air mata Emily kembali menitis. Dia benar-benar bertuah dihadiahi lelaki seperti Tengku Zamran Hakim. Rasanya Tengku Zamran Hakim patut tahu apa yang terjadi. Nafasnya ditarik supaya teratur.

“Mastura datang jumpa Emy di hospital hari tu.” Dia menceritakan segala yang berlaku di hospital ketika kedatangan Mastura. Satu pun tidak tercicir.

“Ya Allah…kenapa tak beritahu abang langsung?” Tengku Zamran Hakim terasa darahnya mendidih mendengar cerita Emily. Mastura benar-benar suda melampau.

“Jadi, sayang ingat abang nak bersanding dengan dia?” sambung Tengku Zamran Hakim, sudah mula dapat menangkap perkara yang membuatkan isterinya itu merajuk.

Emily dia tidak menjawab. “Dah abang yang cakap nak bersanding.”

“Memanglah abang nak bersanding, tapi abang nak bersanding dengan sayang. Bukan dengan dia.”

Emily membulatkan matanya. “Hisy, merepek je abang ni. Kita dah lebih setengah tahun kahwin. Apa orang cakap nanti. Emy pun dah…” Emily membiarkan ayatnya tergantung namun matanya memandang pada perut yang belum kelihatan.

“Baguslah tu. Bersanding tiga orang. Lagipun kata mummy, ramai yang tak tahu kita dah kahwin. Mummy tuntut janji majlis kesyukuran yang abang janji dengan dia masa mula-mula kita nak kahwin dulu. Dia suruh tukar jadi majlis bersanding.” Teringat pilihan yang dibuat dengan mummy dahulu. Punyalah nak kahwin cowboy sampai mummy terpaksa mengugut kenduri kahwin tujuh hari tujuh malam atau kenduri kesyukuran. Sekarang ni, buat kenduri apa pun tak kisah.

“Abang setuju dengan cadangan mummy?”

“Apa salahnya sayang. Abang nak jadikan detik tu sebagai kenangan terindah dalam hidup kita. Biar semua orang tahu Emily Natasha ni dah jadi milik abang. Nanti jadi salah faham macam dulu.” Tengku Zamran Hakim sudah lama tidak bertemu Doktor Fauzi. Dia yakin hingga kini sahabat yang seorang itu belum tahu statusnya.

Emily menyandar pada bahu Tengku Zamran Hakim. Hatinya sudah lega. “Abang…”

“Hmm?”

“Janji dengan Emy….”

“Janji apa?”

“Janji jangan tinggalkan Emy. Masa Emy bersalin nanti, Emy nak abang ada di sisi Emy. Apa pun yang terjadi Emy nak abang ada dengan Emy. Kalau tak, Emy tak tahu macam mana keadaan Emy nanti. Janji ya?” Sungguh, perkara yang dia amat takutkan sekarang jika Tengku Zamran Hakim jauh darinya. Dia benar-benar takut.

Tengku Zamran Hakim terdiam. Tidak tahu kenapa, dia terasa berat untuk berjanji.

“Abang?” Panggil Emily bila tiada jawapan dari suaminya itu.

Tengku Zamran Hakim memandang Emily sebelum mengangguk perlahan. Walau dirinya dalam keadaan apa sekalipun pada waktu itu, dia akan cuba untuk menemani Emily.

“Emy peliklah. Macam mana abang tahu Emy balik rumah bonda?” Tak silapnya dia sudah pesan pada bondanya jangan beritahu pada Tengku Zamran Hakim kedatangannya dan dia yakin bonda pasti pegang akan janjinya.

“Abangkan ada enam deria.” Balasnya.

“Ya la tu.” Emily mecebik.

“Betul, salah satunya abang tahu sayang dah buat satu kesalahan yang sangat besar.”

Emily mengangkat kepala. Menunggu bicara dari suaminya.

“Sayang tak makan lagi kan?” Nada Tengku Zamran Hakam bertukar tegas apabila teringat pesanan bonda yang menyuruhnya mengajak Emily turun makan.

“Err…” Emily terkebil-kebil. Dia teragak-agak untuk mengiakan. Dia kenal suaminya itu. Tengku Zamran Hakim cukup pantang kalau dia melambatkan menjamah makanan.

“Nak suruh abang pesan berapa kali? Kalau merajuk sekalipun, jangan sampai tak makan. Ini dah tengah hari, nak masuk petang dah pun.” Tengku Zamran Hakim mula mahu bersyarah walau dia pasti ia takkan lama.

