Wednesday, May 26, 2010

Salam...

Assalamualaikum semua...

Sebenarnya, saya tidak tahu macam mana nak susun ayat untuk memohon maaf setelah agak lama saya mendiamkan diri dari dunia blog. Saya tahu ramai agak terkilan dengan cara saya yang seolah melarikan diri dan hanya berdiam diri apabila ditanya. Saya akui memamng salah saya. Beberapa bulan lepas yang saya lalui memang agak sukar bagi saya sehinggakan saya tidak mampu untuk berfikir secara rasional. Saya bukan sahaja melarikan diri dari dunia blog, malah dari rakan-rakan rapat.

Tapi Alhamdulillah, hari ini segala masalah yang saya hadapi itu dapat dirungkaikan. InsyaAllah, jika tiada sebarang masalah lagi selepas ni, HyT akan disambungkan secepat yang boleh. InsyaAllah.

p/s 1: saya belum nak meninggalkan dunia lagi. amalan belum cukup, jgn le ckp sy dah mninggal dunia ye. berpantang pun tak! Dan semestinya sy masih mampu menaip. (sbnrnya terkedu bc komen kat cbox) haha

p/s 2: sesiapa yg ada sebarang prtanyaan boleh terus email min (min.meen09@gmail.com)

salam,
min