Emily sudah menunduk. Tidak berani memandang Tengku Zamran Hakim. Dia terasa mahu menangis.

Tengku Zamran Hakim mengeluh.

“Kenapa buat macam ni? Sayang tak kesian kat abang ke?” suaranya kembali kendur apabila melihat tubir mata Emily yang bertakung. Hanya tinggal beberapa saat sahaja untuk jatuh ke pipi.

“Emy minta maaf.” Seperti yang diduga, air matanya mengalir perlahan.

“La…kenapa menangis ni?” sengaja Tengku Zamran Hakim bertanya walaupun dia sudah maklum akan Emily yang begitu sensitif dengannya. Bila difikir balik, Emily sekarang dengan budak tomboy yang dikenali dulu memang terlalu jauh berbeza.

“Sebab abang marah Emy.”

“Abang tak marah.”

“Tadi tu…”

“Itu tanggungjawab abang."

“Abang dah maafkan Emy?”

“Belum, sampai abang tengok sendiri sayang makan.” Tegasnya lagi.

Emily memuncung. Selera makannya makin berkurang sejak berbadan dua.

“Kenapa buat muka macam tu? Nak tak nak, selera tak selera, makan sampai abang puas hati.” Tengku Zamran Hakim memberi kata putus. Sikap lain berubah tetapi perangai degil yang satu ni susah sangat nak berubah.

Makin panjang muncung Emily. Namun dituruti juga langkah Tengku Zamran Hakim yang menarik lembut tangannya.

Hati yang Terluka 37


Hari ini Emily sudah dibenarkan pulang. Hampir seluruh keluarga menjemputnya pada hari itu. Namun cuma seorang yang tidak kelihatan.

“Abang…” Emily memanggil perlahan Tengku Zamran Hakim yang sedang mengemas pakaiannya.

Tengku Zamran Hakim menoleh. “Kenapa sayang?”

Emily memaut lengan suaminya itu. “Hurm…”

Tengku Zamran Hakim menghentikan kerjanya. Pelik melihat tingkah Emily. “Ada apa sayang?” tanyanya lagi.

“Ayah mana? Dia tak datang jemput Emy sekali?”

“Datang. Tapi dia tunggu di kereta. Abang ajak tadi, tapi dia takut sayang tak nak jumpa dia.”

“Emy dah tak marahkan dia…” Emily menunduk sayu.

“Sayang…” Tengku Zamran Hakim memanggil lembut bila melihat Emily begitu namun isterinya itu tetap menunduk.

“Janganlah macam ni. Lepas ni abang bawak sayang jumpa ayah, okey?” Pujuknya pula sambil memaut bahu Emily.

Emily mengangguk.

“Dah siap kemas Zam?” tanya Raja Muzairah. Dahinya berkerut sedikit melihat Tengku Zamran Hakim seperti sedang memujuk Emily.

“Dah.” Balasnya sepatah. Tangannya masih tidak lepas dari bahu Emily.

Juita yang turut memandang Tengku Zamran Hakim dan Emily hanya tersenyum. Dia perasan sejak beberapa hari ini, ada sahaja perkara yang sahabatnya itu mahu merajuk. Kalau bukan salah Tengku Zamran Hakim sekalipun, Emily tetap mahu merajuk. Namun cuma dengan Tengku Zamran Hakim sahaja Emily berperangai begitu, dengan orang lain masih sama dengan caranya. Paling dia kagum, Tengku Zamran Hakim masih tenang menanganinya. Penuh dengan sabar dan ketenangan.

“You tengok apa?” Nazrin yang berada disebelahnya menegur.

“Cuba you tengok cara Zam layan Emy. You rasa kalau I merajuk lepas kita kahwin nanti, you pujuk I macam tu tak?”

Nazrin terpinga-pinga mendengar soalan Juita yang tiba-tiba. Apa kes pulak ni? “Kenapa I nak kena pujuk pulak? You pujuk sendirilah.”

“Nazrin!” Suara Juita naik mendadak. Geram melihat wajah tak berperasaan Nazrin. Ah, dia tidak pernah ada perasaan! Gerutunya sebal.

Mereka yang berada disekeliling memandang ke arah mereka berdua. Juita hanya mampu tersenyum kelat. Sedar akan keterlanjuran diri. Satu kelemahan yang tak dapat dikawalnya, cepat naik darah.

“Kenapa jerit nama I?” bisik Nazrin perlahan. Wajahnya benar-benar seperti tidak tahu menahu langsung apa yang dimarahkan Juita.

Juita hanya mampu mengetap bibir. Dia tahu, dalam keadaannya yang begini walau sepatah yang keluar dari mulutnya mungkin ada yang akan terkena serangan jantung.

Akhirnya dia keluar dari bilik tersebut. Takut kalau-kalau marahnya tak dapat ditahan lagi. Memang selalunya dia terpaksa memujuk dirinya sendiri. Nak harapkan Nazrin pujuk…jangan haraplah!

Nazrin hanya mampu mengangkat bahu apabila banyak mata memandangnya. Dia tidak mengikut Juita kerana menganggap kekasihnya itu tidak tahan untuk ke tandas. Hal perempuan…tak elok masuk campur. Dia menggeleng sendiri.

* * * * *

Kesemua ahli keluarga mereka beriringin keluar dari hospital tersebut. Mata Emily melilau seolah mencari seseorang.

Dari jauh Emily dapat mengecam wajah bersih yang sedang berdiri di tepi pintu kereta. Wajah itu masih takut-takut mahu bertentang mata dengannya. Tengku Zamran Hakim menggenggam lembut jemari isterinya. Mengerti dengan gelodak perasaan Emily. tangan Emily ditarik lembut menghampiri Tengku Tajuddin. Ahli keluarga yang lain cuma memandang faham.

Tengku Tajuddin kaget melihat Tengku Zamran Hakim dan Emily yang sudah berdiri dekat dengannya.

“Zam dah janji untuk jernihkan hubungan Ayah Din dan Emy.” Tengku Zamran Hakim tersenyum.

“Tapi…” Ayat Tengku Tajuddin terhenti apabila Emily sudah mencapai tangannya.

“Emy minta maaf, ayah.” Setitis air mata Emily gugur.

Tengku Tajuddin yang pada mulanya terkejut akhirnya turut sama menitiskan air mata. Tidak henti-henti kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi. Emily ditarik ke dalam pelukannya. Hanya Allah yang tahu perasaannya pada ketika itu. Selama hidupnya, tidak pernah dia terasa sebahagia ini. Keluarganya yang dulunya berpecah kembali bersatu.

Tengku Zamran Hakim hanya tenang memerhati. Dari jauh, kelihatan bonda yang sedang menyapu air mata. Dia mengerti pasti ibu mertuanya itu merasai kebahagiaan yang dirasakan anak dan suaminya. Hatinya terasa lapang. Telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba.

Melihat nama pemanggil, dia menggeleng. Hari ini sahaja sudah lebih sepuluh kali Naufal menelefonnya.

“Zam, comfirmkan kau datang malam ni?” terjah Naufal sebaik sahaja Tengku Zamran Hakim menjawab panggilannya.

“Dua belas.”

“Hah? Apa yang dua belas?”

“Ini kali ke dua belas kau tanya soalan yang sama.”

“Err…ye ke? Apasal aku tak perasan?” nada Naufal kedengaran terkejut.

Tengku Zamran Hakim hanya mampu mengeluh.

“So, kau datang ke tak?”

“Insya Allah…”

“Aku anggap kau dah berjanji.”

“Mana ada aku janji.” Tengku Zamran Hakim masih mahu bermain tarik tali.

“Kau jangan…aku berharap sangat ni.”

“Aku dah pesan jangan harap sangat.”

“Cakaplah betul-betul. Nanti setiap minit aku telefon kau tanya pasal ni.” Naufal seolah mengugut.

Tengku Zamran Hakim memandang Emily. “Kau tanya Emy sendiri. Aku bagi phone pada dia. Kalau dia nak, aku on je.”

“Okey, set. Aku bagi phone ni pada Syiqa.”

“Sayang...” panggilnya.

Emily memandang Tengku Zamran Hakim.

Tengku Zamran Hakim menghulur telefon bimbitnya. “Syiqa.”

Emily mengangguk sambil menyambut telefon bimbit yang dihulur.

Tengku Zamran Hakim hanya memerhati Emily yang sesekali tersenyum ketika berbual. Tengku Tajuddin turut menunggu. Beberapa minit kemudian, Emily menghulur kembali telefon bimbit padanya.

“Kita pergi ya, bang? Kesian kat diorang.” pinta Emily lembut.

Tengku Zamran Hakim tersenyum dan mengangguk.

* * * * *

“Aku doakan kebahagiaan kau dari jauh.” Syiqa memeluk Emily erat. Ahli keluarganya yang lain cuma memandang dari jauh.

“Kau pun sama Syiqa. Korang duduk jauh dari keluarga, lagi banyak dugaan.”

Tengku Zamran Hakim dan Naufal hanya tersenyum memerhati. Orang perempuan kalau dalam ‘emosi’ mereka, jangan diganggu.

“Insya Allah…Insya Allah…” Syiqa mengangguk. “Kau pun Jue. Bila nak merasa nasi minyak dari kau pulak?” Syiqa menyoal Juita yang turut sama menghantar pemergiannya.

“Tak tahulah. Aku geram betul dengan si Nazrin tu. Aku cakap berkias-kias bukan nak faham. Takkan aku pulak nak kena buat muka tak malu ajak kahwin. Orang lelaki ni memang suka menyakitkan hati agaknya.” Juita mendengus.

Syiqa pula mencelah. “Betul cakap kau Jue. Tak pernah nak faham kita yang perempuan ni.”

“Biasalah tu Syiqa. Nama pun lelaki…” Emily menjungkit keningnya nakal.

“Ehem…” Tengku Zamran Hakim dan Naufal sama-sama berdehem.

“Fuhh…menusuk kalbu tu. Depan-depan mengutuk tak pandang kiri kanan.” Naufal bercakap sedikit kuat tanpa memandang sekumpulan wanita itu.

“Biasalah tu Fal. Nama pun perempuan…” Tengku Zamran Hakim menjungkitkan keningnya, meniru gaya Emily.

Emily membulatkan matanya, namun selepas itu dia terasa mahu tergelak apabila masing-masing nampak seolah menahan tawa. Akhirnya kedengaran tawa dari mereka berlima.

“Emy, jaga diri ya. Ini anak angkat aku ni, jaga elok-elok.” Syiqa masih memesan setelah tawanya terhenti. Perut Emily yang masih belum ketara disentuh lembut. Berat benar mahu meninggal sahabatnya itu. Kini, baru dia sedar erti nilai persabahatan.

“Sayang, sudahlah tu. Bukan tak jumpa lagi lepas ni. Dua minggu lagikan kita kena balik sini.” Naufal memujuk lembut Syiqa yang masih mendung.

Syiqa menyapu air matanya. “Tapi dua minggu tu bukannya sekejap.”

Emily yang mendengar berkerut. Agak aneh kerana Naufal dan Syiqa cuma pergi untuk dua minggu. Tak silapnya Naufal di transfer ke Jerman. “Dua minggu?”

“A’ah. Dua minggu lagi kami balik sini, raikan sesuatu yang sangat istimewa. Lepas tu ke Jerman balik. Kalau ikutkan kami nak berangkat lagi dua minggu, tapi Naufal dah kena lapor diri Isnin ni.”

“Raikan sesuatu yang sangat istimewa?” Emily makin terpinga-pinga.

Juita cepat-cepat meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

Syiqa menekup mulutnya. “Oppss…ini mesti cik abang kau tak bagitahu lagi. Alamak! Mesti aku dah terlebih ni.”

“Aku tak fahamlah. Tak bagitahu apa?”

“Err…aku rasa baik kau tanya Zam sendiri.”

“Betul. Kau tanya Zam ya, Emy.” Juita menyokong Syiqa.

Emily memandang Tengku Zamran Hakim menagih jawapan. Namun lelaki itu buat-buat tidak mengerti.

“Naufal, dekat sana nanti jaga Syiqa elok-elok. Kalau mak dapat call dari Syiqa kata kamu buat perangai, siap!” Puan Rahimah tiba-tiba mencelah, menggertak dalam gurauan buat anak sulungnya itu.

Mereka yang berada di situ tergelak.

“Yalah mak. Dah berapa kali mak pesan macam tu. Along tak nyanyuk lagi.” Naufal sedikit memuncung.

“Kamu tu bukan boleh percaya sangat. Selalu sangat buat main-main pesan mak.”

“Kalau bab Syiqa mana boleh buat main-main. Kalau sekali dia mengamuk dengan saya, tahun ni merajuk tahun depan baru baik.”

“Memanglah lambat baik sebab awak tak pernah nak pujuk.” Syiqa menjeling geram suaminya. Panggilannya pada Naufal juga sudah bertukar.

“La…dah tak tahu nak buat macam mana?”

“Cuba belajar dari kawan baik awak tu.” Syiqa menjeling sekilas pada Tengku Zamran Hakim.

Naufal menggaru kepala yang tidak gatal. Sudah! Tengku Zamran Hakim hanya mampu menjungkit bahu apabila Naufal memandangnya mohon simpati.

Tidak lama kemudian pengumuman untuk para penumpang diumumkan.

“Aku harap lepas ni tak ada lagi kes keluar masuk hospital. Kecualilah kalau masuk hospital nak dapat orang baru.” Naufal ketawa kecil sambil bersalam dengan Tengku Zamran Hakim.

“Jangan lupa pujuk Syiqa tu.”

“Ini pun satu masalah jugak.” Naufal memandang isterinya yang sudah melangkah mendahuluinya.

“Zam, Emy, kami pergi dulu. Insya Allah, ada rezeki jumpa lagi.” Naufal menyambung.

“Insya Allah.” Mata mereka menghantar pemergian Naufal dan Syiqa.

* * * * *

“Abang…” Emily memanggil Tengku Zamran Hakim yang sedang memandu tenang.

“Hmm?”

“Apa maksud Syiqa nak raikan sesuatu yang istimewa?” Sejak mendengar kata-kata Syiqa tadi, persoalan yang satu ini berlegar-legar di benaknya.

“Ohh…pasal tu.”

“Betullah abang tahu?”

“Kalau abang tak tahu macam mana nak raikan perkara istimewa tu.”

Emily memandang Tengku Zamran Hakim. “Jadi, apa yang istimewa?”

“Mummy nak buat majlis bersanding.”

“Bersanding? Siapa nak bersanding?” Emily kalut.

“Abang.”

“Abang nak bersanding?” Hisy, nak sanding dengan siapa?

“Mummy yang minta abang terima permintaan dia. Abang tak sampai hati…jadi abang terpaksa setuju. Bila abang fikir balik, okey jugak cadangan mummy tu. Mungkin majlis bersanding tu boleh jadikan kenangan terindah dalam hidup abang.”

Emily menunduk. Kata-kata Mastura yang menemuinya di hospital sehari yang lepas.

Pintu wadnya ditolak kasar dari luar.

“Hai…” sapa Mastura dengan pandangan sinis.

“Awak…”

“I tak tahu sama ada you ingat I atau tak. Tapi I…tak lupa you lagi, Tengku Emily Natasha.”

Emily mengetap bibir mendengar nada Mastura yang seolah mengejek. Mastura merenung Emily setiap inci.

“I kasihan dengan you, Tengku. Nak hidup tenang pun susah. Sepatutnya you lepaskan apa yang patut kalau nak tenteram.”

“Awak nak apa dari saya, Cik Mastura?”

Mastura tersenyum. “Oh, tak sangka you ingat pada I. By the way, dah you tanya apa yang I nak…you sanggup ke bagi apa yang I nak?”

“Apa?”

“Zam.”

Emily memandang tepat wajah Mastura. “Awak ingat Zam tu barang mainan?”

“You tahu Tengku, kalau tak sebab you yang datang entah dari mana, mungkin Zam dah jadi milik I sekarang ni.”

“Dari awak minta-minta dari saya, saya rasa baik awak balik rumah sembahyang sunat istikharah. Kalau boleh tiga hari tiga malam. Mungkin selepas tu awak nampak jodoh sebenar awak.” Balas Emily selamba.

Mata Mastura membulat. “Hey perempuan, aku tak peduli kau ni siapa pada dia. Aku akan pastikan Zam jatuh ke tangan aku.” Bahasanya tadi sudah bertukar.

Emily tetap dengan wajah tenangnya. “Hurm…saya pernah dengar ayat yang sama dari Maria. Entah-entah awak belajar dari dia tak?”

“Kau…!”

“Cop-cop…saya belum habis cakap lagi. Apa kata awak ajak dia sekali sembahyang sunat istikharah? Mana tahu nanti naik pelamin sama-sama. Baru namanya sahabat sehati sejiwa.” Emily menjungkit kening sambil tersenyum manis.

Mastura mengepal tangannya menahan geram. “Mungkin hari ni kau boleh tenang macam ni. Tapi kau tunggu tak lama lagi. Memang aku naik pelamin, tapi aku akan pastikan pasangan aku masa tu adalah Zam!”


Kisah kedatangan Mastura langsung tidak dikhabarkan pada sesiapa kerana malas mahu memberatkan kepalanya memikirkan perkara yang menyakitkan hati. Sehingga kini dia masih tertanya-tanya tidak ada lagikah lelaki di dunia ini untuk dijadikan suami sehingga mahu mengambil hak orang lain?

Sehingga kereta memasuki perkarangan rumah mereka, dia hanya mendiamkan diri. Apabila ditanya Tengku Zamran Hakim, cuma gelengan yang dibalas.